MY EMAIL ADDRESS

Wednesday, February 10, 2010

Adakah Ini Yang Dinamakan Cinta?




Lepas balik dari Langkawi 2 minggu lepas, ai rasa ai macam dah angau. Betulkah sudah mabuk angau nih!!!!


Dulu hanya temankan orang ja, sekarang betul2 experience sendiri. Manyak susah mau lupa maaa....


Haiiyyya munyi macam saspen ooooo...pehal lak ai tetiba slang cam apek jual sayur nih....Betul ni, ai dah jatuh cinta ngan satu aktiviti rekreasi....MENCANDAT SOTONG. Kitorang p mencandat sotong di Port Harbour di Langkawi. Kalau uols nak p, boleh jer redah ke Port Harbour tu, ada no contact tertulis di white board kat situ. Boleh contact dan deal cemana korang nak. Port Harbour ni tempat Dato' Azhar Mansor portkan dia punya perahu layar mengelilingi dunia tu.





Nilah alatan nak mencandat sotong. Mata kail dia bulat, keliling, so kalau sotong datang untuk makan umpan dia akan terlekat kat mata kail nih. Benda alah ni pun di sponsor oleh tuan punya bot.



On the way nak mencari port untuk mencandat sotong. Kesemua peserta dibahagikan kepada 4 bot yang berasingan. Kalau ramai2 dalam satu bot takut nanti ada yang menangis tak dapat hasil mencandat sotong. Bot yang ai naik jadi runner, tengok cukup tak peralatan, p hantaq makanan dan p tengok kot2 ada peserta yang mabuk laut kat bot2 yang lain. Ruhil, Nani (ibu mengandung), Abang Shah, Paklong, En. Majid dan ai satu bot. Dan tokei bot, Kak Ani tu ada sekali dalam bot kami. Encik Nawi, kenalan Nani dalam Pengakap Malaysia pun satu bot ngan kitorang. Encik Nawi ni sangat2 baik, rajin melayan kerenah kami bertiga. Nanti ai story mory sal En Nawi, la ni kita citer sal candat sotong dulu...

Sempat layan sunset....sangat cantik dan indah ciptaan Allah Yang Maha Esa....pastu semua sibuk nak bergambar dengan sunset tu, tapi nak sunset jer cantik, muka orang yang nak bergambar tu nampak gelap jer....redha jelah yer Nani dan Ruhil.

Bila dah malam, mesti la gelap kan...sotong suka dengan cahaya. Dekat tempat yang banyak cahaya, dia akan bermain2 kat situ. Bila dah gelap, lampu2 akan dinyalakan di sebelah kiri dan kanan bot. So kedudukan satu bot dengan bot memang perlu berjarak, kalau tak tempat main sotong tu tak banyak pilihan. Biar kita jarakkan bot dan pasang lampu, maka sotong akan angkat geng main kat tempat yang bercahaya tu. Ada dua lampu dalam gambar kat bawah, bila kita nak mencandat sotong, kita gunakan lampu yang putih tu sebab lampu tu terang. Bila dah tak larat nak mencandat, kita nak menjala sotong pulak, kita padamkan lampu putih dan pasangkan lampu merah plak. Bila pasang lampu merah tu, kita akan nampak jelas sekumpulan sotong berenang di permukaan air dan apa lagi, terus jala.....bukan setakat 10 ekor, berpuluh2 ekor sekali jala... tak tipu nih.... Bila kita pasang lampu merah tu, sotong akan nampak bercahaya fluoresen...(betul tak ai eja nih....belasah jerrrr....)

Macam ni la rupanya bot yang nak mencandat sotong tu. Malam tu memang nampak macam pasar malam kat tempat ai mencandat sotong tu.....penuh dengan bot2 yang pasang lampu bertebaran di Port Harbour tu. Kalau ai ada kamera DLSR Nikon tuh...mesti bleh ambil gambar dengan terbaek dan kebabom tapi kamera ai hanya kamera digital yang melukut di tepi gantang..... :((

Ni lah orang pertama dapat sotong dalam bot ai sebelum kami berpisah naik bot runner, Fiza budak yang aktif dalam team Sofbol.

Di sekitar mencandat sotong.

Percaya tak kalau ai cakap, tak semua orang akan berjaya bila mencandat sotong atau memancing ikan. Sebenarnya memang ada orang yang sangat luck bila memancing tapi ada yang akan balik ngan tangan kosong. Tak percaya boleh try, pasti orang yang sama akan dapat ikan di kala orang lain dok termenung tengok mata kail dia tak bergerak2 di sambar apa pun kecuali ikan belukang...hehehe...Ai pun sepanjang dari pukul 6.00 petang sampai pukul 11.00 malam hanya berjaya dapat 2 ekoq ja. Memang dah bagitau kat tokei bot tu, selagi ai tak dapat sotong, jangan balik lagi.....seb baik dapat tapi ada gak yang tak dapat....

Yang kat bawah ni juara menyauk sotong katak.....bila candat tak dapat2.....abes sauk jelah. Dan memang ini yang dinamakan rezeki setiap kali sauk, dapat sotong katak...Redha jelah ye Abang Shah....

Gambar ngan sotong yang empat ekoq tu, eksen ja....ampun Abang Shah....hehehehe...masa tengah candat tu, sempat masak sotong atas bot. Sotong tu tak disiang pun, just basuh ja dan terus rebus dalam air. Tak payah letak apa2 perisa, manis wa cakap luuuuuu......memang kebabom terbaek punya rasa sotong yang fresh. Sedap, manis, lembut dan seribu satu rasa yang bestttt...yummy.....

Ni la hasil tangkapan yang dibawa balik untuk dibahagi kepada semua pencandat sotong.....

Masa tengah mencandat sotong tu, ai teringatkan zaman camping kat U dulu., masa tu kami bercamping di Pulau Besar, Mersing. Itulah 1st time ai tengok cemana mencandat sotong...masa tu ai cuma temankan orang mencandat sotong jer....memori akan tetap kekal sebagai memori.....dan tetiba ai teringatkan seseorang yang pernah hadir dan bermukim di hati....Terima kasih kerana pernah hadir dan pergimu tak pernah kusedari cuma pemergianmu perlu dilepaskan supaya aku dapat terus bernafas di muka bumi ini....

Tuesday, February 09, 2010

Antara Kau dan Aku


Semalam ada hal berlaku menyebabkan ai terfikir panjang. Sampai balik pun termimpi-mimpi. Ada students pernah kata ai ni jahat, garang, strict dan ada juga yang students yang dapat melihat the other side of me.



Walaupun ai selalu bersyukur dengan apa yang ai ada sekarang tapi manusia yang ada sifat tamak ni tak pernah puas. Walaupun ai dah ada kereta, pernah jugak terpikir nak tukar kereta kepada yang lebih best, lebih jenama.....dan kereta yang menjadi idaman sejak dulu.....

Masa ai mengeluh bila nak dapat kereta idaman ni, ada insan yang sedang pening memikirkan macamana nak bayar yuran sekolah adik dan nak membayar tuisyen untuk adik yang bakal ambil SPM tahun ni.

Di ketika ai sedang berkira2 nak beli perfume bagi menggantikan perfume Isse Miyaki yang dah habis, ada insan tengah berkira-kira sempat tak dia habiskan diplomanya kerana kedudukan kewangan keluarga yang makin meruncing.

Di kala ai sedang merungut makanan tengah hari yang tak sedap disebabkan tak kena dengan selera tekak ai, ada yang hanya makan nasi penuh pinggan berlaukkan telur mata kerbau denagn kuah sambal tumis sahaja.

Di kala ai sedang mengeluarkan duit untuk menambahkan set skincare, ada yang sedang menangis dalam hati sebab tak mampu tolong mak dia untuk membiayai kos perawatan ayah yang sedang sakit.

Di kala ai tengah frust sebab tak dapat scholarship untuk sambung Phd, ada yang terpaksa memendam cita2 untuk sambung degree dan berkorban untuk keluarga terutama mak yang sangat memerlukan. Di kala ai tengah mengkritik kenapa bonus dari setahun ke setahun makin kurang, ada yang hanya terpaksa berpuas hati dengan gaji RM600.00 sebulan dan ada 5 orang anak yang perlu untuk ditanggung.

Apakah ini tanda2 ai tidak bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah bagi kepada ai????

"Ya Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, jadikanlah hambamu ini seorang yang bersyukur dengan setiap rezeki dan nikmat pemberianmu Ya Allah, serta berkati dan rahmatilah setiap nikmatmu itu. Dan Ya Allah, Ya Razzaq, kau bantulah pelajarku yang dalam kesusahan itu, bantulah dia dan ibunya keluar dari kesempitan hidup ini. Kau lapang dan murahkanlah rezeki mereka sekeluarga Ya Allah. Kau rahmati dan berkatilah dia Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amin ya rabbalalamin."

Wednesday, February 03, 2010

Sebab Dia Kan Adik...

Uols ada adik????? Ai ada! Walaupun sorang tapi macam 10 orang peelnya. Best atau tidak jika anda mempunyai adik???? Mari kita cuba kupaskan isu ini... ala2 nak buat tesis la plak.....


Zaman Kecik2

Alkisahnya, adik ai melihat dunia masa umur ai 9 tahun, darjah 3. So disebabkan jarak usia yang sangat jauh dan konon2nya ai dah sangat matured serta boleh diharap, secara tak langsungnya ai dapat title 'baby sitter'. Kena mengasuh dia kalau mak ai sibuk wat kerja. Nak p main petang2 pun kena bawak dia. Kalau tak jangan harap boleh keluar rumah, suka2 ati nak p main. Masa dia takbleh jalan, letak dia dalam stroller dan bawa pusing satu kampung. Kalau ai nak main, ai letak ja kat umah mak sdara ai, pastu p main. Seb baik depan umah mak sedara ai tu lapang, so kat situ la padang permainan kami. Jadi ai pun telah 'sub' kan keje jaga adik ai kat mak sedara ai....hehehehe......adik ai mana boleh protes, ai tinggalkan dia daalam stroller dan ai p main sebab 'dia kan adik' lagi pulak tatau cakap lagi!


Bila adik ai dah besaq sket, dah bleh jalan lagi la dia mengekor ke mana ai nak p. Paling leceh masa main 'aci sembunyi', tengah kita sembunyi kat port yang bagus punya, dia bleh panggil....kakcik...kakcik...habes semua orang tau ai sembunyi kat mana. Tapi mana bleh marah sebab dia kan adik lagi pulak kecik lagi tak paham apa2 pun!.


Tapi yang bestnya kalo balik lambat dari main petang2, ai bleh gunakan alasan adik. Tadi kan abah, adik tertidoq kat rumah Maklang. Lambat ni sebab tunggu adik jaga la. Pakdaq, orangnya sgt strict, before maghrib dah wajib ada kat rumah dan siap mandi. Sebab malam nanti kena p mengaji agama. Kalo balik lewat kena sebat ngan pelepah nyioq (kelapa)....so sangat la bernasib baik bila bawa adik dan adik perlu bersubahat dengan kakak untuk semua penipuan. Dia tak boleh mengadu kat abah sebab dia kan adik. Adik kena dgr cakap kakak.



Zaman Remaja

Bila adik meningkat remaja, dan buat hal kat sekolah menengah, ai perlu untuk menyiasat. Masa tu terus jadi CSI. Ikut senyap2 masa dia balik sekolah sbb naktau apa kegiatan dia selepas keluar dari pintu pagar sekolah. P jumpa ngan cikgu sekolah untuk tgk prestasi pelajaran sekolah dia. Dan kalau ada apa yang tak kena balik report kat abah. Semua itu perlu sebab dia kan adik, takkan seorang kakak nak tengok adik dia terjerumus ke jalan yang salah.


Bila adik apply untk sekolah berasrama, ai lah yang bersusah payah belek borang permohonan, isi apa yang patut. Dan bagitau apa yang patut dibuat dan dibeli sebelum masuk ke sekolah asrama. Sama jugak bila nak sambung diploma. Bila dah habes diploma, bising nak kerja dan nak bertunang. Chewwahhhhh ...engkau dah habis pikir ke dik...dah puas enjoy zaman muda???? Masa ni si adik sangat ketegaq dan tekad pendirian taknak sambung degree dah!!! Atas perbincangan Pakdaq dan ai, maka satu hukuman kepada si adik, PERLU SAMBUNG DEGREE JUGAK......titik....takder alasan lain. So terpaksa la mohon ke universiti. Bila nak p mendaftar ke universiti, ai jugak yang hantar sampai ke asrama. Kalau suruh p sendiri, ada pulak kang yang menangis melolong, kena bawak beg, baldi, bantal dan semua barang keperluan sendiri. Manalah adik yang bongsu pernah rasa susah. Takpalah...dia kan adik....


Atas keprihatinan kakak (ai la tuhhhhh... hahaha), maka adik dah berjaya sambung belajar ke peringkat diploma dan degree. Masa tu adik asek2 tak ada duit, so kakak yang tak berapa baik hati kena hulur jugak. Mengingatkan adik yang nak belajar, berkorbanlah sedikit....sebab dia kan adik.



Zaman Dah Habes Blajaq dan Menganggur

Sekarang adik dah habes belajar, dan tengah menyandang gelaran penganggur terhormat. So, asek2 takder duit jugak. Nak pergi berlibur walaupun takder duit, tabung terdekat ai la yang jadi mangsa. Ko ingat, aku ni bank engkau, bila takder duit, jolok kad dan keluar amaun yang diminta. Sapa kata tanak bagi....tapi hidup ni kan penuh syarat.

Adik: Kakcik, nak RM50.00

Kakcik: Boleh, tapi tolong basuh kereta, lepas tu bawa comforter pergi dobi. ***selalgi keje tak siap jangan harap la ko nak dapat duit.

Sekarang pagi2 sebelum pergi kerja, ai akan basuh baju. Bukan susah pun, tekan jer butang2nya dan siap. I liiiikkkkeeee....ala tak sempat la nak sidai, takper adik kan takder keje. So "adik, nanti hang sidai semua baju dalam mesin tu tau!!!". Adik mana boleh langgar arahan kakak....sebab dia kan adik.


Bila Pakdaq suruh ai belikan ubat dan pos kepada anak dia di KL. Alamak, cemana nih??? Aikan la ni takbleh nak kluar suka ati masa opis hour, so sapakah yang boleh diharap???? Hehe...maka adik la kena tolong kakak...sapa lagi lah yang kakak ada kan..kan..kan....


Bila ai tetiba sakit, dan tekak sangat teringin nak makan kuew teow goreng.......nak angkat jari pun tak larat, takkan mampu nak drive p beli sendiri kan...nak masak lak, kuew teow pun takder kat rumah. So adik kan ada....hahhahahahaha.......


Ko kena ingat dik, hidup ni ibarat roda. Kalo dulu ada orang selalu tolong kita sekarang ni kita kena tolong orang tu balik...kan orang tua pernah pesan.....buat baik dibalas baik. Dik, ingat lagi tak, dulu hang kata, lepas hang dapat keje hang nak bagi sebulan RM200 kat aku, takper dik, kalau hang tak cukup duit RM150.00 pun aku terima dah!!!!!!

Monday, February 01, 2010

Orang Tua2 Selalu Pesan....

Korang ada tak pesanan yang spesel dari mereka yang lebih tua....atau tok nenek korang???


Dulu tok ai selalu pesan:

1) Jangan dok atas bantal. Nanti tumbuh bisul. Nak jadikan cerita lepas duduk tu, ai mmg jadi bisul kat bontot maka ai percaya separuh mati. Kalau bagi RM50 soh duduk atas bantal tu pun belum tentu ai nak. Seksa weh jadi bisul kat bontot, nak main aci ligan (kejar-kejar), main toi (galah panjang), nak makan udang, ketam, sotong, ayam dan paling utama nak duduk n nak tido pun tak bleh. Seksa2nya hanya Tuhan yang tahu!!!!


2) Jangan nyanyi kat dapur, nanti dapat laki (hasben) tua! Disebabkan pantang larang nilah ai tak pandai nak nyanyi bila berkaraoke. Bila tengok wan, dba nyanyi sangat best, ai mula rasa jgn la soh aku nyanyi. Sumbang seh kang nanti jadinya. Silap2 pakcik driver tu turun bas tak tahan dengar suara ai bila nyanyi! Sila salahkan tok ai ok bila ai tak pandai nyanyi. Tapi kan sebab dia ai pandai mengaji Quran...:-)


3) Jangan baling kain kat tanah, nanti kalau kain tu jatuh ke tanah, ada harimau akan masuk kampung. Masa tu terbayang harimau masuk kampung dan mesti la dia cari orang yang jatuhkan kain tu kan atau cari budak yang paling montel. Takkan dia nak kat kakak ai yang kurus kering tuh. Bangah pun masa kecik2 kuruih ja. Ai ja yang agak berisi sket. Ngeri tol! Tapi kalau terjatuh "rimau datang jugak ke tok?". "Kalau tak sengaja takpa"....oooo takpa la plak!!!


4) Jangan bersiul malam2 kang ular masuk rumah. Alamak...nanti kalau sebelum tidoq bersiul, esok bangun ada ular tidoq sebelah ai ka???? Tapi ada filem tunjuk, kalau dia baik hati ada ulaq belit diri dia dari kaki sehingga ke rambut, besok bangun satu badan dia bersalut barang2 kemas...emas berlian penuh kat badan...best jugak!!!


5) Kalau tengah melepas dalam toilet jangan bersembang. Nanti ketumbit mata. Makngah ai plak pesan kalau nak masuk toilet letak apa2 daun kat telinga supaya lepas melepaskan segala toksin dan toksid dalam usus perut tu, supaya segala bau2an dia tak akan terlekat kat badan kita. Tapi bila daun pokok bunga raya Makngah ai asek kena ketu (petik) bila ai nak p toilet, ai plak yang kena marah. Macam mana nih!!!!



Banyak lagi yang dipesan tapi otak tak dapat nak retrieve data tu sekarang. Bila dah tua barulah paham sal apa kuar semua petua dan pesanan tu! Jawapan sebenar untuk semua pantang larang di atas:-

1) Takut bantal pecah, seksa la depa nak buat bantal lagi. Dah la nak cari kekabu kena tunggu musim dia, pastu nak jemur, nak jahit sarung bantal, nak isi kekabu.......banyak sangat kejenya!


2) Dulu masak pakai kayu api, kalau dah sibuk dok nyanyi dan perasan kayu api tu as mikrofon, kang tertojoh mulut ngan kayu api tu tak ke jatuh saham anak dara dia. Jadi anak dara 'mulut lopong telan kayu api!'. Lagi satu kan ke kayu api banyak selumbar, kalau tangan anak dara dia terkena selumbar, mesti la dah tak bleh nak tolong dia di dapur lagi. What a waste!!! Takut nasi hangit pun bleh jadi gak. Anak dara kalau dah ralit nyanyi lupa apa yang kat dapoq tu! Tok, kalau saya tau orang tua sekarang banyak yang kaya raya, tiap2 kali saya masuk dapoq mesti saya menyanyi tak hengat dunia...~lalalalalalala~...........


3) Dulu nak basuh baju pakai tangan ja. Kalau tak larat bleh kot guna kaki. Tapi jarang sangat ai tengok tok dan mak ai basuh baju guna kaki. Kalau dah dok lambung kain tengah laman dengan sengaja, dan laman plak penuh taik ayam, taik itik, taik angsa...tak ker menyusahkan kena basuh balik!!!!


4) Yang ni tatau sal apa tak bleh. Cuma pernah dengaq ada orang kata, kalau kita bersiul maka kita memarakkan lagi api neraka. Tatau la hadis sahih atau tidak. Kalau kurang sopan memang lojik. Bayangkan anak dara dok melepak kat tepi jalan, pastu bersiul....pheewwwwiiiittttt...bang mai la singgah dulu...kita main gitar nyanyi satu dua lagi!!!.


5) Kalau engko tengah melepas, usah la dok buat perangai nak bersembang ke apa ka? Masa tu kan tengah dok buang toksin dan toksid segala, dengan bau yang sangat2 'wangi'. Takkan ada hati nak sedut udara tu balik masuk dalam badan!!! Pikir sendiri ye kalau suka bersembang kat tepon masa tgh wat 'projek melepas' dalam toilet. Pasal letak daun tu, mmg tak dapat penyelesaian.


p/s: Agak2 kalau dipesan kepada budak sekarang, apa yang depa nak jawab? Mungkin tak "saya dah lama duduk atas bantal tak jadi bisul pun. Makcik ni suka betul tipu orang"....dush..dush...dush....

Sunday, January 31, 2010

Kalau Dah Salah Memang Kena Mengaku Salah

Mari semua, ai ingin bercerita.......


Ada seorang budak (rasanya dah tak layak nak panggil budak, tapi dia selalu prasan macam awet muda so kita layankan jelah)....


Di suatu hari ketika dingin subuh masih lagi menyelimuti tubuh, terasa kesejukan hingga ke tulang sumsum yang hitam (bukan hati jer hitam, tulang sumsum pun hitam...sah busuk hati...wakaka..) Ketika budak tersebut sedang bersiap untuk menunaikan kewajipan sebagai pekerja yang hanya makan gaji, dia terperasan bahawa dia dah terlambat. Jam dalam kereta telah menunjukkan dia sudah lambat 10 minit dari waktu sepatutnya dia bertolak pergi ke kerja setiap hari. Dari rumahnya nak ke tempat kerja perlu melalui 5 buah sekolah. Inilah yang paling merisaukan kerana apabila lewat bertolak dari rumah, pasti tersangkut dalam jammed yang agak menggila di depan sekolah. Dia pernah tersangkut dengan jammed selama 10 minit depan sekolah akibat keluar 5 minit lewat dari kebiasaan. Dan mengakibatkan dia telah lewat untuk punch card! Oh no!!!! Ni bukan lagi 5 minit tapi dah seploh menet!!!!!!!


Sambil memandu kereta, dia terkumat kamit membaca doa agar dipermudahkan semua jalan. Kalau boleh nak berdoa agar takder orang keluar pergi kerja agar dia sahaja yang boleh guna jalan pagi tu. Akibat memecut tanpa batasan di jalan kampung dia sendiri, dia hampir terlanggar kon yang diletakkan di depan sekolah. "Ait selalu takder kon, bila lak ada kon nih!", bisiknya di dalam hati. Diperhatikan JAGA yang dok di antara dua kon, terlampau pucat macam mayat, rasanya kalau ditoreh muka JAGA tu nescaya tiada setitik darah pun akan keluar.


Disebabkan dia memang bersalah, lalu dia pun menurunkan cermin kereta lalu mengangkat tangan kepada JAGA tersebut dan berkata, "Bang, sorry yer, saya betul2 tak perasan ada kon tadi". Percayalah wahai semua, dia memang tak perasan, walaupun dia memandu dalam keadaan sedar dan bukannya mabuk sebab dia bukan kaki tonggang pun! Cumanya dia memandu sambil mencari kunci pejabat kerana dia pemegang kunci bagi sesi pertama bekerja di pejabatnya. Ceh macam sangat menjobokan diri, jadi pemegang kunci pun perlu dihebohkan ke seluruh dunia. Berbalik kepada abang JAGA yang pucat macam mayat tadi, selepas budak itu meminta maaf maka abang JAGA dengan lantangnya membalas "Hoi, BUTA KA?????!!!!". "Ya abang JAGA saya rela dimarahi kerana itu salah saya", desis budak tersebut dalam hati. Lagipun kalaulah budak itu tidak menekan pedal 'break' secara mengejut dengan pantas dan kuat, maka abang JAGA tu sudah pasti bersimen di hospital dan budak itu mungkin tengah terkumat kamit sedang menyambung membaca doa di dalam lokap akibat memandu secara berbahaya.



Abang JAGA, kalo kena kawad cam, tolong kenalpasti bukan muka budak ini yang nak langgar abang JAGA tau. Mungkin kembar dia kot....tetiba ada adik kembar....kuangkuangkuang



Seb baik dan punch card....7.29 am. Ada seminit lagi sebelom merah! Alhamdulillah.


Jom tido. Besok nak bangun awal, sebab nak bungkus nasi lemak!!! Mau beli????

Saturday, January 30, 2010

Dah! Stop!!!!

Wahai blog ku........... ini lah nasibku............



Kay, result PTK untuk tahun lepas dah kuar. PTK ni maksudnya Peperiksaan Tahap Kecekapan. Kalo sapa keje gomen mesti tau menda alah ni....menyesakkan palotak tol!!!! lol!!!


Syarat untuk untuk menduduki semula PTK adalah dengan mendapat keputusan C atau II dan ke bawah. Kalau dah dapat B atau III maksudnya dah takbleh ambil semula. Redha jelah. Setakat ni ja rezeki ai....tsk...tsk...tsk...

Tuesday, January 26, 2010

Ai Tak Mampu Nak Buat Sorang

Hai uols....


Assalamualaikum,


Hidup ni mesti tak meriah kalau kita hidup sorang2. Buat apa pun, semua sorang2. Tak cukup kaki tangan nak kejar kalau semua benda nak kena buat sendiri. Sebab tu la Allah syorkan kita hidup bermasyarakat. Orang tua2 pun pesan, 'jangan jadi kera sumbang'.


K sebelum merapek panjang, ai nak ucapkan TQ bebanyak kat kawan seperjuangan, sejawatan yang ambil alih tugas2 ai mengajar selama 3 bulan hari tu. Dari end of July, ai p attachment sampai Oct 2009. So tak masuk keje la selama tu. Dan tugas2 ngaja, member2 ai dah ambil alih. Dari A to Z diorang wat. Ngajar, marking assignment, kuiz n ujian. Disebabkan rasa terharu dan tergaru maka ai pun berniat nak banjer semua yang terlibat dalam pembikinan filem ini.....oppppsss, yang terlibat membantu 'assist' ai punya kelas. Thanx from deep of my heart to Su, Isratun, Dba, Mas (takder dalam gambar) dan yang banyak membantu di belakang tabir, Paksu, Paklong dan Oya).


Tapi ai ni jenis yang suka bertangguh. Jadinya walaupun dah habes attachment bulan Oct 2009, Januari 2010 baru tertunai hajat. Bila la nak ubah tebiat buat keje bertangguh ni. Ok, jadikan dia sebagai salah satu azam tahun baru....dengan ini saya berjanji untuk buat kerja semi bertangguh sahaja. Sebab orang tua2 kata kita kena berubah perlahan2, tak bleh drastik so tahun ni semi bertangguh, tahun depan baru tak bertangguh langsung.....~lalalalalalalala~.....



Jom order....bleh amik course by course atau ambil main course jer.


Sementera nak tunggu makanan sampai, mari kita berposing dulu. Senyum tau walaupun perut dah nyanyi lagu keroncong untuk ana......kalau tak senyum nanti orang kata kita garang + jahat!!!!



Menu course by course:
Starter : Salad
Main menu: Chicken deep fry (apa ntah nama penuh dia..dah tak ingat)
Desert: Eskrem
Drink: Sedap tau, hat ni pun tak ingat nama (chocolate + cappuccino ice kot)


Bila makanan dah sampai, semua orang terus diam dan layan makanan jer. Masa ni sapa cakap pun, tak dapat respon...huhu...


Dah habes makan, dah boleh senyum manis. Muka orang jahat pun dah tak kelihatan, kan Su kan........Su, aku ingat sampai mati soalan untuk lecturer jahat tu!!!!!


Sebenarnya bantuan dan pertolongan depa semua takdak nilai untuk dibalas. Tak terbalas dengan makan tengahari jer. Ai doakan semua sahabat2 di sekeliling ai semuanya dalam keadaan dirahmati dan diberkati oleh Yang Maha Esa. Setiap malam ai berjanji untuk menjadi seorang yang lebih ikhlas tapi percayalah ikhlas tu sangat jauh untuk dicapai dan sangat sukar untuk dilaksanakan. Tanpa tekad yang sangat padu, impian mungkin berciciran di tengah jalan.



p/s: Lebih baik diam dari berkata2. Apa yang keluar dari mulut kita, mungkin tak sama dengan yang didengari di telinga orang lain. Rambut dah tak sama hitam maka hati pun lain2.