Ads @ ACHIQUE


Wednesday, October 10, 2012

Makan Mee Udang di Kuala Sepetang.

Assalamualaikum....

Jom makan kat Kuala Sepetang.
Daripada zoo ke Kuala Sepetang lebih kurang 15 - 16 km ja. Patutnya dalam setengah jam dah sampai, tapi disebabkan GPS tunjuk jalan yang 'paling dekat' maka ambil masa lebih kurang 45 min. Entri zoo  kat sini.

Dekat Kuala Sepetang tu paling femes kedai MakTeh dan kedai MakJah. Ada jugak kedai PakHashim tapi tgk tak ramai singgah kat situ.


So aku n family p kedai MakJah. Kat situ femes makanan yang berasaskan udang. Mintak sotong goreng tepung mmg nan ado.  Mee udang biasa RM7.00, kalau nak yang special RM11.00. Depa kata special tu saiz udang. Tapi aku tgk sama ja. Udang dia mmg rasa fresh.  


Tapi mintak maaf sebab aku suka lagi makan mee udang kat Juru, Penang (warung Paksu).  Sebab masa aku p tu kuah mee just rasa sos.  Dan bila mintak cili potong, dia kata habis.  Last sekali bawa mai sos. :-(.

Makyah mintak mee goreng, sampai nak balik mee goreng tak sampai. Entah la kat mana silapnya. Malam tu tak la ramai sangat orang. Mungkin kalut nak solat maghrib rasanya. So Makyah share mee udang dengan aku.

Aku order udang goreng tepung. 1st time aku dapat udang yang digoreng dengan kulit2nya sekali.  Walaupun kulit dia macam lembut tapi selalunya kalau makan udang, aku mesti buang kulit so dgn otometiknya aku buang sekali tepung tu. So udang goreng tepung aku dan jadi udang togel!

Makyah oder ABC dan cucur udang.  Cucur udang dia ok jugak.

Bila semua orang makan, dia pun nak makan.  Bila orang tak layan, budak kecik ni dah mula nak buat perangai.



Sebelum dia bukak speaker, tok dia dukung dulu.  Kalau dengan makcik tak jalan sebab kalau tengah dok gelak2 pun, dia boleh nangis kalau makcik dukung.  Pengasuh dia panggil Queen of Vocal. 

Tuesday, October 09, 2012

Mari Melawat Taiping

Assalamualaikum...

Sambungan dari entri ini.

Cadangan dari pengerusi (Makyah) untuk sesi melawat taiping:

  1. Ahli rombongan 2 org - aku dan Makyah
  2. 9.30am bertolak ke Zoo Taiping
  3. 1.00 pm, makan tengahari dan solat Zohor
  4. Melawat Pakngah di Kamunting
  5. Bertolak pulang. Dijangka sampai rumah pukul 8.00pm.

Kejadian sebenar:
  • 9.10am baru nak mandi. Siap pukul 10.30am.  
  • Ada pertambahan dalam ahli rombongan - anak bongsu, wife anak bongsu dan anak kepada anak bongsu.  Jumlah 5 orang.
  • Tunggu ahli rombongan mandi, bersiap, siapkan bekal - pukul 11.30am bertolak ke Taiping
  • Driver lapar bila sampai Taping - so berhenti makan.  Sapa berani nak lawan....driver tu kalau lapaq, orang pun dia nak makan.
  • 1.30pm sampai rumah Pak Ngah di Kamunting.  Kena paksa makan lagi. Driver makan banyak kali tak jadi masalah. Aku saspek perut driver tu ada tangki simpanan makanan tapi aku tak pernah tgk dia berlapaq pun. Sentiasa ja makan. Klu, driver tu msti gemuk...hahahha..
  • 4.40pm bertolak ke Zoo Taiping.   
  • 6.00pm bertolak ke Kuala Sepetang dengan berpandukan GPS yang telah disetkan dengan keywords the shortest way.
  • Lalu dekat ladang kelapa sawit, rumah India kiri dan kanan - masa tu rasa nak humban GPS dan tuan punya GPS (anak bongsu) dalam estet kelapa sawit tu
  • Pukul 6.45pm sampai warung MakJah Kuala Sepetang.  Mmg jalan tu dkt tapi tak boleh bawa laju.  45 minit untuk 15 km? 
  • Makan & solat Maghrib 
  • Bertolak pulang 8.00pm.  Singgah di R&R Gunung Semanggol.  Solat, beli air, buang air dan teruskan perjalanan.
  • 11.00pm sampai rumah. 
Memang betul kata pepatah, "manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan". Tepat dan kena dengan situasi di atas.


Jom layan gambar kat bawah.

Bayaran:  
Kanak2 (3 - 12 tahun) - RM6.00
Dewasa - RM12.00
Warga emas (>55 tahun) - RM10.00

 


 Ahli rombongan naik train. Tak larat weh nak jalan kaki. Besaq kot nak tawaf dalam zoo tu.  

 Antara binatang dalam zoo.  Takdan nak ambil gmbar sebab naik train.  Lagipun aku takder DLSR. :-(










Korang cuba teka watak dalam cerita di atas. Yang mana satu driver, anak bongsu, wife anak bongsu, anak kepada anak bngsu dan birthday woman@girl????

Esok kalau rajin aku cerita pasal Kuala Sepetang plak.

Babai

Monday, October 08, 2012

How to remove a Malware

Assalamualaikum...

1st, nak gitau punca aku tukaq segala backdrop dalam aku punya blog.  Masa bulan lepas masa aku buka blog thru google chrome, tetiba xleh bukak sebab ada malware detect. Puas aku belek, buang coding tu buang coding ni, tambah coding itu dan ini...maka jadilah seperti apa yang korang nampak sekarang.  Aku pun tatau kenapa ada ayat yang dihighlightkan dengan warna putih. Jangan tanya, aku tatau k.

Ni info yang aku dapat kongsi sekiranya blog or website korang kena serang dengan Malware ni.  Malware ni hanya wujud sekiranya korang bukak blog thru Google Chrome (GC). Kalau bukak dengan pelayar internet yang lain macam Internet Explorer atau Mozilla, mmg takkan ada warning segala.

Ok bila bukak thru GC dan nampak warning tentang MALWARE detect tu, korang jangan panik.  Boleh try google cara2 nak remove kan Malware nih. Ada banyak solution.  Ikut jer cara yang telah diterangkan.

Cara aku: 
  1. Google kaedah nak remove. Ni salah satu site yang korang boleh try http://malaysia.answers.yahoo.com/question/index?qid=20110702091739AAqr27w
  2. Check dekat korang punya dashboard dan please check your source of traffic.
  3. Dalam salah satu source tu mesti ada satu traffic dari mana2 website yang agak pelik nama dia.  Aku punya dulu ada site yang dok promote pompuan2 seksi.  Selalunya website yang pelik2 tu yang akan sebarkan malware nih sebab depa mmg hosting malware.
  4. Site yang pelik2 ni selalunya masuk dalam korang punya blog thru chatbox.  Untuk selamat remove jer chatbox tu.
  5. Tunggu dalam 2 hari (paling lama) masalah akan settle. Aku punya lama sebab aku ni lembab nak paham untuk verified kan site tu dengan google. 
Masa aku nak buang malware tu, aku bukan main punya syok dok edit dia punya HTML. Sebab tu blog aku jadi caca marba terutamanya untuk entri ni, http://anakabdulrazak.blogspot.com/2012/07/macam-macam-ada.html

Bukannya sengaja aku highlight kan entri untuk jadi putih ke merah ka......sebab aku dah tatau nak betulkan balik.  Maka jadilah seperti tikus membaiki labu. Tapi aku manusia bukan tikus.

Sekian, terima kasih.


Friday, October 05, 2012

Mari Menulis

Assalamualaikum....

Minggu lepas, kami ada bengkel penulisan ilmiah.  Speaker adalah Dr. Fadzila Azni Ahmad dari USM.
Dr kata nak menulis kita kena mula, bukannya fikir dan fikir. Idea tu selalunya mmg ada tapi nak terjemahkan dalam bentul penulisan belum tentu sat perkara yang mudah.

Hampa ingat senang nak suruh orang menulis. Nak tulis karangan sekolah dulu pun jenuh aku dok kutip duit syiling Pakdaq (baca sebagai aku mengepow!) untuk cukup RM2.50 sebab nak beli Dewan Siswa. Aku suka baca rencana dan cerpen dalam dlm dewan siswa tu. Banyak bagi idea untuk aku menulis karangan. Paling aku suka tulis karangan yang berbentuk pengalaman la. Contoh tajuk karangan "Anda menyertai perkhemahan Pengakap Kelana Peringkat Kebangsaan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ceritakan pengalaman anda ketika menghadiri perkhemahan tersebut." Aku cukup suka tajuk karangan macam ni. Siap aku imagine dok dalam khemah dan cikgu mai panggil untuk buat aktiviti segala. Siap aku buat dialog lagi.
Salmah:  Mari kita pergi makan.
kawan Salmah:  Mari.

Imaginasi ni semua dari Dewan Siswa dan buku cerita yang aku baca. Hehehehe..

Dr. pesan sebelum kita buat penulisan ilmiah kita kena latih diri untuk tulis secara santai.  Ayat2 skema payah la nak sebati dalam diri aku ni.  Tak reti den.  Dr. kata permulaan yang paling santai adalah tulis dalam blog.  Nobody know who you are. So ko boleh tulis apa yang nak ditulis. Kalau nak share pengalaman dan ilmu pengetahuan lagi bagus.

Dan sorang dari kawan aku dah sahut cabaran ni....

Boleh lawat blog dia...

http://ajourneyofsue.blogspot.com

Bila dah selesa menulis, mana tau kita ada rezeki untuk menjadi kolumnis dalam majalah atau suratkhabar.  Dan insyaallah lepas ni boleh tulis tesis untuk sambung belajar Ph.D.

Tahniah buat kawan2 yang dapat sambung study....:
Faizah Sahbuddin
Nazri (suami Faizah.  suami isteri dapat...tahniah)
Kay
Kak Norhatizal


Sebelah Faizah tu Solehah. Dia pun dah sambung belajar kat UKM.  Jeles ahkak.
Tahniah untuk semua dan semoga Allah mempermudahkan semua urusan ketika belajar nanti.
Amiin.....

Happy Birthday Makyah


Assalamualaikum...

5 Oktober 2012, Makyah dah 59 tahun Masihi. Kalau tahun hijrah dah berapa ye? Cuba hampa semua kira dan bagitau kat aku ya.




Ambil gambar tangan ja, Makyah tamau pakai tudung.

Happy birthday Mak!


Semoga dipanjangkan umur dalam kerahmatan dan keberkatan dariNYA.
Diberikan kesihatan yang baik supaya dapat menjalani ibadah dengan sempurna dan menjalani kehidupan seharian dengan selesa.  Sentiasa ditemani dengan orang2 yang kasih dan sayang dengan mak.

Esok Makyah nak ajak p zoo sebab teringin nak tgk binatang2. Jom...........

Semoga Allah terus memberikan aku kesempatan dan kekuatan untuk menjadi anak yang solehah.

amin....

Wednesday, October 03, 2012

Green Hand?

Assalamualaikum...
Lama tak mengapdet....
Cube teka apa yang aku dok sibuk selama ni?

Tido?
Itu dah pasti.

Malas?
Yang tu double confirm!
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

Tada.....


Sibuk berkebun....hohohoho....ni rupa paras belakang rumah aku.  Tiang ni tiang pertama, ada lagi 4 tiang.  Setiap tiang tu dah ada yang booking.  Tiang ni, pokok peria katak (peria yang kecik2....pahit tu) dah book. Makyah tabur benih yang Makjah  (Mak Oya) bagi.  Pastu biar je. Ko nak hidup ke nak kering ke, nak basah ke sukati.  Alasan Makyah, kalau dia jaga nanti pokok tu mati sebab tangan dia panas.  Series tak paham!

Weekend hari tu, aku paksa Makyah keluar untuk bersihkan kawasan kat belakang ni.  Sebab dah tak nampak mana pokok peria mana pokok rumput.  Before orang yang diupah mesin rumput tu, mesin sekali pokok2 ni mmg kena bersihkan sket supaya dia nampak bahawasanya pokok ini mmg ditanam bukannya sengaja naik sendiri.

Sebenarnya banyak pokok peria katak ni aku semai, sebab Makyah mmg makan peria katak ni untuk turunkan bacaan gula dia.  Nanti ada buah aku upload cemana rupa peria katak tu (bagi sapa yang tak tau la).  Tempat dia memanjat pun baru siap minggu lepas. Jangan komen banyak2....tu 1st time aku buat.

Masa dok belek2 pokok ni, baru aku perasan ada 2 pokok yang berbeza tgh bergaduh nakkan tiang ni. Cuba korang renung dua2 daun ni. Bezakan? Bukan 1 kuning, 1 hijau tapi lebar daun tu yang beza. 1 macam gemuk sket daunnya, 1 tu kurus sket. 



Yang daun kuruih tu sebenarnya pokok ni! Tembikai! Siap dah ada buah pun! Aku teruja nih. Kocik lagi buah dia, besar penumbuk aku ja. 

Tak sabaq nak makan tembikai la......aku tatau warna apa, spesis apa tembikai ni. Masa bulan Syawal tu mmg rajin beli tembikai untuk jamu orang mai rumah. So tak pasti spesis mana yang tumbuh kat belakang rumah aku.

Yang tuan untuk 4 lagi tiang tu nanti la aku apdet. Kalau apdet sekaligus kang aku takder modal nak tulis apa lak.

Monday, September 17, 2012

Pilu #1

Assalamualaikum....

Mengimbau kenangan lama, mmg mengusik jiwa.  Kenangan tetap kenangan.  Dulu aku kurus (betul ker) sekarang aku gemuk atau sebaliknya.  Setiap detik yang pernah dilalui akan tetap tersemat dijiwa. Imbauan akan menyebabkan kita senyum, ketawa, menagis, sedih atau terkilan bergantung kepada situasi yang diimbau.


Qlah, Adan & Ica
Kenangan ketika bercuti bersama keluarga

Saturday, September 01, 2012

Ada perkara yang nak ditulis tetapi tak tahu nak mula dari mana.

Ada rasa sesal menebal dalam dada tetapi tidak boleh diluahkan.

Ada rasa sedih tetapi tiada tempat untuk bercerita.


Lain padang lain belalang

Lain orang lain ragam.


Abah sudah tiada.
Rindu mencengkam dada.

:-(

Thursday, July 19, 2012

Macam-Macam Ada

Assalamulaikum...

Bab 1
Dlm entri Pelupa Di Usia Muda, student aku, Norsiha tanya amalan2 untuk kurangkan jadi pelupa selain dari amalan doa kepada Yang Maha Esa, solat, baca al-quran dan puasa.

Aku rasa, aku tak layak kot nak citer tentang bab ni sebab aku pun pelupa tahap gaban.  Memori aku makin lemah sekarang ni.  Cumanya apa yang aku amalkan kalau tentang barang rutin contohnya jam dan kunci kereta, kunci rumah adalah khaskan tempat untuk letak barang2 tu. Contohnya balik jer keje, simpan kunci dalam bekas kunci dan masuk bilik dulu untuk letakkan jam, brooch dan segala perkara yang penting.  Letak 1 tempat.  Amalkan dan disiplin, insyaallah kes kunci hilang, jam tangan cari tak jumpa akan selesai. Ni aku praktikkan dan berjaya 90% sebab kalau aku tak buat mmg gelabah la nak cari pagi2.

Untuk latih memori, Nabi Muhammad s.a.w. ajar kita untuk muhasabah diri sebelum tidur kan? Yang ni jugak latihan untuk kuatkan memori.  Cuba ingatkan seharian tu, kita buat apa. Exercise ni, aku mmg tension sebab ada jer part yang tertinggal. Bab 1 terus lompat Bab 3 sebab Bab 2 tak berapa pasti apa yang aku dah buat.  Tapi dalam seminggu berlatih, makin boleh ingat.  Cumanya aku ni pantang jumpa bantal. Tido nyenyak terus.  Sempat baca bismillah, Mengucap dan selawat. Terus lelap.....

Harap boleh membantu Siha ya.


Bab 2
Kurus! Cantik! Aku rasa dua perkataan ni sinonim dengan perempuan @ wanita.  Semua nak kurus dan cantik.  Aku start keje dengan berat 60++kg.  Naik dan terus membesar bagai johan sehingga 72 kg.  Tahun 2007, aku ada simptom takbleh makan. Bila makan, muntah. Especially makan nasi.  Makan je muntah. Muntah hijau plak tu.  Seksa bila muntah. Untuk elakkan muntah, aku elakkan makan.  Pagi aku bleh ambil breakfast yang ringan2 ja.  So aku start kawal nafsu makan.  Walaupun dah baik dari simptom muntah2, aku teruskan jugak pemakanan tanpa nasi. Makan masa weekend or kenduri tapi nasi ambil dalam kuantiti yang sedikit. Setahun pola pemakanan aku macam tu, berat turun jadi 62kg.  Aku boleh pakai kebaya saiz M.  Aku takder gambar cekak kat pinggang nak tunjuk sebagai bukti.

Sekarang jangankan saiz M, saiz XL pun belum tentu muat.  Pertengahan bulan Mac, berat aku 76kg.  Lepas tu aku terus anti dengan penimbang, so dah tak timbang2 lagi.  Berat sekarang aku taktau tapi aku tau yang aku berat gila sebab bila berjalan mengah, dan mula sakit tumit bila banyak buat aktiviti.   Lagi satu bila sujud lama, aku dah sesak nafas.  Tension.So aku tau aku kena kurangkan berat. 


Macam mana nak kurangkan berat, terpulang kepada tuan punya badan.  Aku tak aim sebulan turun 4kg. Sebulan 1kg pun dah ok.  Sekarang aku dah tua, buah pinggang, hati dan organ dalaman kena jaga.  Banyak pengambilan ubat akan menyebabkan hati dan buah pinggang rosak.  So no pills, lagipun HB aku rendah. Pemilihan pemakanan yang tepat adalah sangat penting.

Awal tahun ni, Makyah nak try air 3 rasa.  Aku taktau korang pernah dengar ke tak tapi kat kampung aku femes la air 3 rasa ni.  Satu set RM13 - RM15.  10 hari aku dok bawa Makyah p minum air 3 rasa tu dan Makyah kata kaki dia dah hilang lenguh2.  Aku pun dah rasa perubahan jugak. Selalunya masa aku drive balik keje mmg ngantuk tahap gaban. Tapi lepas ambil air 3 rasa tu, aku tak ngantuk dah masa driving.  Selidik punya selidik, rupanya air 3 rasa tu adalah set HERBALIFE.  Aloe Vera, Teh (Hibiscus + Lemon) dan F1 + F3.  Disebabkan Makyah serasi aku pun beli set HERBALIFE ni.  Makyah ada diabetes dan darah tinggi so aku tanak suppelement yang boleh menyebabkan dia pening sampai seminggu sebab ada tindak balas dalam badan.  Makyah punya darah tinggi pernah cecah 150/200, so untuk ambil risiko macam2 aku tak berani.  Silap haribulan pembuluh darah pecah boleh stroke.  Nauzubillah.

Bila Makyah ambil herbalife, aku pun ambil juga.  Yang paling aku suka adalah teh dia.  Minggu pertama aku minum memang kerja aku sendawa dan kentut jer.  Mmg buang angin betul tapi kena minum dgn air suam.  Satu set Herbalife tu tahan untuk sebulan, harga untuk ahli lebih kurang RM300++.  Tapi start minggu ni, aku decide tanak ambil sebarang produk.  Biar Makyah jer minum herbalife tu.  Aku start pagi2 blend air buah.  Air buah ni boleh kenyang sampai tengahari. Aku rasa bukan masalah lapar tapi nak tahan nafsu untuk makan.

Dan sememangnya aku tak pernah percaya dengan slogan ubat kurus, TANPA LAPAR DAN SENAMAN tapi anda boleh kurus! Kuruslah dengan cara yang sihat!  Ada sorang ustaz kata, kenapa kita makan dengan banyak dan kemudian kita cari produk untuk buang apa yang kita dah makan. Itu namanya membazir.  Makan apa yang perlu dan buang apa yang perlu.  No cost involved.  Exercise penting untuk pengaliran oksigen ke dalam badan.  Tak perlu nak p gym atau aerobik.  Korang cari dalam youtube. Exercise apa yang korang nak?  Zumba dance?  Qigong? Taiji? Berlambak dalam youtube.  Semua itu boleh membantu.

Target hujung tahun, aku capai 70kg pun dah ok.  Aku nak sihat dengan pemakanan yang seimbang bukan diet yang bukan2.  Ada kawan aku kata, kalau dia makan banyak, dia akan rasa bersalah pada diri sendiri. Sebenarnya kita zalim pada diri sendiri, bukan dengan orang lain.  Aku berkata untuk mengingatkan diri sendiri.  No heart feeling.

Wednesday, July 18, 2012

Orang Baru....

Assalamualaikum 

Presenting......................

Hai... Tanggal 14 Jun 2012, saya dah keluar dari perut mummy saya. Nama saya Qaisara.  Abah saya pronounce nama saya jadi Quesara. Tapi tok panggil saya Maisara.  Sebab tok tak suka dengan huruf 'Q', keras katanya.  Masa ni saya baru balik rumah, hari Ahad (16 Jun).


Seminggu kemudian saya dibotakkan oleh Tokteh.  Tokteh ni boleh mengurut, cukur rambut baby dan mandikan jenazah.  Serba boleh.  Hari Sabtu, 22 Jun 2012 saya botak, terus rasa ringan kepala.


Makcik saya telah meletakkan bedak sejuk kat seluruh kepala saya.  Saya rasa sangat sejuk, rupanya makcik saya campur dengan aloe vera.  Orang tua2 kata, boleh sejukkan kepala nanti rambut lambat beruban.


 Hobi saya selepas minum susu dan mandi adalah membuang .....beyakk...




Hari ni saya dah 35 hari.
Babai...


Monday, April 30, 2012

Bertangguh

Assalamualaikum....

Sapa suka bertangguh...cuba angkat tangan tinggi2 cikgu nak tengok.  Aku tergolong dalam orang yang suka bertangguh...sigh...dah la pelupa, suka bertangguh buat kerja lak...

Kadang2 bila nak buat satu2 kerja dok kata nanti la, tengok2 orang dah mintak kerja tu so jadi kelam kelibut sangat.  Bertangguh nak p beli barang dapur, tengok2 beras dah habis. Kalau la orang mai rumah masa tu n nak makan tengahari ker kat rumah tak ke jadi kelam kelibut kan.

Tadi pagi, dalam jam 4.45 pagi, aku dapat msg dari x-roomate masa aku belajar kat Johor dulu. Katanya ayah dia dah meninggal jam 3 pagi tadi.  Al-Fatihah buat pakcik Md. Saad.  Rumah dia dan rumah aku dekat ja, dalam 10 - 15 minit ja.  Tapi aku kenal dengan x-roomate ni masa study kat Johor tu la...even kampung dekat2 tapi kami tak pernah jumpa kat kampung tu. Berjumpa jauh di Selatan sana.

Ayah dia mmg sakit dah lama. B4 p umrah aku dok cakap kat mak aku yang aku nak p ziarah pakcik Md. Saad ni.  Tapi asek la tertangguh. Bila dah dengar yang pakcik dah dijemput olehNYA baru la aku terkilan.  Last aku ziarah pakcik November 2011.  Pakcik pesan kalau dengaq pakcik dah "tak ada", mai la awal ziarah pakcik.  So bila aku dapat msg dari Jah pagi tadi, terus aku tak bleh lena. Terngiang2 janji aku kat pakcik.  Alhamdulillah aku dah kotakan permintaan pakcik. Cuma janji aku nak bacakan Yasin untuk pakcik belum terlaksana. Insyaallah nanti pasti aku bacakan.

Buat pakcik Md. Saad, semoga Allah tempatkan rohnya bersama orang2 yang beriman.  Dan semoga Allah mempermudahkan perjalanan Jah untuk pulang ke kampung.  Insyaalah, ameen.

Sunday, April 29, 2012

Pelupa di Usia Muda

Assalamualaikum...

Banyak perkara yang nak ditulis dan yang nak diceritakan. Tapi selalunya bila difikirkan baik buruk akhirnya aku tak akan tulis.  Sebab aku taktau sapa yang baca penulisan aku kat sini.  Mungkin orang tu kenal aku mungkin tidak.....jadi daripada nak bercerita tentang ketidakpuasan hati aku kepada orang lain aku lebih selesa tulis pasal Makyah ja...hehehe....

Cerita pasal tak puas hati kat orang menyebabkan aku terpikir "weiiiii, ko dah cukup perfect? Keje tak puas hati kat orang, ko ingat orang suka sangat kat hang!"  Aku tau ramai jugak yang tak puas hati kat aku so kira adil la kan. Tak jadi nak marah kat orang...hehehe.... Aku ada terbaca satu artikel, katanya elakkan dari berkawan dengan orang yang suka mengumpat orang lain sebab di belakang kita besar kemungkinan dia akan mengumpat pasal kita plak.  Aku kena ubah diri aku ni...sebab aku pun suka jugak bila forum gosip megata2 nih....

Aku nak citer pasal pelupa.  Sekarang ni banyak benda aku suka lupa.  Kadang2 sebelum aku tidoq, aku cuba recall balik apa yang aku buat sepanjang hari.....sometimes ada benda yang aku tak dapat nak ingat kejadian2 di siang hari mengikut turutan. Aku banyak lupa kat mana aku letak barang.  Aku jugak macam dah tak mampu nak ingat semua nama pelajar aku.  Dulu masa aku mula masuk keje, bagi aku sebulan or dua bulan confirm aku ingat...sekarang ni kemampuan aku makin menurun.

Baru2 ni abang aku pesan suruh poskan ubat. Aku ingat dalam seminggu tapi disebabkan aku balik lewat minggu tu so aku tak dapat nak p beli.  Weekend aku lupa nak p beli.  Sudahnya tadi dia call Makyah ingatkan balik.

Tadi aku p Tesco ngan Makyah.  Best wooo Tesco bagi baucer tunai RM31. Tapi bila aku tengok, cuma RM15 je boleh guna, yang lagi RM16 dah tamat tempoh.....lagi tanda2 aku makin pelupa.  Kat sana aku jumpa Kak Wani dan Merah (anak kak wani). Kak Wani pakai baju kurung, so aku tanya p kenduri ka?  Kak Wani bagitau dia pi kenduri adik Azni.  Masyaallah, sungguh2 aku tak ingat. Baru ja minggu lepas aku cakap kat Isratun, kena p rumah Azni lewat2 sket sebab nanti susah nak parking.  Last sekali aku lupa terus.      

Esok aku mmg kena p farmasi beli Ginko Greenwave dan kena baca banyak baca Al-Quran.  Adakah korang tahu, puasa dua kali seminggu boleh mengelakkan otak menjadi kecut.  Bila otak kecut, kita menjadi pelupa dan akhirnya menjadi nyanyuk.

Kena buat catatan dalam buku kecik aku nih....esok nak p farmasi beli vitamin otak.....aku nak kerja sampai umuq 60 ni...tamau la esok aku sebut kat students aku, "esok kita buat kuiz ye"..End up aku masuk kelas ajaq topik baru...ngeri!

Thursday, April 12, 2012

Macamana Nak Jaga????

Assalamualaikum...

Petang tadi lepas kelas dalam 3 petang, aku kol Makyah. Dia kata dia dok baring sambil dok selimut.....wehhhh pehal pulak...

Sampai je rumah, lepas selesaikan apa yang patut, aku tanya Makyah kenapa dok baring tadi (dia hanya akan baring + selimut kalau dia tak sihat). Dia kata dia makan ubat kencing manis dan dia asyik nak p toilet dan pening2 macam nak jatuh.

Aku suspect paras glukos dia tinggi. Lepas dia makan nasi, aku check bacaan gula dia 20.6 (unit pengiraan kencing manis aku tak tau, so jgn tanya!)

Dia kata, lepas makan mmg la tinggi. Tadi aku kebulur tengok dia makan nasi, aku pun join...... (lari tau ai punya diet...sekarang aku tengah menyesal sebab makan nasi dan tengah minum teh hijau....kot2 teh tu boleh menyahkan lemak dalam badan aku...hahaha...makan tak agak! lepas makan mau menyesal!) Opss terbabas dari cerita asal. So untuk membuatkan dia puas hati, aku pun check paras glukos aku yang baru lepas makan nasi dua senduk (bukan 2 sudu ye!). Bacaan gula aku baru 6.2.

Makyah tak puas hati kata aku takder diabetes sbb tulah aku punya paras glukos rendah. Patutnya Makyah punya bacaan kalau lepas makan pun setakat 11-13 sudahla...boleh terima dek akal.

Ni tak lain la, dah dekat nak check up baru la dia sibuk nak makan segala ubat! Routine check up dia 24 April nih....patut la rajin menelan ubat!

Nak solat maghrib, aku tanya lagi " mak makan apa tadi?"

Makyah, "tak makan apa pun. Nasi pun petang ni baru makan".

Aku, "Ok, kalau lagu tu, nanti saya buat menu makanan mak. Pagi kena makan apa, tengahari makan apa, petang makan apa".

Makyah, "tapi tadi aku perabih buah kismis dalam balang (lebih kurang 2 sudu besar) dan aku makan buah kurma".

Aku, "berapa banyak mak makan kurma? 3 biji?"

Makyah, "lebih. dekat 10 biji kot, ntah ka lebih lagi!"

Nak tercabut cuping telinga aku! Dah pesan nabi makan kurma 7 biji sehari dan hanya minum air zam2 tapi dia tak makan makanan lain dah. Maksudnya 7 biji kurma cukup untuk tampung segala zat yg diperlukan untuk sehari. Ini makan kurma, makan nasi, makan buah epal, makan kismis, makan roti...wah....wah...wah....

Bila orang tanya...taktau la pasal apa kencing manis ni takmau lega2, walhal tak makan apa pun. Tak makanlahhhh sangattttttttt.....nanti aku nak p mengadu kat doktor Fatimah (mesti dia tak bagi aku ikut, soh aku p jemput ja bila dah habis check up!)

Macam nak angkut Makyah p pejabat sekali...senang nak pantau apa yang dia makan!

p/s: Makyah mmg bahasakan diri dia sebagai "aku" dengan anak dia yang comel lote nih. Sbb dah biasa dari kecik, bahasa itu terasa mesra bagi kami tapi mungkin kasar pada pendengaran orang lain. Tapi ai bahasakan diri "saya" dengan Makyah....hahahahaa (betul tak tipu!).


Tuesday, February 28, 2012

Berita itu

Assalamualaikum....

Dah lama nak berblog pasal hal ni. Tapi asek tertangguh dan tak berapa ada mood nak berblog pasal hal yang tak berapa best nih. Cumanya bila Shima bagitau lagi pagi tadi pasal hal yang hampir serupa, tak bleh tidak kena post jugak isu nih.

Aku tau ada beberapa orang pelajar dan bekas pelajar yang baca blog aku. Cumanya sebabkan aku ni malas nak update selalu maka depa pun mungkin tertanya2 dan rasa andaian depa tu kalau tak 100% betul mungking 80% betul.

Dalam awal Februari tahun ni, rasanya siapa yang mengajar kat politeknik heboh perkara ni. Ada seorang pensyarah yang namanya sama dengan aku meninggal. Banyak spekulasi tentang kematian beliau. Al-fatihah untuk almarhumah. Aku berdoa sekiranya beliau dianiaya, Allah akan membalas kejahatan orang yang melakukan tersebut di dunia lagi. Boleh baca berita kat sini.

Dan berita ni heboh di kalangan pelajar, fesbuk tentunya. Taktau la macamana pemberitahuan dalam fesbuk tu tapi berita tu dah sebabkan havoc di kalangan kawan2 aku. Aku ingat lagi, hari Sabtu, aku ada kelas dengan students part time. Sampai rumah dah hampir pukul 7 petanng. Sampai je kat rumah tengok dah ada tetamu. So sibuk dok layan tetamu sampai la fon aku bunyi berdering2 aku tak dengaq. Dah pukul 10 lebih baru aku belek fon. Tengok Shima dan Oya kol dah berpuluh kali. Shima dapat kol dari sorang student sem ni tanya betul ke aku dah 'takde' (meninggal). Shima tanya Oya, depa dah terpikir yang bukan2 sebab petang tu aku ada kelas so mana la tau on the way nak balik tu accident ka apa ka? Sian depa dok bimbang. Dah la aku pun tak angkat kol, lagi la depa pikiaq yang bukan2.

Bila aku dah kol Oya balik, baru la semuanya lega. Oya kol bagitau Shima kata aku selamat, berita kematian tu adalah Azizah Sapawi bukannya aku. Dan Shima pun gitau kat student yang aku selamat, so jangan lupa siapkan tugasan sebab nak kena hantaq hari Isnin...:-)

Pagi tadi Shima kata ada x-student msg dia tanya pasal aku jugak, depa dengaq khabar kata aku sakit. Kanak2 sekalian ..hehehe....Cik Azizah insyaallah masih sihat dan masih boleh berdiri di hadapan kelas. Dan semangat dia sentiasa membara, apatah lagi bila nak marah students, insyaallah sihat kalau masa nak marah tu....huhu....

Mungkin ni petunjuk yang Allah nak bagi kat aku supaya selalu ingat tentang kematian. Memang kebelakangan ni aku rajin terpikir kalau aku pergi dulu, berapa banyak hutang aku nak kena settle sebab hutang antara penyebab kita tak dapat nak jejak syurga. Macam2 sebenarnya terpikir tapi bila mai nak kata kat orang aku tak ingat pasal mati.

Bila aku cakap kat Makyah pasal hal student ingat aku yang meninggal tu, aku tengok dia berlinang air mata. Memang kita datang ke dunia ni sorang, dan pulang ke pangkuan Allah pun sorang tapi sementara nak habiskan usia di dunia ni perlukan teman. Mak mesti sayang semua anak dia tapi aku ni kan belum bekeluarga jadi tidur pun dengan Makyah. Aktiviti lain lagi la together2. Kalau salah sorang takder pasti sunyi amat.

Aku mohon Allah tabahkan hati untuk aku dan Makyah tempuh semua dugaan dan cabaran dunia yang mendatang. Ya Allah janganlah aku diuji dengan perkara yang tak sanggup aku hadapi. Amin.

To my students: Setiap yang hidup pasti akan mati. Kalau dengar saya dah takder di muka bumi ni, maafkanlah atas segala salah silap saya. Halalkan masa saya bersama kalian. Dan sekiranya ada janji yang tidak tertunai juga mohon dihalalkan. Kalau ada masa terluang sedekahkanlah bacaan Yasin, paling tidak Al-Fatihah secara berterusan. Thanx.

Monday, February 27, 2012

Bila Hati Berkata Part 2

Assalamualaikum...


Alkisahnya...seorang anak dan ibu pergi ke kompleks membeli belah. Si anak yang comel lagi debom berasa sangat lapar sementelah perutnya yang tak pernah kenyang. Maka mengajaklah dia akan ibunya agar pergi makan dulu sebelum meneruskan agenda membeli belah.

Ibunya berkata, " aku dah kenyang, tapi hang lapaq pulak. Jomlah makan aku temankan."
Si anak berasa sangat gembira di atas keprihatinan si ibu.
Maka pergilah ke satu restoran arab untuk makan set nasi ayam mandhi.
Sangat terujalah si anak sebab itulah pestaim dia makan kat situ.
Terbayang kelazatannya.

Setelah sampai set yang dipesan maka diambil pinggan kosong dan dibahagikan 1/3 kepada si ibu (ibunya kan dah kenyang so tak bleh la nak bahagi 1/2... :-) )
Makanlah si anak dengan lahapnya walaupun makanan yang dipesan tidak seperti yang dibayangkan. Kelazatannya tak berapa tapi bolehlah untuk kenyang. Alhamdulillah setakat itu sahaja rezekinya.

Bila melihat muka si ibu, si anaknya mula tak lalu makan. Dia buat dahhhhhhhhhhh....

Keluar dari restoran makanan arab......
si ibu berkata, " tu lah lain kali orang makan lepas shopping. Barulah selera, ni dok kenyang lagi nak makan pun tak lalu"...

Sabarlah wahai si anak....insyaallah banyak pahala di situ.

Sigh.........

p/s: Ada petua macam mana tak nak menjawab dengan mak masing2?

Thursday, February 09, 2012

Mau Lulus??

Assalamualaikum,

Soalan tu aku nak tanya kat semua students, " nak lulus ke tak"?
Mesti jawab nak kan.
Dan seboleh-bolehnya bodek lecturer selagi terdaya.
Bodek hanya lecturer yang ajar je kan untuk sem berkenaan.
Sem depan bila dah tak ajaq, lecturer pun dah tak kenal sebab dah lulus subjek tu.
Tapi ada yang betul2 hargai jasa lecturer yang ajar.
Walaupun dah kerja still ingat. Tak semestinya berkirim berita. Kalau ada kelapangan doakan kesejahteraan dan sedekahkan Al-Fatihah agar hidup lecturer2 yang mengajar dirahmati oleh Allah s.w.t itu dah lebih dari mencukupi.

Tadi dengar berita ada lecturer kena tahan oleh SPR kerana menerima rasuah pelajar sebanyak RM300 untuk meluluskan pelajar tersebut. Rasa luluh dan hancur hati. Semoga Allah memberikan hidayah kepada lecturer yang kena tahan tu. Supaya lebih adil dan saksama ketika membuat penilaian kepada para pelajar. Jika semuanya boleh dibeli dengan duit, satu hari nanti kita akan hancur akibat duit.

Kitakan perlukan duit untuk hidup tapi kita perlukan iman bagi meguruskan duit tersebut.

Tepuk dada tanya selera.

Sunday, January 29, 2012

Bila Hati Berkata2...

Assalamualaikum semua...

Dah makan? Dah solat?

Mulut ai asek la bersebut nak makan, kepala otak teringat2 ayam masak kicap dan asam pedas dalam periuk. Wuiiii sodapnya. Tapi bila tengok keadaan perut aku tensen...nak makan atau tak dalam dilema ja.

Eh berbalik pada tujuan asal.
Korang ada pengalaman tak dengan seseorang yang suka bercakap dalam hati tapi dia rasa macamkan dah cakap live dengan kita.

Contohnya:

Situasi 1:
Korang bawa keta (dalam keta ada lagi seorang penumpang...co pilot la tu). Den sampai kat simpang, ko tak confident nak ambil simpang kiri atau kanan. Ko tanya orang dalam keta tu, nak ambil simpang mana ni. Jawabnya,"suka hati hang la". Dan korang pun ambil simpang kiri. Tup2 sesat, bukan itu jalan yang ko cari. Alih2 orang sebelah ko dalam keta tu kata, tu la tadi kan aku dah kata ambil simpang kanan. Ko macam ???????????

Situasi 2:
Ko balik keje, sampai umah tengahari. Den letih n ko pun tido (kata nak rehat jap). Pastu petang dalam kol 6.00 petang bila ko teringat ada keje tak buat lagi, like kena p beli barang kat pekan (15 minit je dari rumah). Ko pun ajak orang rumah g pekan sekali. Den dia jawab, "tadi masa aku ajak tengahari ko tanak keluaq, ko hentam tidoq, la ni dah petang takmau la p". Bila tanya masa bila ajak p? Sebab yang aku ingat masa masuk dalam bilik, dia solat zuhur. Aku terus baring atas katil n terlelap. Bila ntah dia cakap.........tensen!!!!!!!!!


p/s: aku rasa aku kena baca telahan hati. Semuanya bila dah jadi salah aku benda tu mesti dia akan cakap "Aku kata taknak dengaq!". Tapi seriusli bila ntah dia cakap. ????


Aku nak masukkan gambar orang yang suka bercakap dalam hati tapi aku taktau kenapa dua tiga hari ni aku punya template dah takder nak addkan gamabr. Blogger.com buat perubahan ke????

Wednesday, January 11, 2012

Bersiaran dari rumah

11 Jan 2012
Lokasi: Rumah Makyah (aku kan menumpang)

Hari ni aku MC lagi. Mata aku merah lagi tapi dah tak berapa berdenyut. Taik mata pun dah kurang bertempek masa bangun pagi tadi. Berjaya aku tido sampai kol 9. Makyah biar je aku tido lepas subuh td. Sakit kata pun....hehehe....

Tahun 2012 ni nak tukaq ganti nama diri jadi aku. Takmau dah guna 'ai'. Sopan dan tak berapa sesuai.

Masa p umah Kaknab untuk ziarah arwah Shahar, aku ada nampak sorang ni macam cikgu aku dulu. Dah selesai semuanya aku pun bertegur sapa. Ni Cikgu Rohani ka?
Bukan, Norini....
Aku ingat nama Cikgu tu ada ani2 ja so aku belasah ja apa yang terlintas dalam kepala otak.
Termalu sat, bila cikgu aku tanya, "Ni Azizah kan?"
Ingat nama aku lagi. Cikgu Norini ni ajaq aku tahun 1990. Dia ajaq subjek sains masa aku tingkatan 2. Dan lepas aku keluar dari SMSM aku dah tak jumpa dia dah. Ni lah kali pertama jumpa lepas aku kuar dari sekolah tu tahun 1992.

Muka cikgu aku tak berubah langsung. Muka menten jelita. Gambaq tak ambik la, malu ler gitteewww....Umuq cikgu aku dah 52 tahun. tunggu sikit ja lagi nak pencen tapi muka, badan still macam dolu2. Cikgu turunkan la petua awt muda sket...

Cikgu aku cakap bila dia pandang aku, dia kata ni Azizah ni....muka aku tak berubah pun dari dulu katanya. Aku dah ada kedut kat mata la...berubah dah. Bila dia tanya anak ada berapa, aku jadi serba salah nak jawab. Macam buat kesalahan yang besaq ja. Last sekali aku jawab, saya takder rezeki jodoh lagi cikgu. Terus cikgu rasa bersalah dan cakap insyaallah Allah ada perancangan yang lagi baik tu. Sabaq ya.

Mmg meruntun jiwalah jawapan cikgu aku. Sebab tu aank didik dia pun baik....hahaha...
Thanx cikgu masih ingat lagi kat budak nakal ni. Akku dulu suka subjek sains. Tingkatan 1 - 3 aku yang pegang anugerah pelajar terbaik subjek sains. Tapi bila kena panggil dengan Cikgu Majid sebab aku bagus dalam subjek lain tapi aku selalu fail subjek dia, subjek sejarah. Aku mmg tak suka menghafal ok. Kesannya, lepas percubaan SRP aku kena tahan untuk buat latih tubi sejarah. Tiap2 hri macam tu. Bila SRP sebenar, subjek sejarah lagi better dari sains. So aku dah bertukar arah kena ambil akaun. Dan sampai sekarang inilah laluan yang Allah letakkan untuk aku.

Dalam aku dok berhempas pulas nak tukaq kos masa kat U dulu tapi terjebak jugak dengan akaun. Mmg perancangan ALLAH lagi hebat. Alhamdulillah....................kita kena redha dengan qada' dan qadar. Sebab ALLAH Maha Mengetahui.

Tuesday, January 10, 2012

9 Jan 2012.
10.51 am - aku dapat kol dari no yang tak dikenali. Bertanyakan "ni sapa?". Hangin tak korang kalau dapat kol macam tu. Tapi bila dia tanya kenal tak Shahar? Aku cool jap. Bila dia bagitau Shahar "dah takder" aku rasa macam jantung berhenti berdegup.

Shahar tu adalah anak kepada sepupu ak, Kaknab. Kaknab merupakan cucu sulung tokwan dan tok di sebelah abah. Shahar orangnya aktif. Main bola salah satu aktiviti dia. Dia cuma mengadu sakit dada hari Ahad lepas main bola. Katanya nak pegi klinik hari Isnin tapi nak pegi ofis dulu. Tak sempat pegi klinik, dia dah pergi menemui Maha PENCIPTA.

Masa menguruskan mayat sampailah pengebumiannya, mmg ai sebak habis. Shahar pergi dalam usia 38 tahun (baru tadi perasan bila tengok sijil mati dia). Sebelum ni dok ingat dia tu tua setahun ja dari aku rupanya dia sama baya ngan Bangah. Pemergian dia mengingatkan aku dengan pemergian abah. Sama ja, sebab pergi mereka mengejut. Kata orang dia ada sangkut paut keturunan. Aku juga perlu bersiap siaga. Lagipun mati tak mengenal usia.

Wife dia menangis kat aku dan tanya, "kenapa dia pergi cepat sangat?"
Apa yang ak boleh jawab selain "Allah lebih sayangkan dia".
Pergi Shahar meninggalkan seorang balu, anak sulung 7 tahun dan anak kedua 5 tahun. Wife dia baru ja kehilangan ibu tahun lepas. Sebak, simpati bercampur baur.

KakNab peluk ak dan kata, "Allah duga kaknab, anak bongsu mati dulu masa kaknab hidup. Dahla Kaknab ni miskin anak". Sendu aku.
Tapi dan lagi nak melawak....kalau kaknab ni miskin anak, saya lagi la miskin segala. Suami + anak pun takder. Terus senyum Kaknab.

Malam tadi balik dan berfikir satu persatu. Aku ni selalu tak puas hati dengan orang, tapi aku tak pula pikiaq yang orang tak puas hati kat aku. Walhalnya aku ni terlalu banyak kelemahan. Bila malaikat maut menjemput, dosa aku dengan semua orang hanya terampun bila depa ikhlas ampunkan aku. Tekad: mesti maafkan semua orang yang aku rasa depa salah dengan aku. Dan mesti ikhlas dengan apa ja yang aku buat sebab Allah saja yang perlu tahu.

Kita selalu lupa yang sebenarnya apa yang ada di dunia ini pinjaman sahaja. Bila kita mati tinggallah semuanya di dunia ini. Bila kita ada suami, isteri dan anak2 itu semua pinjaman sahaja. Bukan apa, ada orang pernah cakap kat aku, "rugi tau tak kahwin". Tengok aku dah ada anak 3. Yang sulung dah sekolah darjah 4 (contoh). Tapi kita memang selalu lupa itu semua pinjaman. Sekiranya Allah ambil balik maka tinggallah kebahagiaan yang kita kecapi selama ni dan yang dicanangkan kepada orang. Dan sekarang Allah angkat kedukaan kita plak. Note: Isteri Shahar tak pernah cakap macam tu kay. Jangan dibuat andaian bukan2 plak.

Apapun kita ni milik Allah s.w.t. Cukup itu. Aku sangat bersyukur walaupun aku takder suami dan anak2 tapi Allah bagi aku kebahagiaan melalui jaga mak aku. Aku tak baik mana pun, selalu jugak bertengkaq ngan Makyah tapi aku rasa Makyah sayang aku (hahaha: perasan). Kebahagiaan itu pun sementara, aku pernah cakap kalau Allah nak jemput, biarlah jemput aku dulu sebab nanti Makyah boleh tolong bacakan yasin untuk aku sebab Makyah ada banyak anak dan cucu untuk bacakan yasin untuk dia tapi aku ada dia ja. Dan of course kata2 itu dia tak suka dengaq tapi aku rasa terkesan di hati. Sebab dia kata kalau malaikat maut mai jemput dia, dia kata dia nak habaq kat malaikat maut ambik aku sekali (bergurau kasar anak beranak). Aku pun tak ingat macamana scene ni boleh terjadi tapi aku tau aku la punca sebab aku kan suka snagat provoke dia.


Ok, nak berehat sebab mata dah pedih terlampau. Aku MC sebab sakit mata....tatattaa

Sunday, January 08, 2012

2012

Assalamualaikum...

Punyalah pemalas lipas, last entry sampai raya haji ja.
Huhu....kita dah makin maju setapak...2012 here we come.
2011 penuh dengan kenangan.

Pembuka 2011
Ntah aku tak ingat.
Ikut kronologi mmg tak dapat nak listkanlah.
Cuma apa yang dapat diselesaikan tahun 2011.

1) Rumah.
Alhamdulillah dapat sempurnakan hajat arwah abah untuk buat rumah baru. Arwah berhajat nak buat lepas balik menunaikan haji. So anak beranak teruskan. Walaupun macam2 rintangan tapi alhamdulillah siap. Ada yang tak puas hati dengan kerja2 kontraktor tapi bila difikirkan sebenarnya inilah rezeki yang Allah nak bagi. DIA yang lorongkan hati kami untuk pilih kontraktor ni buat dan DIA juga yang dah tetapkan apa yang terjadi. Bersyukur dengan apa yang ada. Gambar rumah siap takder. Masa dalam pembikinan gua ada snap. Tapi nanti la download. Malam ni pemals lipas.

2) Dapat ahli keluarga baru
Kaklong takder anak baru, Kak Mazidah juga takder produk tahun 2011. Tapi kitorang dapat adik ipaq. Dalam bincang tak bincang, setuju tak setuju, sayang tak sayang, akhirnya sahlah depa jadi suami isteri. Gambar? Ada dalam fesbuk ai dekat wall sebab ada kazen tolong tagkan. Hampa ingat senang ka nak download gambaq. Leceh tau. Hehehe...La ni adik ipaq dok sekali ngan ai dan mak. Alhamdulillah ada orang masak nasi masa weekend so ai boleh p ronda.

3) Ai????? Mcm tu jugak. 2012 insyaallah ada perubahan...........tunggggggggggggguuuuuuuuuuuuuu.....

Lap u all yang gigih dok masuk tengok ada entry baru ke tak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails