Ads @ ACHIQUE


Monday, January 31, 2011

Nasi Goreng Air Mata Ibu

Assalamualaikum semua,


Korang dah makan? Jom kita makan nasi goreng special...tapi sebelum tu ada sket cerita untuk tatapan semua.


Kata orang 'GURAU' membawa bahagia tapi secara tak sedar usik mengusik dan gurau senda kadang2 membawa padah dan kecil hati. Petang tadi ai balik umah, ai dok usik Makyah,

"alahhhhh....mak tak masak pun....nak makan apa ni??? lapaqqqqqqq........."

dalam dok usik2 Makyah, ai terlelap kat depan tv. Dalam 15 minit kemudian, terjaga, so p jenguk kat dapoq, Makyah dok goreng nasi n goreng ikan. Ai tanya dia tak cakap sepatah pun. Menyahut pun tidak. Tenung2 muka, tengok muka Makyah dah ada riak sedih. Ooooppppppssssssssss.....rupanya Makyah dah kecik ati kat ai....cenggana niyh!


Selalu dok bergurau senda gitu jugak tapi masing2 paham je...sebab malam kitorang makan yang ringkas2 je. Kadang2 ai masak, kadang2 ai beli, kadang2 ai dan Makyah makan roti cicah air susu jer...lapik perut sebelum tidoq.


Tapi hari ni Makyah dah kecik hati dengan ai...cemana niyh...
dan sampai ke saat nie...dia tanak cakap lagi dengan ai. Cuma bila ai dok p tenung muka dia dekat2, Makyah dah mula nak senyum tapi dok kontrol. Makyah ni very d mery sensitif. Jarang nak luahkan apa yang terbuku di hati. Ai paham sangat, bila dia kecik hati, dia akan diam. Pandang orang tu pun tanak. parahhhhhhhhh............


Nasi goreng yang ai dah makan, 2 pinggan lagi walaupun Makyah tanak cakap dengan ai n walaupun ai tengah dok susah hati cemana nak pujuk Makyah, ai tetap boleh habiskan 2 pinggan nasi dan 1 setengah ekor ikan goreng. If ai tak makan lagi la Makyah kecik hati, baik ai makan dan kena makan dengan banyak.


p/s: Masa ai tulis perenggan yang terakhir sambil dok jeling2 kat Makyah, Makyah respon "apa tengok2?".....dak ok la tuhhhhh...lega.....

Hati Pt I

Assalamualaikum...


Mai kita crita pasal hati. Hati berkait rapat dengan ikhlas. Mampu ke kita nie ikhlas dalam setiap perkataan dan perbuatan kita? Ikhlas tu adalah milik Allah, hanya Allah ja yang berkuasa menilai keikhlasan setiap hambaNYA. Tak semestinya kawan kita yang cakap baik, dok puji kita melangit tu ikhlas dengan kita.


Penah jumpa tak dengan manusia yang dia malas nak buat keje tapi HATI dia suka dia dipuji melambung2. So dia akan tetiba rajin gila bila 'kerajinan' dia ditonton oleh pihak atasan. Kemudian, pihak atasan akan memuji dia dengan mengatakan dia sangat rajin dan berdedikasi maka orang bawahan dia akan berasa SAKIT HATI.


Lagi satu bila uols kena keje dengan seseorang, kita kena brainstorming idea untuk memastikan kita punya projek memang kebabboom..deboommm.....bila kita utarakan idea tapi kita lambat bertindak maka tetiba jer idea tu dah jadi idea asli seseorang tersebut. Kalau ai senang je, dah ko bawak idea tu ke pihak atasan so ko buatlah keje tu sendiri. Ai nak dok dendiam je supaya HATI ai puas. Tak baik kan......tapi ai selalu jer buat...buat2 bodoh dalam bijak! Sebab ai memang bijak...hehehehe



Ada juga yang mempunyai HATI untuk berjaya tetapi sedikit malas untuk bekerja keras maka dia memilih jalan pintas. Oleh itu HATI2 dengan siapa kita berkawan dan dengan siapa kita selalu memberikan maklumat. Berkemungkinan maklumat itu digunapakai untuk tujuan peribadi dan menjadikan dia sebagai pemilik maklumat tersebut. Orang macam ni sebenarnya dia selalu merasakan dia tidak bersalah atas tindak tanduknya maka dia akan buat SUKA HATI. Menggunakan maklumat orang lain tapi kita claim maklumat itu kita yang punya, dalam istilah akademik dia dipanggil sebagai plagiarism. Tapi kalau bahasa seharian nie, kita panggil TAK SEDAQ DIRI....dah la malaih ada HATI nak buat macam harta sendiri!!!! Huh!!! Orang macam ni, dia tak akan rasa pun apa yang dia buat salah. Nanti dia kata alah, memanglah maklumat tu dia punya tapi aku dah olah balik semua maklumat2 tu! Memang KEJI HATI lah!!!


Susah untuk kita menelah sejauh mana BAIK HATI atau BUSUK HATI seseorang maka kepada YANG MAHA ESA lah kita mengadu dan memohon agar dilindungi dari orang yang KHIANAT DAN BUSUK HATI di dalam kehidupan kita.



Selalulah mohon rahmat dari ALLAH kerana hanya DIA yang mengetahui hijab yang ada di antara hambaNYA.

Adialuvluze : My First GA


Assalamualaikum semua...


Alkisahnya 2 minggu lepas wifenavy tag ai untuk wat GA niyh.....berperam jer tag ni...dok dang nak belek. FB pun dah berminggu tak bukak. Bz apa ntah. Hari ni ai menyelesaikan tag ni dulu. Pasni ai akan postkan beberapa entry yang ai dah draft tapi belum diselesaikan penulisannya.


Niyh pest time masuk GA niyh. Dok ada pengalaman yang gini2 mahupun gitu2. Apapun kalau dapat hadiah dari Adialuve nie pun best gak kan.....hehee....ramai yang join dan pemilih akan dipilih secara rawak, so tak tau la ada peluang ke tidak. 1% hope still ada....huhuhu..


Yang pastinya thanx a lot wat wifenavy tagkan ai untuk masuk GA niyh...tenkiu very much....ai lap u lah akak.

Friday, January 14, 2011

Telefon: Saya atau Dia???

Hidup ini bagaikan putaran roda. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Ada tak di antara kita, yang apabila kita mendapat sebuah kejayan, kita berkata "KEJAYAAN INI ADALAH ATAS USAHA AKU SENDIRI"??? Tapi apabila kita gagal, kita sibuk nak mengaitkan kegagalan kita dengan orang lain. Maksudnya orang lain itu yang bertanggungjawab atas kegagalan kita.


Senario ini boleh dilihat dan diamati di sekitar kita. Ada seorang pelajar ai, yang dah tak datang kelas hampir dua minggu. Seminggu dia tak datang dan saya ada bertanya dalam kelas apa dah jadi ngan kawan diorang ni. Tapi seorang pun tak memberikan feedback dan mereka menggelengkan kepala tanda tidak tahu.


Minggu depannya ai dapat sms dari pelajar yang 'ponteng' tadi mengatakan dia balik ke kampung disebabkan 'masalah keluarga'. Saya sedikit fobia dengan alasan 'masalah keluarga' kerana ada di antara para pelajar yang menggunakan istilah 'masalah keluarga' ini yang merujuk kepada masalah perhubungan dalam pakwe dan makwe.


Jadi ai merisik lagi maklumat lanjut dari kawan2nya. Dan dikatakan dia hanya duduk di rumah sewa dan tak balik kampung pun! Jadi 'masalah keluarga' tadi merujuk kepada apa. Kemudian kawan mereka bertanya, "cik tak telefon dia ke"?


Siapa yang perlu menelefon siapa? Sampai bila para pelajar perlu dimanjakan sebegitu rupa? Mereka sudah berumur 22 tahun tetapi masih belum boleh bertanggungjawab dengan tindakan diri sendiri. Disalahkan para pensyarah kerana tidak mengambil tahu masalah mereka. Kenapa kita perlu menyalahkan pensyarah, ibu bapa dan kawan2 sekeliling apabila kita dilanda masalah. Jadi liar sebab ibu bapa bercerai......kata bekas pengarah saya, tidak perlu disalahkan orang lain atas tindakan kita sendiri kerana saya juga datang dari broken family tetapi saya berjaya kerana saya mempunyai hala tuju yang perlu saya kecapi.


Bila kita makan lebih, kita kata...tulah si polan tu asyik ajak aku makan jer...aku kesian kat dia so terpaksa la aku temankan.....if ko tanak makan ko temankan dia p makan so ko minum jelah!!!! Pehal plak bila ko temankan orang makan, ko makan sampai bertambah dua pinggan......


Sebelum menuding jari kat orang lain, ko telek dulu diri ko...ko tu dah LURUS sangat???



**** Student yang 'ponteng' tadi tu dia pesan kat kawan2 dia, dia tanak datang kelas sebab takut pensyarah marah sebab dah seminggu tak datang kelas tapi bila kawan2 tolong consult dia kata "SAYA DAH TAK BERMINAT UNTUK BELAJAR"......ooooooooo itu rupanya MASALAH KELUARGA dia!!!!

Thursday, January 13, 2011

Mirip Siapakah Wajah Saya p. II

Tepat sekali jawapan Makcik Normi, muka Delisha macam muka makcik dia...hehehhe...jangan jelezzzz.

Wednesday, January 12, 2011

Mirip Siapakah Saya Ini

Cuba korang tengok gambar kat bawah, Delisha mirip siapa? Mirip kak Hannah, Bangah aka Darwish atau Aqilah. Jom buat perbandingan.


Delisha dan Hannah (gambaq Hannah masa kecik takder dalam simpanan. Itulah gambaq yang terkecik sekali, umur dia 3 tahun)



Delisha dan Bangah aka Darwish



Delisha dan Aqilah



Pilih2...jangan tak pilih

Tuesday, January 11, 2011

Jom Makan Kek

Uols terpaksa bersabaq la, sebab ai akan hapdet crita2 yang terkebelakang dari tarikh yang sebenar........layan jelah yeeee..........


Setelah bercuti lebih kurang 50 hari, ai masuk opis balik 30 Dis 2010, Rabu. Hari pertama, mengadap komputer dari pagi dan petang. Sortkan email yang penting dan tidak, ada lebih kuranng 500 email. Huhuhu....berpinau mata mokcik. Seb baik kelas ai, Nizan nak masuk. If tak, ai pun tataw nak ajaq apa. Thanx Nizan....


Esoknya Khamis, dan ai mula masuk kelas. Rasa seperti hari pertama kerja masa mula2 daftar kerja dulu. Berpeluh dan ketaq satu badan.......macam baru kali pertama nak mengajaq. Tapi bila dah masuk kelas, tanak kluaq la plak.....lepas gian nak bercakap kah???

Tengah hari tu dapat kejutan dari Kak Imah (mentor besday)....dia bawa mai kek dan hadiah buku niyh.


terharu sangat...



Kak Imah yang dok pegang tangan ai tu....yang pakai baju dan tudung warna hijau lembut.


Tahun ni, ai sambut besday di Tanah Suci Mekah. Tiada kek dan lilin, tiada juga ucapan happy besday dari teman atau kluarga, hanya diri sendiri mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Air zamzam menggantikan capuccino dan roti kebab menggantikan kek. Rupanya ada seorang makcik sambut besday sama hari dengan ai...Makcik Normah, dia sambut besday yang ke 57 (sama umuq dengan Makyah).


Apapun syukur kepada Yang Maha Esa kerana masih lagi memberikan rahmatNYA untuk ai terus menghirup udara di muka bumi ini. Semoga sisa usia yang tinggal dipenuhi dengan kebaikan dan matiku adalah penamat dari segala kejahatan.

Duit Untuk Hidup atau....

Duit atau ada yang mengenalinya sebagai wang. Apapun yang pasti, duit atau wang perlu untuk dijadikan perantaraan bagi mendapatkan barangan keperluan serta kehendak manusia.




Tapi kita perlu tahu dan tetapkan prinsip sama ada kita perlukan duit untuk hidup atau hidup untuk duit. Tersilap langkah kerana duit buruk padahnya.




Arwah abah pernah berpesan, " jangan jadi hamba duit". Maksudnya apa yang kita ada berbelanjalah secara berhemah. Elakkan berhutang. Tapi untuk membeli rumah dan kereta, kita takder pilihan, maka berhutanglah yang paling minima. Abah kata, hutang akan menyebabkan hidup kita tidak akan tenteram. Maka ukurlah baju di badan sendiri. Sekiranya saiz L, janganlah dipakai baju saiz S. Tak muat! Atau jangan mencuba saiz XXXL, terlallu besar!




Cikgu ai pesan, bayarlah 20% daripada jumlah pendapatan kepada diri sendiri. Bayar kat sini bukan p berbelanja tapi bayar dengan cara menyimpan. Sekiranya gaji kita RM1500 maka simpanlah RM300 sebulan. Jangan diusik sekiranya tiada keperluan yang betul2 mendesak.




Sekiranya kita jadi hamba duit, bekerja keras macam mana pun tak akan cukup sebab ada jer barang atau sebab untuk kita berbelanja. Rancanglah perbelanjaan, insyaallah tidak akan wujud istilah 'over bajet'. Sekiranya kita mampu makan nasi beriani kambing hari2, better kita makan nasi putih berlauk ja. Duit yang lebih tu kita simpan, sehinggalah mencukupi untuk membeli barang yang kita nak. Walaupun lambat tapi yang pentingnya tiada hutang yang perlu ditanggung.




Pilihan di tangan kita, jangan sampai duit yang sepatutnya boleh menyenangkan kita menyebabkan kita jatuh susah. Fikirkanlah.






Jangan lupa bersedekah dan keluarkan zakat apabila mampu.

Monday, January 10, 2011

Meniru............

Bila dibelek2 dalam entry untuk posting, tetiba ada entry ni yang masih berstatus draft. Cerita ni ditulis dalam bulan November 2010...masa Politeknik tengah sibuk nak final exam. Tataw nape ai tak publish post. Maybe bz prepare nak g haji kot. K uols layan la ceta kat bawah ni.....


Salam uols...

Ai sibuk mengalahkan PM, sampai nak hapdet blog pun takder masa.


Ni ai nak ceta pasal meniru. Uols dolu2 masa remaja2 penah meniru masa exam???? Penah keeee???????????

Sekarang ni kat tempat ai ngajar, bz ngan minggu peksa. Semalam ada budak kena tangkap meniru. Bila tanya kenapa meniru, dia jawab "PUAN, DAH TAKDIR MENENTUKAN YANG SAYA AKAN MENIRU HARI NI!!!"

Mau ai lempang p balik je! Huh itu bukan takdir! Itu jawapan ko yang nak tunjuk bijak walhal dah mmg tak bijak! Kalau bijak mesti la tak meniru.

Petang tadi exam Bisnes Law...kan kekdahnya paper ni banyak akta. Apa lagi mencicit budak2 nak meniru! Depa ingat pengawas peperiksaan tu buto kot...tak nampak! Sekilas ikan di air, dah tau jantan btinonya! Sekali ko melangkah nak masuk dewan peperiksaan sudah ku tahu nota itu ko bawa masuk sekali...huh!!!!



Kalahkah pertaruhan itu

Salam,

Sekiranya kita diberi peluang untuk membuat pertaruhan, adakah kita akan bertaruh kepada sesuatu yang kita jangka akan merugikan?

Pertaruhan di sini merujuk kepada apa jua perbuatan atas keputusan yang telah diambil. Contohnya perkahwinan. Untuk berkahwin pastinya kita telah tekad untuk sehidup semati dengan pasangan yang dipilih setelah mengkaji dari pelbagai aspek. Namun pertaruhan perkahwinan kadang2 kecundang. Mahukah kita membuat pertaruhan tersebut sekiranya kita tahu kita akan kalah dalam pertaruhan tersebut? Tidak?

Biasanya sesuatu pertaruhan itu dibuat atas dasar kepercayaan. Tapi kerap juga kepercayaan itu dicurangi. Mudahkah kepercayaan yang ranap dicurangi itu, dibangunkan semula? Pastinya mengambil masa yang lama. Pasti akan ada syak wasangka selepas ini. Pastinya kepercayaan sudah tidak 100% lagi. Dan pastinya amanah itu tidak akan diberikan lagi selepas ini.

Maaf kerana hati ini sudah tidak berdaya untuk percaya lagi walau bibir masih mampu tersenyum dan berbicara tanpa meninggikan suara.

Aku hanya insan biasa yang masih mempunyai rasa amarah!

Sunday, January 09, 2011

Saya Tidak Tahu

Sekiranya uols diminta untuk membuat sesuatu perkara yang baru dan perkara tersebut di luar kebiasaan tugas uols.....so uols nak jawab kat ketua uols bila dah sampai due datenya?

Bleh ke kita jawab, saya tak menyediakan laporan tersebut sebab saya tak tahu nak buat macamana.

Kalau boss kita suruh kita pergi shopping complex, cthnya JUSCO, adakah jawapan kita, SAYA TAK TAHU JALAN NAK P JUSCO! Pasti tak ramai yang jawab macam ni.....paling tidak kita akan kata, k saya try cari jalan dulu, if tak dapat nanti saya kol boss.

Tapi kenapa kita tak gunakan pendekatan SAYA CUBA dulu dalam bidang ilmiah? Pilihan di tangan masing2. Takder sapa nak tentukan lulus atau gagal dalam pengajian memajukan diri melainkan diri sendiri. Tapi selalunya bila gagal, pensyarah atau gurulah yang tidak dituding terlebih dahulu kerana mereka dikatakan tidak berdedikasi.

Tepuk dada tanya selera...Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut berusaha mengubah nasibnya.

P/S: Untuk students ai, ai nak ingatkan kalau dah TAK TAHU tu, tanya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails