Ads @ ACHIQUE


Monday, April 19, 2010

My Weekend

Salam uols......


Nampaknya makin kerap ai log in masuk ke blog tanpa sebarang hapdet. K mari kita review my weekend.

Sabtu:

Pagi2 dah ada semangat nak p opis sebab bersemangat waja nak siapkan FRP (hanya orang2 terlibat secara langsung ngan tempat keje ai jer yang tahu apa kejadahnya menatang ni). Sampai opis, karen tadak la plak! So terus ke Tesco untuk agenda buang masa yang seterusnya. Sampai kat Tesco tengok ada program derma darah. Terus p sign up, isi borang bagai. Sebab last derma darah kat UUM dah dekat 10 tahun kot. Pastu impian nak derma darah hanya tinggal impian. Dah bertahun p Q kalo ada program derma darah ni tapi selalunya tak lepas. Tahun lepas yang paling teruk, ai punya bacaan HB tinggal 9 jer macam orang pegnen. N semalam bacaan HB ai 11.4, tupun setelah setahun dok makan vitamin2 untuk tambahkan darah. So tak lepas lagi impian nak derma darah sebab darah hanya cukup untuk diri sendiri jer.

Petangnya sesi melawat. Mula2 melawat kazen ai yang baru balik dari Sabah. Dia baru lepas pantang. Kuat semangat nih, pantang ngan somi je di Sabah. Dah 2 bulan baru balik kampung. Nama baby Muhammad Adam.



Pastu terus p Hospital Seberang Jaya. Melawat jiran cum anak penakan abah yang sakit. Baru lepas operate, im not sure sebab apa. Tapi masa p semalam, Makyah kata muka Makcik Nah yang sakit tu dah bertambah segar berbanding dia p mlawat minggu lepas. Tapi masa sakit nilah nak tengok anak menantu mana yang sanggup berkorban di masa kesusahan. Semoga Makcik Nah akan cepat sembuh dan boleh balik berehat di rumah. Amin.

Otw nak balik rumah, ai bawa Makyah makan mee kat Bagan (Butterworth).

Masa nak singgah Makyah kata tak payah la sebab aku kenyang lagi.....ni la gambaran orang yang tengah kenyang sangat2.


Ni ai punya, mmg dah tahap kebulur. Kedai Mee Md Noor ni mmg best rasa mee dia. Dok beli 5 tahun yang lepas pun, still rasa yang sama walaupun tukang masak dah berbeza. Cumanya tak tahan servis dia lambat. Kalo uols punya banyak masa terluang boleh singgah tapi kalo nak cepat ai x rekemen.



Ahad:

Pagi macam besa, ai ada Majlis Ilmu bersama Pakdaq n Makyah.
Gambaq sebagai bukti ai tak tidoq kat belakang.....ngehngehngehhhh.....


Jangan buat main tau...siap ada buku nota lagi.



Petang: acara melipat baju secara marathon!


Sekian laporan hujung minggu saya!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails