Korang buat apa petang2 ni? Ai adalah mood memasak. So memasak kuih lapis. Punya la gugel resepi sebab Makyah punya resepi adalah agak2. If ai agak2 kuih lapis jadi kuih talam la.
Resepi ambil kat sini
Bahan-bahan
1 cawan tepung beras- 1/2 cawan tepung gandum (ai campur tepung gandum, tepung jagung dan tepung sagu)
- 1 cawan gula (kurangkan jadi 3/4 sebab ai buat manis sangat)
- 1 st garam
- 2 paket santan serbuk (ai guna santan asli - 4 cawan, so takpayah tambah air dah. Pastikan santan cair)
- 1 st minyak masak
- 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
- 4 cawan air
Cara-cara
- Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
- Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
- Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.** Ai tak letak plastik.
- Lepas 5 minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
- Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20 minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
- Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
- * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak
Hasilnya: Gambar kuih lapis adalah takder sebab dah masuk perut. Wat setengah je dari adunan di atas so nipis je lapisnya. Tapi tang gula tu WAJIB kurang sebab sangat manis. Jadikan 3/4 ataupun kurang lagi.
Ai pasan resepi kat dalam internet ni memang best if dicuba tapi tang garam gula memang kena adjust sendiri if tak dia akan dapat sukatan yang tuan punya resepi suka makan bukan kita punya kegemaran.
No comments:
Post a Comment