Ads @ ACHIQUE


Thursday, June 13, 2013

Doa Ibu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sekiranya kita masih mempunyai mak @ ibu @ mama @ ummi @ ma atau macam2 panggilan lagi yang ada untuk mak di dunia ini.  Kalau mereka dah pergi menemui Maha Pencipta sedekahkan Al-Fatihah dan banyakkanlah berdoa untuk Allahyarhamah kerana apabila kita meninggal dunia hanya 3 perkara yang akan menolong kita:
1)  Doa anak yang soleh
2)  Harta yang disedekahkan
3)  Ilmu yang bermanfaat

Untuk yang masih hidup juga, kita boleh bersedekah Al-Fatihah setiap kali selepas solat fardhu dan doakan kesihatan dan keselamatannya.

Korang percaya doa ibu itu makbul?  Aku sangat percaya.  Sebab setiap pagi, sebelum aku p kerja masa aku salam dengan Makyah, aku mesti minta dia doakan aku selamat sampai ke tempat kerja.  Setiap kali kalau aku mintak dia doa (dia akan cakap "Ya Allah, selamatkanlah anak aku dalam perjalanannya ke tempat kerja".  Dan ada beberapa kali aku benar2 hampir accident tapi selalunya selamat.  Isnin lepas, seawal pagi cuacanya adalah hujan ja.  So pagi tu aku keluar rumah dalam 6.50 pagi, cuaca mmg gelap.  Bila tiba di satu persimpangan (simpang tiga), penglihatan mmg agak kabur, nak pasti ada kereta atau kenderaan mmg tengok lampu kenderaan tu jer. So aku rasa dah clear, aku pun keluar simpang, tiba2 datang kancil yang tak pasang lampu kereta dan sangat hampir dengan kenderaan aku tapi Allah selamatkan aku, kereta tu sempat brek.  Dah 2, 3 kali berlaku tapi Alhamdulillah selamat dan aku yakin itu berkat doa Mak.

Lagi satu kalau aku dah lewat nak p kerja sebab aku tak boleh keluar rumah lewat dari jam 6.52 pagi. Kalau lewat mmg aku akan sampai lewat, traffic dia giler jammed dengan budak sekolah, mak ayah menghantar budak sekolah, bas, kereta etc.  Kadang2 kalau aku lewat, aku soh Makyah doakan perjalanan aku lancar.  Mmg Alhamdulillah lancar jer.  Traffic hijau ja, RELA tak tahan untuk pelajar sekolah melintas dan kalaupun kereta banyak tapi perjalanan dia lancar. Takder nak sangkut jammed segala.

Masa kecik2 dulu aku rajin lawan cakap. Makyah kata jangan p, aku tetap akan p sebab Makyah tak garang so aku tak berapa takut kat Makyah. Jadi lawan cakap adalah kemestian.  Sekali tu, aku nak p jogging dengan kawan2. Makyah tak bagi, aku p jugak. Last sekali aku balik dalam keadaan kaki terhencot. Kaki aku terseliuh.  Haa padan muka aku.

Mak mmg tiada ganti.  Kita hidup senang, aman, murah rezeki mungkin doa mak atau doa orang yang sayangkan kita di sekeliling kita.

2 mak yang disayangi oleh anak2, Makyah (kanan) dan Makjah (kiri)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails