Ads @ ACHIQUE

Tuesday, September 29, 2009

RAYA DATANG LAGI

Setelah penat berayau di alam maya, dari 1 blog ke blog yang len....semuanya hapdet sal raya. Ai pun tamau ketinggalan...macam lawan perabot masa nak raya ngan umah jiran lak...hehehe

Raya pertama kali ni kami tinggal 4 beranak ja. Abah, mak, ai n khasim. Yang len beraya umah mentua memasing.

jenuh nak paksa PakDaq bergambar ni....dah la tahun ni dapat plak baju sama tema kaler

Khasim yang banyak dosa ngan mak n abah..tu yang cium tangan lama sangat :))

khasim yg tgh bajet ensem di samping makyah yg selalu kool macam aiskrim mat kool

ai n makyah yang sememangnya jelita (jgn muntah ya)


Waktu pagi2 tu jelah yang bleh bergambar. Start kol 11 am sampai ke malam, ai menjadi bibik. Bancuh air, hidang ketupat, tambah kuih yang dah abes dalam balang, basuh pingan & cawan, tukang bagi duit raya kat budak2 yang mai beraya. Walaupun berpeluh ketiak tapi ai ttp kontrol jelita lagi ayu. kehekehekehe...

Cuma gambar ni jer yang smpt disnap....yg len sibuk layan tetamu, n menjalankan tugas rasmi as bibik.

Hafiz, anak kazen ai. Baru pandai jalan2 jatuh...sangat comel tapi tanak kat duit raya...bagus hafiz, jimat duit makcik

bukan senang nak amik gambar budak pemalu ni, aiman. dia pakai baju sekaler ngan makcik...masa ni da petang so minyak kat muka makcik dah ble wat goreng ikan.


BUAH KERANJI DALAM PERAHU


SORONG PAPAN TARIK PAPAN
BUAH KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN, AKU MAKAN (REZEKI MANA BOLEH TOLAK!!!)
SURUH MENGAJI, AKU TAK TAHU

Apa kaitan Buah Keranji ngan N3 ai kali ni....
Sapa xpenah tgk buah keranji???
Ngaku cepat, tipu berdosa....

A thousand thanx 2 Faizah, dia bagi ai buah keranji. Seingat2 ai, last ai makan buah ni masa zaman kanak2 belum baligh lagi. Buah ni ada kat kampung tok sebelah mak. Kalo p kampung tok (yang sedepa jer dari rumah ai), n kebetulan pokok keranji tu berbuah, ai + kazen + bdk2 kampung tu msti berkerumun kat pokok tu. Keje ai dok kat bawah pokok jelah...tunggu buah yang jatuh bila depa semua goyangkan pokok keranji. Pastu boh dalam baju, dah penuh lari balik umah tok.......biar ai sorang jer menketedarah buah tu...yg nek pokok tu nasib dia la kan...kehkehkeh.....

Buah keranji yang dah tinggal separuh. Separuh lagi ai simpan dalam perut ai..takut cepat basi...

Kulit dia macam baldu gitu...Coklat perang2....

ropa paras isi buah keranji...rasa masam2 manis. Sedap bagi tekak ai yg kampung ni


p/s: Kenangan adalah sesuatu yang amat indah............

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Idulfitri

Insyaallah esok ai akan mula bercuti sampai 27 Sept 09. Di kesempatan yang ada ni, ai nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI.

Buat semua sahabat yang mengenali ai, ai dengan ikhlas lagi rendah hati mohon maaf banyak2. Buat semua teman yang mengenali diri ini, sahabat sepermainan di Matrikulasi (Ateh, Angah dan Budak Kecik dan Mas), ms degree (Ayeen, Yanti, Jah n Erma), di ITO (Faiz, Murni, TJah, Ina, Isrul, Miza, Jijah) dan semua yang tak tersebut di sini.....sesungguhnya tanpa kalian hidup ini pasti tak bewarna warni. Terima kasih sudi menjadi kawan dan sahabat susah senang bersama. Dan minta maaf atas segala kekhilafan kata dadn perlakuan sama ada yang sengaja atau tidak yang telah menyakiti hati kalian semua, ampun dan maaf dipohon sekali lagi.

Buat rakan sekerja terutamanya rakan di bilik simulasi dulu, mohon maaf bila termoody dan terlalu berterus terang sehingga menyakitkan hati. Pohon ampun dan maaf byk2, juga mohon dihalalkan makan minum ai sepanjang kita bersama. Kalo ada hutang yang belum terbayar tolong ingatkan ya, kot2 la terlupa.

Buat rakan sebilik yang baru, ai selalu buat bising, minta maap byk2 ye....dgn pertanyaan tak rindu ke suara ai sepanjang ai ber ATTACHMENT ni? ^-^

Buat rakan sekerja di Unit Sukan (Paklong, En Majid, Ruhil, Nani, Nan, Helmi, Aida, Rashid, Kak Nor, Zira, Das, Izan) dan semua yang membantu melancarkan semua program di Unit Sukan, terima kasih tak terhingga dari ai...juga untuk rakan sekerja di JP ..... mmg byk kena minta maaf sbb bila bekerja dlm keadaan stress terlampau ai selalu gagal kawal emosi....nak cakap pun ikut sedap ja....jadi mmg mohon ampun maaf sgt2 dan byk2 (juta2). Harap sudi dimaafkan.

Buat x students yang membaca, saya mohon maaf bila marah, tengking, perli dan apa jua kata2 menyinggung hati, bukan tujuan nak marah...tapi saya dengan gigih menggarangkan diri dgn tujuan utk mendidik wpun hanya segelintir yg boleh menerima...harap semua berjaya dgn haluan masing2.

Last but not least buat Dba, thanx 4 being such a nice fren to me. Hahaha....kalo aku tertinggi sora tu maksudnya cakap yang paling mesra. Sbb tu dah jd trademark aku. W/pun gigih nak melembutkan diri tp percubaan dari dulu sampai sekarang kurang berjaya...aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita berdua. Allah Maha Mengetahui dan kita hanya merancang dan berusaha memenuhi impian. Insyaallah ada yang terbaik disimpan utk kita cuma kita masih tercari2 hikmah di sebalik semua ini.

p/s: Syahdu la buat N3 ni....baru sedar byknya dosa dgn semua orang. Buat Isrul kalo baca, i miss u so much. Tengen nak tgk aisyah yg dah besaq.

Tuesday, September 15, 2009

Juadah hari ini

N3 ni bukan cerita sal makanan tau. Ingat lagi pakcik yang ai gitau kata kelakar kat tempat praktikal ai?

Pakcik: Beli baju apa kat anak penakan untuk raya ni? ADIDAS?

Ai: Uishhh mahai baju tu

Pakcik: Takpa sbb baju ni baguih tau!! Tak rugi beli...

Ai: Mmg la tahan lama, barang baik msti mahal!!!

Pakcik: Tahan lama 1 hal, 1 lagi tau dak apa maksud ADIDAS tu?

Ai: Apa maksud dia?

Pakcik: Ayah Dan Ibu Doakan Anak Selamat (ADIDAS)

p/s: Mmg ai selalu kalah kalo lawan cakap ngan pakcik ni...idea macam2. Kalo ngantuk panggil la dia utk sembang compom gelak ja kerjanya....

Monday, September 14, 2009

Teka Tekuk

Ada sorang staf kat tempat ai praktikal bagi teka teki ni di kala tengah hari masa mata ai antara larat ngan tak nak angkat.....pakcik ni mmg kelakar giler...

Teka-teki dia macam ni:-

Malaikat apa masa bulan Ramadhan ni dia dapat cuti sebulan. Kalo nak keje pun tak bleh sbb wajib amik cuti. K cuba teka....

p/s: Mujuq ai bleh jawab kalo dak mampuih dia kata cikgu apa ni ilmu tak cukup....pedih ayat tu!!!

Apa Kata Anda???

Setiap hari nak masuk ke tempat praktikal ai la ni, ai kena turun kat pondok pengawal untuk ambil PAS KEBENARAN masuk. Kiranya dah sebulan setengah la ai dok turun p amik pas tu sbb tiap2 pagi kena amik n balik kena pulangkan. Bila bawa masuk keta pun kena turun gak utk check boot keta. Tiap2 hari ok, sehari 2 kali untuk pergi dan balik. Tapi kalo ari tu ai kuar masa rht tghari maknanya 4 kali la sehari turun naik keta utk check boot dan amik serta pulangkan pas.

Sedangkan uncle dan aunty yang jaga parking berbayar b4 masuk ke opis ai tu pun bleh kenal ai n cam keta ai, inikan pulak pak guard dan mak guard kat situ kan. Secara logiknya msti mak guarf dan pak guard tu cam kan. Segelintir mmg cam tapi ada sorang mak guard ni, kalo dia jaga kat tempat nak check boot keta tu, tiap2 kali nampak muka ai msti check sticker keta.....alllo makcik msti la ai xder sticker sbb ai ni kan praktikal jer kat tmpt tu.

Tapi kan ai dah tunjuk surat kebenaran masuk serta parking dalam kawasan opis. Tak paham la, dah 3 kali makcik ni tanya. Dah la muka makcik ni garang ada pistol lak tu....takut gak ai...so mula2 ai baik n senyum masa tunjuk surat kebenaran bagai. Masuk 3 kali makcik tu tanya, ai dah x pedulik dia ada pistol ka senapang ka makcik tu tatap kena sound...kan ari tu saya dah tunjuk surat kat puan. Nak tgk lagi ka?....

Terus dia bagi masuk n ari ni dia tak tanya lagi....fuh legaaa!!!!

Tapi kalo pakguard macam muka dia ni, tiap2 ari ai xplain walaupun dia xtanya!


p/s: tetiba teringat kata2 kawan ai, kalau dah beranak ni urat putus so makin pelupa.....kalo versi ai makan kepala ikan banyak, tu yang lupa tinggal barang merata...b4 raya kena p mintak maap kat makcik guard tu lah.....takut sbb dia ada pistol!!!

Sunday, September 13, 2009

Ai Masih Muda!!!!



Seems like only yesterday

BARBIE DOLL has her 50th birthday this year....

TWEETY BIRD is 60 years old

And what about all our other.... CHILDHOOD SUPERHEROES?

SUPERMAN

WONDER WOMAN (touch of menopause I think?)
BATMAN & ROBIN


SPIDERMAN


"Life is short, break the rules, forgive sooner, love with true love, laugh without control and always keep smiling. Maybe life is not the party that we were expecting, but in the mean time, we're here and we can still dance....

Thursday, September 10, 2009

Menu Hari Ini

Semalam petang sampai rumah, beramah mesra ngan Makyah tanya nak makan apa ptg ni. Sbb ari selasa tu dia tengen nak makan maggi goreng, manalah tau tengen lagi. Tetiba kata nak makan nasi goreng kerabu.

Apa lagi bersengseng lengan la ai sbb dah kol 6.30 waktu tu. Yang xbestnya Pakdaq xmakan nasi goreng kerabu, dia makan nasi goreng kosong jer. So kena buat 2 versi. Goreng nasi dulu cam biasa (ikut resipi nasi goreng masing2), pastu angkat utk Pakdaq punya. Setel 1 hal.

Sayuran utk dimasukkan dalam nasi goreng kerabu boleh check kat peti ais umah masing2. Apa yang ada boleh dipotong nipis (halus2) dan digaulkan sekali dgn nasi. Yang pentingnya ada:-
halia muda - rincik halus
bawang besar - dadukan
serai - rincik halus
bunga kantan - rincik halus

sayuran lain yang ada dalam peti ais umah ai semalam:-
sawi
carrot
kubis

dah potong semua boleh dimasukkan ke dalam kuali yang ada nasi goreng yang kosong tadi dan goreng sebentar sehingga sayuran tadi sedikit layu.

beginilah ropanya nasi goreng kerabu untuk Makyah...anak Makyah pun tibai sekali...

p/s: Rini n esok ai bukak posa kat luar so Makyah n Pakdaq buka posa berdua ja kat umah.

Tuesday, September 08, 2009

Kerana Dia Manusia Biasa.........

Email ini dipetik drpd seorang sahabat, dan saya forwardkan utk manfaat kpd diri saya dan semua.

Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. .... baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga...... Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga.. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ......

Kerana Dia Manusia Biasa ...

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi. Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. . ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual hanya berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaannya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .......

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

********* ********* ********* ********* *********

Kepada Yth ........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan. "Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa....... . " Dia menjawab mantap.

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam

p/s: Allah Maha Mengetahui ke atas sesuatu...insyaallah....

Allah Lebih Sayangkan Dia

Al-Fatihah

Pagi ni, 8 September 2009 (Selasa) kawan adik ai dah dijumpai.

Ahad dalam kol 4 pagi, dia kuar utk p ke laut (tangkap ikan - byk orang kg ai jd nelayan). Laut mmg bergelora hebat sbb malam tu hujan lebat. Mak dia dah larang tapi dia nak p jugak. Hanya 2 bot jer yang ke laut pagi tu dan sememangnya Allah lebih sayangkan dia, dia terjatuh ke dalam laut. Geng se-bot dia tak sempat nak selamatkan sbb ombak mmg besar waktu tu. Usaha pencarian diteruskan dan alhamdulillah pagi tadi dia dah dijumpai.

Ai kenal arwah sbb dia kawan adik ai masa sekolah rendah. Ai panggil dia At (Azhar), umur 24 tahun. Dalam ingatan ai, arwah mmg seorang yang baik dan hormat orang tua. Sebagai anak lelaki ke-2 dalam keluarga dan berjaya dalam bidang pelajaran, arwah merupakan harapan mak ayah dia. Baru ja mendaftarkan diri sebagai engineer di Telekom.

Arwah telah selamat dikebumikan selepas solat maghrib tadi. Al-fatihah untuk Arwah dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya serta ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Pemergiannya merupakan dugaan bagi yang masih hidup. Buat Pakcik Li sekuarga, semoga tabah menghadapi dugaan Allah ini.

p/s: Pemergiannya menyebabkan ai bertanya pada diri ai yang serba kekurangan, telah bersediakah ai untuk kembali menemui Pencipta Yang Maha Esa???

Sunday, September 06, 2009

Tayar Kereta Pancit

Sekiranya anda mengalami situasi di atas, apa yang akan lakukan?
a) Meminta pertolongan dari orang yang anda kenali
b) Menelefon perkhidmatan breakdown yang disediakan secara 24 jam
c) Menelefon mekanik yang anda selalu servis keta kat kedai dia
d) Tunggu jelah biar bapak @ abang yang uruskan (ai nek keta jer tau!!!)
e) Buat sendiri..........walaupun xtau sbb tgk manual yg boleh dirujuk

Petang semalam masa nak nek keta, baru perasan tayar keta dah kelepet xder angin. So mintak tolong dari pakteh ai utk tkq tayar spare. Janji nak tukaq pagi ni. Subuh2 sep'i ai dgn smgt wanita besinya (ecehhhh....) sgra beroperasi smntara nak tunggu pakteh ai sampai.

Kekdah2nya:
1) Kuarkan jack keta dari tempatnya. Selalunya jack ni terletak kat boot dan tersembunyi di bawah tempat letak barang tuh. Korang angkat pelapik msti nmpk punya.

2) Pusing lawan arah jam utk kuarkan jack dari tmpt simpanannya. Pusing tang mana? Pusing tang ai bulatkan ngan warna merah tu!

3) Pastu kuarkan tayar spare nih. Korang bila p boh angin kat tayar jgn lupa letakkan sekali kat tayar spare. Kot tayar pancit tgh jalan tetiba tayar spare xder angin, mau meroyan kat ctu.

4) Longgarkan nut tu, jgn tanggalkan terus. Just longgarkan ja. Kalo keta uols guna lock nut, harus ada key dia dan tempat pemutar skru panjang nih (belasah la, ai tatau depa panggil apa menatang nih cuma tau nak guna ja)

Bukan senang ai tell u, nak bukak nut2 ni semua. Ai naik pijak dua belah kaki kat atas pemegang (besi panjang tuh) siap enjut lagi baru nut tu longgar....gugur peluh jantan ai yang feminin nih.

Jgn lupa letak skru, nut dan apa2 yang telah dibuka tu setempat. Kang jenuh nak cari.

5) Pastu pasang jack ni kat bawah keta. Pusing ikut jam. Guna besi warna biru mcm cangkuk (rujuk gambaq2 skru di atas). Agak2 tayar tu dah terangkat kira cukup la.

6) Tanggalkan semua nut yang ada. Togelkan cam gambar kat bawah.
7) Pastu adjustkan lubang2 tayar spare kat skru tu. Dah masuk elok, baru pusingkan nut. Ketatkan nut tersebut scr berselang seli......

Tada da siap!!!

Benda alah ni ropanya yang menyebabkan tayar keta ai terkelepet...ntah kat mana ai kutip...^_^

Dah siap, baru ai kol pakteh ai gitau yang ai dah berjaya settlekan. Pakteh ai mai tgk cemana ai pasang tayar spare, takut2 anak penakan dia guna ilmu songsang. Resultnya supervisor kata LULUS!!!

Dalam kol 10.30am bawa p w/shop. Kebanyakan w/shop tutup ari Ahad tapi ada satu w/shop kat Kepala Batas ni buka, singboard kaler kuning tulis Baruum (ai xpasti ejaan dia). W/shop ni berdepan ngan Kedai Pak Din Ikan Bakaq kat Pekan Kepala Batas tu. Sebelah kanan w/shop ni ada kedai untuk servis aircond n radiator (pun bukak ari ahad).

p/s: Masa tunggu mekanik tu dok tampung tayar keta, ada sorang adik ni tegoq...... "kak, kalo nak mai w/shop soh husben akak je mai, nanti depa katoq (tipu) kak lak". Terkedu sebentar ai....

Saturday, September 05, 2009

Cik Puan Sahabat, Teman dan Kawan Part 1

Hidup tanpa kawan pasti sunyi. Kawan, teman dan sahabat walaupun mksdunya hampir sama tetapi membawa pengertian yanng berbeza. Bersyukur sekiranya sehingga ke saat ini kalian masih mempunyai kwn, teman yang boleh diharap dan sahabat ketika menangis. Jika hari ini kita disakiti oleh teman yag paling akrab, maafkanlah sebab paling tidak pasti ada ketika yang kita pula menyakitkan hatinya. Tolak ansur sgt penting dalam persahabatan. Tetiba ai rasa sayu....

Ari ni ai kemas2 lemari (almari), ai jumpa album2 lama. Begitu syahdu tatap gambar lama zaman remaja. Best hidup zaman tu, tak byk mslh nak pikiaq. Dulu ai masuk matriks as a second intake. Lambat sebulan dari kawan2 yg lain. So agak tough sbb nak kena cover sbln yg tertinggal. Masa tu ai sgt bagus, dok dalam bilik ja, study n salin nota. Masuk 1st day dah ada kuiz Maths.....bleh agak la kan markah ai....merah warna dia mak....

Ada 5 orang 2nd intake dlm kelas ai. Ija, Farah, Mas, Anuar dan ai. Bulan pertama kawan ngan geng lambat masuk (2nd intake) tu ja. Yang lelaki ada jugak tegoq tapi yang pompuan haram tak ckp sepatah pun. Jeling ja....ai mintak nota pun byk alasan nak bagi.....ai rasa masa tu depa pun tak siap lagi nota depa.

Dari kiri: Ija, Ai dan Farah

Antara semua 2nd intake, ai paling rapat dengan Ija dan Farah. Kami tukaq nama jadi Angah (Farah), Ateh (Ija) n Ai jadi Achik. sampai cikgu ada yang panggil kami "Tiga Abdul". Best woo masa kat Matriks. Zaman ai buat 2 thn. Bdk2 bwh ai dah jadi 1 thn setengah. Kelas kol 8 sampai 2 ptg. Ada 2 kali waktu rht, kol 10 dan 12. Best gilak, rilex sgt. Main sgt byk tapi bagus utk mencernakan otak....huhu...tiap2 sem mesti ada jamuan. Gambaq kat atas tu jamuan kelas la. Siap ada bbq.

Tu tak termasuk jamuan kat rumah cikgu. Pantang ada cikgu ajak laju ja kami setuju nak p w/pun kena jln kaki.

Waktu ni mai jamuan rumah teacher Zarina (if i'm not mistaken)...semua orang bz dok tolong kat dapoq tapi ai ngan ateh ada masa lagi dok memain kat depan porch tu...kasik can la yg len tu wat keje....kehkehekeheke


Pastu kelas byk kena berlakon la, wat public speaking, byk projek berkumpulan la. Yang ai ingat kena masuk kelas lain utk public speaking, so bercakap depan budak2 kelas lain, ketaq la kalo dpn classmate sendiri tak kisah sgt.

Masa ni kena belakon utk subjek BM. Ai kena pgg watak apa ntah...ateh jadi orang masjid ka pak penakan ntah....sudah lupa maa....yg ingat kena pilih drama dari cerpen yang cikgu bagi....

Yg ni plak projek kelas utk subjek English, kena bina 1 negara (siap buat bendera negara lagi!). So satu kelas kna ada peranan, ai jadi Queen, Sardi yang baju merah tu King...hahaha...watak sonang ja...duduk jer kat tmpt tu!!

Tgh gilap bakat usahawan. Meniaga nasi tomato RM2.20..lazat menjilat jari. Hari pertama tak ramai customer so kami tukaq plan, bungkus siap2 jual dari blok ke blok2...untung wa cakap lu.....ratus jugak pulangan dia. Yang kanan sekali tu Pidah. Dah lost contact ngan dia. Ada sesapa tau dia dok tang mana la ni???

Dinner Pra Graduan Matrikulasi. Semua msti bajet cun punya...masa ni la nak tgk awek make up bagai. Kalo p kelas selebet jer tapi tang jamuan umang aihhh segakkkkk.....

Ni la classmate ai yg poyo tp sgt best!!! Apa citer korang semua la ni???

Bila dah memasing grad, semua bw haluan memasing...." Even though we've changed n we're all finding our own place in the world, we all know that when the tears fall or the smile spreads across our face, we'll come to each other because no matter where this crazy world take us, nothing will ever change so much to the point where we're not all still friends"

p/s: Nantikan sambungan cerita ......

Wednesday, September 02, 2009

Resipi Kanji

Korang tau ker kanji tu apa wei???? Menda alah ni sangat femes bulan posa (bulan lain payah nak jumpa). Istilah sebelah utara panggil kanji n sebelah selatan bubur lambuk.

Disebabkan abang ai ada mintak resepi semalam so ai nak kongsi ngan semua dan ai pun boleh rujuk gak nanti. Ai terer teori jer praktikal Makyah yang laksanakan. Lagi satu tugas berat ai, kena habiskan kanji tu.....cenggitu kekdahnya cemana nak kuruih kan.....redha jelah sbb berkat jadi anak yang dengaq kata nih...muahahahahaha

Bahan2:
Segenggam beras - kalo tangan tu besar, genggam jgn penuh sangat tau!
1/2 sudu teh halba
5 - 10 biji lada hitam (tumbuk lumat)
2 batang serai - diketuk
1/2 inci halia - diketuk
1/2 helai daun pandan (kalau daun pandan tu panjang, amik 1/4 pun bleh)
Udang (suka ati la nak letak banyak mana)
1/2 cawan santan pekat
Sedikit daun sup (saderi) dan daun bawang

Kekdah nak masak:
1) Beras tu basuh bersih2, selawat sekali tau (kasi dapat berkat)
2) Rebus beras + halba + serbuk lada hitam + air yang banyak (>kurang 3 mug)
3) Dah 2 min atas api, masukkan serai dan halia yang diketuk tadi dan daun pandan
**daun pandan ni optional untuk dapatkan bau yang harum
4) Rebus sampai beras tu betul2 kembang dan kelihatan sedikit pecah biji2 beras tu (paham ke ayat ai nih??)
5) Dah beras tu cukup kembang, masukkan santan n tambah sedikit air. Kalo tak bubur akan jadi sangat pekat (ai tak suka pekat sangat)
6) Masukkan udang dan garam.
7) Masukkan daun bawang dan daun sup. Tutup api.

**Kalo nak masukkan daging atau ayam pun bleh. Kalo daging masukkan masa rebus beras (langkah no.2). Daging tu potong kecik2 supaya cepat empuk. Kalo ayam masukkan masa langkah ke 5)

Last sekali, Makyah tumis bawang merah dan halia di dalam kuali yang berasingan kemudian dituang ke dalam bubur yang dah siap masak tadi. Hasilnya, harum menyelerakan masa buka periuk waktu berbuka tu.

p/s: Kalo ai rajin, weekend ni ai try amik gambar n masukkan dalam step by step. Tak janji sgt la tgk mood tau

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails