Assalamualaikum...
Sapa kat sini orang utara? Angkat tangan cepat! Cover2 jangan angkat tinggi sangat nanti boss korang tau korang mengular buat kerja sebab dok layan tenet.
Orang2 utara tau ka apa maksud beremba? Or orang kampung ai je guna istilah tu...
Beremba bukan maksudnya berlumba. Berlumba membawa maksud berlawan untuk sampai dahulu...contohnya Lumba basikal, sapa sampai dulu maka dia dapat no. satu. Paham kan? Banyak jenis lumba, LUMBA KAKI, LUMBA BASIKAL, LUMBA MOTORSIKAL, LUMBA MOTOKAR (tok ai suka sebut motokar instead of kereta), semua bertujuan nak tengok sapa jadi pemenang.
Beremba takder kaitan langsung dengan berlumba.
Gambar orang berbasikal kat atas tu adalah contoh yang boleh menggambarkan perkataan beremba.
Contoh ayat baku: Mereka berbasikal secara beriringan dalam kumpulan, perbuatan itu boleh membahayakan nyawa mereka.
Contoh ayat ai: Depa tu naik basikal beghemba-ghemba (bunyi r dalam bahasa utara ghe), sat lagi kalau kena langgaq sapa la yang susah.
Beghemba juga boleh digunakan sekiranya dalam situasi berjalan kaki. Selalunya dalam kumpulan tu melebihi dari 2 orang la baru orang guna perkataan beremba.
K, sekian pelajaran untuk hari ini.
lebih kurang maksudnya berkoyon-koyon la.. contoh : berjalan dalam kumpulan la kan?
ReplyDeleteYap 10 markah untuk kak navy.....ke nak kena panggil siput sarawak??????????
ReplyDelete