Ads @ ACHIQUE


Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

Selamat Bertemu Semula

Assalamualaikum

Sudah lama kita tak bertemu di alam maya. Selamat awal tahun walaupun sudah terlewat berbelas hari. Hari ni Isnin (20/12/2010) dan 14 Muharram. So dah 14 hari kita menyambut tahun baru. Ramai yang berpuasa pada 10 Muharam, hari Khamis? Masa saya di Madinah, imam di Masjid Nabawi memberikan kuthbah selepas solat maghrib pada 8 Muharam yang mengatakan berpuasa pada 10 Muharam menyamai puasa orang Yahudi kerana (sila baca info di bawah):-



Cerita 1.

Nabi tiba di Madinah, kemudian beliau melihat orang2 Yahudi berpuasa pd hari asyura iaitu tanggal 10 muharam.

Beliau bertanya:”Apa ini?”

Mereka menjawab:”Sebuah hari yg baik, ini adlh hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dr musuh mereka, mk Musa berpuasa pd hari itu sbg wujud syukur.

Maka beliau rasulullah menjawab:”Aku lebih berhak thdp Musa drpd kalian(Yahudi), mk kami akan berpuasa pd hari itu sbg bentuk pengagungan kami thdp hari itu.” (HSR Bukhari 4/244, 6/429)


Cerita ke2
Rasulullah berpuasa pd hari asyura dan memerintahkan ummatnya berpuasa.

Para sahabat berkata:Ya Rasulullah, sesungguhnya hari itu diagungkan oleh Yahudi.

Beliau bersabda:Di thn depan insyaAllah kita akan berpuasa pd tgl 9 dan 10 Muharam, tetapi sebelum datang thn depan Rasulullah telah wafat.” (HSR Muslim 2/798)


Dlm riwayat lain:”Jk aku masih hidup pd thn depan, sungguh aku akan melaksanakan puasa pd hari kesembilan.”(HSR Muslim 2/798; Ibnu Majah, Ahmad, Tabrani dll)


Makanya, adalah lebih baik kita membezakan puasa kita dari puasa orang Yahudi, jadi berpuasalah sama ada 9 dan 10 Muharam atau 10 dan 11 Muharam di tahun2 yang akan datang. Insyaallah sekiranya kita mengikut sunnah Rasulullah itu adalah yang lebih baik.


Babai...nak tido dah.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa

Alhamdulillah dah berjaya puasa sehari. Makan apa berbuka rini? Amacam u ols punya puasa? Allah itu Maha Kaya, syukran, puasa tahun ni start hari Sabtu. Alasan untuk lebih berehat.....mana la Darwish tak kata 'makcik ni gemuk la'.....

Kalo tak terpaksa la meredah jambatan Pulau Pinang pagi2 dan meredah jammed waktu pulang. Dulu masa orang kata, nak beli keta beli la auto. Ceh dulu gila tanak keta auto, bila dah jammed baru rasa cekang otot segala. Tangan pun dah naik muscle sbb dok tukaq gear.

K nak siap p tarawikh ni, selamat berpuasa buat semua. Mohon maaf kepada semua yang mengenali di atas segala kesalahan dan kesilapan dalam pertuturan serta perbuatan sama ada yang sengaja atau tidak. Halalkan juga makan minum selama ini. Sama2 kita menjalani ibadah puasa dan semoga mendapat lebih keberkatan dan kerahmatan dari Yang Maha Esa pada Ramadhan tahun ini.

p/s: Makyah kena marah ngan PakDaq sebab pantang makan. Susah jugak yer kalo sorang sihat sorang lagi sakit. Alkisahnya Makyah tak makan kurma ja sbb ai dah masukkan kurma dalam air buah yang ai buat utk Makyah (Makyah kan diabetes). Kadang2 senyum sorang2 tgk telatah mereka berdua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails