Ads @ ACHIQUE

Sunday, April 03, 2011

Yang dan Bi....

Tadi ai terdengar satu perbualan...

*** Apa yang pompuan cakap, ai agak je sbb ai dengaq yang lelaki jawab ja....

Pompuan: Watpe??? P mana??? Bape kali dah kol tapi tak angkat.

Lelaki: P mandi yang den solat.

Pompuan: KoL baper nak kuar umah? (depa nak p kenduri umah member depa).

Lelaki: Bi nak kuar la ni yang....jap lagi bi sampai.


Pestaim ai dengaq Bi and ayang. Dulu kami and sayang, pastu abang and sayang sekarang sudah naik tarapppp........Bi and Sayang....


Apapun asalkan bahagia dan tahu batas2 pergaulan.

Saturday, April 02, 2011

Eksiden

Assalamualaikum.


Tarikh: 1 April 2011 (Jumaat)
Masa: 6.30 petang
Lokasi: Highway menghala ke Sungai Petani.
Tujuan berada di atas highway: Dari tempat keje, nak balik umah.
Dalam pikiran: Nak makan (ehhh...)


Masa tu ai tengah drive dengan kelajuan yang sederhana sebab ai ada kat lane tengah, if lane paling kanan itu baru sangat laju...hehhe....tetiba keta ai tak function. Ai tekan pedal minyak tapi keta tak gerak laju. Stereng pun dah tak bleh nak pusing. Dah naik warning batteri ngan air tu....cemana ni!!!! try masukkan gear satu n tekan pedal minyak.....tokleh jugak..terus bagi emergency light dan dengan pergerakan yang ada (momentum dari kelajuan yang sederhana tadi) terus ke sebelah kiri sedikit demi sedikit. Betul2 cecah lorong emergency terus ja keta benti. Alhamdulillah.


K tarik napas, kuar napas.....kita cuba start keta lagi sekali. Yes buleh......tup...mati plak...try sekali lagi hidupkan enjin....gagal.... Dalam hati, bateri keta ka? Baru tukaq tak sampai setahun pun lagi. Takper. Kol Paklong (rakan setugas di tempat keje) sebab ai nampak dia kat opis tadi dan Paklong kata dia tunggu nak punch card kol 6. So mesti Paklong ada kat belakang dan dia akan guna jalan yang sama. dah kol n bagitau keta rosak, baru nak letak fon....tengok dalam cermin belakang, ada moto datang dengan lajunya...tummmmmmm..................kaca bersepah. Gigil kaki guee............. Nak kuar keta ke tanak...nak kuar ke tanak.....kaki gue tengah gigil ni. Lepas selawat, dan baca doa Nabi Noh, n tarik napas beberapa kali, ai kuar. Tengok orang yang langgar keta ai, terbaring dan darah kuar dari hidung dengan banyaknya. Ai terus ke tepi jalan. Nan kol (nan ni pun rakan sekerja gak)...dia kata dia dah kol towing car. So just tunggu jangan ambil mana2 towing car. Ok.


Den En. Abu benti keta. Encik Abu ni dok sekampung dengan ai dan rakan sekerja jugak. Paklong tak muncul lagi. Rupanya Paklong yang kol Nan dan En. Abu sebab dia dengar bunyi dentuman sebelum letak telefon. Masa dok tunggu ambulans mai, ramai sangat mat2 motor dan orang benti keta nak tengok apa yang jadi. Ada yang mai marah ai kata ai brek mengejut dan benti tak masuk lorong kecemasan sepenuhnya. Ai senyum dalam berbara. Seb baik ada pakcik yang follow belakang motor yang langgar tu. Pakcik tu kata:
"Kak ni tak salah"
"Budak ni bawak motor tak pandang depan"
"Dia tengok sebelah kiri dan bawa sangat laju"
"Keta kakak ni dah pasang emergency light dan nampak dari 50 meter lagi"


Seb bek ada orang tolong xplen. Ai ceta dua kali jer, den ai soh adik runner tu citer. Malas nak panjang lebar. Ramai je baik nak 'tolong'. Tolong buat report, tolong nak hantaq rumah, tolong nak towing keta, tolong nak bereskan apa yang jadi dan tolong keta masuk bengkel. Mujur kawan2 (Paklong, En, Abu dan Nan) cepat bertindak so takder panik sangat. Walaupun kecut perut ai berlakon kool sampai ada yang kata "kak ni kool betul". Kalau pompuan lain gelabah giler......Kak nak terkencing terberak sebenarnya dik tapi kak pura2 rileks....anugerah oscar punya aku berlakon. Uols tengok dulu gambaq kat bawah.


Cermin keta pecah kena helmet dia.




Bumper kete ai...................waaaa.......

Keadaan moto budak tu.






Ulasan kejadian:

1) If keta uols rosak tengah jalan, if berdaya drive ke lorong kecemasan (bahu jalan di sebelah kiri)

2) Keluar dari kereta dengan segera. Jangan lupa ambil barang berharga dan kunci kereta

3) Letakkan tanda kecemasan (kon segi3) 50 meter dari keta yang rosak.

4) If takdak kon segi3 letakkan apa2 tanda untuk memberi isyarat kepada pemandu lain yang uols ada masalah..Ai rasa bunyikan hon pun ok.....untuk memberikan isyarat yang keta uols tersadai kat situ.

5) Hubungi kawan or sesapa yang paling terdekat yang boleh memberikan bantuan segera.

6) Jangan berjanji or memberikan persetujuan nak ambil khidmat towing car dari sesapa. Pastikan ada orang bersama den baru wat keputusan. If tak uols mmg nak kena ketuk....akan banyak orang yang datang yang nak cuba 'tolong'. Ikut rezeki masing2.

7) Clearkan semua barang, tak kira berharga atau tak dari keta anda sebelum di towing. Takut ada dokumen or apa2 yang hilang if letak dalam keta sebab bengkel ketuk tu, akan clearkan semua barang dalam keta anda.



Setakat tu dulu ulasan dari ai...ada apa2 ai tambah kemudian.



Ai berdoa semoga Allah menyembuhkan dan memberikan peluang kepada pemuda tersebut dengan kehidupan yang lebih baik selepas dia sihat. Semoga Allah merahmati dan memberkatidengan kasih sayang dariNYA. Amin



Untuk Encik Abu dan Paklong, hanya Allah yang dapat balas budi baik kalian. Depa la yang temankan p report kat balai polis, p bengkel, p opis bengkel, tepon orang tu, orang ni untuk dapatkan info cemana nak buat. Alhamdulillah masih ada jalan keluar ketika kesusahan. En. Abu hantaq balik rumah kol 11.30 malam. Terima kasih yang tak terhingga dari ai untuk depa. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan kebaikan di masa yang akan datang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails