Sudah lama kita tak bertemu di alam maya. Selamat awal tahun walaupun sudah terlewat berbelas hari. Hari ni Isnin (20/12/2010) dan 14 Muharram. So dah 14 hari kita menyambut tahun baru. Ramai yang berpuasa pada 10 Muharam, hari Khamis? Masa saya di Madinah, imam di Masjid Nabawi memberikan kuthbah selepas solat maghrib pada 8 Muharam yang mengatakan berpuasa pada 10 Muharam menyamai puasa orang Yahudi kerana (sila baca info di bawah):-
Cerita 1.
Nabi tiba di Madinah, kemudian beliau melihat orang2 Yahudi berpuasa pd hari asyura iaitu tanggal 10 muharam.
Beliau bertanya:”Apa ini?”
Mereka menjawab:”Sebuah hari yg baik, ini adlh hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dr musuh mereka, mk Musa berpuasa pd hari itu sbg wujud syukur.
Maka beliau rasulullah menjawab:”Aku lebih berhak thdp Musa drpd kalian(Yahudi), mk kami akan berpuasa pd hari itu sbg bentuk pengagungan kami thdp hari itu.” (HSR Bukhari 4/244, 6/429)
Cerita ke2
Rasulullah berpuasa pd hari asyura dan memerintahkan ummatnya berpuasa.
Para sahabat berkata:Ya Rasulullah, sesungguhnya hari itu diagungkan oleh Yahudi.
Beliau bersabda:Di thn depan insyaAllah kita akan berpuasa pd tgl 9 dan 10 Muharam, tetapi sebelum datang thn depan Rasulullah telah wafat.” (HSR Muslim 2/798)
Dlm riwayat lain:”Jk aku masih hidup pd thn depan, sungguh aku akan melaksanakan puasa pd hari kesembilan.”(HSR Muslim 2/798; Ibnu Majah, Ahmad, Tabrani dll)
Makanya, adalah lebih baik kita membezakan puasa kita dari puasa orang Yahudi, jadi berpuasalah sama ada 9 dan 10 Muharam atau 10 dan 11 Muharam di tahun2 yang akan datang. Insyaallah sekiranya kita mengikut sunnah Rasulullah itu adalah yang lebih baik.
Babai...nak tido dah.
No comments:
Post a Comment