Ads @ ACHIQUE


Thursday, December 31, 2009

Pertemuan detik yang menggembirakan tapi..........



31 Disember 2009.
Khamis
5.30 petang


Angin yang tak berapa sepoi2 bahasa dan panas yang agak terik walaupun hari dah makin petang telah menyaksikan rakan taulan bermaafan sambil menitipkan kata pesan buat sang teman.


Seorang dari senarai teman akan berpindah ke selatan tanahair, berpindah demi untuk bertekad menjadi anak yang solehah sambil meneruskan perjuangan cita-cita yang belum selesai.


Ai tak bape ada mood nak menulis panjang (mata masih berkaca2 bergenangan air mata), biar gambar berkata2 kali ni.



Tahun 2010, Rahmah akan berpindah dari Utara ke Selatan tanahair. Mengenangkan sahabat susah senang di Utara, gundah gulana dan berat hati nak berpindah tapi mengenangkan ibu tercinta lebih memerlukan bakti seorang anak, sang anak mengalah buat ibu yang mengandungkannya selama sembilan bulan.



Sesi peluk-memeluk sambil memerahkan mata. Aku sedih ni Rahmah. Sorang2 kawan aku pindah, aku nak pindah mana lak??? Umah dah berdepan ngan tempat keje, alasan apa nak bagi kalo aku nak pindah.



Rahmah (no. dua dari kiri), sebak menahan tangis. Kawan sekeliling tupun dah siap lap air mata kering2 b4 bergambar. :))



Ko jangan nangis lelebih rahmah, kang banjir Commerce Dept ni.




Simpan duit bebanyak tau dalam tabung ni. Nanti aku sampai kat Melaka, aku roger hang, jangan lupa banjer aku kat tempat yang besh.



Dedikasi khas buat Rahmah:

Setiap kali aku pandang hang, aku rasa bersalah sebab aku pernah tertinggi suara masa tanya pasal markah PB untuk polibriged. Apatah lagi waktu tu hang tengah makan nasi kot kat kampung. Sampai la, aku ingat dan aku tetap rasa bersalah walaupun dah banyak kali minta maaf. Dan demi itu aku mohon ribuan ampun dan maaf sekali lagi kat hang. Sungguh2 aku minta maaf dan maafkanlah aku di atas semua kekhilafan perbuatan dan pertuturan aku yang mengguris hati hang. Sesungguhnya aku ni selalu dalam kealpaan, terlupa dan tidak pandai menjaga hati seorang kawan.

Dan sepanjang perkenalan kita, aku nak berterima kasih sesangat kat hang tolong jaga aku kat PTSS tahun 2006. Masa tu aku demam panas sampai tak bleh bangun. Thanx tolong jelum (basahkan towel letak atas dahi) untuk aku. Sepanjang hidup aku, masa kat PTSS tu yang aku demam teruk sampai tak leh nak drive. Memang terbaring ja sampai nak makan pun tak lalu, nak bangun pun gagahkan diri ja. Aku tau walau segunung ucapan terima kasih tak bleh nak balas jasa baik hang sepanjang malam jaga aku, hanya Allah sahaja yang boleh membalas semua kebaikan hang kat aku. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, kau permudahkanlah urusan sahabatku, berkati dan rahmatilah dia dengan nikmatmu Ya Allah. Amin.

Wednesday, December 30, 2009

GULA-GULA SEMANIS TUAN



Senin, ai masuk opis 7.30 am...saja nak gitau ai masuk awal. Huhu *riak sambil kembang2 hidung*


Tengok Oya (geng masuk 7.30 am), dok agih2kan ole2 yang dia bawak balik dari Indonesia. Last week Oya bercuti seminggu p Bandung dan Jakarta. Seb baik ada ole2, kalo dak takmo kawan. Mesti Oya kata hekeleh.....'gua tarak heran!!!!'.....


Kat bawah ada rupa paras Oya...jom cekidaud.

Oya n Cik Bah bersama Nur Arissa yang comel (pinjam anak Anirah, opismate ai)


Close-up Oya n Nur Arissa. Dalam hati Nur Arissa, 'comelnya makcik ni, sama comel cam aku'.


Salah satu ole2 Oya. Bukan tak pernah tengok sweet tapi suka dgn kreatif dan pemikiran kritis usahawan depa.


Rupa paras sweet dari depan. Takder yang luar biasa.

Bila dialihkan ke belakang, rupanya ada kata2. Ai dapat Teganya dan Jangan Gila Donk. Ai belum gila cuma sasau tidoq tak cukup akibat main game tak sedar diri sampai kol 3 pagi. Sangat membuang masa!!!


Pastu terus, p kutip semua sweet atas meja orang lain nak tengok depa dapat kata2 apa. Setiap satu semuanya kata2 yang berlainan. Senang nak buat kerja sebab orang lain masuk kol 8.00am dan 8.30am. Lagipun ramai yang cuti....hehehe...kalo hilang bukan ai yang curi sweet tu, cuma pinjam amik gambaq jer.


Bestkan ada pembalut sweet macam tu. Bayangkan kat zaman sekolah menengah n ai ada suka seseorang (gila gediks ini pompuan), then beli sweet yang ada tulis "I Like You" ka atau lagi best "Be My Love"...dah bagi kat mamat yang disukai lagi dichentai terus jalan laju2. Takut kena reject, takleh trima kenyataan ai kalo kena reject terang2an.


Atau gaduh ngan bespren, wat2 bg sweet yang ada tulis "I'm Sorry" atau "Sabar"... dengan sweet ja dah boleh menyampaikan maksud. Best tu sbb kadang2 dengan percakapan, orang bleh translate menda lain. Kita marah kat orang lain, dok p nyampai kata kita marah kat orang lain plak. Bukan senang nak kenal orang sebab rambut sekarang dah tak sama hitam....tetiba out of topic...


Atau, ada member nak p interview, kita bagi "Don't Worry" dan "Tingkatkan Prestasi". Oya gitau, ada pembalut gula2 yang dia wat dialog box (cam dalam majalah kartun tu) then kita boleh tulis kat dalam dialog box tu apa yang kita nak. Contoh menyampah giler dengan mamat yang suka tepon ko tengah2 malam, gi letak kat cermin keta dia banyak2 sweet n tulis kat situ "Bleh Blah la Ko" atau "Ko Tepon Lagi" sambung (sbb dialog box dia kecik) "Aku Repot Kat Penghulu"


p/s: Bila ada orang nak bagi sweet kat ai, yang ada tulis "Jom P Makan Sebab dah Kol 12"......lapaqqqqqq weiiiiiiiiii.....

COTI-COTI


Apa korang wat masa cuti2 nih???

Berpegang kepada pepatah "If you fail to plan then you plan to fail" so ai mulalah ber'plan' what to do utk cuti Xmas 3 ari nih supaya tak dicap sebagai orang yang gagal...sigh....


So jom kita wat planning: ------>
Jumaat - Kemas umah yang dah jadi macam dilanggar burung garuda.
Sabtu - Nak p Sunway Carnival sbb nak survey harga barang yang ai dah lama berkenan
Ahad - Nak ke suatu tempat *rahsia*


Hasilnya:-
Jumaat - dok kat umah mengadap depan lappy dan sebelum masuk keesokan harinya, ai berjaya menyapu kat ruang tamu
Sabtu - Makyah berjaya mengajak ai untuk p kenduri kat kampung. Tak rugi gak p sbb kari daging dia sangat best!!!
Ahad - duk ngadap depan lappy sepanjang hari dan berjaya menghabiskan apa jua yang dimasak oleh Makyah dengan jayanya.


Kerja yang berjaya disiapkan: ----->

Ai dah lupa bila last ai lipat baju, tengok2 dah bertambun. Terpaksa la lipat sbb bila cari sp*&%ot, #ra tak jumpa. Semua dok dalam timbunan baju2 ni. Cari chamisole dan inner pun dah tatau katner. So ai dok dendiam sambil tengok tv. Sejam berteleku, siap!!!


Inilah hasilnya. Then panggil sensorang ambil baju memasing n simpan. Kalo idak seminggu plak baju berlipat tak bersimpan. Minggu depan lak lipat baju :))



Ni plak sebab ai berteleku depan lappy tanpa sebarang hapdet dalam blog dan fesbuk
Berjaya menghabiskan semua level yang ada dalam Burger Shop. Done!!!


Little Shop of Treasures. Done!!! Dah takde level lagi dah, masa pun dah boleh catatkan dalam new record.

Dah lama abes level yang ada dalam Zuma ni cuma replay balik jer bila bohsan (baca sebagai malas nak buat kerja)....hehehe..

Tengah stuck kat game Wedding Dash ni. Level yang terakhir tak habes2 lagi walaupun dah 3 hari main. Nak kena tingkatkan usaha ni....usaha kan tangga kejayaan.


p/s: Tak dulik la walaupun orang kata game ni untuk kanak2 ka apa....ai kan kanak2 ribena lagi.

Monday, December 28, 2009

Kejadian hari Khamis b4 cuti Krismas. Nak kuar p Tabung Haji, bila announce sapa nak ikut, Is ja respon.



Terus berdesup ke Tabung Haji, luckily org tak ramai. Cpt semua urusan siap!!!



Destinasi kedua, Balai Polis. Bukan nak buat repot tapi nak menyerah diri sbb bersalah. Ai ada 3 saman trafik yg belum dibayar dari tahun 2007. So dah settle!!! Kalo korang tak tahu meh ai kasi tau.

Kaunter trafik (untuk bayar saman) dibuka setiap hari.
Isnin - Jumaat: 8.30 - 3.00 petang
Sabtu - Ahad: 8.30 - 12.00 tgh

Kalo nak diskaun 50%, p ke Balai kat mana saman dikeluarkan. Kalo kat Tapah, p la cari pejabat Polis Trafik kat Tapah. Kalo tanak bayaq la kat mana2 cawangan trafik pun, dapat diskaun 30%. So bulan ni dapat bonus RM500, dan sebagai rakyat yang sangat 'pemurah' ai dah bagi balik duit tu kat kerajaan. So motip: jangan bawa kete lelaju. Sayangi wang anda!!!!



Pastu merendek ke Sunway Carnival. Makan je pun, ayat cover (baca sebagai takut bos baca!!!).


Kami dalam keadaan bersedia menambahkan kawan2 lemak yang dah sedia ada dalam badan. Sangat tensen bila diri sangat gemuk!!!!


Tapi tak pernah rasa bersalah ketika makan, selepas makan menyesal sket2 jo!!!


Menu baru: BBQ wings. Ada 2 option: honey and spicy. Kalo dah sos cili penuh kat ayam tu, maknanya ai amek yang spicy la.


Khamis ritu, bapak punya ramai giler orang kat Pizza Hut Sunway Carnival. Sampai staff tak cukup kakitangan wat keje n ada menda berterabur kat dapur...pprrrraaaaannngggggg...... Is kalih tengok kot2 ada pinggan pecah ka apa, sekali yang jatuh dalam kitchen dia. So, Is tak nampak apa2 dan kembali menyambung tugas melicinkan hidangan...(^_^")



Sekian cerita saya untuk kali ini. Babai, saya nak tidur dah sebab dah pukul 2.47 am dan saya akan auto publish entry ini di sebelah petang nanti. Wassalam.


SELAMAT TINGGAL vs GOOD LUCK

Sebelum berlabuhnya tirai 2009, Dept ai wat jamuan akhir tahun.

Ceta sket cemana peel sal jamuan kat Dept ai. Setiap bulan ada wing2 punya giliran utk wat jamuan. Wing Dba patut wat November tapi tak sempat. Wing ai bulan Disember, so kitorang gabung2 dua2 sekali. Orang yg sama gak nak makan pun. Campur bajet dari Kelab Staf rangkum sekali ngan Jamuan Akhir Tahun.



Agenda utama:
1) Mengenyangkan perut yang lapar
2) Menambahkan lemak2 yg sedia ada
3) Beramas mesra dgn ahli-ahli dalam jabatan memandangkan satu jabatan tapi opis tak setempat
4) Meraikan ahli yang makin tua umurnya.
4) Meraikan ahli yang dapat further study.

(sebut ahli...cam ahli sunnah al jamaah ja...)



Lokasi Jamuan: Warung Paksu Bagan Nyior, Kuala Juru. (peta: rujuk GPS anda).
Masa: 2.30 ptg (bertolak) - 5.00 ptg

Menu Utama: Nasi putih, ketam masak berlada, udang goreng kunyit, ikan bakar + air asam

Pelengkap menu: Air oren asli (baca sebagai jus oren) dan buah tembikai

Pelengkap menu tambahan: 2 biji kek yang sangat cantik rupa paras dan sedap dimakan. Disponsor oleh Hajjah Danizah.

Sebiji lagi takdan nak ambik gambaq. Sebab dah 'ter'lepas masuk perut!



Situasi 1) Sebelum Makanan Sampai

Kakyam antara senyum dan tidak. Dah kol 3.00 ptg tak makan lagi weiii. Urat2 senyum pun takder semangat nak wat keje.


Azie dan Su: Pinggan kosong ja??? Isinya mana???



Situasi 2: Semasa Makan

Sambil makan, dengaq2 jugak apa yang orang dok bercakap kat depan. Tapi tangan still kopek ketam kan Kak Liza?


Kakyam dah boleh senyum sampai nampak lesung pipit!



Situasi 3: Selesai Makan

Lekat minyak la plak kat tangan Su. Lap dulu la ngan tisu sebelum basuh tangan.


Hambek ko! Kenyang sampai terlena!! Sedap kan masakan dia Kak Mijat....sehingga menjilat jari wa cakap lu....



Kesimpulan:

Licin liap...lagi mau tanya!!!



Situasi 4: Selepas semua ahli-ahli kenyang

Paparazi 1, datang mengambil repot....hehehe, ampun dba.....kalo nak tgk byk lagi gambar n cerita sal majlis ni, leh terjah kat DBA n NORIS punya blog.


Acara penyampaian hadiah kepada yang sudah ckp usia dan bertambah kerut segaris di dahi!!!


Last but not least, ucapan dari Kak Su Amin yang akan menyambung silaturrahim.....opppsss sambung study (PhD) di UiTM Shah Alam.

Buat Kak Su: Moga dipermudahkan semua urusan dalam pembelajaran dan urusan ketika menempuh alam sebagai pelajar kelak.



p/s: Bagi yang nak kontek Warung Paksu untuk tempahan sila check talian dalam gambaq ni...Nak tanya direction pun bleh.

Sunday, December 27, 2009

ANTARA CHAR KEOW TEOW & MEE UDANG Part II

Untuk Part 1 klik sini.



Ai dah bagi keputusan utk Char Keow Teow (CKT) dan Mee Udang (MU).


Rasa sgt lapang dada seperti padang bola sepak adanya selepas gitau keputusan ai.



Ai dah sebulat bola sepak bertegas dgn MU. Kenapa tak pilih CKT yang member ai cadangkan.

Alasan 1) Kedai tu guna kerang yang dah sangat lama dibela so isi dia tak sedap. Liat!!!

Alasan 2) CKT ni datang ngan package. Kena ambil sate ayam dan telur mata kerbau sekali which ai dun like. Kalo nak CKT, ai makan yang kosong ja.

Alasan 3) CKT ni letak taugeh ja. Sayur Kucai tak letak. Bukan pokok kucai tu mati tapi dia tak dijual sekali kat pasar yang jual taugeh.

Alasan 4) Ai tak biasa makan kat kedai CKT tu. Kawan ai yang ajak tu pun tak biasa. Baru dengaq dari kawan dia. Ai jenis yang tanak amik risiko. Takut tak sedap!!!


Apapun, ai doakan kedai yang jual CKT tu makin bertambah maju dan untung. Audios....

Wednesday, December 16, 2009

PUNYA LA BANYAK KEJE TAPI........



Rini ai dapat paper lagi untuk marking. Kata cikgukan, harus la ada paper nak kena marking. Dgn bersemangat waja ai bawa balik umah n pasang niat nak marking.



Cubaan pertama: Misi gagal sbb tertidur depan tv. Terjaga kol 9.45pm, layan citer Riang Tirana, pastu citer Suraya plak. Last sekali Simpang Empat. Sila salahkan rancangan tv (xcuse takwat keje). Diri sendiri punya salah tanak ngaku...(^_^")


Cubaan kedua: Dah kol 11.00, mula dgn wat air Coffeemix 3 in 1 . Ambik mood. Berjaya marking soalan 1, then tertengok tv...TER lah sangat kan.


Ter lah sangat tgk tv...walhalnya remote control tu sentiasa ada kat tepi.



Alamak citer hindustan kat TV9. Meh layan sat, take 5 lepas bjaya marking soalan 1. Take 5 menjadi TAKE 60 minutes.


Bukan best sangat pun tapi tunggu sampai abes. Salman Khan berlakon. Tajuk Tumko Naa Bhool Payenge. Dia pegang 2 watak, satu Ali an satu lagi Vir. Byk nak komen sal movie ni terutamanya ttg agama. Tapi malas n ngantuk.


Lagu di leh tahan. Sila layan...kalo opis uols block youtube cam opis ai so nampak kotak putih jelah. Sanggup ai cari lagu2 best. Ni dia






Monday, December 14, 2009

KEPALA KORANG GATAL TAK???





Korang tau apa itu KUTU?

Bukan Kumpulan KU2!

Bukan Kutu Rayau!!



Kutu yg ai maksudkan sejenis makhluk Allah yang habitat dia di kepala manusia. Cuba cek kot2 dia sedap2 bertenggek kat atas kepala uols. Binatang ni ada sket kurang ajaq, sbb dia pijak kepala manusia....hahaha :P



Bagi sapa yg tak penah tgk....sila peratikan kat bawah ni. Siap ngan telur kutu pun ada.







Bila family Kaklong n Bangah balik kampung, anak2 depa yang pompuan tidoq ngan ai. Minggu ni ai rasa gatal kepala. Sbb syak, ai check kepala Kak Nana. Betul ada kutu!!!! Ingat zaman dulu jer berjangkit kalo balik kampung. Zaman la budak p sekolah pakai tudung pun berjangkit jugak???



Petang tadi terus singgah farmasi beli syampu ni. Tak kisah la gatal kelemumur ka atau betul ada kutu jahannemm atas kepala ai. Orang kata, kalo ada kelemumur kutu tak lekat...musuh ketat la kutu ngan kelemumur tu. Takleh berkawan walaupun habitat sama.







Ada byk jenis syampu utk matikan kutu. Pharmacist tu cdgkan yg ini sbb herba katanya. Bau pun tak tengik ngan bau chemical cam racun rumput rampai. Balik jer, terus bc direction tuk guna kat botol syampu n terus sapu kat rambut. Punya cuak takut ada kutu jahannemmm bermaharajalela atas kepala ai.




Betul bau dia best n mcm sapu minyak je kat kepala. Terus malam ni kepala ai rasa nyaman jer, feeling2 cam ada salji cam dalam ceta winter sonata....~lalalalalala~......



p/s: syohhhhh...syohhhh semua mak bapak anak kutu ngan telur2 kutu.....zam..zam..alakazam...pi la naik tikar terbang.....nyah ko dari sini!!!!

TAHNIAH

Anak penakan ai Syafiq dah grad. Besh wooo baru 6 thn dah grad....grad dari Tadika. Ai dulu tadika pun tak jejak. Seb bek pandai....motip apa ntah.......~lalalalala~....


Majlis start 8 malam. Ai n Makyah dari umah Bangah kat Bangi so lepas solat Maghrib terus berdesup ke Serdang.

Yang berdua ni confirm la nak ikut (Hannah n Darwish), ai p tgk Syafiq dapat hadiah.


Mak bapak yang excited terlebih.


Ni masa nak terima scroll. Susah nau nak memastikan semua dok dalam barisan. Cikgu jenuh mengurut dada.


Ni tadika cina so student Malay n India yang ada kat tadika tu kena bagi speech dalam bahasa Cina.


Kasik close-up sket.


Syafiq dapat best student untuk 6 years...pandai cam makcik ropanya...kehkehkeh (mesti la puji tuan tanah kan)


Penyampaian hadiah, wajib ada persembahan. Ai cuba upload video persembahan dari tadi tapi lom berjaya. Len kali lah yer, ai wat n3 tuk persembahan plak.


Comel sangat bebudak pakai baju bunga2 gitu.


Baru turun dari pentas lepas wat persembahan.


Budak pandai dapat 7 hadiah ngan kakak2 n sepupu.


Bersama sepupu sepapat...tak cari tak rapat.


On the way nak balik ke Bangi, ai kol Bangah. Ropanya dia kuar p menjemput bibik dari agensi. Alamak, ai dah la tak bawak kunci. Nak p mana nih???


Bawa Makyah n budak ber2 tuh ronda Putrajaya. Bila sampai kat jambatan di Putrajaya tu, ramai orang brenti kat tepi so ai join sekali sbb nak p masjid Putrajaya cari jalan tak jumpa. Ai kan sgt terer sal jalan2 nih :(


Sempat la snap gambaq ni. Tetiba Darwish bisik:



Makcik, saya nak kencing.



Haru tau, tgh2 alam tu nak kencing la plak. Apa lagi tarik ke tepi, cari tempat berumput sket takut nanti hancing kalau tempat bersimen. Tetiba polis peronda brenti,


Puan, tolong tgk papan tanda kat situ, dilarang brenti n parking kat sini. Jaga keselamatan anak puan tu.


K lah en. polis, ai mintak maap. Patut la semua orang blah dari situ. Cemana ai nak blah, ni ha ada budak nak terkencing. Ai rela kena marah ngan polis dari Darwish kencing dalam keta. Huiiii simpang malaikat 44.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails