Ads @ ACHIQUE


Sunday, November 08, 2009

HARI-HARI TERAKHIR....

Tajuk mesti gempak.....

26 - 30 Okt merupakan minggu terakhir ai n faizah di MASkargo. En Jamal tegoq kata tak baik bila sebut ni yang terakhir......mesti sambung ngan apa2 ayat lepas tu jangan biaq tergantung gitu jer.

Thanx to all staffs and our practical students at MASkargo. Kalian banyak membantu menambahkan ilmu pengetahuan ai n faizah yang cetek dalam bidang logistik ni. Banyak benda baru yg dapat dipelajari kat sini.

Mula2 masuk akhir Julai ritu...kitorang (ai n faizah) kontrol ayu jer. Sembang pun 2 orang tak campur ngan orang len. Terkejut sebb workplace environment sgt2 berbeza. Kat poli di jabatan ai, hanya ada 4 orang lelaki dari 66 wanita. Kat sini keadaan terbalik. Tak sampai 10 orang pekerja wanita, yang len semua lelaki. Depa pun takut nak tegoq...yang tak bleh blah depa teka umuq ai 36 ke atas...hello...............tak pueh ati sampai rini. Depa kata bila carry title pensyarah tu buat rasa ngeri orang nak tegoq. Dan bg depa pensyarah tu semuanya tua2. Pakai spek, itu old school dulu...sekarang pesyarah hebat!!!! Umur 32 dah carry Dr. kat depan nama.
belakang ai tu, nazri (staf MASkargo), dia la yang kata ai ni umuq 36..masa ni kami p MASkargo waktu tengah malam, sbb nak tgk operasi waktu puncak kat warehouse.

Geng2 admin. Dari kiri duduk: En Saipul (bos maintenace), En Shamsul (admin), Kak Jam (import). Dari kiri berdiri: Cikgu Faizah, Miza, En Basir, Liza, Kak Wani an Cikgu Azizah @ Ai.

Makaceh byk2 kat Kakwani banjer kami makan masa last day. Kak Jam sgt rajin trgkan sal operasi kat import. Miza n liza byk bantu dalam wat surat. Liza nanti bersalin gitau ya...mesti comel@hensem baby yang kuar nanti sbb mak dia mmg cun.

Encik Kapten (yg pakai t-shirt biru), selamat terima menantu noooo...Insyaallah kalo berkelapangan kami p nanti

Dari kiri : En Jamal, Mr Bruce (Boss besaq)

Staf bagian sales: Wan, Kak Rina n Kak Ros. Depa ni best sgt. Asek gelak ja dok dalam 'bilik akuarium'.

Staf di eksport. Yg pompuan tu nama dia Kak Aya, dia sorang ja staf pompuan kat xport. Byk lagi yg tadak dalam gambaq ni. Depa semua sporting. Tanya la apa saja berkaitan yg ngan keje depa yg kami nak tau, semua depa leh terang. Tak kira masa kalo kami tanya, mmg depa layan jawabnye. Pakcik teka teki tadak dalam gambaq...bukan pakcik sebenanya...lom tua lagi pun. Byk yg tadak lam gambaq sbb depa keje ikut syif lagipun ptg jumaat sgt sibuk bg Xport Dept...barang2 yg nak dixport bercambah2 dtg ke warehouse start ptg sampai ke malam.

Lg dua tiga minggu nak abes, baru depa brani beramah mesra ngan kami. Siap offer 3 in 1 waktu petang2, air panaih, gelas semua bleh pinjam kat Acceptance Area...3 in 1 tu amik terus tak pinjam2 dah. hehe. Pendek kata kebykan staf mmg bagi kerjasama kat kami bila kami memerlukan. Kalo story yg tak besh tu biaq ai n faizah jer yg simpan...sbb ada gak kenangan kat sana. Apapun ai n faizah bukan setakat belajaq akaun dan logistik....ilmu pasal kemanusiaan pun ada. Sebab tu orang tua2 buat pepatah "Banyak berjalan luas pandangan". Tapi sekarang kita tak berjalan dah naik keta...loyar buruk noooo.....

Shu n Ojai. Bersungguh2 bantu kami key in data utk projek SIP.

Ni plak Yazid. Betul ke ko wat keje tu Faiz???

Thanx En. Dzaher bawa kami naik Electronic Transfer Vehicle (ETV). Ai admire kat kamera En Dzaher ni. Lens dia saja dah beribu...tengen sangat nak beli tapi apo kan dayo......pitih belum cukup lagi. Gambaq dari kamera dia mmg mcm langit ngan bumi kalo kita nak bezakan ngan kamera digital biasa.

Lokasi gambar, dalam ETV

Zam tgh welding dolly yg digunakan utk menarik kargo dari satu tempat ke satu tempat) (kredit utk En. Dzaher)

Walaupun dah 3 bulan dok kat MASkargo, ai n faizah tetap tak pandai nak bawa kapal terbang lagi...ahaks...

Ada macam umuq 36 ka 45???? (tanya sambil ketap2 gigi...)

Thanx dari kami ber2 kepada smua warga MASkargo Penang yang banyak membantu dalam secara langsung dan tak langsung (ingat siaran tv kooo????) menjayakan program Sangkutan Industri Pensyarah. Segala jasa baik dan kerjasama yg pernah dihulurkan akan tetap dikenang selagi hayat dikandung badan.

p/s: Segulung ijazah tak bermaksud kita pandai dalam segala segi. Hidup ini saling bergantungan antara satu sama lain. Kepandaian juga berbeza, ada yang pandai masak dan ada yang pandai makan. Yang msk boleh berjasa kepada yg suka mkn, yg suka mkn boleh memberi komen membina bagi memantapkan masakan yang sorang lagi....apalah contoh pun amik pasal makanan.

3 comments:

  1. Salam nk taye..waktu operasi disemua mas kargo tu cmne..hari bekerja je ke @buka weekend.cth mas kargo kuching nk post motosikal ke smnjung..buka ke pjbt ms wekend

    ReplyDelete
  2. Slm nk tye..bl wktu operasi semua mas kargo.cth mas kargo kuching.. sy nk buat pghntrn motosikl ke smnjung..rasanya buka x pjbt ms wekend

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better pergi office hour on working days. Weekend macam takder buka kaunter (if im not mistaken). Harap dapat membantu

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails