Ads @ ACHIQUE


Tuesday, September 21, 2010

SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI


Salam Idulfitri uols. Walaupun dah terlewat dua belas hari, ai tetap nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri jugak. Maaf atas salah silap...pastinya hidup ini telah banyak melukakan hati dan perasaan di sekeliling kerana kekurangan sensitiviti ...maafkan daku (dari hati yang tulus ikhlas)...


Korang dah posa ganti (bagi yang kena ganti la!) ..or korang dah selesai berpuasa sunat di bulan syawal (or orang tua selalu sebut posa 6)???? Ai masih odw. Posa sehari bukak dua hari, sambung sehari bukak 3 hari...entah dpt tak 6 hari tuh...mintak2 la dapat cukup 6 hari...ameeennnnn....


Cemana raya uols?? Meriah?? Ai punya?? Meriah la bila ada budak2 wat bising. Kaklong sefamily beraya ngan kitorang. So meriah sket......tapi kesedihan tu pasti ada. Ai tak banyak cakap pasal arwah abah di Hari Raya, emosi Makyah masih lagi belum stabil. Tgk baju abah pun, tekanan darah dia boleh naik sehingga 200/95. So wat2 bz kelain. Persediaan pun tak macam dulu...banyak bezanya.....jom cekidaud...



DUA HARI SEBELUM RAYA (RABU - 8/9/2010)

Ai dah start bercuti.

6.40am, kuar p market Kepala Batas (pasar basah) ngan kaklong. Beli stok sayur, ikan, udang, telur dan cari daun palas (untuk buat ketupat). Sorry ai tak snap gambaq...ni 1st time ai p market untuk belikan bahan mentah untuk raya....kalau tak ini semua abah yang buat :(


8.00am p beli daging...masyaallah ramainya manusia. Kaklong tunggu dalam kete, ai p menyelit beli daging. Kerana ai sgt kecil molek, baca sekali lagi kecik molek ye tuan puan....~lalalalala~ sebab kecil molek dapat masuk di celahan orang ramai dan dapat tempat betul2 belakang adik yang potong daging. Ngeri siot tgk pisau dia. Tapi dapat daging cepat, sebab adik tu tak tahan ai dok zikir kat telinga dia "adik, daging 2 kilo".....Dah dapat daging, nak tulang pulak.....alamak.....tulang kaunter lain. Lagi sekali kena p mintak...seksa beb....

Ni tulang rusuk, ai mintak tulang ni dua bilah ja....tapi..................


Pokcik ni dah kaut semua.....ai dapat yang mana pakcik tu taknak ja...seb baik daging kat tulang tu cepat empuk dan lembut.......


Sapa yang dok kat area Kepala Batas or sekitarnya nak p beli daging boleh p kat Pekan Kepala Batas lama (berdepan dengan tapak market lama) tepi kedai gambar Italy, kat situ ada kedai jual daging. Buka paling lewat jam 7 pagi dan ditutup 9 malam kot.... Kat sini, mmg 100% sure daging fresh dan harga RM16.00 jer se kg. So bagi 1st time buyer nak beli daging better p kat sini, p market kalu, mungkin kena tipu dapat frozen meat atau dia bagi bahagian yang banyak lemak...erti kata lain kita yang buta tuli hal daging niyh kena tipu hidup2!!!!!


Sampai rumah, p beli bahulu, maruku, kuih bakar coq peneram...yang mana kuih2 ni dulu, abah yang beli. Seb bek mak peringatkan, if tak beraya tanpa kuih bahulu la...kang ada yang nangis takleh cecah bahulu ngan air oren...siapakah itu????? Jeng..jeng...jeng....


Balik, p Perda nak beli tikaq buluh...Dba kata Sha beli kat situ sehelai dapat RM30, tapi bila ai p tanya jadi sekeping RM60. Habis bertawar pun dapat RM50. So kol Dba, as a best fren kena la mai jadi penyelamat kan...huhu....thanx sangat kat kawan2...


Masa tunggu dalam keta, nak tunggu Dba mai....

Ai tak p sorang, ada orang follow. Tapi disebabkan terlampau penat + ngantuk + posa, maka dapat lah gambaq ni...Sapa????


Ketua GENG CUCU TOKWAN, Kak Nana...If dia tahu ai masukkan gambaq ni dalam blog, setahun merajuk nyih!!!


Bila Dba dan Sha sampai, kitorang p bertawaq harga balik dan hasilnya sekeping RM25.00. Berbaloikan tunggu Dba dan Sha..Muahhhh, tq so much my dear frenz...


Dari kiri: Dba, Sha dan Ida (IR)



SEHARI SEBELUM RAYA (KHAMIS -9/9/2010)

Takder pape yang best untuk dikongsi dan gambar untuk ditatap. Sekadar seorang anak yang mengajak ibunya membalut ketupat (thanx kaklong), makcik yang mengajak anak-anak menakannya mengemas rumah dan anak lelaki yang bz membahagikan zakat kepada yang berhak bagi pihak arwah abahnya.

Mood...ntahla.................

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails