Ads @ ACHIQUE


Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Sunday, June 09, 2013

Langkawi dan Kursus Part II

Seperti yang dijanjikan.... di entry sebelumnya.

Ni sambungan cerita kursus yang aku kena p as fasilitator.

Kursus ni bermula 18 Mei 2013. Tapi aku kena p 17 Mei 2013.  Segala urusan untuk majlis penutupan perlu diselesaikan sebelum semua peserta datang.  Sebabnya progra nanti akan melibatkan banyak pergerakan (dari satu tempat ke satu tempat). Jadi nanti takder masa dah nak selesaikan majlis penutup tu.

Aku dan ruhil bertolak dari Kuala Perlis jam 3.00 petang.  Pukul 4pm sampai Jeti Langkawi.  Paklong, Encik Majid dan Encik Mohd Noor dah janji nak mai ambil sebab depa dah datang awal dua hari untuk menguruskan kemasukan kenderaan rasmi polteknik ke Langkawi.  Tunggu punya tunggu lebih kurang jam 5.15 pm baru sampai.  Yang tadi dok kata kami dah on the way, aku pasti bukan on the way ke jeti tapi on the way ke tempat lain kot...seb baik ada ruhil. Sementara dok tunggu kami dan lagi lepak sambil makan sambil gosip kat kenny rogers. Selesai...

Ruhil yang selalu ada untuk aktiviti2 outdoor. Kalau takder dia, aku pun tanak p untuk aktiviti2 outdoor lagi. Ruhil ni geng sejak aku join unit sukan tahun 2006. Walaupun dah keluar dari unit sukan tahun 2009, tapi kalau ada aktiviti apa2 yang nak ajak aku, mesti ajak ruhil. Kalau tak, aku tanak ikut. Mati kutu takder geng.

Petang tu, terus p National Sailing Centre.  Bleh rujuk kat sini untuk info lanjut pasal NSC.

Esoknya, 18 Mei 2013, pagi2 lagi dah ready untuk p beli hadiah bagi cabutan bertuah.  Dari jam 9am sampai ke jam 12am kitorang dok kat Idaman Suri. Bleh agak la kan, hadiah apa yang kitorang beli unuk cabutan bertuah.

Den tunggu peserta sampai kat Jeti Kuah.  Petang tu lepas lunch, kitorang disambut dengan hujan yang sangat lebat beserta angin puting beliung.  Tengok video kat bawah:



Malam tu, semua peserta tidur di asrama National Sailing Centre (NSC). Urusetia semua di Simfoni Resort sebab bilik di NSC dah takder yang kosong.  Bangunan NSC dan Simfoni Resort sebelah menyebelah. So bleh jalan kaki ja.
 Simfoni Resort Langkawi
Simfoni Resort ni jenis penginapan apartment. Ada dua bilik so bleh masuk 4 orang.

Hari pertama, semua peserta diberikan latihan water confident dan pengendalian kayak.  50% daripada peserta tidak pernah berkayak langsung.  Satu cabaran buat peserta dan urusetia menanti esok!

Cerita selanjutnya....esok dan hari yang mendatang.

Wednesday, June 05, 2013

Kursus dan Langkawi

18 - 22 Mei 2013
KURSUS PEMBINAAN PASUKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK KPT

Tajuk adalah dirujuk.
Aku adalah salah seorang AJK. Tugas yang didaftarkan:  Bendahari.
Tugas sebenar:  semua kerja yang diarahkan oleh Pengarah Program.


Yang baju hijau adalah pengarah program:  Encik Abdul Aziz bin Ishak

Yang berbaju biru di hadapan:  Pengarah Politeknik Seberang Perai:  Tuan Haji Zulkifli bin Ariffin

Yang berada di belakang:  semuanya orang kuat program yang sama2 menjayakan program ini.

Program ni disertai oleh YDP MPP setiap politeknik semalaysia.  Seorang wakil dari setiap politeknik.  Tanpa mengenali rakan, buddy, perangai, ragam setiap kawan, mereka perlu melalui program yang telah diatur sepanjang 5 hari.

Hari pertama:  18 Mei - Ketibaan di Pulau Legenda Mahsuri. Aku p awal sehari, nak uruskan majlis penutup. Banyak urusan pengurusan yang perlu diselesaikan.

Hari kedua:  Peserta berkayak ke Selat Panchur.  Sangat mencabar, hanya ada air laut, air terjun, pantai dan pokok di Selat Panchur.

Hari ketiga:  Berkayak ke Pulau Tuba.  Xtvt bersama penduduk di Pulau Tuba.  Beach Cleaning.

Hari keempat:  Berkayak pulang ke National Sailing Centre.  Malam majlis penutup bersama YB Nor Saidi bin Nayan.

Hari kelima:  Balik.

Hari keenam:  aku cuti.

Cerita lanjut, tunggu entri seterusnya.

Tuesday, August 03, 2010

INTURA Part II

N3 b4 dis, ai citer pasal kursus ai di INTURA kan. Ai p kursus tu sensorang, tak kenal sapa pun. Bila dah masuk kusus tu, ai pasan ada sorang staf dari institusi yang sama dengan ai. Tapi ai giler tak kamceng ngan dia....lelaki chinese. Ai kan pemalu, mana kawan ngan lelaki2 niyh....huahuahuahua.......


Bila p lunch 1st day tu, ai kenal ngan Zaiton, Yati, Nora dan Fida. Depa punya rabung sembang. Ai masih kontrol2 ayu lagi...hehehehe....den depa ajak lepak sekali lepas lunch. Fida ambik bilik penginapan kat INTURA tu, yang len semua tak ambil. Nak minta bilik untuk berehat, pihak pengurusan kata semua bilik fully occupied, so terpaksa merempat kat bilik Fida. Seb bek depa ajak ai lepak sekali, kalau tidak merempat la ai dari kol 1pm - 2.30pm kat surau sorang-sorang.


Ai ingatkan depa nie dah kamceng b4 mai kusus, rupanya baru kenai kat kusus tu. Mmg sempoi semuanya, dapat satu topik jer, semua boleh bagi pendapat. Zaiton, Nora, Yati & Fida semuanya dah pegang title isteri dan ibu, so 1st day tu depa ingatkan ai sama je statusnya. Ai takder hal...dah biasa. Esoknya masa tgh lepak2 dalam bilik, Zaiton (sama umur dengan ai) tanya samada ai da kawen ke belum.....nak jawab cemana niyh...senyum je bleh dak??


Ai tak kecik ati pun bila depa ingatkan ai dah kawen dan ada anak sebab selayaknya umur ai ni sepatutnya berada dalam keadaan itu. If bawa Hannah n Darwish jenjalan pun, orang akan kata budak b2 tu anak ai. So ai dont mind at all. No heart feeling kengkawan!



Dari kiri: Ai le, Fida, Zaiton dan Yati


Ai dan Nora



Ni penghulu...nama???? Malas nak rujuk senarai nama peserta, if uols nak rujuk sendiri!!!



Encik Johari @ Mr Jo...salah seorang urusetia dan peserta kursus a.k.a staf INTURA



Bukti yang ai tak ponteng kusus niyh. Last day ni, dapat certificate kusus dari facilitator, Encik Md Hazali. Ayat peberet En. Fesi Md Hazali ni, "Mmg Hensem lah"! @ "Mmg comel lah"!.....bukan merujuk kepada orang tapi laman web yang dibina.............ayat dari ai....MEMANG BEST LAH!!!!


Monday, August 02, 2010

INTURA 25 - 29 Julai 2010

Korang tahu ke INTURA tu apa? Students ai tanya kat mana tu....Indon ke??? INTURA tu singkatan untuk INTAN Wilayah Utara, terletak kat Sungai Petani.


Ai kena p kursus kat situ dari 25 - 29 Julai 2010. Ai mohon kursus tu ngan Isratun (tokey kek) sebab nak try apply untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan jugak nak segakkan blog kitorang. Tapi Isratun tak dapat so ai p sorang2.




Ni pelan nak p INTURA. Ai tak guna jalan ni, ai guna jalan nak p ke Hospital baru Sungai Petani. Uols stret ja, sampai jumpa simpang empat, sebelah kanan Bandar Puteri Jaya, uols ambil simpang sebelah kiri. Masuk je simpang sebelah kiri terus rapat sebelah kanan, dalam 0.5 km jumpa INTURA sebelah kanan.


Jangan jadi macam ai, 1st day ai dah ronda jalan belakang tu. Bukan setakat hospital, Radix Fried Ciken pun ai jumpa. Macam2 simpang ai masuk, jumpa Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, jumpa simpang nak p METRO specialist, last2 sekali benti kat Petronas n ai kol INTURA. Tanya diorang boleh tak lagi pergi kusus tu sebab dalam surat kata SEKIRANYA ANDA GAGAL MENDAFTARKAN DIRI PADA JAM 8 PAGI MAKA ANDA DIANGGAP MENARIK DIRI DARI KURSUS INI. Masa tu dah kol 9.00...tensen wa cakap lu. Ai kuar rumah 7.15 am, sepatutnya 7.45 am dah sampai INTURA tapi ai dah p pusing Sungai Petani tu. Jenuh kol INTURA balik tuk dapatkan jalan nak p INTURA. Dalam erti kata yang len ai sesat la!!!! Kawan2 yang rapat mmg dah tw ai sangat 'terer' sal jalan2 niyh. Huru hara hidup...


Ai masuk kursus kol 9.45 am. Kol 10.30 dah benti rehat. Hehe, pastu kena soal siasat ngan urusetia. Mesti depa ingatkan ai ni dok hulu banat mana tgk2 sempadan je ngan Sg Petani...huh...buat malu ja!


Best kusus ni sebab ai blaja benda baru, Dreamweaver dan Joomlaa. Sebelah ai adalah pegawai IT kat INTURA. So dia ada banyak bagi tips sal coding2 HTML. Best gak, ilmu baru. Tapi takdan nak ambil gambaq ngan dia, ai kenal dia as Sheila ja.


Sok ai wat entri sal kawan2 baru ai masa kusus. Babai, mau tidur sebab dah jam 1.22 am.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails