Ads @ ACHIQUE


Sunday, January 09, 2011

Saya Tidak Tahu

Sekiranya uols diminta untuk membuat sesuatu perkara yang baru dan perkara tersebut di luar kebiasaan tugas uols.....so uols nak jawab kat ketua uols bila dah sampai due datenya?

Bleh ke kita jawab, saya tak menyediakan laporan tersebut sebab saya tak tahu nak buat macamana.

Kalau boss kita suruh kita pergi shopping complex, cthnya JUSCO, adakah jawapan kita, SAYA TAK TAHU JALAN NAK P JUSCO! Pasti tak ramai yang jawab macam ni.....paling tidak kita akan kata, k saya try cari jalan dulu, if tak dapat nanti saya kol boss.

Tapi kenapa kita tak gunakan pendekatan SAYA CUBA dulu dalam bidang ilmiah? Pilihan di tangan masing2. Takder sapa nak tentukan lulus atau gagal dalam pengajian memajukan diri melainkan diri sendiri. Tapi selalunya bila gagal, pensyarah atau gurulah yang tidak dituding terlebih dahulu kerana mereka dikatakan tidak berdedikasi.

Tepuk dada tanya selera...Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut berusaha mengubah nasibnya.

P/S: Untuk students ai, ai nak ingatkan kalau dah TAK TAHU tu, tanya!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails