Ads @ ACHIQUE


Showing posts with label Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Merdeka. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

Keadilan...

Assalamualaikum.............cakkkkkkkkk.......


Lama bebeno tak menulis. Takder apa yang sibuk pun. Cuti sekolah pun dah berakhir. Kita p sekolah semula esok.

Kenduri pun dah selesai. Macam2 majlis di cuti sekolah ni, ada yang nikah, kawen bertunang, berkenalan, merancang nak kawen....ehhhh...

Adil...cemana kita nak ukur keadilan?

Situasi 1: Sepasang suami isteri yang berasal dari negeri yang sama. Bila sekali balik kampung, boleh balik kedua2 belah. Dah cuba bahagikan seadil mungkin, 2 hari umah mak isteri, dua hari sebelah mak suami. Tapi jumlah cuti 5 hari. Hari ke5 nak p umah sapa....so cemana nak tentukan? Baling duit syiling? One two som?

Situasi 2: Seorang ayah belikan sebungkus air kelapa. Tapi ada anak dua orang dan suruh kongsi sama rata. Nak judge sama rata cemana? Bilangan sedutan atau balik kena sukat dalam cawan matrik?

Situasi 3: Soal tanah pusaka. Seorang ayah telah tinggalkan 5 bidang tanah kepada 5 orang anak lelaki. Bagaimana nak bahagi sama rata dan adil? Bahagi seorang sebidang? Tapi ada tanah yang kedudukannya di tepi jalan besar, ada tanah yang berpaya dalam hutan, ada yang tanahnya sempit tetapi memanjang, ada yang setengah hektar, ada yang satu hektar....bagaimana mahu adil dan sama rata?


Di sinilah perlunya bertolak ansur...lagipun itu tanah usaha bapa bukan anak2. Anak2 hanya menerima, tetapi jika diungkit dulu dialah yang mengerjakan tanah tersebut, sekiranya bapa takder tanah nak kerjakan apa? Kerjakan tanah orang dan claim itu tanah kita?


Surah Al-Kahfi: 46 yang bermaksud, “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan”, bahwa harta kekayaan dan anak wajar menjadi perhiasan dunia yang mententeramkan pemiliknya karena pada harta ada keindahan dan manfaat, sedangkan pada anak ada kekuatan dan dukungan. Namun demikian kedudukan keduanya sebagai perhiasan dunia hanyalah bersifat sementara dan bisa menggiurkan serta menjerumuskan.

Maka sangat tepat jika ayat “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu adalah fitnah (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar. (At-Taghabun: 15)

dan ayat “Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi”.(Al-Munafiqun: 9) menjadi pengingat jika kemudian terjadi harta dan anak justru menjauhkan pemiliknya dari Allah swt.


Tepuk dada tanya selera..."Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau dari fitnah yang menyesatkan"

Monday, August 31, 2009

Selamat Menyambut Hari Merdeka

Hari ni tanggal 31 Ogos 2009, rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke-52.

Tahniah buat semua..............

Sudah merdekakah kita dengan erti kata kemerdekaan yang sebenar?

Sudah merdekakah kita apabila anak muda mentafsirkan erti kemerdekaan sebagai "merdeka dari penjajahan Jepun dan British?"

Sudah merdekakah kita apabila belia menyambut kemerdekaan dengan lumba haram dan parti liar?

Sudah merdekakah kita apabila kita masih bercakaran walaupun kita mengatakan "bangga hidup di bumi Malaysia yang aman"?

Tepuk dada tanya selera.........

p/s: Marilah setiap individu yang bernama Warga Malaysia berkhidmat dan memainkan peranan dalam memerdekakan Malaysia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails