Ads @ ACHIQUE

Monday, November 23, 2009

KENDURI....

Rini, ahad 22/11/2009, ai jadi dreba lagi. Sabtu malam, dapat arahan dari Pakdaq, sok kol 10 pagi kita kuar umah.

Soknya, ai teralit buat keje, kol 10 baru nak mandi. Apa lagi petir 1 rumah. Tp ai wat donno jer. Terus jer mandi n siap cepat2. Seb bek si qasim ada kat umah, soh dia start enjin keta dulu.

Destinasi pertama: Kg Kandis, Alor Setar Kedah.
Ai tak penah sampai kat situ cuma cam Jalan Hutan Kampung sbb umah member ai kat situ. Umah member ai, sampai traffic lite yg ke2 kona kiri tapi dalam plan terus. Mana tau jalan len kot. Tgk2 lepas sampai Pekan Langgaq. PakDaq dah bising2..."aku dah kata tadi kona kanan, hang tamau dengaq, tu la KETEGAQ!!!"...

Kona kanan mana ntah, yg ai tgk kanan tu pejabat apa ntah. Tuan rumah bagi petua ada jambatan n Caltex, jumpa ja fly over n Caltex, bising soh masuk kanan. Kanan mana ada jalan....ai pening cam nak benti keta tepi jalan biaq je dia yang bawak. Tapi sabaq jelah.

Seb bek ada abang sorang ni baik hati tunjukkan jalan. Bila ai dah bengong cam blur jer masa tanya jalan, dia offer ikut dia. Dia naik motor tunjukkan jalan kat kitorang. TQ memanyak Encik Abang Motor.

Destinasi Kedua: Sungai Karangan, Kulim Kedah
Walaupun dua2 Kedah tapi satu utara, satu selatan. ODW balik, PakDaq nak dok belakang, sbb nak tidoq. Kali ni Nur (anak Pakteh) lak lead jalan. Ai ikut ja. Sampai kat exit Bertam, PakDaq terjaga. Terus on radio "NI HAMPA IKUT JALAN MANA LAK???? JALAN JAUH NI!!!!". Maap la PakDaq, Cikgu Achique ni tatau jalan. So ikut jelah. Seb bek tak sesat, elok jer sampai.

Cabaran tau nak jadi anak solehah.

p/s: Encik Kapten punya kenduri tak dapek nak p sbb dah kena chartered jadi dreba. Maap ye Encik Kapten.

Wednesday, November 18, 2009

MASAKAH YANG BERSALAH????

Mari kita lihat apa kesan peredaran masa ke atas seseorang????



Mac 2007



April 2007



Mei 2007



Jun 2008



Jun 2009



Membesar dengan sihat!!!!
Dah macam dipam2 ai sekarang. B4 p attachment berat ai 68 kg. Dalam masa 3 bulan ai attachment, masa ai balik opis, terkejut tgk nombor kat penimbang digital tuh!...70.6 kg.

Naik 2.6 kg. Patut la mengah semacam ja sekarang ni.



Ai harap lepas ai jadi pemegang kad ni, dalam masa 3 bulan akan ada perubahan. Kalo tak ai bakar gym tuh....hahahahaha..nyamuk punya salah, kelambu kena bakaq!!!!



p/s: Tapi ari ni, makan nasi kenduri 2 kali, takpa kan?????

Tuesday, November 17, 2009

MAKYAH'S STORY

Ai baru balik dari Klinik nih temankan Makyah p wat regular check-up.

Hasilnya:
  • Berat: Naik 0.5 kg
  • Glukos Dalam Darah: 7.5
  • BP : 203/91
Diabetes Makyah dah under control, alhamdulillah. Dia dah pandai jaga pemakanan sbb selalu dok ceta apa kesan kalo diabetes dia tinggi.

Cuma sal darah tinggi jelah. Ai ada beli alat check BP kat umah, dan kalo check kat umah BP dia dalam 143/85 paling tingi. Tapi kalo p klinik melampau2 mencanak naik. Bila ceta kat doktor, doktor minta ai bawakan alat check BP tuh. Nak tgk betui ka dak mesin tu punya bacaan.

So ari ni, ai bawa p utk pastikan mesin yg ai beli tepat atau dak bacaan dia. Kalo tak betul ai nak p claim yg baru kat farmasi yg ai beli. Check punya check, betul sbb guna mesin kat klinik 203/91, guna mesin ai 200/93.

Dah dalam keta ai tanya kat Makyah awat jadi lagu tu BP dia. Tau apa Makyah cakap....

"aku takleh tgk misi yang pakai baju putih2 ni terus rasa dup dup dup jantung aku. Telinga pun nek jadi panaih ja. Rasa terus macam nak demam"

Kalo dah macam tu punya alasan, takkan nak soh misi2 tu pakai baju warna warni mak oiiiiii........


p/s: Agak2 kalo nurse tu macam gambaq kat atas, BP Makyah turun mendadak ka atau lagi nek mencanak? Gambar diambil dari http://adianiez.blogspot.com

Sunday, November 15, 2009

SAPA GANAS SANGAT NIH???

Sebelum ai burbling byk2 layan gambar dulu.








Korang paham ka apa yang ai cuba sampaikan???

Sedih giler. Rantai tangan pearls n kristal (hitam putih) tu mmg ai sayang sgt. Tersangkut apa ntah. Macam tu gak yg rantai tgn kristal putih merah tu. Waaaaaaa...........

Yg gelang emas tu, ai pun takleh jawab lagu mana bleh patah 2. Sampai la ni tak gitau kat Pakdaq......takut kena hamput!!!!


p/s: Sapa bleh tolong ai??????

Saturday, November 14, 2009

TQ MY LALING.....

Semalam, Jumaat dari kol 2-4 pm ada Solat Hajat n Ceramah Motivasi, anjuran Jabatan Perdagangan (JP). Sasaran peserta students JP tapi ada gak students jabatan len yang mai secara sukarela. Tujuan untuk persediaan final exam yang akan datang menjelang awal Disember ni.

Ai p nyibuk gak sbb Dba ajak, tupun dah kol 3 lebih2. Kunun nak p solat hajat sekali, tgk2 jam dah kol 2.30pm. Ralit sgt ngadap komputer, gitulah kekdahnya.


Cikgu Wan yg bz kira duit makan dan minum peserta

Awat jumlah dia asek tak sama setiap kali kira....????

K dah selamat. Duit ni nak bayar kat caterer, makanan dah sampai tapi sebab duit tak cukup tu yang hold tak bayaq lagi. Pastu kira lagi....mujuq cukup.....yuran RM2 ja, tu yang pening nak kira duit RM1 berkeping2. Nasib caterer tu la dpt duit RM1. Tapi depa suka sbb senang buat duit tukaq nanti


Ai n Dba yg tak membantu Cikgu Wan kira duit...tolong temankan ja dia ...... ^_^


Pas semua majlis abes, Dba ajak ai naik p opis dia. Nak tunjuk baju baru beli katanya.

Naik2, dia kuar sepasang jubah (half jubah) ngan kain warna kelabu

Jubah ni labuh melebihi lutut, kain dia sama warna cam baju, kain bentu A shape.

Kerawang kat leher


Corak yang simple kat baju tapi menarik

Design kat tangan


Dari angle yang beza utk design di tangan

Pastu dia soh ai try, mmg ngam2 saiz ai. Dia kata "aku takleh kalo dah beli tak sabaq2 nak bagi!!"

Ropanya hadiah utk besday ai. Speechless waktu tu tatau nak kata apa. Ekceli besday ai lagi 10 hari. Tapi pangai kami sama ja, kalo beli hadiah awai kena bagi awai....ketaq kepala kalo simpan lama2 (istilah menggambarkan ketidaksabaran nak wat sumting).

To my beloved fren, Dba maceh bebanyak. Masa dapat hadiah tu sayu sgt sbb rasa sgt2 terharu lagi tak disangka2. Sebenarnya hang tak kecik ati n bleh terima aku sebagai kawan, aku dah sgt bersyukur sbb aku ni byk kekurangan. Thanx hadir dalam hidup aku sebagai seorang sahabat susah dan senang.

p/s: Di hujung2 usia sekiranya masih ada kawan yang menganggap kita sebagai seorang sahabat baik itu adalah kurniaan Allah yang Maha Hebat.

LUMBA BASIKAL

Ni kisah minggu lepas, selepas balik dari kusus kat Melaka. Abih je kusus ai singgah Bangi umah abang ai sbb Makyah pun ada kat situ. Kakak ipar pun takder g kusus, so bleh tolong tgkkan budak2 bertiga tu.

Sampai je Bangi, p amik Darwish n Aqilah kat nursery. Kakaknya Hannah dah balik, cikgunya ngantor depan umah.

Balik umah, si Darwish memokak nak nek beskal dpn umah, so ai pun bw diorang p taman belakang umah tu.

Siap2 nak kuar, sambil Makyah dukung Aqilah, si Darwish n Hannah dgn beskal masing2. Amek Aqilah dari Makyah, tetiba si abang Darwish tu laju ngan beskalnya. Terkejar2 sambil terjerit2 ai, satu taman dengaq ai menjerit panggil dia.

Mau tak bimbang dgn keta banyaknya, jiran2 baru balik keje ngan moto lalu lalangnya. Dia siap merempit ngan beskal 3 roda dia tengah2 jalan. Ai lari sambil kendong Aqilah, dah tak sedar dah masa tu. Kalah Norjannah Hafiszah Jamaluddin masa tu.

Dah sampai kat taman lega sket sbb dalam taman tu ada trek utk berbeskal, so dia merempit kat situ ja.

Kalo seminggu jaga si Darwish ni, mau makcik dia kurus slim punya. Mana taknya setiap kali dia nek beskal, makcik kena lari kat sebelah nak pastikan dia bawa beskal kat tepi jalan ja


Saya yang debab, buaian pun tak larat nak laju2 bila saya naik.

"Makcik cepat la, tolong tolak saya, tolak laju2 tau, biar buaian saya tinggi macam kawan kat sebelah".


Aqilah yang takut2 dok atas kuda menan


Si adik yg ketawa terkekeh2 bila diagah oleh si abang


Kakak yg garang tapi sangat sayangkan adik. Bawa adik men gelongsor etc.

Makyah n Aqilah. Aqilah ni lebih suka ngan tok dia daripada ngan makcik. So selamat la makcik ble relax2 jo sbb Aqilah nak orang dukung dia memanjang. Hehe


Bila nak balik, Makyah dah bawa Aqilah balik dulu, ai terpaksa berlumba ngan Darwish. Dia merempit ngan beskal, ai memecut ngan kaki....hohoho...malam nanti sapa mau urutkan kaki makcik??

Si Darwish tu walaupun selalu gaduh ngan ai, tapi nak mandi atau nak basuh berak msti panggil makcik. Ada sekali tu, ai tgh menumbuk sambal n dia panggil ai untuk basuh berak. Takut kulit dia pijar, panggilkan Makyah tolong bersihkan, boleh plak dia tanya
"Tok ni pandai ke basuh berak Bangah. Nanti tok sabunkan kat sini, sini..." Banyak tol ayat arahan dia.

p/s: Setiap parents mendoakan yang terbaik untuk setiap anaknya, lantas itulah yang diberikan nama dengan maksud yang terbaik. Sebagaimana maksud nama si anak, begitulah tingginya harapan si ibu dan bapa bagi anak tersebut.

Thursday, November 12, 2009

CERITA2 KEHIDUPAN

10/11/2009
Makyah gitau ai kata dia ada appointment ngan doktor pakar on 11/11/2009 pukul 2.30pm. So ai decide, pegi biar Pakdaq yg hantaq balik ai tolong amikkan. Sbb ni 1st week ai masuk keje kat Poli lps p attachment 3 bln kat MASkargo, dan dgn sebab itu rasanya sgt tak best nak amik cuti. Dalam tengahari tu Makyah kol gitau appointment sebena2nya hari isnin 9/11/2009. Dia silap tgk kad ka apa tatau la. Satu masalah lak nak kena settle.

So ai kol klinik tu utk wat appointment len. Nak dijadikan cerita nurse yg membantu doktor pakar tu adalah kawan Makyah masa sekolah2 dulu. Mmg senang nak dapatkan tarikh utk appointment sekali lagi tapi ai kena dengar nasihat (baca sebagai leteran) selama 15 minit. Then ai xplain kata kat rumah, ai pun wat pemantauan gak ngan blood pressure n tahap glukos Makyah. Tapi dia kata mesin kecil tak sama ngan mesin besaq so bacaan tak berapa tepat bla..bla...bla...bla....ai takder peluang nak mencelah langsung....tapi ai paham itu tandanya dia amik berat ttg kawan dia sbb ai mmg selalu kena tegur ngan dia, soh jaga pemakanan, rehat etc....ya saya tahu makcik kawan ngan mak saya. TQ makcik.

12/11/2009
Apa pendapat anda dgn kesabaran dan hidup ini? Adakah kesabaran diperlukan atau kita tidak perlu bersabar dgn orang dan biarkan semua orang mengalah utk kita sahaja. Itu menunjukkan yg kita sememangnya kuat tanpa tandingan. Begitukah?????

Tuesday, November 10, 2009

KURSUS MENGURUSKAN BADAN

Jom berkursus. Thanx Ucu maklumkan sal kursus ni. Lanjutan menambahkan ilmu selepas Kursus Hoki Dewan kat UPSI 2007 dulu.



With my roomate, Ekin dari Politeknik Merlimau Melaka

Ekin yg sentiasa ceria, ni tgh kelas teori. Masa ni tangan ekin sebelah kiri lebam sbb kena bola hki masa tgh wat xtvt permainan kecil

Masa ni take 5, penat ooo...lama x xcercise tetiba kena lari2 anak warming up. Tapi banyak jugak yg curi tulang ...sapakah manusia itu??? Heip jgn jawab kuat2, jawab dalam hati sudah la.

Our facilitator (coach yang sgt hebat) Mr Sasy n Mr Vicky (ai xpasti ejaan yg betul)


Ni ja peserta wanita yang ada. Dari kiri: Ida, Ai, Ekin, CT, Yana n Nuna si Keeper (Hebat budak ni!!)


Sebahagian dari peserta lelaki. Ada lagi 3 meja tapi malas nak amik gambaq depa. Meja ni bertentang ngan ai ja so just snap dari kusi...yg penting xyah bangun.

Sebenar-benarnya takut tak luluih kursus ni. Ada exam tau n praktikal. Siap kena demo wat latihan mengajar lagi.


p/s: Ai rasa ai dah turun 3 kg lepas kusus ni....wakakakakakaka

Monday, November 09, 2009

FAMILY REUNION

Abih ja SIP 30 Okt tu, esoknya ai n Makyah dah kene bergerak ke Bangi. Ai ada kusus kat Melaka ari Ahad, 1 Nov 09. Kusus tu start malam ahad.

Tetiba jeng...jeng....

Bangah ai gitau kata Ahad pagi ada reunion family (sepupu sepapat dari Tok n Tokwan sebelah Pakdaq). Apa lagi pucuk dicita ulam mendatang la.

Pagi Ahad tu, ai dari rumah Bangah ai kat Bangi bertolak ngan 2 buah keta. Bangah ai siap warning sapa tak siap kol 8.30pg, kene tinggal. Berdesup mcm lipas kudung siapkan barang. Ramai2 tunggu kat Kwsn Rehat Serdang. Sampai kat situ Shidan dan Munah dah ada. Tunggu abang Rani n Azri. Semua dah sampai, kami konvoi ke Sg Chongkak.

Giler mencabar perjalanan sbb diorang amik port yang ke dalam bukan tempat orang ramai dok berkelah. Nak privacy n nak senang jaga anak2 yang macam trebe (lastik)(tatau la mai dari mana istilah tu tapi Makyah selalu sebut). Kat tempat kejadian Kaklong dan Munawar dan siapkan bookingkan tempat n buatkan bara api untuk bbq. Hasilnya...


Sampai jer ai tak tolong apa lagi trs terjah ke meja pengumpulan makanan. Gila lapaq wei, kol 10 tak isi perut lagi.
Pinggan tak sampai lagi, so syer jer makan rerami dalam tupperware. Soklan kuiz, tangan siapakah dalam gambar di atas???

Pastu kena marah tak buat keje. So ai p la tolong potong2 apa yg patut. Sambil2 tgk Qasim n Azri baru terhegeh2 blajaq pasang igloo khemah. Bila Suraya n fren sampai, ai ngelat semula.

Makanan adalah sumbangan masing2. Wat potluck. Ada nasi lemak, bihun, spagheti, kek coklat, kuih lapis, karipap, rojak, buah2an, air sirap, cocal-cola, 100+ byk lagi lah.

Yang datang meramaikan dan menggembirakan majlis adalah kuarga Bangah, Kaklong, Padin, Munah, Abang Rani, Shidan, Munawar, Abang Yeh, Azri, Qasim, Suraya & fren dan tetamu jemputan khas ai n Makyah...^_^

Masa nak balik wat pembahagian harta karun. Ai amik mineral water n buah ja sbb lepas tu nak terus berdesup ke Melaka utk kusus.

Jom layan gambaq....

Makyah n Aqilah

Sapa lagi comel?? Anak atau Abah??

Budak2 bergumbira. Sampai makan pun dalam air.

Si abang, Ashraf.

Si adik, Amir Adha

Darwish, yg suka cari gaduh ngan makcik!

Abang dan adik (Syafiq dan Syahdan)

Kamilah generasi alaf baru!

Makcik budak, lari cari port yg best sket nak mandi kalo tak kena simbah. Alasan terbaik untuk lari dari jaga budak2 tu.

Gambar2 diambil dari http://padiaq.blogspot.com

p/s: Alhamdulillah atas kasih sayang yang masih melingkari ukhuwwah kekeluargaan

Sunday, November 08, 2009

HARI-HARI TERAKHIR....

Tajuk mesti gempak.....

26 - 30 Okt merupakan minggu terakhir ai n faizah di MASkargo. En Jamal tegoq kata tak baik bila sebut ni yang terakhir......mesti sambung ngan apa2 ayat lepas tu jangan biaq tergantung gitu jer.

Thanx to all staffs and our practical students at MASkargo. Kalian banyak membantu menambahkan ilmu pengetahuan ai n faizah yang cetek dalam bidang logistik ni. Banyak benda baru yg dapat dipelajari kat sini.

Mula2 masuk akhir Julai ritu...kitorang (ai n faizah) kontrol ayu jer. Sembang pun 2 orang tak campur ngan orang len. Terkejut sebb workplace environment sgt2 berbeza. Kat poli di jabatan ai, hanya ada 4 orang lelaki dari 66 wanita. Kat sini keadaan terbalik. Tak sampai 10 orang pekerja wanita, yang len semua lelaki. Depa pun takut nak tegoq...yang tak bleh blah depa teka umuq ai 36 ke atas...hello...............tak pueh ati sampai rini. Depa kata bila carry title pensyarah tu buat rasa ngeri orang nak tegoq. Dan bg depa pensyarah tu semuanya tua2. Pakai spek, itu old school dulu...sekarang pesyarah hebat!!!! Umur 32 dah carry Dr. kat depan nama.
belakang ai tu, nazri (staf MASkargo), dia la yang kata ai ni umuq 36..masa ni kami p MASkargo waktu tengah malam, sbb nak tgk operasi waktu puncak kat warehouse.

Geng2 admin. Dari kiri duduk: En Saipul (bos maintenace), En Shamsul (admin), Kak Jam (import). Dari kiri berdiri: Cikgu Faizah, Miza, En Basir, Liza, Kak Wani an Cikgu Azizah @ Ai.

Makaceh byk2 kat Kakwani banjer kami makan masa last day. Kak Jam sgt rajin trgkan sal operasi kat import. Miza n liza byk bantu dalam wat surat. Liza nanti bersalin gitau ya...mesti comel@hensem baby yang kuar nanti sbb mak dia mmg cun.

Encik Kapten (yg pakai t-shirt biru), selamat terima menantu noooo...Insyaallah kalo berkelapangan kami p nanti

Dari kiri : En Jamal, Mr Bruce (Boss besaq)

Staf bagian sales: Wan, Kak Rina n Kak Ros. Depa ni best sgt. Asek gelak ja dok dalam 'bilik akuarium'.

Staf di eksport. Yg pompuan tu nama dia Kak Aya, dia sorang ja staf pompuan kat xport. Byk lagi yg tadak dalam gambaq ni. Depa semua sporting. Tanya la apa saja berkaitan yg ngan keje depa yg kami nak tau, semua depa leh terang. Tak kira masa kalo kami tanya, mmg depa layan jawabnye. Pakcik teka teki tadak dalam gambaq...bukan pakcik sebenanya...lom tua lagi pun. Byk yg tadak lam gambaq sbb depa keje ikut syif lagipun ptg jumaat sgt sibuk bg Xport Dept...barang2 yg nak dixport bercambah2 dtg ke warehouse start ptg sampai ke malam.

Lg dua tiga minggu nak abes, baru depa brani beramah mesra ngan kami. Siap offer 3 in 1 waktu petang2, air panaih, gelas semua bleh pinjam kat Acceptance Area...3 in 1 tu amik terus tak pinjam2 dah. hehe. Pendek kata kebykan staf mmg bagi kerjasama kat kami bila kami memerlukan. Kalo story yg tak besh tu biaq ai n faizah jer yg simpan...sbb ada gak kenangan kat sana. Apapun ai n faizah bukan setakat belajaq akaun dan logistik....ilmu pasal kemanusiaan pun ada. Sebab tu orang tua2 buat pepatah "Banyak berjalan luas pandangan". Tapi sekarang kita tak berjalan dah naik keta...loyar buruk noooo.....

Shu n Ojai. Bersungguh2 bantu kami key in data utk projek SIP.

Ni plak Yazid. Betul ke ko wat keje tu Faiz???

Thanx En. Dzaher bawa kami naik Electronic Transfer Vehicle (ETV). Ai admire kat kamera En Dzaher ni. Lens dia saja dah beribu...tengen sangat nak beli tapi apo kan dayo......pitih belum cukup lagi. Gambaq dari kamera dia mmg mcm langit ngan bumi kalo kita nak bezakan ngan kamera digital biasa.

Lokasi gambar, dalam ETV

Zam tgh welding dolly yg digunakan utk menarik kargo dari satu tempat ke satu tempat) (kredit utk En. Dzaher)

Walaupun dah 3 bulan dok kat MASkargo, ai n faizah tetap tak pandai nak bawa kapal terbang lagi...ahaks...

Ada macam umuq 36 ka 45???? (tanya sambil ketap2 gigi...)

Thanx dari kami ber2 kepada smua warga MASkargo Penang yang banyak membantu dalam secara langsung dan tak langsung (ingat siaran tv kooo????) menjayakan program Sangkutan Industri Pensyarah. Segala jasa baik dan kerjasama yg pernah dihulurkan akan tetap dikenang selagi hayat dikandung badan.

p/s: Segulung ijazah tak bermaksud kita pandai dalam segala segi. Hidup ini saling bergantungan antara satu sama lain. Kepandaian juga berbeza, ada yang pandai masak dan ada yang pandai makan. Yang msk boleh berjasa kepada yg suka mkn, yg suka mkn boleh memberi komen membina bagi memantapkan masakan yang sorang lagi....apalah contoh pun amik pasal makanan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails