Ads @ ACHIQUE


Saturday, March 27, 2010

Jom2....ai tengah bersiap2 untuk ke kelantan nih...so b4 p kena wat laundry dulu. Baju + tudung p kerja. Nak kena asingkan yang nak kena basuh mesin atau tangan...huhu


Congrates in advance to my pren, Yanti. Sok dia nak bertunang so ai nak p kelantan untuk majlis dia. K babai, nanti kita jumpa lagi.

Wednesday, March 24, 2010

Jom Jenjalan Kelantan

Plan nak kelantan ni dari awal sem lagi. Alah yang ai ceta Oya nak p bercuti tuh......ai pun ahli rombongan jugak. Sebab tu sangat berusaha keras supaya sakit mata tu baik hari tu jugak. Kalo dak kena cancel untuk p kelantan. Cannot maarrr sudah lama plan nih! So Jumaat (25 Feb 2010), cuti Maulidur Rasul kitorang melaksanakan plan yg dah lama tertangguh.

Ahli rombongan Kak Kiah.


Semua janji jumpa kat opis tempat keje. Ai kena amik Dba kat umah dia, disebabkan ai lewat so sampai kat umah Dba dah lewat apatah lagi sampai kat opis. Tgk Kakzah dah tdo dalam keta. Sian dia...ampunnnnn......kami p ngan keta Kakzah sbb keta dia paling best...huhu.... Kena p amik Oya kat umah dia dulu sebab on d way jer. Oya dah sediakan bekfes mee goreng...tq Makjah (mak Oya) sangat sedap mee tu. Kol 10.oo am jugak kitorang bergerak.

Pilot dan co-pilot. Sgt bagus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Buktinya 2 orang kat belakang tu bleh tdo tanpa sedaq langgaq bumper atau brek mengejut. Sabassss inspector sahab.



Dua orang kat belakang tu tidoq tak hengat dunia, jaga pun sebab dah sangat lapaq. Dba bangun ja terus nampak gerai orang jual satar. Kakzah sanggup patah balik. Huhu..nampak sangat perut dah berkeroncong walhal stok makanan penuh keta. Satar ni dia dicucuk kat buluh (1 buluh ada 4 biji satar). Pastu dibakar. Kitorang beli lapan biji, sorang dua jangan berebut. Yang ai pasan satar kat Kuala Terengganu lagi sedap dari yang kat kelantan...tapi tatau la kot ai tak jumpa yang sedap kat kelantan tu. Satar ni dibuat dari isi ikan dan digaul nyioq (kelapa parut) beserta rempah2 dia. Yang ni sila google sendiri resipi dia sbb ai tak penah buat, ai makan jer.



Mana cukup makan satar dua ketul tu. Masa dok cari kedai makan, nampak sign board pun dah nampak macam ayam goreng. Mujur ada kedai makan yang bukak (kitorang p hari Jumaat so banyak kedai makan yang tutup). Dah semua kenyang baru jalan balik.



Kami port kat Renaissance. Ambil dua katil single tapi satu katil single tu dpt muat 2 orang. Takder sapa pun yang jatuh katil sepanjang 2 malam kitorang kat situ. Ini menandakan kami semua ni kecik2 jo.....ngehngehngeh.... Rasanya satu malam kat sini dalam RM300 ++ tapi utk government rate dapat dalam RM2++. Ok la share 4 orang.


Checkpoint 1: Pantai Cahaya Bulan


Memang ramai kat sini petang2. Leh main layang2, ada orang jual ubat, ada yang memancing dan ada yang mai untuk makan. K, sila layan gambar di bawah.


Apa motif depa wat monumen ni, ai pun tatau. Jenuh belek ropanya depa wat siput babi....tapi orang salah guna, dok jadi tempat buang sampah la plak.


Kalo nak men layang2, leh beli. Dari harga RM5 - RM20. Mula2 ai ingat sewa...hahhahaa.....nmpak sangat kejakunan yang menebal!






Terjumpa orang jual satar. Wajib singgah dan beli. Oya dan Dba tolong bakaq lagi, nampak sangat tak sabaq nak beli satar tu!


Agenda makan adalah wajib yerr....






Lepas dah puas melepak + makan2 + jalan2 kat PCB, balik hotel untuk rehat + mandi + solat. Malam nak gerak ke tempat len lak.


Check point ke 2: Wakaf Che Yeh


Cuba tenung betul2, sapa dalam gambaq tu. Yang begitu tekun memilih tudung.



Ni sate ikan. Sbenanya kopok lekor bakar. Boleh la tahan.


Dua malam kitorang ronda kat Wakaf Che Yeh ni.



Check Point ke-3: Rantau Panjang
Tarikh kejadian : 27/2/2010 (Sabtu)



Macam2 ada dijual kat sini, tapi ini jelah gambaq yang sempat diambil. Sapa yang pandai tawar menawar mmg sorga kat sini. Macam2 ada tapi bagi yang tak tahan panas, not reccommended. Sekerat hari jugak kat sini.


Check Point ke-4: Perkampungan Kraftangan, KB


Lepas dah merendek kat Rantau Panjang, memasing dah lapaq n terus ke Pekan KB. Dba tanya kawan dia, n sajes kitorang makan kat Kampung Kraftangan. Jom layan






Selepas isi perut dengan gembiranya, kat Kampung Kraftangan tu ada jual2 barang souvenir so bleh gak membeli belah kat situ.


Ni contoh fridge magnet. 1 = RM5 rasanya.


Dba sempat membeli lukisan kat sini.


Pemandangan dalam Kampung Kraftangan


Tadaaaa sesi berposing.


Kat depan Perkampungan Kraftangan, ada 1 bazar baru bukak kat situ. Dalam awal Februari 2010 baru bukak dan harga kat situ mmg best la....murah. Kalo nak beli sutera mmg reccommended sgt2.





Check point ke-5: Pasar MPKB


Kitorang tak p kat Pasar Siti Khadijah sbb ada yang kata mahal kat situ. Kat pasar MPKB, hgnya mmg murah. Ai ngan Dba dok kat kedai tudung dari mula sampai, sampai Kak Zah n Oya ajak balik.



Kat kedai yang kitorang lepak, ada jual tudung macam ariani tu dan kakak tu tgh dok lekatkan batu. Dba tanya leh tak kitorang pilih batu dan kakak tolong wat on our request. Boleh ropanya. Apa lagi, proses memunggah tudung, pilih warna yang berkenan. Dan bari pilih batu apa nak tampal. Kitorang tampal batu kat kepala ja, ada banyak jenis batu, yang simple dapat la dalam harga RM25 - 28. Tapi kalo yang penuh tu dalam RM32 - 35. Contoh batu yang penuh macam yang Dba pakai kat bawah ni.



Kenangan Terindah

My sunglasses......


Dah rosak wajib la cari baru!!!

Proses menerai sebelum membeli.....



Pemandangan dalam keta sewaktu nak bertolak balik. Seb baik la kat belakang tu kosong jadi bleh la susun barang2 yang diborong kat Kelantan tuh...sapa ntah yang memborong banyak sangat...ai bli tudung ja (pengakuan ikhlas nih...*wink*)



p/s: Minggu depannya ai p Kelantan lagiks.....tunggu Kelantan episod 2.

Monday, March 22, 2010

Sudah Sejarahkah Cerita Ini?

Salam uols....


Cerita ni memang sedikit berzaman. Kejadian sebenar pada 25 Februari 2010. Dah hampir sebulan. Maafkanlah ai yang sangat sibuk (sebenarnya sgt tidak ada time management).


Pagi tu, ai bangun lewat. So rentap jer baju dan tudung yang tak payah iron (sangat penting ada stok baju dan tudung yang tak payah iron utk emergency macam ni). Muka pun pucat lesi takdan nak tepek apa, terus jer masuk keta....vrooommmmmmm.....


Masa nak memecut dalam keta tu terasa mata sangat kabur....nape lak. Ai rasa ai tak ngendap sesapa mandi pun. Tgk mende tak senonoh pun takder rasanya!!! Ai kan suci lagi murni... hahahaha....sadap u Cikgu Achique! K jom teruskan cerita.


Sampai kat traffic lite, ai tgk cermin, baru pasan ada taik mata selepuk kat pelupuk mata sebelah kiri. Rasanya tadi mandi dan cuci muka, mata semuanya. Cemana leh ada lagi ni??? Belek punya belek rupanya, mata ai dah merah dan rasa sakit2...bila nampak mata merah dan2 tu jugak terus rasa sakit mcm nak jatuh biji mata. Bila sakit mata, terus takleh nak memecut sbb pandangan tak baper clear so lewatlah pagi tuh! Ngadap la Ketua Jabatan awak Cikgu Achique oiii!!!!


Ai penah baca blog VP, ada orang kasi petua kat dia, kalo sakit mata titiskan susu ibu. Pagi2 lagi dah cari penderma susu. Nama penderma adalah dirahsiakan atas sebab keselamatan.....korang jangan nak siasat plak sapa penderma yang suci hati sebab ada dua penderma tau...oppsss terbagi hint pulak!


Sket ja yang diperlukan. So lepas dapat tu, sila titiskan secara berkala. Ai wat selang setengah jam sbb rasa sakit amat. Dahlah pagi tu ada sesi bergamba bersama Penasihat Akademik (PA), so walaupun sakit mata mana bleh tak bergambar kan.....wajib tuh nanti sian kat budak2 tu takder PA yang vouge lak dalam gambaq kelas depa.

Budak2 kelas Ai dok atur kedudukan nak ambil gambar. Dok jelah kat mana pun, asalkan save 1 tmpt utk PA kamu yg vouge lagi cun tu.....



Abes ja sesi bergmbr...zasss ai p klinik. Doktor yang sangat baik hati bagi 2 hari MC.....ahaks......i laaaaiiiikkkkkkkk uuuuuu la doc. Tapi haram tak guna pun MC tu, ai dok jer kat opis sampai petang. Dan tengahari tu, Oya dah bising2 kata mata dia pun rasa berpasir....over tau! So dgn dia pun titis jugak susu ibu tuh. Sebab esoknya cuti Maulidur Rasul dan Oya tu ada plan nak p bergumbira bercuti ngan kawan2 dia. Huh!!!!

KakYam dok titiskan susu ibu kat Oya.....sibuk la dok kata ai transfer virus kat dia!!!!




Memang sangat berkesan susu ibu nih, tgk mata ai sebelah kiri tu dah kurang merahnya...jgn la dok prati eyebag tu...itu mmg tak dapek nak nolong!


Yang bekas container kecik tu, ada susu ibu dalam tu....macam nampak bekas jer tanpa apa2 isi kan...walhalnya itulah yang dok titik mata ai dan Oya sehingga ke petang. Bukannya basuh ngan susu ibu tuh, just titikkan ja...macam uols titikkan ubat mata macam tu jugaklah titikkan susu ibu ke dlm mata uols. Sangat berkesan mengikut pengalaman sebenar ai!


p/s: Thanx kepada penderma yang nama mereka adalah dirahsiakan.

Thursday, March 18, 2010

Tutorial Watermark!!!





Salam untuk semua....


Modus operandi kali ni adalah untuk Fiza dan Su. Janji yang sudah hampir lapuk tapi perlu ditunaikan. Sebenarnya banyak kaedah nak letakkan watermark kat picture kita sebelum kita publish kat mana2 website. Tujuan letak watermark supaya takder orang boleh copy paste and guna gambar kita untuk tujuan lain. Yang ai letak perkataan dan tulisan kat gambar tulah dipanggil watermark.


Ai tunjukkan kaedah guna Microsoft Publisher dulu sebab most of komputer yang Windows 2007 ada Publisher nih. Sapa yang ada photoshop leh guna photoshop yer. Ai dengan sedihnya takder software photoshop ni...tak install2 lagi....


Langkah2:

1) Open Microsoft office ---- pilih Publisher.

2) Klik blank page size --- boleh pilih saiz mana yang suka, tapi better ambil saiz letter atau A4, ikut gambar yer...kalau gmbr anda menegak, pilih template menegak.... yang kreatif ambil gambar 45darjah tu, ai tatau, ikut uols nak pilih template yang mana satu.

3) Kemudian p kat gambar mana (source of picture), right klik mouse anda dan pilih copy----kemudian pergi kat publisher and paste gambar anda di situ...siap satu stage.
Hasilnya sebegini....


4) Lepas tu pergi kat header INSERT, ambil TEXT BOX. Settingkan jenis tulisan dan font yang dikehendaki.



5) Jangan lupa pilih warna font yang disukai, ushar kat kotak yang ai highlight warna merah. Tukar kaler tulisan kat situ. Pastu tulis la apa2 watermark yang uols suka.......ada yang letak address blog memasing, ada yang letak nama glemer...ai letak address blog ai ja....anakabdulrazak.blogspot.com


6) Tarraaaa dah siap watermark yang dikehendaki.
Kalau nak buat watermark dengan kreatif sila guna Word Art. Step----INSERT ---- WordArt. Kalau nak ubah bentuk WordArt tu just right click ur mouse. Pilih kat WordArt Shape (yang ai highlight dalam kotak merah tu). Pastu pilih la bentuk apa yang uols nak...bulat ka apa ka.....contoh yang ai buat ada kat gambar mula2 sekali tadi. Sila tengok balik yer...tak koser nak tepek kat sini balik....malazzzzz.......


7) Klik sebelah kanan pada tetikus anda (hehehe...ayat BM habes....right click ur mouse), pilih compress pictures dan pergi ke Target Output, pilih Web. Tujuannya nak kecilkan saiz gambar supaya senang nak upload masuk website. Kalo tak compress file ni, berjanggut la nak tunggu upload gambaq masuk mana2 website. Ai dah kalerkan ngan warna merah kat tempat yang uols kena pilih tu.



8) Save la file tersebut ngan nama yang korang suka, cth: PahPunyaGambarCun. Dan jgn lupa save file sebagai file JPEG----save as type: Pilih JPEG.....


Selamat mencobaaa yer.............
p/s: Gambar bermacam2 jenis yang ada dalam tutorial ni disebabkan oleh buat N3 sekerat then tinggal, sambung sok lak, tgk2 rini baru siap. Sal Publisher ni Dba yang banyak tunjuk ajaq. Ai buta sket nak guna Pulisher, nanti ai tunjuk guna Picasa 3. Nanti tu bila jangan tanya kayyyyyyyyyy............tgk bila roh rajin masuk diri....

Wednesday, March 10, 2010

PakDaq Dah Sihat!!!!!

Kisah Pakdaq sakit dah hampir berakhir. Semalam, Selasa (9 Feb) Pakdaq p jumpa specialist lagi. Dan tu untuk yang terakhir bagi kisah luka di tumit kaki dia. Sebab pakar gitau luka tu dah sembuh, no infection dan tak perlu datang jumpa dia lagi. Lepas ni kosem boleh teruskan jadi nurse untuk cuci luka Pakdaq....bila lagi nak jadi anak mithali dikk oooiii.........

Isi dah 95% tumbuh kat luka di tumit kaki Pakdaq.


And untuk confirmkan yang Pakdaq dah makin sembuh jom kita tengok apa spesifikasi dia.


1) Khamis (4 Feb), pagi2 lagi before ai nak p kerja, dia dok bersila setambun depan daun rokok yang dah kering untuk dipotong. Bagi yang tatau cemana wat daun rokok nanti kita upload satu cerita the making of daun rokok. Menghasilkan daun rokok memang hobi paling utama untuk Pakdaq...rujuk gambar di bawah...^_^

Maap yer, gambaq kelabu asap sket sebab ni gambaq curi. Takut kena marah beb!!! Yang ada kat depan Pakdaq tu adalah daun rokok yang siap di potong.



2) Dah boleh menjalankan tugas rutin dia, iaitu kejutkan anak paling cun untuk bangun p kerja jam 5.30 pagi.....apa??? Sapa anak dia yang paling cun tu...juga sila rujuk gambar di bawah.

Macam kakak kosem kan muka anak Pakdaq yang cun nih.......hahahahaha...sila dush..dush...kan dia!

3) Bangun awal pagi dan wat air kopi sendiri...kalo tak jenuh Makyah yang kena wat!

4) Yang paling ketara suara dah boleh guna key yang paling tinggi. Kalo tidak nak explen apa2 pun, jenuh ai dok tekap telinga nak dengaq apa yangPakdaq cakap. Sekarang ni kalo dok dalam bilik air pun boleh dengaq lagi!!! Bunyi air pun tak bleh nak menenggelamkan suara Pakdaq.....huhuhuhu


Apa pun, alhamdulillah semua dah kembali seperti sediakala. Jangkaan doktor Pakdaq tidak boleh beraktiviti selama 6 minggu, mungkin dapat disingkatkan kepada 4 minggu ja. Sekarang ni Pakdaq tak bleh nak jalan dengan sempurna lagi, kalau jalan banyak tempat luka tu masih sakit....so lembu Pakdaq dah 3 minggu tak jumpa dia...sabaq sat nooooo......

Kisah Orang Sakit Yang Dah Baik

Punya la malas hapdet blog. Bila check list of post rupanya ada draft yang belum dipost sebab tak dan nak edit entry. Ni kisah orang sakit dulu sampai la dia dahbaik baru ai nak post entry ni....hehehehe


Alkisahnya maksu ai (adik ipaq Pakdaq) masuk hospital sebab nak operation. Khamis, 11 Februari (sebulan dah ko peristiwa ni), paksu ai kol gitau kata maksu ada kat Spital Bukit Mertajam sebab nak minor operation. Tapi Jumaat baru ai sempat p melawat. Kisahnya maksu ai perasan ada ketulan kat belakang telinga dia. Mula2 kecik jer macam bngkak kena gigit semut, lama kelamaan dia makin besar. Tapi tak sakit dan warna kulit pun tak berubah. Sekata jer warna dengan kulit lain.


Cuma maksu ai rasa tak selesa, then p check. And she request for an operation. Paksu ai bagi moral support "Eleh, sket jer ni, takder sakit p cari sakit nak wat operation. Kalo macam ni punya gaya, setengah jam jer doktor operate"...


Sekali ko, 4 jam maksu ai dalam OT. Hambekkkkkkk.........baru tau tak senang duduk!!! Doktor kata kat ketulan tu ada air bisa, kalau biar lama2 boleh mengakibatkan kepada kanser. So watch out la kalo kita tengok ada apa2 bendasing kat badan kita. Cepat2 la p check sebab prevention is better than cure.


Dah tak segak dah rupa belakang telinga maksu ai....^_^. Wayar yang dimasukkan ke dalam tengkuk maksu ai tu, function dia untuk mengeluarkan darah dan air bisa yang tertinggal selepas operation.


Paksu ai kata operation hari Khamis, hari Jumaat mesti dah boleh balik sebab sket jer......tengok2 maksu ai kena warded sampai hari Ahad. Mujur la anak dia balik boleh tengokkan dia dan maksu ai ada sorang adik angkat, abang Mail. Keluarga maksu dan paksu ai memang dah rapat dengan abang Mail sekeluarga macam adik beradik. Khamis malam selepas operation, wife abang Mail lah yang tunggu maksu kat spital. Kadang2 orang yang tiada pertalian darah dengan kita juga boleh rapat macam saudara asalkan kita ikhlas dalam sesuatu perhubungan di antara manusia.



Maksu hanya dibenarkan keluar dari hospital apabila container ni, dah mengandungi cecair bewarna putih menandakan tiada darah yang keluar dan yang keluar hanyalah air bisa yang tertinggal selepas operation tu.


Now, maksu dah kerja balik pun sebab cuti sakit dia hanya sampai 24 Februari ja. Sekarang dia dah sihat dan dah boleh vacuum rumah tiap2 hari....*wink*....


Kay maksu jaga kesihatan bebaik sebab tak lama lagi nak terima menantu........semoga selamat semuanya.

Monday, March 08, 2010

Selamat Hari Wanita


Tadi masa ai on the way ke tempat kerja, sambil layan Hotfm, Fafau dan FBI gitau tanggal 8 Mac setiap tahun adalah Hari Wanita.....mari kita berkongsi tentang hadis yang menyatakan kehebatan wanita. Tetapi kehebatan yang ada jangan disalahgunakan kerana syurga seorang isteri masih lagi di bawah tapak kaki suami dan syurga seorang anak di bawah tapak kaki ibu....fikirkanlah wahai teman...


”Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita yang solehah.” (HR. an-Nasa’I dan Ahmad)


1) Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2) Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3) Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4) Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5) Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6) Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7) Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8) Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9) Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10) Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11) Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12) Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13) Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14) Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15) Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16) Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17) Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18) Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19) Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


“Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah”.


Bagi yang belum berkahwin jangan pula merasa kekurangan, beribadatlah dengan khusyuk kerana belum ada gangguan dari anak2 kecil, berbaktilah kepada kedua orang tua dan berbakti serta berbuat baiklah kepada makhluk yang ada di bumi kerana Allah juga menjanjikan sesuatu:-

Syeikh Ibn 'Utsaimin berkata : "Apabila seseorang belum menikah, yaitu seorang wanita di dunia ini, maka sesungguhnya Allah SWT akan menikahkan dengan laki-laki yang ia sukai di surga. Karena kenikmatan surga tidaklah hanya khusus untuk laki-laki saja, akan tetapi semuanya adalah juga untuk laki-laki dan wanita termasuk bentuk kenikmatan (surga) adalah perkawinan." (Al-Majmu' al-Tsamin, 1/175).


p/s: Info adalah hasil google

Tuesday, March 02, 2010

Dalam berita baik ada pulak berita yang tak baik....

Hidup ini memang umpama roda....sekejap kita di atas menikmati kegembiraan tapi tanpa disedari dengan sekelip mata kita berada di bawah merasai kesakitan. Namun proses itu adalah perlu bagi kita menghargai setiap nikmat pemberian Allah dan yang pastinya sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.


Cerita 1

Selasa (2/3/2010) Pakdaq ada appointment ngan doktor untuk cuci luka. Tetiba adik ai, Kosem tepon kata Pakdaq kena drip air sebab dehydrated. Dah dua hari Pakdaq muntah-muntah. Cerita Pakdaq part 1, sila klik di sini. Sbb tak lalu makan dan tamau minum air masak banyak, Doktor kata Pakdaq dah dehydrated...kalo tengok keadaan dia pun nampak sangat tak bermaya sebab nak marah pun guna key yang paling rendah...hohoho...


Pakdaq kena drip dua botol air, lebih kurang 2 jam gak nak menunggu.


So anak-anak Pakdaq menunggu dengan penuh sabaq dan tawadduk.....
Kosem yang dok cooonggg kakak dia...kakak hang makan garam dulu naaa...



Kakak kosem yang bijaksana....



Nurse yang terpaksa dengaq anak2 Pakdaq dok bersembang kat ruang menunggu




Disebabkan bosan dengaq anak2 Pakdaq mengarut, nurse tu tinggalkan kaunter dia ...hahhaa....takderlah, dia pi settlekan dokumen untuk bil.


Balik dari kerja tadi ai tengok Pakdaq dah makin segaq. Buktinya dah boleh panggil orang dengan key yang tinggi. Nak marah orang pun dah bertenaga...okaylah tu. Luka dia pun dah makin mengecil. So doktor tunjuk kat kosem cara2 untuk cuci luka sendiri. Pasni kosem jadi nurse peribadi Pakdaq. hehehehe..Kita tunggu apa hasilnya nanti....


Cerita 2

Kosem telah ditugaskan untuk membasuh tangga yang berkulat disebabkan takdan nak ambil tahu hal rumah sebab bz menguruskan orangsakit di rumah. Tetiba ja,

Kosem: Kakcik!!!!!!!!!. Ai apa lagi bergegas p tengok.
Ai: Awatnya????
Kosem: Tangan aku ni....masuk duri (tangga yang dibasuh adalah tangga kayu). Tolong buang sat.


Ai pun mengeluarkan semua benda2 yang boleh menolong mengeluarkan duri dari jari dia. Jarum peniti, nail clipper dan berjaya kuarkan duri yang panjang. Ada satu lagi duri kecik dalam jari tapi dalam sangat so ai takut nak kuarkan. So soh dia kuarkan sendiri. Last sekali tengok jari dia dah berdarah sebab beria-ia mencungkil duri tu kuar dari jari dia sebab takut jadi macam kaki abah. Redha jelah dik, buat keje ikhlas, insyaallah ada habuannya nanti.



Cerita 3


Kol 4.30 petang, habes dari kelas, kakak ipar ai kol. Sambil menangis tersedu sedan. Tak paham sebutir pun kata dia. Tanya punya tanya, dia kata handbag dia kena ragut depan pagar rumah. Tengah nak buka pagar rumah, peragut tu datang naik motor berdua, terus ragut. Mujur dia tak jatuh. Ai tak dapat nak bayangkan kalau dia jatuh sebab dia tengah sarat mengandung...dah 7 bulan sekarang. Allah itu Maha Membantu, duit, harta boleh cari, nyawa nak ambil kat mana kalau dah hilang. Masa kol memang dia tak tau nak buat apa sbb dia tanya cemana ngan IC dan lesen dia. Bila ai kata kena buat report polis, dia tanya nak buat report kat mana? Sah dia mmg trauma dan ketaq sangat nih.


So ai kol my kazen, dan dialah yang bantu dari buat report sampai pastikan keselamatan rumah depa. Semalam kakak ipar ai msg kata dia takbleh tidoq sebab takut. Kak, kalau ko dok kat Penang jugak mmg aku p tengok semalam, tapi jauh sangat aku nak p nih. Apa-apa pun kak, aku tak pernah lupa doa kat Allah keselamatan hang anak beranak. Aku paling risau ngan keadaan hang anak beranak, bila jadi macam ni, aku pun tak tenang pikir sal hang. Insyaallah kak, aku dan mak doakan kebaikan dan keselamatan hang anak beranak dari jauh. Ada apa2 jangan lupa gitau aku, kalo aku dapat p sana, aku akan sampai. Kalau aku takbleh p, insyaallah aku cuba cari alternatif yang ada. Itu ja yang aku dapat buat untuk bantu hang.




Ada seorang tok guru pernah pesan kat ai, amalkan ayat kursi 7 kali setiap kali lepas solat dan 7 kali masa kuar rumah. Dalam keta atau kat tempat crowded yang banyak benda tak dijangka berlaku amalkan baca "Laila hailla anta, subhanaka inni kuntuminadzzolimin". Insyaallah, Allah itu maha mengetahui atas setiap sesuatu perkara dan Dialah Maha Pelindung.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails