Ads @ ACHIQUE


Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Friday, October 05, 2012

Mari Menulis

Assalamualaikum....

Minggu lepas, kami ada bengkel penulisan ilmiah.  Speaker adalah Dr. Fadzila Azni Ahmad dari USM.
Dr kata nak menulis kita kena mula, bukannya fikir dan fikir. Idea tu selalunya mmg ada tapi nak terjemahkan dalam bentul penulisan belum tentu sat perkara yang mudah.

Hampa ingat senang nak suruh orang menulis. Nak tulis karangan sekolah dulu pun jenuh aku dok kutip duit syiling Pakdaq (baca sebagai aku mengepow!) untuk cukup RM2.50 sebab nak beli Dewan Siswa. Aku suka baca rencana dan cerpen dalam dlm dewan siswa tu. Banyak bagi idea untuk aku menulis karangan. Paling aku suka tulis karangan yang berbentuk pengalaman la. Contoh tajuk karangan "Anda menyertai perkhemahan Pengakap Kelana Peringkat Kebangsaan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ceritakan pengalaman anda ketika menghadiri perkhemahan tersebut." Aku cukup suka tajuk karangan macam ni. Siap aku imagine dok dalam khemah dan cikgu mai panggil untuk buat aktiviti segala. Siap aku buat dialog lagi.
Salmah:  Mari kita pergi makan.
kawan Salmah:  Mari.

Imaginasi ni semua dari Dewan Siswa dan buku cerita yang aku baca. Hehehehe..

Dr. pesan sebelum kita buat penulisan ilmiah kita kena latih diri untuk tulis secara santai.  Ayat2 skema payah la nak sebati dalam diri aku ni.  Tak reti den.  Dr. kata permulaan yang paling santai adalah tulis dalam blog.  Nobody know who you are. So ko boleh tulis apa yang nak ditulis. Kalau nak share pengalaman dan ilmu pengetahuan lagi bagus.

Dan sorang dari kawan aku dah sahut cabaran ni....

Boleh lawat blog dia...

http://ajourneyofsue.blogspot.com

Bila dah selesa menulis, mana tau kita ada rezeki untuk menjadi kolumnis dalam majalah atau suratkhabar.  Dan insyaallah lepas ni boleh tulis tesis untuk sambung belajar Ph.D.

Tahniah buat kawan2 yang dapat sambung study....:
Faizah Sahbuddin
Nazri (suami Faizah.  suami isteri dapat...tahniah)
Kay
Kak Norhatizal


Sebelah Faizah tu Solehah. Dia pun dah sambung belajar kat UKM.  Jeles ahkak.
Tahniah untuk semua dan semoga Allah mempermudahkan semua urusan ketika belajar nanti.
Amiin.....

Friday, August 26, 2011

Anak Sedara

Anak kekbah @ puan adiebah. Tunggu makcik p melawat na...tak sabaq nak cubit pipi. Yeehaaaa............

Tuesday, August 23, 2011

Aku atau Engkau?


Uits...

Dah kol 8.20pm. So ada dalam 20 min lagi nak menulis. Satlagi ai nak kene jadi drebar hantaq Makyah p masjid.

Tadi dalam kol 2.20pm, diebah msg kata .... "Dgn ini diumumkan, adiebah telah selamat operate dpt gurl 2.8kg je"


Kenapa 2.8kg je? Yang dekat2 20 kg lagi p mana? Dia jawab "air n lemak"......takper nanti kita diet sama2 yer kekbah.

Ni gambaq dia masa tengah peknen


Gambaq lepas bersalin belum ada lagik sebab dba bersalin di kampung. Later2 ai upload bila dah p melawat dia n bb.


Ai nak tanya cemana uols tahan perasaan marah?
* Marah jer?
* Diam?
* Istighfar?
* Let it be........

Darah pendekar makin lama makin membuak dalam diri. Pantang tercuit sket ai mula nak mengamuk! Manusia sebelum dapat janji melambung ke langit. Bila dah dapat, separuh langit pun belum tentu dapat diselesaikan. Contohnya kawan ko janji nak pinjam keta n lepas hantaq balik nak isi minyak penuh. Esoknya, masa nak naik keta, tengok2 minyak tinggal setakuk jer lagi. Macam2 perangai ada. Bila tanya naper tak selesaikan keje...tokeh kata dia dah suruh anak buah dia mai buat keje tapi anak buah tak datang. Bila tanya anak buah, anak buah kata tokeh tak beli barang so keje tak bleh jalan. Mana satu ni wei!!!! Bulan posa ni cer cakap betul2, takyah nak berdolak dalih. Lagi dua minggu if keje tak jalan jugak ai tau la nak buat cemana...whether ai yang loss or uols GET LOSS!

Friday, March 04, 2011

Al Fatihah Buat Arwah Ustaz Md Zain

Al Fatihah untuk ayah member ai, Ustaz Md Zain yang meninggal dunia sebelum subuh hari Rabu (2 Mac 2011). Sesungguhnya Allah menyayanginya dan perginya sewaktu nak berwudhu' untuk solat subuh pagi tu.


Arwah sangat peramah, if ai dan kawan2 p, arwah akan entertain kami sekejap then baru biarkan kami bersembang dengan anak dia. Arwah ada 12 orang anak, and member ai si Hasanah tu anak no. 5 ke 6...dok ingat. Arwah jugak merupakan guru buat Makyah. Pernah mengajaq Makyah masa sekolah2 dulu.


DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali

Tuesday, September 21, 2010

SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI


Salam Idulfitri uols. Walaupun dah terlewat dua belas hari, ai tetap nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri jugak. Maaf atas salah silap...pastinya hidup ini telah banyak melukakan hati dan perasaan di sekeliling kerana kekurangan sensitiviti ...maafkan daku (dari hati yang tulus ikhlas)...


Korang dah posa ganti (bagi yang kena ganti la!) ..or korang dah selesai berpuasa sunat di bulan syawal (or orang tua selalu sebut posa 6)???? Ai masih odw. Posa sehari bukak dua hari, sambung sehari bukak 3 hari...entah dpt tak 6 hari tuh...mintak2 la dapat cukup 6 hari...ameeennnnn....


Cemana raya uols?? Meriah?? Ai punya?? Meriah la bila ada budak2 wat bising. Kaklong sefamily beraya ngan kitorang. So meriah sket......tapi kesedihan tu pasti ada. Ai tak banyak cakap pasal arwah abah di Hari Raya, emosi Makyah masih lagi belum stabil. Tgk baju abah pun, tekanan darah dia boleh naik sehingga 200/95. So wat2 bz kelain. Persediaan pun tak macam dulu...banyak bezanya.....jom cekidaud...



DUA HARI SEBELUM RAYA (RABU - 8/9/2010)

Ai dah start bercuti.

6.40am, kuar p market Kepala Batas (pasar basah) ngan kaklong. Beli stok sayur, ikan, udang, telur dan cari daun palas (untuk buat ketupat). Sorry ai tak snap gambaq...ni 1st time ai p market untuk belikan bahan mentah untuk raya....kalau tak ini semua abah yang buat :(


8.00am p beli daging...masyaallah ramainya manusia. Kaklong tunggu dalam kete, ai p menyelit beli daging. Kerana ai sgt kecil molek, baca sekali lagi kecik molek ye tuan puan....~lalalalala~ sebab kecil molek dapat masuk di celahan orang ramai dan dapat tempat betul2 belakang adik yang potong daging. Ngeri siot tgk pisau dia. Tapi dapat daging cepat, sebab adik tu tak tahan ai dok zikir kat telinga dia "adik, daging 2 kilo".....Dah dapat daging, nak tulang pulak.....alamak.....tulang kaunter lain. Lagi sekali kena p mintak...seksa beb....

Ni tulang rusuk, ai mintak tulang ni dua bilah ja....tapi..................


Pokcik ni dah kaut semua.....ai dapat yang mana pakcik tu taknak ja...seb baik daging kat tulang tu cepat empuk dan lembut.......


Sapa yang dok kat area Kepala Batas or sekitarnya nak p beli daging boleh p kat Pekan Kepala Batas lama (berdepan dengan tapak market lama) tepi kedai gambar Italy, kat situ ada kedai jual daging. Buka paling lewat jam 7 pagi dan ditutup 9 malam kot.... Kat sini, mmg 100% sure daging fresh dan harga RM16.00 jer se kg. So bagi 1st time buyer nak beli daging better p kat sini, p market kalu, mungkin kena tipu dapat frozen meat atau dia bagi bahagian yang banyak lemak...erti kata lain kita yang buta tuli hal daging niyh kena tipu hidup2!!!!!


Sampai rumah, p beli bahulu, maruku, kuih bakar coq peneram...yang mana kuih2 ni dulu, abah yang beli. Seb bek mak peringatkan, if tak beraya tanpa kuih bahulu la...kang ada yang nangis takleh cecah bahulu ngan air oren...siapakah itu????? Jeng..jeng...jeng....


Balik, p Perda nak beli tikaq buluh...Dba kata Sha beli kat situ sehelai dapat RM30, tapi bila ai p tanya jadi sekeping RM60. Habis bertawar pun dapat RM50. So kol Dba, as a best fren kena la mai jadi penyelamat kan...huhu....thanx sangat kat kawan2...


Masa tunggu dalam keta, nak tunggu Dba mai....

Ai tak p sorang, ada orang follow. Tapi disebabkan terlampau penat + ngantuk + posa, maka dapat lah gambaq ni...Sapa????


Ketua GENG CUCU TOKWAN, Kak Nana...If dia tahu ai masukkan gambaq ni dalam blog, setahun merajuk nyih!!!


Bila Dba dan Sha sampai, kitorang p bertawaq harga balik dan hasilnya sekeping RM25.00. Berbaloikan tunggu Dba dan Sha..Muahhhh, tq so much my dear frenz...


Dari kiri: Dba, Sha dan Ida (IR)



SEHARI SEBELUM RAYA (KHAMIS -9/9/2010)

Takder pape yang best untuk dikongsi dan gambar untuk ditatap. Sekadar seorang anak yang mengajak ibunya membalut ketupat (thanx kaklong), makcik yang mengajak anak-anak menakannya mengemas rumah dan anak lelaki yang bz membahagikan zakat kepada yang berhak bagi pihak arwah abahnya.

Mood...ntahla.................

Thursday, August 26, 2010

Jom Melawat Stokis SD2

Ai nak promote niyh...member ai si Dba tu tengah bersemangat nak meniaga. As a fren yang tak baper pandai nak meniaga dan kadang2 sombong nak bercakap ngan orang, gini jelah caranya yang bleh tolong dia.




Testimoni adalah kepada diri sendiri (Dba ler):-
April 2010 - 84.4kg


Julai 2010 - 74kg


Ogos - 70kg

** Gambar adalah dikopipes dari blog Dba yer.


Dba la ni, dia tengah bersungguh2 nak berdiet untuk turunkan berat badan dengan cara yang selamat. Macam2 cara yang dia dah buat, kadang2 selamba badak ai jer ai marah dia kalau ai rasa cara dia tak baper betul...dah nama kawan, kena la tegoq...hehehe....


Dia ada try produk lain b4 SD2 niyh tapi tak baper serasi. Selepas try SD2 beberapa tin, dia dah menuju ke hasil yang diingini. Cara2 pemakanan dan macam mana dia berdiet uols boleh rujuk ke



Bleh jugak if uols nak jadi stokis or nak beli jer.....tapi bagi ai better jadi ahli, jimat banyak uols.

Jangan lupa klik kat laman web SD2 niyh...banyak info uols bleh dapat...selamat cekidaud


Tuesday, April 06, 2010

Tahniah Sahabat!!!

Semalam dalam pukul 9.46 malam, ada message masuk.....


"Salam. I have safely delivered my baby boy @ 5pm today".


Ayeen nikah dan kawen pada 19 April 2008 kat Masjid Wilayah Persekutuan.


Setahun lepas tu dapat 1st baby Alisha.


Dan sekarang ni Alisha dah dapat baby boy.....congrates.



Ayeen adalah salah seorang sahabat baik ai masa kat U dulu. Kami baik berlima, Ayeen, Jijah, Erma, Yanti dan Ai. Antara kami berlima Erma kawen dulu, then Jijah.

Jijah yang pakai baju dan tudung purple tu, kanan sekali. yang si comel tu, anak Jijah, Balqis. Thousand condolence untuk Jah sebab dia baru bersalin anak yang kedua (boy) tapi janji Allah tak dapat siapa pun menduga. Allah hanya pinjamkan baby tersebut 2 jam sahaja kemudian dijemput menemui penciptaNYA. Banyakkan bersabar Jah sebab hanya Allah yang Maha Tahu hikmah di sebalik kejadian ni.


Pas Jijah, Ayeen plak menyusul untuk bergelar seorang isteri ketika umur menjejak 32 tahun. Dan coming soon Yanti, yang baru saja menyarungkan cincin pertunangan 28 Mac 2010. Insyaallah 10 Oktober 2010 akan diijabkabulkan dengan pilihan hati.

Yanti yang bakal bergelar isteri....tahniah sahabat!


p/s: Allah meminjamkan kegembiraan buat kita semasa hidup di dunia tetapi mengapa masih kita fikirkan tentang duka?

Monday, March 22, 2010

Sudah Sejarahkah Cerita Ini?

Salam uols....


Cerita ni memang sedikit berzaman. Kejadian sebenar pada 25 Februari 2010. Dah hampir sebulan. Maafkanlah ai yang sangat sibuk (sebenarnya sgt tidak ada time management).


Pagi tu, ai bangun lewat. So rentap jer baju dan tudung yang tak payah iron (sangat penting ada stok baju dan tudung yang tak payah iron utk emergency macam ni). Muka pun pucat lesi takdan nak tepek apa, terus jer masuk keta....vrooommmmmmm.....


Masa nak memecut dalam keta tu terasa mata sangat kabur....nape lak. Ai rasa ai tak ngendap sesapa mandi pun. Tgk mende tak senonoh pun takder rasanya!!! Ai kan suci lagi murni... hahahaha....sadap u Cikgu Achique! K jom teruskan cerita.


Sampai kat traffic lite, ai tgk cermin, baru pasan ada taik mata selepuk kat pelupuk mata sebelah kiri. Rasanya tadi mandi dan cuci muka, mata semuanya. Cemana leh ada lagi ni??? Belek punya belek rupanya, mata ai dah merah dan rasa sakit2...bila nampak mata merah dan2 tu jugak terus rasa sakit mcm nak jatuh biji mata. Bila sakit mata, terus takleh nak memecut sbb pandangan tak baper clear so lewatlah pagi tuh! Ngadap la Ketua Jabatan awak Cikgu Achique oiii!!!!


Ai penah baca blog VP, ada orang kasi petua kat dia, kalo sakit mata titiskan susu ibu. Pagi2 lagi dah cari penderma susu. Nama penderma adalah dirahsiakan atas sebab keselamatan.....korang jangan nak siasat plak sapa penderma yang suci hati sebab ada dua penderma tau...oppsss terbagi hint pulak!


Sket ja yang diperlukan. So lepas dapat tu, sila titiskan secara berkala. Ai wat selang setengah jam sbb rasa sakit amat. Dahlah pagi tu ada sesi bergamba bersama Penasihat Akademik (PA), so walaupun sakit mata mana bleh tak bergambar kan.....wajib tuh nanti sian kat budak2 tu takder PA yang vouge lak dalam gambaq kelas depa.

Budak2 kelas Ai dok atur kedudukan nak ambil gambar. Dok jelah kat mana pun, asalkan save 1 tmpt utk PA kamu yg vouge lagi cun tu.....



Abes ja sesi bergmbr...zasss ai p klinik. Doktor yang sangat baik hati bagi 2 hari MC.....ahaks......i laaaaiiiikkkkkkkk uuuuuu la doc. Tapi haram tak guna pun MC tu, ai dok jer kat opis sampai petang. Dan tengahari tu, Oya dah bising2 kata mata dia pun rasa berpasir....over tau! So dgn dia pun titis jugak susu ibu tuh. Sebab esoknya cuti Maulidur Rasul dan Oya tu ada plan nak p bergumbira bercuti ngan kawan2 dia. Huh!!!!

KakYam dok titiskan susu ibu kat Oya.....sibuk la dok kata ai transfer virus kat dia!!!!




Memang sangat berkesan susu ibu nih, tgk mata ai sebelah kiri tu dah kurang merahnya...jgn la dok prati eyebag tu...itu mmg tak dapek nak nolong!


Yang bekas container kecik tu, ada susu ibu dalam tu....macam nampak bekas jer tanpa apa2 isi kan...walhalnya itulah yang dok titik mata ai dan Oya sehingga ke petang. Bukannya basuh ngan susu ibu tuh, just titikkan ja...macam uols titikkan ubat mata macam tu jugaklah titikkan susu ibu ke dlm mata uols. Sangat berkesan mengikut pengalaman sebenar ai!


p/s: Thanx kepada penderma yang nama mereka adalah dirahsiakan.

Thursday, February 25, 2010

Toche...toche...sekian kali

Ni yang best bila ramai2 kawan p kursus jauh2. Pastu ingat kat ai. Selain dari dapat bag, tadi ai dapat lagi souvenir from langkawi.

Ini Aida yang kasi. Nak tgk aida, boleh pergi ke website nopac
Coklat tu, dah masuk separuh, baru tringat nak snap.


Senduk ni dari Hana.



Depa dua orang nak kena p Langkawi lagi minggu ni untuk kursus Perdana. Jenuh mabuk laut la, ai pun patut p jugak ngan Oya tapi apakan daya, ada kursus lain yang bertindih waktu. So haruslah ada kos melepas kan. Hana dan Aida, p kursus elok2 ya. Kalo sempat shopping ingatlah ai kat sini.

Tuesday, February 23, 2010

Surprise!!!! Toche...toche....



Baru2 ni ai ada 2 kejutan. Tapi dua2 kejutan yang best.


1st dapat posto......ting..tong...

Ni x-students ai anto kad kawen, Razima Damun @ Ima. Rasanya ima ni 2nd batch yang ai ajaq untuk Business Law dalam tahun 2003 @ 2004. Dah sekian lama tau sbb la ni dah tak ajaq subjek tu. Walaupun sangat close, dan bila tau ai turun KL atau Bangi tak gitau dia, memang ai kena marah la. Pernah dia bersusah payah dtg nak jumpa ai kat Alamanda (dia kerja kat Pejabat Mara KL) bila tau ai ada kat sana. Memang tacing sangat2. Walaupun dah lama grad tapi tetap ingat. Tau hormat ai as dia punya lecturer, tetap bergurau senda tapi masih ada batasnya. Bahasa ketika berbicara pun dijaga. Masa konvo sepatutnya ai bagi bunga kat dia, tapi dia yang bagi bunga kat ai. Siap cari ai masa konvo sebab nak kenalkan mak dia. Terharu sometimes dengan gelagat2 yang tak disangka. Kisahnya dia dah nak kawin 14 Mac ni, majlis sebelah Ima akan dibuat kat Masjid Wilayah Persekutuan. Sowi tak dapat nak p ke sana. Ada kelas PJJ yang perlu dihandle kat sini. Tapi insyaallah ai akan turn up di Majlis sebelah lelaki sebab bakal hasben Ima orang Penang. Thanx Ima masih ingat saya di sini. Insyaallah kita jumpa masa majlis nanti...Tahniah dan selamat pengantin baru ya.






Gambar dengan flash




Gambar without flash.



Ada orang baru balik dari langkawi. Masa ai p ambik barang yang ai pesan (pistachio+biji gajus) tetiba orang tu soh pilih beg. Ada dua warna, biru dan oren....mesti la ai pilih warna oren sbb warna dia striking so kalau ai letak merata pun senang nak nampak. :-).



Orang ni la yang bagi


Toche...toche....

p/s: Tak sabaq nak tunggu cuti hujung minggu ni...~lalalalalala~.....

Wednesday, February 17, 2010

Semoga Allah Merahmati Hambanya

Al-kisahnya, bilik kitorang wat mentor mentee dalam hal2 bday ni. Contohnya ai kena bagi hadiah kat Kak Liza n Kak Liza lak kena bagi kat Oya. Macam tulah konsepnya dan ada nilai par yang ditentukan. Sapa nak bagi lebih dari nilai par yang ditetapkan, adalah sangat dialu-alukan. Dengar tu Kak Imah, leh aplikasikan masa nak kasik hadiah kat ai tau....hehehehe....



Dan Rabu lalu (11 Februari), merupakan bday Kak Imah yang ke___? Sila isikan tempat kosong dengan angka yang digemari. :-). Kak Imah ni merupakan Ketua Program Kursus SPK (tetiba jer ayat ai jadi baku habes...skema jer). Mentornya adalah Kak Mijat aka Puan Rosmizar (merangkap Ketua Program DLS)....so baru kena geng...sama2 ketua dapat mentor menteenya.



Sebelum Kak Imah terkezut ngan kejutan bday dia, Kak Mijat ke hulu ke hilir cari lighter....almaklumlah takder sorang pun smoking kat dalam bilik tu...dah semuanya pompuan. Kak Mijat yang pakai spek bertudung kelabu. Yang comel sebelah Kak Mijat tu, gadis bertudung biru tu Oya atau Su atau Suraya. Boleh pilih nak panggil yang mana satu.



Oya, Is (tudung hijau muda) dan Su (tudung biru gelap) dok membizikan diri untuk susun atur lilin atas kek. Ai tolong ambil gambar jer. Dah selesai semua planning, baru kol Kak Imah n masa Kak Imah turun terkezut dia, siap padam2 lampu gitu.....mmg kalau benda yang tak dijangka, ke'terharuan' dia lebih sket...tacing jer rasa....



Yang bertudung hitam dan berbaju hitam, corak gold2 tulah Kak Imah aka Puan Sarimah. Tiup lilin tu Kak Imah, jangan tak tiup. Yang kat belakang tu, konon2 tepuk tangan tapi sebenarnya tunggu nak makan kek tu...hehehe...ampunnnnnnn........



Jom serbu kek!!!!!!!!



Mentor dan mentee bermesraan, bersuapan gitu.



Jom kita tengok apa hadiah Kak Imah dapat...



Jeng..jeng...jeng....jar isi kueh raya. Happy jer muka masa dapat hadiah ni. Kak Imah, kalau nanti masa raya kalau ada kuih yang best2 Kak Imah isi la penuh2 bawak ke bilik kitorang nih.....kecik tapak tangan nyiru kami tadahkan...kan Kak Imah pandai masak... peace.. (^_^")



Masa ramai2 dok nyanyi bagai tuk Kak Imah, si Has ni menghilang ke mana ntah...ada kelas kot. So dia paksa untuk ai tulis caption, Has yang tertinggal...hehehe.....tapi takper kek ada lagi, so boleh suapkan kat bday girl. Kena panggil bday girl ke bday woman?? Konpius nih!



p/s: Ari tu, Kak Imah masakkan nasi lemak untuk kitorang satu bilik...sedap sangat. Kak Imah kalau masakkan nasi goreng pun sodap, bihun goreng panas2 lagi sodap!!! So pertanyaannya pengakhiran cerita, bila lagi nak masakkan kat kitorang ~lalalalala~

Tuesday, January 26, 2010

Ai Tak Mampu Nak Buat Sorang

Hai uols....


Assalamualaikum,


Hidup ni mesti tak meriah kalau kita hidup sorang2. Buat apa pun, semua sorang2. Tak cukup kaki tangan nak kejar kalau semua benda nak kena buat sendiri. Sebab tu la Allah syorkan kita hidup bermasyarakat. Orang tua2 pun pesan, 'jangan jadi kera sumbang'.


K sebelum merapek panjang, ai nak ucapkan TQ bebanyak kat kawan seperjuangan, sejawatan yang ambil alih tugas2 ai mengajar selama 3 bulan hari tu. Dari end of July, ai p attachment sampai Oct 2009. So tak masuk keje la selama tu. Dan tugas2 ngaja, member2 ai dah ambil alih. Dari A to Z diorang wat. Ngajar, marking assignment, kuiz n ujian. Disebabkan rasa terharu dan tergaru maka ai pun berniat nak banjer semua yang terlibat dalam pembikinan filem ini.....oppppsss, yang terlibat membantu 'assist' ai punya kelas. Thanx from deep of my heart to Su, Isratun, Dba, Mas (takder dalam gambar) dan yang banyak membantu di belakang tabir, Paksu, Paklong dan Oya).


Tapi ai ni jenis yang suka bertangguh. Jadinya walaupun dah habes attachment bulan Oct 2009, Januari 2010 baru tertunai hajat. Bila la nak ubah tebiat buat keje bertangguh ni. Ok, jadikan dia sebagai salah satu azam tahun baru....dengan ini saya berjanji untuk buat kerja semi bertangguh sahaja. Sebab orang tua2 kata kita kena berubah perlahan2, tak bleh drastik so tahun ni semi bertangguh, tahun depan baru tak bertangguh langsung.....~lalalalalalalala~.....



Jom order....bleh amik course by course atau ambil main course jer.


Sementera nak tunggu makanan sampai, mari kita berposing dulu. Senyum tau walaupun perut dah nyanyi lagu keroncong untuk ana......kalau tak senyum nanti orang kata kita garang + jahat!!!!



Menu course by course:
Starter : Salad
Main menu: Chicken deep fry (apa ntah nama penuh dia..dah tak ingat)
Desert: Eskrem
Drink: Sedap tau, hat ni pun tak ingat nama (chocolate + cappuccino ice kot)


Bila makanan dah sampai, semua orang terus diam dan layan makanan jer. Masa ni sapa cakap pun, tak dapat respon...huhu...


Dah habes makan, dah boleh senyum manis. Muka orang jahat pun dah tak kelihatan, kan Su kan........Su, aku ingat sampai mati soalan untuk lecturer jahat tu!!!!!


Sebenarnya bantuan dan pertolongan depa semua takdak nilai untuk dibalas. Tak terbalas dengan makan tengahari jer. Ai doakan semua sahabat2 di sekeliling ai semuanya dalam keadaan dirahmati dan diberkati oleh Yang Maha Esa. Setiap malam ai berjanji untuk menjadi seorang yang lebih ikhlas tapi percayalah ikhlas tu sangat jauh untuk dicapai dan sangat sukar untuk dilaksanakan. Tanpa tekad yang sangat padu, impian mungkin berciciran di tengah jalan.



p/s: Lebih baik diam dari berkata2. Apa yang keluar dari mulut kita, mungkin tak sama dengan yang didengari di telinga orang lain. Rambut dah tak sama hitam maka hati pun lain2.

Tuesday, January 12, 2010

Betapa Kecilnya Dunia....


Kadang2 kita rasa setelah kita berpisah kita tak akan bertemu lagi. Tapi kita lupa bahawa dunia ini bulat. Berpusing2 di satu titik kita akan berjumpa semula. Eceehhhh macam jumpa somebody yang spesel lak.


Alkisah bermulanya dari saat Dba pindah ke rumah sendiri di Bertam, jiran dia ada buka audit firm. Dba ingatkan yang si isteri tu punya firm rupanya.........


Masa jiran dia wat kenduri, dba dok berkenalan la ngan jiran dia ni. Bila sembang punya sembang, si suami jiran dia gitau kata dia study kat UUM. Rupanya audit firm tu si suami jiran la yang punya sebab si isteri ambik bidang engineering. Dipendekkan cerita sembang punya sembang, selidik punya selidik, si suami ni satu batch ngan ai masa kat U dulu.


So bila Dba tanya kenal tak ai (Dba agak2 jelah kot2 kitorang kenal), dia pun baru nak tanya soalan yang sama. Cumanya dia tak ingat nama penuh ai, just ingat nama panggilan Achique jer. Dia takut lak kat tempat keje, orang panggil nama panggilan glemer ai yang lain, mana la tau kot2 panggil IZ ka, AZIE ka, ZIZIE ka...hehehe... I'm still the same person, nothing changed much. Cuma makin gembira sebab orang kata kalau badan makin berisi sebab hati makin girang.


Sejak tau kata dia jiran Dba, kitorang tak pernah jumpa lagi. Hari Jumaat lepas masa p makan celup2 kat Padang Broom, ai nampak ada sorang mamat jalan sorang2 cari tempat makan. Macam kenal, cuit Dba tanya 'jiran hang kan???' Mana la tau sebab ai paling terer tegur silap orang. Bila Dba kata ya, terus kitorang tegur dia. Ada appoinment pukul 8 katanya sebab tu selamba rock, jalan sorang2 nak p makan laksa sementara nak tunggu pukul 8. Dia kata gerai hujung kat Padang Broom tu jual laksa yang marveles. Ai tak pernah rasa, dia yang kata.



Ni Mat 'Z', jiran Dba n member ai kat U dulu. Memang merapu habis kalau sembang ngan dia. Oppss dia ni dah tak available sebab dah pegang status suami dan ayah kepada 2 orang hero cilik. Sorry Mat 'Z', aku tak bagi can kat hang. Hehehe......


p/s: Kita sangat gembira bila terjumpa kawan2 lama tapi cemana kalau kita jumpa musuh lama2 dulu????

New Born



20 Disember 2009: Ai dapat message----> Salam.. Pn. Isrulhasrita tlh slmt melahirkan a baby boy dlm pkl 2 pg td d HUKM. Doakan kami skuarga sihat...Tq


Isrul is my good fren since 2001. Kitorang kenal masa blaja kat KUiTTHO dulu. Dan kami sama2 posting kat Penang. Masa Isrul bujang, ai selalu p menumpang kat rumah sewa dia. Kalo ada keje sampai malam mmg tak balik rumah Makyah & PakDaq, rumah Isrul akan jadi port. Siap pegang kunci rumah tapi tak penah bayaq sewa.....hisshh...seb baik la Isrul nak terima tetamu tak malu nih...........Lepas dia kawen dan dapat anak sorang, tahun 2009 dia pindah ke Banting, maybe this year move sekali lagi ke Nilai. Dan ai pun hilang tempat port terbaek so sekarang kena rajinkan diri untuk drive balik ke rumah Makyah & PakDaq. Insyaallah Allah berikan yang terbaik untuk Isrul dan sekeluarga atas setiap kebaikan dia.


Bila dapat tau, Isrul balik berpantang kat rumah parents dia di Alor Setar, ai n Dba apa lagi....zaasssss ke sana. Lama sangat tak jumpa Isrul, semenjak dia pindah tahun lepas.


So timing dalam kol 11.30 pg ai bertolak dari rumah ke rumah parents Dba kat Jitra. Dba dah balik dari Sabtu lagi so ai kena p amik dia kat sana. Timing baik punya, sampai rumah Dba terus makan tengahari. Sangat rajin ini anak dara.. :-))


Selepas basuh2 dan kemas2 apa yang patut, kitorang terus p rumah Isrul kat Hutan Kampung tapi tak gitau pun kata nak p...kot2 dia tadak kat rumah padan muka kami. Seb baik dia n anak2 ada kat rumah.






Ni Siti Nur Aisyah a.k.a ECAH, anak sulung Isrul. Umur 2 tahun. Dah pandai mengajuk cakap orang. Yang lain tu banyak cakap jerman la lagi. Kalo adik dia nangis , dia pun nangis sekali, tangan dia sakit la apa laaa.....alasan nak perhatian dari Ummi dia. Last ai tengok dia, masa Isrul bersalinkan dia dulu. Lepas 2 tahun jumpa balik dah besar, keletah lagi!!




Yang kecik comel ni, Muhammad Ariq Mirza (ampun yer Isrul kalo salah eja nama). Senyap ja masa kami p. Usik pun tak berbunyi. Pejam mata rapat tapi bila dah lama, kot dengaq kami dok bising tepi telinga dia, berbunyi la jugak. Lepas bagi susu sebotol, terus tidoq balik. So main dengan kakak ECAH jelah.



B4 balik, Dba ajak singgah kat kedai pasu sebelah rumah Isrul. Aisyah pun kalut nak ikut. Mesti dia boring sekian lama kena dok berkurung dalam rumah, so bawak dia p kat kedai pasu. Habis satu tempat tu dia ronda.



Sambil ronda sambil panggil, makcik...makcik.....ni yang sentimental ni...Aisyah asek dok sebut2 nama ai...wakakaka...


Banyak pilihan pasu yang ada dan ada pokok sekali. So boleh pilih pasu dan pokok yang dikehendaki kemudian suruh orang kedai tu, letakkan siap2 dalam pasu. Balik nanti letakkan jer kat sudut mana yang uols nak.



Dua pokok keladi sekali dengan pasu ni, harga dia RM60.00 Satu pasu + pokok keladi RM30.00, ai rasa murah sangat tapi tatau la sebab tak biasa beli pokok.. Bukan ai yang beli, ni Dba punya.


Bye Siti Nur Aisyah dan Ummi. Ada rezeki, kita bertemu lagi.


Balik dari rumah Isrul, Mak Dba kasi bubur Asyura, sedap sangat. Terima kasih daun keladi, lain kali mak hang buat bagi kat ai lagi...yeyeye...resipi bubur asyura boleh cekidaud dalam blog dba.


p/s: Rasanya masa makin cepat berlalu, budak makin cepat membesar dan ai makin.....awet muda (^_^")

Monday, January 11, 2010

Friday Nite Fever

Salam semua,


Selalunya apa xtvt uols petang Jumaat lepas opis hour? Kalo ikut rutin ai, balik umah, chit chat ngan makyah, makan, tgk tv, men game, bohsan n terus tido.


So bila Oya dan Kak Zah ajak p makan 'celup-celup' kat Penang, ai terus setuju. Bukan senang nak dapat offer cenggitu n my parents bagi. Sangat mengada seolah macam 'gadis sunti' belasan tahun. Walhalnya..........


Dalam kol 6 bergerak p Penang ngan keta Oya. Harus Oya yang drive, kalo bagi ai yang drive makanya lepas Isya' pun belum tentu sampai. Oya sangat terer jalan Penang sebab map Pulau Pinang dia dah khatam banyak kali :))



Ni on d way nak p umah Kak Zah. Kak Zah balik umah dia dulu kat Penang. Kami menyusul kemudian. Sampai umah Kak Zah, tukaq naik Rush lak. Kak Zah lak jadi driver, ai n dba menten jadi penumpang berhemah. (^_^")


1st check point, Padang Broom. Tujuan, makan celup2. Ai have no idea what is celup2 until sampai kat sini. And this is the 1st time, i'm here. Walaupun anak jati Penang dan dah 33 thn, tapi sejujur-jujurnya this is the 1st time ai jejak kaki kat Padang Broom nih. Korang nak gelak pun, gelak dalam hati ja jangan gelak kuat2. Ai sangat malu tau!


Dah kata 1st time mai, saya yang sangat jakun tak melepaskan peluang bergambar sebanyak mungkin. Kitorang makan kat gerai Majid. Oya dan Kak Zah sajes gerai ni sbb depa kata kat sgt marveles dia punya celup2.



Beginilah rupanya makan celup2 tu. Walaupun ada banyak ball2 yang diletakkan atas meja tuh, kita pilih yang mana nak makan dan celup masuk dalam air panas tu. Lidi dia jangan buang, sebab berapa kita makan akan dikira dari bilangan lidi yang isinya telah licin masuk ke dalam perut. Ada 2 jenis kuah, 1 kuah manis dan 1 kuah pedas. Kalo campur kedua2 kuah tu, rasa dia akan jadi super marveles. Memang sedap. Kami 4 orang makan 27 cucuk jer, sbb masing2 diet....hahahaha. 27 cucuk goes tu celup2. Xtra menu, ada sate dan 2 pinggan kuewteow goreng. So diet lah sangat kan!!X!!



2nd checkpoint, Hard Rock Cafe. Yang ni logik la kalo ai kata 1st time ai sampai sebab dia baru officially bukak pada 09/09/2009 kat Penang.

Depan tugu Micheal Jackson dan Hard Rock Guitar.


Depan kedai souvenir, Rock Shop.


Lokasi: Lobi Hard Rock Hotel.


Dekat entrance lobi. Pak Guard tu kata kat sepatutnya kita akan nampak perkata Hard Rock dekat cahaya lampu tu tapi sebab dalam proses maintenance so takder la. Nampak cam bintang bercahaya, lagi menunjukkan kejakunan ai. Sampai kat lampu gitu pun nak amik gambar. Tapi biarlah, itu kan kamera ai so suka ati ai la nak amik gambar kat ner pun...........wakakakaka.


3rd checkpoint: Night Market Batu Feringgi . Kat sini ada banyak benda dan sepanjang jalan ada dijual barang2an. Korang nak apa? Baju, perhiasan rumah, selipar, kasut, bundle? Kalo taknak lenguh kaki berjalan, make sure tau nak beli apa so boleh menuju terus ke tempat tujuan. Kalo tidak mau tercabut kaki nak tawaf sepanjang night market tu. Tujuan ai, nak beli CD Korea. 1 piece RM4. So kalo cerita tu ada 4 CD maksudnya RM16. Ai salah faham ingatkan RM4 untuk satu cerita rupanya sekeping CD dicaj RM4. Kalo beli sepuluh keping CD, dapat 1 free. Ai dan Oya beli 24 keping CD (ada 6 drama korea, 1 drama = 4 CD) so bayar 22 keping jelah sebab lagi dua dapat free (diskaun).


Thanx Kak Zah, Oya n dba nak bawak ai yang sangat jakun ni p jenjalan malam tu. Kalo nak p lagi jangan serik ajak ai sekali tau.


p/s: Ai tak pasti dah bayar lom kuew teow goreng tu, sapa nak p makan kat situ, ai nak kirim duit tolong bayaq kat kakak kuew teow tu. Moral of the story, makanan sampai terus bayaq duit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails