Ads @ ACHIQUE


Showing posts with label jalan2 cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan2 cari makan. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

Makan Mee Udang di Kuala Sepetang.

Assalamualaikum....

Jom makan kat Kuala Sepetang.
Daripada zoo ke Kuala Sepetang lebih kurang 15 - 16 km ja. Patutnya dalam setengah jam dah sampai, tapi disebabkan GPS tunjuk jalan yang 'paling dekat' maka ambil masa lebih kurang 45 min. Entri zoo  kat sini.

Dekat Kuala Sepetang tu paling femes kedai MakTeh dan kedai MakJah. Ada jugak kedai PakHashim tapi tgk tak ramai singgah kat situ.


So aku n family p kedai MakJah. Kat situ femes makanan yang berasaskan udang. Mintak sotong goreng tepung mmg nan ado.  Mee udang biasa RM7.00, kalau nak yang special RM11.00. Depa kata special tu saiz udang. Tapi aku tgk sama ja. Udang dia mmg rasa fresh.  


Tapi mintak maaf sebab aku suka lagi makan mee udang kat Juru, Penang (warung Paksu).  Sebab masa aku p tu kuah mee just rasa sos.  Dan bila mintak cili potong, dia kata habis.  Last sekali bawa mai sos. :-(.

Makyah mintak mee goreng, sampai nak balik mee goreng tak sampai. Entah la kat mana silapnya. Malam tu tak la ramai sangat orang. Mungkin kalut nak solat maghrib rasanya. So Makyah share mee udang dengan aku.

Aku order udang goreng tepung. 1st time aku dapat udang yang digoreng dengan kulit2nya sekali.  Walaupun kulit dia macam lembut tapi selalunya kalau makan udang, aku mesti buang kulit so dgn otometiknya aku buang sekali tepung tu. So udang goreng tepung aku dan jadi udang togel!

Makyah oder ABC dan cucur udang.  Cucur udang dia ok jugak.

Bila semua orang makan, dia pun nak makan.  Bila orang tak layan, budak kecik ni dah mula nak buat perangai.



Sebelum dia bukak speaker, tok dia dukung dulu.  Kalau dengan makcik tak jalan sebab kalau tengah dok gelak2 pun, dia boleh nangis kalau makcik dukung.  Pengasuh dia panggil Queen of Vocal. 

Tuesday, October 09, 2012

Mari Melawat Taiping

Assalamualaikum...

Sambungan dari entri ini.

Cadangan dari pengerusi (Makyah) untuk sesi melawat taiping:

  1. Ahli rombongan 2 org - aku dan Makyah
  2. 9.30am bertolak ke Zoo Taiping
  3. 1.00 pm, makan tengahari dan solat Zohor
  4. Melawat Pakngah di Kamunting
  5. Bertolak pulang. Dijangka sampai rumah pukul 8.00pm.

Kejadian sebenar:
  • 9.10am baru nak mandi. Siap pukul 10.30am.  
  • Ada pertambahan dalam ahli rombongan - anak bongsu, wife anak bongsu dan anak kepada anak bongsu.  Jumlah 5 orang.
  • Tunggu ahli rombongan mandi, bersiap, siapkan bekal - pukul 11.30am bertolak ke Taiping
  • Driver lapar bila sampai Taping - so berhenti makan.  Sapa berani nak lawan....driver tu kalau lapaq, orang pun dia nak makan.
  • 1.30pm sampai rumah Pak Ngah di Kamunting.  Kena paksa makan lagi. Driver makan banyak kali tak jadi masalah. Aku saspek perut driver tu ada tangki simpanan makanan tapi aku tak pernah tgk dia berlapaq pun. Sentiasa ja makan. Klu, driver tu msti gemuk...hahahha..
  • 4.40pm bertolak ke Zoo Taiping.   
  • 6.00pm bertolak ke Kuala Sepetang dengan berpandukan GPS yang telah disetkan dengan keywords the shortest way.
  • Lalu dekat ladang kelapa sawit, rumah India kiri dan kanan - masa tu rasa nak humban GPS dan tuan punya GPS (anak bongsu) dalam estet kelapa sawit tu
  • Pukul 6.45pm sampai warung MakJah Kuala Sepetang.  Mmg jalan tu dkt tapi tak boleh bawa laju.  45 minit untuk 15 km? 
  • Makan & solat Maghrib 
  • Bertolak pulang 8.00pm.  Singgah di R&R Gunung Semanggol.  Solat, beli air, buang air dan teruskan perjalanan.
  • 11.00pm sampai rumah. 
Memang betul kata pepatah, "manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan". Tepat dan kena dengan situasi di atas.


Jom layan gambar kat bawah.

Bayaran:  
Kanak2 (3 - 12 tahun) - RM6.00
Dewasa - RM12.00
Warga emas (>55 tahun) - RM10.00

 


 Ahli rombongan naik train. Tak larat weh nak jalan kaki. Besaq kot nak tawaf dalam zoo tu.  

 Antara binatang dalam zoo.  Takdan nak ambil gmbar sebab naik train.  Lagipun aku takder DLSR. :-(










Korang cuba teka watak dalam cerita di atas. Yang mana satu driver, anak bongsu, wife anak bongsu, anak kepada anak bngsu dan birthday woman@girl????

Esok kalau rajin aku cerita pasal Kuala Sepetang plak.

Babai

Monday, January 11, 2010

Friday Nite Fever

Salam semua,


Selalunya apa xtvt uols petang Jumaat lepas opis hour? Kalo ikut rutin ai, balik umah, chit chat ngan makyah, makan, tgk tv, men game, bohsan n terus tido.


So bila Oya dan Kak Zah ajak p makan 'celup-celup' kat Penang, ai terus setuju. Bukan senang nak dapat offer cenggitu n my parents bagi. Sangat mengada seolah macam 'gadis sunti' belasan tahun. Walhalnya..........


Dalam kol 6 bergerak p Penang ngan keta Oya. Harus Oya yang drive, kalo bagi ai yang drive makanya lepas Isya' pun belum tentu sampai. Oya sangat terer jalan Penang sebab map Pulau Pinang dia dah khatam banyak kali :))



Ni on d way nak p umah Kak Zah. Kak Zah balik umah dia dulu kat Penang. Kami menyusul kemudian. Sampai umah Kak Zah, tukaq naik Rush lak. Kak Zah lak jadi driver, ai n dba menten jadi penumpang berhemah. (^_^")


1st check point, Padang Broom. Tujuan, makan celup2. Ai have no idea what is celup2 until sampai kat sini. And this is the 1st time, i'm here. Walaupun anak jati Penang dan dah 33 thn, tapi sejujur-jujurnya this is the 1st time ai jejak kaki kat Padang Broom nih. Korang nak gelak pun, gelak dalam hati ja jangan gelak kuat2. Ai sangat malu tau!


Dah kata 1st time mai, saya yang sangat jakun tak melepaskan peluang bergambar sebanyak mungkin. Kitorang makan kat gerai Majid. Oya dan Kak Zah sajes gerai ni sbb depa kata kat sgt marveles dia punya celup2.



Beginilah rupanya makan celup2 tu. Walaupun ada banyak ball2 yang diletakkan atas meja tuh, kita pilih yang mana nak makan dan celup masuk dalam air panas tu. Lidi dia jangan buang, sebab berapa kita makan akan dikira dari bilangan lidi yang isinya telah licin masuk ke dalam perut. Ada 2 jenis kuah, 1 kuah manis dan 1 kuah pedas. Kalo campur kedua2 kuah tu, rasa dia akan jadi super marveles. Memang sedap. Kami 4 orang makan 27 cucuk jer, sbb masing2 diet....hahahaha. 27 cucuk goes tu celup2. Xtra menu, ada sate dan 2 pinggan kuewteow goreng. So diet lah sangat kan!!X!!



2nd checkpoint, Hard Rock Cafe. Yang ni logik la kalo ai kata 1st time ai sampai sebab dia baru officially bukak pada 09/09/2009 kat Penang.

Depan tugu Micheal Jackson dan Hard Rock Guitar.


Depan kedai souvenir, Rock Shop.


Lokasi: Lobi Hard Rock Hotel.


Dekat entrance lobi. Pak Guard tu kata kat sepatutnya kita akan nampak perkata Hard Rock dekat cahaya lampu tu tapi sebab dalam proses maintenance so takder la. Nampak cam bintang bercahaya, lagi menunjukkan kejakunan ai. Sampai kat lampu gitu pun nak amik gambar. Tapi biarlah, itu kan kamera ai so suka ati ai la nak amik gambar kat ner pun...........wakakakaka.


3rd checkpoint: Night Market Batu Feringgi . Kat sini ada banyak benda dan sepanjang jalan ada dijual barang2an. Korang nak apa? Baju, perhiasan rumah, selipar, kasut, bundle? Kalo taknak lenguh kaki berjalan, make sure tau nak beli apa so boleh menuju terus ke tempat tujuan. Kalo tidak mau tercabut kaki nak tawaf sepanjang night market tu. Tujuan ai, nak beli CD Korea. 1 piece RM4. So kalo cerita tu ada 4 CD maksudnya RM16. Ai salah faham ingatkan RM4 untuk satu cerita rupanya sekeping CD dicaj RM4. Kalo beli sepuluh keping CD, dapat 1 free. Ai dan Oya beli 24 keping CD (ada 6 drama korea, 1 drama = 4 CD) so bayar 22 keping jelah sebab lagi dua dapat free (diskaun).


Thanx Kak Zah, Oya n dba nak bawak ai yang sangat jakun ni p jenjalan malam tu. Kalo nak p lagi jangan serik ajak ai sekali tau.


p/s: Ai tak pasti dah bayar lom kuew teow goreng tu, sapa nak p makan kat situ, ai nak kirim duit tolong bayaq kat kakak kuew teow tu. Moral of the story, makanan sampai terus bayaq duit.

Monday, January 04, 2010

Penutup 2009

Dah beberapa ari, plan nak p makan kat sini. So Khamis petang, 31 Dis 09 we alls make it jugak.

Radix Oriental Cuisine di Sungai Petani. Dekat ngan Tesco (lama) dan Village Mall. Nak bagi map nak p sana, ampun dan maaf sebab ai pun Oya and Dba yang bagi pandu arah kalau tak, agaknya makan kat Mc Donald pandu lalu aja.


Korang jangan nak p makan Jumaat tengahari lak, kedai ni tak buka waktu tu.


Tengok decoration dia masa mula2 masuk restoran, dalam hati terdetik mesti best ni makan kat sini. Sapa pun takleh bagi review sbb semuanya 1st time mai makan kat sini.


Posing dulu before makanan sampai, Dba and Oya.


Makanan yang dijual kat sini ada secara ala carte dan ada yang set.


Kami ambil Package 1 dgn harga RM59.00


Makanan sampai satu persatu dan membuatkan ai telan air liur berkali2 sebelum semuanya siap dihidangkan. Jadi untuk distraction kepada makanan tu, ai merajinkan diri membahagikan tomyam dan isinya ke dalam mangkuk2 kecil.


Butter n egg prawn.


Sayur kailan ikan masin. Menu wajib bila ambil tomyam.


Menu tambahan oleh orang yang tamak, sotong goreng tepung. Last2 sekali makan sket ja sbb dah terlampau kenyang. Sotong goreng tepung dia takleh lawan kebaboom dan terbaek dari Kuala Perlis.


Steamed kerapu with nyonya style. Yang ni memang kebabom dan terbaek. Hingga menjilat jari wa cakap lu.


Betul kan Ba, ikan tu sangat sedap??? Licin ngan kuah2 dia kami kerjakan. Kuah dia ada rasa masam2 sket, tak bape pedas tapi sangat menawan hati. Rasanya ada dimasukkan bunga kantan sbb bau wangi bunga kantan tu.

Review setelah makan:
Makanan dia ok2 jelah
Kalau nak cari dim sum, wantan, tofu atau makanan cina takder yea walaupun namanya Cuisine Restaurant.
Bolehlah kalo nak try sesekali
Yang best dia masa kitorang makan, ikan kerapu stim tu lah dan
Yang memudahkan, ada surau sekali ngan telekung etc utk solat bila tiba waktunya.

Penutup untuk tahun 2009. Lepas ini ketiga-tiga makhluk Allah ini, ai, dba dan oya, berjanji kepada diri sendiri dan masing-masing berazam dengan hebatnya kepada kawan2 dan diri sendiri. Bahawasanya saya akan menjauhkan diri saya daripada jatuh cinta dengan makanan. Wait n see after 2 months. adakah janji tinggal janji atau ada sesuatu dengan janji.


p/s: Cekidaud after two months from now.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails