Ads @ ACHIQUE


Friday, April 30, 2010

Jom teka

Ada sorang budak balik dari tadika, terus membuat lukisan. Dan makciknya dikehendaki untuk meneka tajuk lukisan tersebut.....


Lukisan pertama:


Makcik: Jalan nak p Billion (supermarket) dari umah Bangah.

Anak menakan: Salah

Makcik: Habis tu, apa jawapan dia?

Anak menakan: Rumah hantu 3 tingkat!!!




Lukisan ke-2

Makcik: Tangga kat umah Bangah la.

Anak menakan: Tak la makcik....ni anjing gigi panjang.



Maafkan makcik yang buta seni dan tak dapat membaca daya kekreatifanmu Bangah@Darwish.

Wednesday, April 28, 2010

Botak........


Cukup 7 hari Delisha dilahirkan, proses membotakkan kepala bermula. Sal apa wei kena botak kepala: K hasil google:


Antara hikmah bercukur rambut adalah :
  • Hikmah kesihatan.

Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.


  • Hikmah kemasyarakatan.

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :

  • Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”.


Delisha yang ngamuk masa proses mencukur rambut dilakukan. Ai tengok pun ngeri, rasa sakit sangat2. Kalo cukur bulu tetiak pun pedih....ni kan kullit kepala.....eeee.......


Si kakak, Aqilah yang diam atas tok tengok orang cukurkan rambut adik dia dan sibuk bertanyakan kat tok naper adik nangis. Dalam bekas oren tu adalah rambut Delisha yang dah dicukur dan dalam pinggan tu adalah santan untuk dibasahkan di kepala bayi supaya memudahkan proses pencukuran rambut dilakukan.



Yuhuuu...inilah wajah baru Delisha.....


Hai, saya abang Delisha, Darwish. Ini saya masa umur setahun lebih. Saya 'boy' dan saya botak. Delisha kan dah botak so Delisha adalah 'boy' kan ummi.....still tanak terima kenyataan yang Delisha itu adalah baby girl.



Putus Sudah Kasih Sayang???

Sekiranya jam ini menggambarkan kasih sayang..............sekiranya ia putus, adakah bermakna putus sudah kasih sayang itu????



Tetapi jika dibaiki dan dapat dihubungkan semula adakah kasih sayang itu masih dapat diselamatkan????


p/s: Hati adalah sesuatu yang sangat 'fragile' sekiranya ia pecah, maka berhamburanlah darah luka.........jika ingin disatukan semula amat memakan masa.........

Tuesday, April 27, 2010

Orang Soh Belajar Taknak....

Ada orang cakap tak belajaq tinggi pun bleh hidup...yezza ai tak pernah nafikan. Ko sekolah sampai Darjah 6 pun ko still lagi bleh hidup dan berjaya kalo betul2 ada tekad dan semangat. Tapi dalam dunia penuh mencabar dan globalisasi ni, kalo ko takder ilmu ko mungkin kena tipu dengan orang len.


Atau orang len akan kutuk ko.....contohnya seperti di bawah:-

Adakah perkataan 'saize' dalam Oxford Dictionary???



Ataupun ko bukak perniagaan jual beger dan sapa yang beli beger dapat hadiah chess sekali....chess atau cheese


Masa konvo ari tu, ai tgk student2 meniaga, sangat memuji dalam diam......semangat menjadi usahawan berjaya digilap di umur yang muda...........tapi bila tgk iklan, rasa mcm nak pengsan ...'ICE BLANDED' ....nangis lecturer dan cikgu English yang penah ajaq ko....



p/s: Biar orang kutuk kita tak pandai so kita bleh pandaikan diri kita instead of kita show off kita pandai tapi kita 'kosong' sebenarnya..............

Monday, April 26, 2010

Hari Pertama Di Bangi

Petang Sabtu ketika angin bertiup2 kurang sepoi2 bahasa. Terdengaq Bangah ai ajak anak2 dia p salun. Laju jer ai pun menyiapkan diri untuk ikut. Siap paksa Makyah lagiks sebab dah lama Makyah nak potong rambut tapi tak kesampaian.


Sampai kat kedai, ada lelaki tengah wat treatment. Makyah terus tamau potong rambut sebab ada lelaki so cemana dia nak bukak tudung. Seb baik ai tgk ada bilik privacy sket so ai tanya bleh tak potong rambut kat dalam bilik ni jer. So Makyah n ai potong dengan cuci kat dalam bilik yang tertutup. So tak kesah la orang kat luaq tu sapa nak keluar masuk pun.


Muka berseri2 Makyah dapat potong n cuci rambut kat salun, tak pernah wa cakap lu......respons Makyah...best nooooo...........

Muka Makyah yang hepi .....siap beramas mesra ngan tukang gunting rambut tu...

Bangah dengan pesen rambut pacaknya!!!


Hannah pesen rambut bulat sebulat tuan.



Bila malam menjelang tiba, kaklong n family mai umah Bangah. So malam tu adalah sangat meriah tapi disebabkan ai sangat penat (baca sebagai malas nak buat kerja) so ai tidoq seawal mungkin. Masa ai tidoq anak2 penakan ai (anak sedara) masih lagi dok hip hop bermain.


Pemandangan sewaktu ai bangun kol 3 pagi. Adik Syafiq dah dijadikan bantal peluk oleh kakaknya, Syazana.

Yang ni plak pemandangan kol 4 pagi. Dah bersimpang siur jadinya, sorang tidur ikut barat, sorang ikut timur, ada yang angin timur barat!



p/s: Ada orang kata kita boleh sunyi dalam keriuhan. Betulkah?

Sunday, April 25, 2010

Anak Penakan Baru

Senin (19/4/2010) dalam pukul 3.09pm ai terima sms dari Bangah ai, kata Kak Ipaq ai dah warded kat spital. Sejam lepas tu dapat 1 lagi sms kata dah selamat bersalin. Alhamdulillah....


So Sabtu (25/4/2010), ai n Makyah bergerak ke Bangi nak tgk anak penakan@cucu baru. Bertolak kol 7.45am, ai bawa Makyah p pekena roti canai kat kedai dekat ngan tempat keje ai, among kawan2 kami panggil kedai tepi surau. Makyah makan roti teloq, aku plak nasi lemak sambal sotong (atte dah nama driver kena la makan kenyang2.......sat lagi takut tak larat nak drive plak kan....). Masa nak bayaq, kakak tu gitau dah ada orang tolong bayaqkan....wah..wahh...wahh...murah rezeki tol pagi2 ni! Ustaz Man (satu tempat keje) dia tolong bayaqkan.


Sampai kat Bangi dalam kol 1 pm. Sampai jer depan umah Bangah ai. nampak Hannah dan Darwish dok tunggu. Masa ai dok punggah barang2 ke dalam umah, Darwish mai dekat n tumbuk muntut ai....sungguh tau budak ni!!!!


Delisha Abd. Rahman.


Bangah yang nak menunjukkan kasih sayang kepada adiknya (baca sebagai jenuh makcik nak menempik sbb buas teramat!)...



Bangah yang masih lagi berharap Delisha adalah kaum sejenisnya dan geng dia bermain bola sepak!

Monday, April 19, 2010

My Weekend

Salam uols......


Nampaknya makin kerap ai log in masuk ke blog tanpa sebarang hapdet. K mari kita review my weekend.

Sabtu:

Pagi2 dah ada semangat nak p opis sebab bersemangat waja nak siapkan FRP (hanya orang2 terlibat secara langsung ngan tempat keje ai jer yang tahu apa kejadahnya menatang ni). Sampai opis, karen tadak la plak! So terus ke Tesco untuk agenda buang masa yang seterusnya. Sampai kat Tesco tengok ada program derma darah. Terus p sign up, isi borang bagai. Sebab last derma darah kat UUM dah dekat 10 tahun kot. Pastu impian nak derma darah hanya tinggal impian. Dah bertahun p Q kalo ada program derma darah ni tapi selalunya tak lepas. Tahun lepas yang paling teruk, ai punya bacaan HB tinggal 9 jer macam orang pegnen. N semalam bacaan HB ai 11.4, tupun setelah setahun dok makan vitamin2 untuk tambahkan darah. So tak lepas lagi impian nak derma darah sebab darah hanya cukup untuk diri sendiri jer.

Petangnya sesi melawat. Mula2 melawat kazen ai yang baru balik dari Sabah. Dia baru lepas pantang. Kuat semangat nih, pantang ngan somi je di Sabah. Dah 2 bulan baru balik kampung. Nama baby Muhammad Adam.



Pastu terus p Hospital Seberang Jaya. Melawat jiran cum anak penakan abah yang sakit. Baru lepas operate, im not sure sebab apa. Tapi masa p semalam, Makyah kata muka Makcik Nah yang sakit tu dah bertambah segar berbanding dia p mlawat minggu lepas. Tapi masa sakit nilah nak tengok anak menantu mana yang sanggup berkorban di masa kesusahan. Semoga Makcik Nah akan cepat sembuh dan boleh balik berehat di rumah. Amin.

Otw nak balik rumah, ai bawa Makyah makan mee kat Bagan (Butterworth).

Masa nak singgah Makyah kata tak payah la sebab aku kenyang lagi.....ni la gambaran orang yang tengah kenyang sangat2.


Ni ai punya, mmg dah tahap kebulur. Kedai Mee Md Noor ni mmg best rasa mee dia. Dok beli 5 tahun yang lepas pun, still rasa yang sama walaupun tukang masak dah berbeza. Cumanya tak tahan servis dia lambat. Kalo uols punya banyak masa terluang boleh singgah tapi kalo nak cepat ai x rekemen.



Ahad:

Pagi macam besa, ai ada Majlis Ilmu bersama Pakdaq n Makyah.
Gambaq sebagai bukti ai tak tidoq kat belakang.....ngehngehngehhhh.....


Jangan buat main tau...siap ada buku nota lagi.



Petang: acara melipat baju secara marathon!


Sekian laporan hujung minggu saya!



Tuesday, April 06, 2010

Tahniah Sahabat!!!

Semalam dalam pukul 9.46 malam, ada message masuk.....


"Salam. I have safely delivered my baby boy @ 5pm today".


Ayeen nikah dan kawen pada 19 April 2008 kat Masjid Wilayah Persekutuan.


Setahun lepas tu dapat 1st baby Alisha.


Dan sekarang ni Alisha dah dapat baby boy.....congrates.



Ayeen adalah salah seorang sahabat baik ai masa kat U dulu. Kami baik berlima, Ayeen, Jijah, Erma, Yanti dan Ai. Antara kami berlima Erma kawen dulu, then Jijah.

Jijah yang pakai baju dan tudung purple tu, kanan sekali. yang si comel tu, anak Jijah, Balqis. Thousand condolence untuk Jah sebab dia baru bersalin anak yang kedua (boy) tapi janji Allah tak dapat siapa pun menduga. Allah hanya pinjamkan baby tersebut 2 jam sahaja kemudian dijemput menemui penciptaNYA. Banyakkan bersabar Jah sebab hanya Allah yang Maha Tahu hikmah di sebalik kejadian ni.


Pas Jijah, Ayeen plak menyusul untuk bergelar seorang isteri ketika umur menjejak 32 tahun. Dan coming soon Yanti, yang baru saja menyarungkan cincin pertunangan 28 Mac 2010. Insyaallah 10 Oktober 2010 akan diijabkabulkan dengan pilihan hati.

Yanti yang bakal bergelar isteri....tahniah sahabat!


p/s: Allah meminjamkan kegembiraan buat kita semasa hidup di dunia tetapi mengapa masih kita fikirkan tentang duka?

Monday, April 05, 2010

Mangsa Cubaan Meragut....

Sabtu (3 April 2010), hujan2 renyai tapi langit berdentum dengan bunyi guruh, kilat sabung menyabung.....tetiba petiran suara Pakdaq memecah bumi, "tulah hang balik lambat lagi, tu lembu tu tak bawa p masuk bangsal lagi...dah la hujan basah sejuk lembu2 tu"


Sejak Pakdaq sakit kaki ari tu, Kosem kena ambil alih tugas jaga lembu dari kerat rumput, keluarkan lembu pagi2 dari bangsalnya, kasi lembu minum air, dan bila dah nak senja kena masukkan balik lembu dalam bangsal beserta nyalakan unggun api untuk depa. Kalo tak, nyamuk banyak sangat.


Usai menjalankan kerja yang diarahkan, si Kosem ni (adik Ai) mai dok ngadu. Masa dia p Sungai Petani tadi dia hampir diragut. Ceritanya begini (baca dengan ayat poyo).....

Dia tengah jalan di kaki lima sambil membuat panggilan video call (3G) kat kawan dia. Sekonyong2, datang sebuah motorsikal yang dinaiki oleh dua remaja, pemandu motorsikal tersebut cuba merampas telefon dari tangan Kosem. Dengan gagahnya Kosem merampas balik dan tetiba pembonceng di belakang merentap baju Kosem dan menyebabkan Kosem tertiarap di atas jalan tar dan diseret seketika. Demi mempertahankan telefon bimbitnya maka Kosem sanggup meredah mara bahaya.....eceh......


Ni la kesan kat tangan dia


Kat kaki pun ada tapi sikit ja, seb bek semalam pakai suar jeans. Selalu nak kuar umah suar sekerat lutut jadi pilihan, kalo idak jadi kelapa parut la kaki dia!
Budak yang tetiba manja mengada bila sakit!!! Sampaikan gatal kat pungkok pun soh ai garu, meh ai garu, kasik penerajang sedasss mesti terus baik!!!! Huh sungguh tak bersopan dengan kakak yang sopan santun nih.

Sunday, April 04, 2010

Apa Komen Anda Sekiranya.....

Apa komen atau perasaan anda sekiranya ada satu sajak ditujukan khas buat anda semua.....


Tajuk: Tentukan Sendiri Selepas Baca .....

Jika sebegini, engkau kasihankan keadaanku
Aku menghargainya
Jika sebegini, engkau mengambil berat tentangku
Aku ucapkan jutaan terima kasih
Jika sebegini, pemberian dan pertolonganmu
Aku akan mengasihimu
Jika sebegini, kasih dan sayangmu padaku
Aku adalah milikmu

Walaupun tiada ikatan, Walau bersempadan,
Walau beribu halangan, Walaupun jauh di dalam,
Dan walau bermacam-macam dugaan,
Engkau,
Telah aku letakkan dan kusematkan
Kemas dalam hati ini.

Sesungguhnya aku tak berharta
Untuk membangga diri,
Hanya perasaan tulus suci sebagai pengganti,

Kulitku tidak sawo matang seperti impianmu,
Hanya perasaanku untukmu
dapat melapik warna kulit diri

Aku tidak mempunyai ketegasan
yang akan membuatkan kau hormat padaku
Tapi aku cuba untuk meringankan bebanmu
dengan berkongsi ketawa bersamaku

Aku tidak mempunyai ilmu yang tinggi
Untuk menjawab segala persoalanmu
Tapi aku hanya ada pandangan,
untuk kita fikirkan setiap persoalan bersama

Aku tak pasti adakah imanku kukuh
untuk membimbing dan mengimamkan solatmu
Tapi aku mempunyai segugus doa
Untukmu terus berjaya dan mencapai segala tujuanmu

Aku tidak mempunyai kelebihan luarbiasa
Apatah lagi kesenangan berbanding yang lain
Tapi aku hanya ada CINTA yang
akan kupertahankan sampai bila-bila


p/s: apa komen anda

Friday, April 02, 2010

Anak Sapa Yang Materialistik Nih???

Salam,

Nampak gayanya kekerapan menghapdet blog dah jadi seminggu sekali....ampun yooo...byk keje. Makan, tido, sembang semua tu keje gak kan..hehehe....


Actually, ai baru balik dari Accounting Boot Camp kat Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah. B4 ai p ke Ulu Legong tu, ai kemas2 bilik terjumpa satu note nih....

Guling2 baca karangan ni ngan Kosem. Gila materialistik anak penakan ai, siap pilih kawan baik sebab kawan tu hadiahkan rantai.. Kalo tak bagi rantai bukan kawan baikla. Jatuh ranking jadi kawan2 biasa jelah si Aisyah Barkawi tuh!


Kak Nana

Hannah


Ai saspek sama ada dua orang ni jelah yang tulis. Kak Nana atau Hannah tapi more kepada Kak Nana la. Sebab dia yang paling tua antara depa tuh. Dan agak suka menulis. Tapi ai pernah baca karangan Hannah jugak, tajuk "Percutian Keluarga di Langkawi"....not bad. So kedua2nya boleh dianggap sebagai suspek...hahahaha...


p/s: Seb baik depa tak wat karangan tentang MAKCIK SAYA......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails