Ads @ ACHIQUE


Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

Kuih Lapis lemak berkrim

Assalamualaikum...

Korang buat apa petang2 ni? Ai adalah mood memasak. So memasak kuih lapis. Punya la gugel resepi sebab Makyah punya resepi adalah agak2. If ai agak2 kuih lapis jadi kuih talam la.

Resepi ambil kat sini


Bahan-bahan

1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum (ai campur tepung gandum, tepung jagung dan tepung sagu)
  • 1 cawan gula (kurangkan jadi 3/4 sebab ai buat manis sangat)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk (ai guna santan asli - 4 cawan, so takpayah tambah air dah. Pastikan santan cair)
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 4 cawan air

Cara-cara

  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.** Ai tak letak plastik.
  5. Lepas 5 minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20 minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak


Hasilnya: Gambar kuih lapis adalah takder sebab dah masuk perut. Wat setengah je dari adunan di atas so nipis je lapisnya. Tapi tang gula tu WAJIB kurang sebab sangat manis. Jadikan 3/4 ataupun kurang lagi.


Ai pasan resepi kat dalam internet ni memang best if dicuba tapi tang garam gula memang kena adjust sendiri if tak dia akan dapat sukatan yang tuan punya resepi suka makan bukan kita punya kegemaran.

Wednesday, September 01, 2010

Nasi Kerabu Siti Mariam

Weekend ritu, Sabtu lepas ai berjaya masak nasi kerabu. Sangat memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Sonang jer nak buat if ikut resipi betul2 cumanya leceh sket nak buat, banyak benda perlu disediakan, so untuk elakkan korang penat, wat sket2. Contohnya goreng kopok n wat kelapa goreng waktu malam. Soknya baru teruskan wat sambal dan solok lada, jadinya takdelah penat sangat.


Here, i attach a recipe for nasi kerabu, originally recipe from kelantan so we call it Nasi Kerabu Siti Mariam (sebab resipi dari Siti Mariam tapi Kak Yam yang taip resipi tu molek2). Kebetulan lak, orang yang bagi resipi dan orang yang taip resipi tu nama sama. Tq la...sayang uols...




Langkah 1:
KELAPA IKAN @ KELAPA GORENG @ SAMBAL KELAPA


Ambil kelapa yang putih2 ja.....yang hitam2 tu (kulit kelapa parut) kasik buang masa nak tumbuk ye. Jangan nak tumbuk sekali taw...

Bahan2:

10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 batang serai
2 inci halia
RM1 kelapa parut
10 biji lada hitam
4 ekor ikan sardin (ai guna ikan kembung fresh dari laut..huhuhu)
2 asam keping
1 keping gula melaka (yang kita guna untuk buah melaka tu)

Cara:

  1. Rebus ikan bersama asam keping dan garam (petua: rebus ikan tu dari malam lagi supaya asam dan garam sebati ngan ikan). Bila dah sejuk perisi la ikan tu.
  2. Goreng kelapa tanpa minyak sampai kekuningan (note: lebih sket dari warna kat gambar kelapa goreng atas tapi jangan garing sangat). Bila dah sejuk tumbuk sket untuk kasi halus sket.
  3. Tumbuk bawang, halia, serai, gula melaka, lada dan ikan (note: ai blender jer semuanya kecuali ikan).
  4. Gaulkan semua bahan di no 2 dan 3 dalam kuali dan goreng sehingga kering (note: ai rebus dulu bahan2 yg ai blender sampai kering, then masukkan kelapa dan isi ikan)




Langkah 2:

SAMBAL TUMIS SANTAN

Bahan2:
15 biji cabai kering
RM1 santan pekat
7 biji bawang merah *
2 biji bawang putih *
1 1/2 inci halia *
1 keping gula melaka *
1 batang serai (diketuk)
1/2 biji limau nipis
Garam secukup rasa


Cara2:
  1. Cabai dimesin halus
  2. Tumbuk semua bahan bertanda (*). Note: Ai tak tumbuk, blend lagi sonang kojo makcik
  3. Masak cabai dan bahan tumbuk bersama santan pekat hingga mendidih dan pecah minyak. (note: kalau blender macam ai, rebus dulu cabai dan bahan no. 2 tadi sampai agak2 tak banyak sangat dah air, pastu baru masukkan santan)
  4. Masukkan serai dan garam secukup rasa
  5. Bila dah hampir masak masukkan air limau nipis. (Note: Ai tutup api dulu baru masukkan air limau)


Langkah 3:
SOLOK LADA

Gambar adalah digugel. Ai punya solok lada tak sempat nak snap...huhu


Bahan2:
4 ekor ikan sardin yang (ai guna ikan kembung)
2 asam keping
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
3/4 cawan kelapa parut (ai tak guna pun kelapa parut tapi ai guna kelapa goreng)
Segenggam kelapa goreng (yang dibuat di langkah 1 tadi)
Cili hijau (pilih yang gomok2)
Garam secukup rasa


Cara2:
  1. Belah 2 cili hijau tapi jangan sampai putus
  2. Ikan direbus bersama asam keping dan garam. Bila dah sejuk, sila buang tulang2nya sebab kita nak guna isi jokkk.
  3. Tumbuk ikan dan semua bahan2 di atas
  4. Sumbatkan hasil tumbuk ke dalam cili yang dibelah tadi (ai dapat 10 biji solok lada)
  5. Rebus dengan santan pekat. Dah layu cili tu, bolehlah angkat dan ketepikan (ai yang tak pandai ni tunggu sampai santan tu kering).




Langkah 4:

BUDU

Hok ni kawe tak buak sebab ngumah kawe takdok budu.....

Ni cara dia:Budu, serai, gula melaka - dimasak sekejap

Pastu masukkan limau nipis

Note: Banyak mana nak boh, korang agak sendiri.



Langkah 5:

KEROPOK GORENG

Bahan2: Keropok ikan mentah
Minyak dan kuali
.

Cara2: Tunggu minyak dalam kuali panas, goreng sampai kembang....hok aloh takkan tak pandai nak goreng kopok niyh.... :-)



Langkah 6:

NASI

Kalau semua dah siap tapi tak masak nasi korang nak makan dengan apa? Mihun goreng????

Ada orang tanya cemana nak buat bagi nasi tu jadi warna biru. Ada yang gunakan pewarna tapi ai gunakan bunga ni.



Bunga ni ai dapat fresh dari ladang Mak Jah (mak Oya). Tq Oya. Uols buang kudup bunga pastu ramas bunga dalam besen. Tapis dan ambil airnya untuk dimasak nasi. Tanak cam korang masak nasi biasa je. Ai blend bawang besar masukkan dalam nasi dan daun pandan.


Untuk ulaman, hiris halus2 bunga kantan (mahai giler la ni - 1 batang RM1.20 - RM1.50), daun kesum, pucuk serai kayu (kat tempat ai depa panggil daun samak - 1 ikat 50 kupang ja), timun dan ikut selera tekak hampa nak boh ulam apa lagi....




p/s: Ai start buat semua ni dari kol 1pm dan selesai semunya pukul 6.30pm (degil walaupun Oya dan Siti Mariam dah pesan wat awal2). Pastu collapsed tokleh nak buat apa dah. Penat giler, so kalau nak buat nasi kerabu ni, buatlah sikit2. Kalau tak rasa macam nak pengsan....takpa sebab rasanya mendapat pujian.....yeeehhhaaaaaa percubaan kali pertama berjaya.

Wednesday, August 04, 2010

Ai masak rini.......giler poyo, masak pun nak kena gitaw satu dunia. Ni la cara2 orang yang masak setahun sekali. Dah lama ngidam nak makan mihun singapore. Sepatutnya wat semalam tapi terbangun lewat, dah kol 6 ko nak masak pebendenya. Kang kena hempuk kuali ngan Ketua Jabatan ai sebab mai lewat.


So hari ni dengan gigihnya set jam kol 5.00am. Tapi disebabkan tekad tu tinggi maka kol 4.30am dah jaga. Apa lagi berkungfu la kat dapoq....dan inilah hasilnya.



tada................mihun singapore dah siap nak bawak p opis dan tinggal untuk Makyah dan Kosem kat umah. Tapi ai rasa terlebih pedas sket........

Thursday, September 10, 2009

Menu Hari Ini

Semalam petang sampai rumah, beramah mesra ngan Makyah tanya nak makan apa ptg ni. Sbb ari selasa tu dia tengen nak makan maggi goreng, manalah tau tengen lagi. Tetiba kata nak makan nasi goreng kerabu.

Apa lagi bersengseng lengan la ai sbb dah kol 6.30 waktu tu. Yang xbestnya Pakdaq xmakan nasi goreng kerabu, dia makan nasi goreng kosong jer. So kena buat 2 versi. Goreng nasi dulu cam biasa (ikut resipi nasi goreng masing2), pastu angkat utk Pakdaq punya. Setel 1 hal.

Sayuran utk dimasukkan dalam nasi goreng kerabu boleh check kat peti ais umah masing2. Apa yang ada boleh dipotong nipis (halus2) dan digaulkan sekali dgn nasi. Yang pentingnya ada:-
halia muda - rincik halus
bawang besar - dadukan
serai - rincik halus
bunga kantan - rincik halus

sayuran lain yang ada dalam peti ais umah ai semalam:-
sawi
carrot
kubis

dah potong semua boleh dimasukkan ke dalam kuali yang ada nasi goreng yang kosong tadi dan goreng sebentar sehingga sayuran tadi sedikit layu.

beginilah ropanya nasi goreng kerabu untuk Makyah...anak Makyah pun tibai sekali...

p/s: Rini n esok ai bukak posa kat luar so Makyah n Pakdaq buka posa berdua ja kat umah.

Wednesday, September 02, 2009

Resipi Kanji

Korang tau ker kanji tu apa wei???? Menda alah ni sangat femes bulan posa (bulan lain payah nak jumpa). Istilah sebelah utara panggil kanji n sebelah selatan bubur lambuk.

Disebabkan abang ai ada mintak resepi semalam so ai nak kongsi ngan semua dan ai pun boleh rujuk gak nanti. Ai terer teori jer praktikal Makyah yang laksanakan. Lagi satu tugas berat ai, kena habiskan kanji tu.....cenggitu kekdahnya cemana nak kuruih kan.....redha jelah sbb berkat jadi anak yang dengaq kata nih...muahahahahaha

Bahan2:
Segenggam beras - kalo tangan tu besar, genggam jgn penuh sangat tau!
1/2 sudu teh halba
5 - 10 biji lada hitam (tumbuk lumat)
2 batang serai - diketuk
1/2 inci halia - diketuk
1/2 helai daun pandan (kalau daun pandan tu panjang, amik 1/4 pun bleh)
Udang (suka ati la nak letak banyak mana)
1/2 cawan santan pekat
Sedikit daun sup (saderi) dan daun bawang

Kekdah nak masak:
1) Beras tu basuh bersih2, selawat sekali tau (kasi dapat berkat)
2) Rebus beras + halba + serbuk lada hitam + air yang banyak (>kurang 3 mug)
3) Dah 2 min atas api, masukkan serai dan halia yang diketuk tadi dan daun pandan
**daun pandan ni optional untuk dapatkan bau yang harum
4) Rebus sampai beras tu betul2 kembang dan kelihatan sedikit pecah biji2 beras tu (paham ke ayat ai nih??)
5) Dah beras tu cukup kembang, masukkan santan n tambah sedikit air. Kalo tak bubur akan jadi sangat pekat (ai tak suka pekat sangat)
6) Masukkan udang dan garam.
7) Masukkan daun bawang dan daun sup. Tutup api.

**Kalo nak masukkan daging atau ayam pun bleh. Kalo daging masukkan masa rebus beras (langkah no.2). Daging tu potong kecik2 supaya cepat empuk. Kalo ayam masukkan masa langkah ke 5)

Last sekali, Makyah tumis bawang merah dan halia di dalam kuali yang berasingan kemudian dituang ke dalam bubur yang dah siap masak tadi. Hasilnya, harum menyelerakan masa buka periuk waktu berbuka tu.

p/s: Kalo ai rajin, weekend ni ai try amik gambar n masukkan dalam step by step. Tak janji sgt la tgk mood tau

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails