Ads @ ACHIQUE


Tuesday, September 08, 2009

Allah Lebih Sayangkan Dia

Al-Fatihah

Pagi ni, 8 September 2009 (Selasa) kawan adik ai dah dijumpai.

Ahad dalam kol 4 pagi, dia kuar utk p ke laut (tangkap ikan - byk orang kg ai jd nelayan). Laut mmg bergelora hebat sbb malam tu hujan lebat. Mak dia dah larang tapi dia nak p jugak. Hanya 2 bot jer yang ke laut pagi tu dan sememangnya Allah lebih sayangkan dia, dia terjatuh ke dalam laut. Geng se-bot dia tak sempat nak selamatkan sbb ombak mmg besar waktu tu. Usaha pencarian diteruskan dan alhamdulillah pagi tadi dia dah dijumpai.

Ai kenal arwah sbb dia kawan adik ai masa sekolah rendah. Ai panggil dia At (Azhar), umur 24 tahun. Dalam ingatan ai, arwah mmg seorang yang baik dan hormat orang tua. Sebagai anak lelaki ke-2 dalam keluarga dan berjaya dalam bidang pelajaran, arwah merupakan harapan mak ayah dia. Baru ja mendaftarkan diri sebagai engineer di Telekom.

Arwah telah selamat dikebumikan selepas solat maghrib tadi. Al-fatihah untuk Arwah dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya serta ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Pemergiannya merupakan dugaan bagi yang masih hidup. Buat Pakcik Li sekuarga, semoga tabah menghadapi dugaan Allah ini.

p/s: Pemergiannya menyebabkan ai bertanya pada diri ai yang serba kekurangan, telah bersediakah ai untuk kembali menemui Pencipta Yang Maha Esa???

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails