Ads @ ACHIQUE


Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Yang Mana Satu

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidiladha walaupun hari berkorban dan bertakbir dah pun tamat.

Cemana raya korang? Ai merentas arah kali ni. Selalunya masa raya orang balik kampung dan ai yang dok kat kampung ni menunggu sanak saudara balik. Sambil dok mengemas rumah sambil dok mengharap jangan adik badik sampai sebelum ai habis mengemas rumah. If tak kena siapkan jawapan dalam kepala kenapa tak kemaskan rumah. Janji ada jawapan. hehehe

Tapi tahun ni tak der situasi macam tu. Ai dan Makyah pulak ke bandar sambut raya bersama anak menantu kat sana. If tanya Makyah, dia akan kata, "anak2 sibuk dok ajak p ke sana (KL) tu yang nak p ni"...

If tanya anak2, jawapannya, "Mak tengen nak raya kat KL"

Uols pikir sendiri mana jawapan yang betul.

Sabtu tengahari ai dan Makyah dah sampai ke umah Bangah kat Bangi. Petang tu dok sibuk buat ketupat daun palas. Semuanya pakai santan kotak (dah nama dok kat bandar). If kat kampung, kena la kupas buah nyioq (kelapa) sendiri pastu kena kukuq or mesinkan nyioq tu. Kat sana senang punya pasal guna santan kotak la. Hasilnya, ketupat Makyah tak lemak dan melekat2 di tangan. Sebab guna santan kotak less cholestrol. Mana sedap less2 ni, lemak berkrim yang diminati ramai.

Kak Mazidah wat nasi dagang. Kuah gulai nasi dagang pun tak jadi sangat sebab santan yang less kolestrol. Yang berkilo2 kolestrol jugak yang sedap. Pengajaran: If nak makan yang berlemak jangan pandai2 p beli santan yang tulis less or low kolestrol lagi teruk if No kolestrol maka no sedap jugaklah.

p/s: Yang asli itu lebih baik. Dulu ai gemuk, den kurus den gemuk balik la sebab itu yang asli kan...kan ke asli tu lagi baik??? :-))

Tuesday, September 21, 2010

BILA AIDILFITRI MENJELANG


RAYA PERTAMA (JUMAAT - 10/9/2010)

Tiada gambaq untuk ditatap, hanya sendu mewarnai pagi raya. MakYah pun tak pakai baju raya, hanya berbaju kurung kedah dan berkain batik sahaja. Semua adik beradik datang, kebanyakannya mai sebelah petang. Kawan ai, hanya Dba sefamily (bersama suami dan anak menakan) jer yang datang masa hari raya pertama.....

Kosem terkejut tgk Kak Dba dia...terkeluar dari mulut dia "banyak kilo niyh Kak Dba"...nak menggambarkan Kak Dba dia kuruih la tuh..... nak tau rahsia Dba kuruih, cekidaud kat sini.






RAYA KEDUA (SABTU-11/9/2010)


Kaklong dah balik beraya di rumah mak mentua dia kat Bukit Mertajam. Tinggal ai, kosem dan Makyah ja....adik beradik ada ja yang datang. Yang sedihnya bila depa mai beraya kat rumah, Makyah cakap....ingatkan hampa tak mai dah beraya rumah aku bila Paktam hampa takdak....tacing beb....ai lariks jauh2 or p buat ayaq...pura2 tak dengaq. Ai tengah cun melecun pakai baju raya, takkan nak nangis......habes make up vouge ai (tipu - tak make up pun sebab natural beauty ~lalalalala~....)


Malam, Bangah sefamily sampai.....tetiba riuh gempita rumah pusaka itteww.






RAYA KETIGA (12/9/2010)

Ada majlis tahlil untuk arwah abah dan majlis akikah si Delisha. Buat ringkas jer. Panggil adik beradik terdekat dan orang surau bacakan surah Yassin dan wat tahlil. Nipun tak ambil gambaq. Ai bz okkkkk. Seb bek semua adik beradik membantu, Ai ditugaskan wat air asam, korang tau ker air asam tu apa?




Air asam yang boh buah tomato, bawang, cabai, belacan tuh.......air dok sibuk gaul air asam tuh...dan kalo dok p ambik gambaq pulak mau kena maki ngan mak penakan ai kat dapoq. Lang, maknjang, kak hasmani jadi pembantu dok hiris semua keperluan. Ai dan rohaiza (dia ni sebaya ai jer, tapi kalo ikut pangkat dia kena panggil ai makcik...tapi sedap lagi panggil aku dan hang....) kami ber2 sibuk dok gaul air asam tu, sat lagi kata kurang garam, kurang masin...last2 sekali sodapppppp..............3 trip taw kena buat air asam niyh...nampak sangat sedap.....huhu



Masa makanan sampai (oder catering), Rohaiza, kaklong, abang Rani, Nor (anak pakteh) yang uruskan. Depa ni banyak berjasa, anak2 abang non yang lain pun tak kering tangan membantu....thanx naaaaa.....toche..toche..toche...


Ramai la yang datang, adik beradik dan rakan taulan. Sampai ke malam tak berhenti tetamu mai. Alhamdulillah lauk pauk cukup, tak lebih dan tak kurang.




Yang surprisenya...ai ada tetamu yang betul2 tak disangka2...jeng...jeng....jeng...Kak Ida dan Abang Chon bersama anak2 dan Abang Areyumm yang dah beristeri sorang dan ber anak sorang tapi dok perasan bujang tu mai umah ai.....rasanya dah 3 tahun tak jumpa...tapi frustnya ai tak ambil gambaq...cemana leh lupa tataw...frust sangat...Kak Ida masih cantik, comel macam dulu....abang Chon, perut makin ke depan dan abang areyumm menten pun masih menten.....




Majlis akikah budak nilah................................



DELISHA MOK2 (kakak dia, si Hannah yang bagi gelaran naa...bukan ai.....nehi2...)

SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI


Salam Idulfitri uols. Walaupun dah terlewat dua belas hari, ai tetap nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri jugak. Maaf atas salah silap...pastinya hidup ini telah banyak melukakan hati dan perasaan di sekeliling kerana kekurangan sensitiviti ...maafkan daku (dari hati yang tulus ikhlas)...


Korang dah posa ganti (bagi yang kena ganti la!) ..or korang dah selesai berpuasa sunat di bulan syawal (or orang tua selalu sebut posa 6)???? Ai masih odw. Posa sehari bukak dua hari, sambung sehari bukak 3 hari...entah dpt tak 6 hari tuh...mintak2 la dapat cukup 6 hari...ameeennnnn....


Cemana raya uols?? Meriah?? Ai punya?? Meriah la bila ada budak2 wat bising. Kaklong sefamily beraya ngan kitorang. So meriah sket......tapi kesedihan tu pasti ada. Ai tak banyak cakap pasal arwah abah di Hari Raya, emosi Makyah masih lagi belum stabil. Tgk baju abah pun, tekanan darah dia boleh naik sehingga 200/95. So wat2 bz kelain. Persediaan pun tak macam dulu...banyak bezanya.....jom cekidaud...



DUA HARI SEBELUM RAYA (RABU - 8/9/2010)

Ai dah start bercuti.

6.40am, kuar p market Kepala Batas (pasar basah) ngan kaklong. Beli stok sayur, ikan, udang, telur dan cari daun palas (untuk buat ketupat). Sorry ai tak snap gambaq...ni 1st time ai p market untuk belikan bahan mentah untuk raya....kalau tak ini semua abah yang buat :(


8.00am p beli daging...masyaallah ramainya manusia. Kaklong tunggu dalam kete, ai p menyelit beli daging. Kerana ai sgt kecil molek, baca sekali lagi kecik molek ye tuan puan....~lalalalala~ sebab kecil molek dapat masuk di celahan orang ramai dan dapat tempat betul2 belakang adik yang potong daging. Ngeri siot tgk pisau dia. Tapi dapat daging cepat, sebab adik tu tak tahan ai dok zikir kat telinga dia "adik, daging 2 kilo".....Dah dapat daging, nak tulang pulak.....alamak.....tulang kaunter lain. Lagi sekali kena p mintak...seksa beb....

Ni tulang rusuk, ai mintak tulang ni dua bilah ja....tapi..................


Pokcik ni dah kaut semua.....ai dapat yang mana pakcik tu taknak ja...seb baik daging kat tulang tu cepat empuk dan lembut.......


Sapa yang dok kat area Kepala Batas or sekitarnya nak p beli daging boleh p kat Pekan Kepala Batas lama (berdepan dengan tapak market lama) tepi kedai gambar Italy, kat situ ada kedai jual daging. Buka paling lewat jam 7 pagi dan ditutup 9 malam kot.... Kat sini, mmg 100% sure daging fresh dan harga RM16.00 jer se kg. So bagi 1st time buyer nak beli daging better p kat sini, p market kalu, mungkin kena tipu dapat frozen meat atau dia bagi bahagian yang banyak lemak...erti kata lain kita yang buta tuli hal daging niyh kena tipu hidup2!!!!!


Sampai rumah, p beli bahulu, maruku, kuih bakar coq peneram...yang mana kuih2 ni dulu, abah yang beli. Seb bek mak peringatkan, if tak beraya tanpa kuih bahulu la...kang ada yang nangis takleh cecah bahulu ngan air oren...siapakah itu????? Jeng..jeng...jeng....


Balik, p Perda nak beli tikaq buluh...Dba kata Sha beli kat situ sehelai dapat RM30, tapi bila ai p tanya jadi sekeping RM60. Habis bertawar pun dapat RM50. So kol Dba, as a best fren kena la mai jadi penyelamat kan...huhu....thanx sangat kat kawan2...


Masa tunggu dalam keta, nak tunggu Dba mai....

Ai tak p sorang, ada orang follow. Tapi disebabkan terlampau penat + ngantuk + posa, maka dapat lah gambaq ni...Sapa????


Ketua GENG CUCU TOKWAN, Kak Nana...If dia tahu ai masukkan gambaq ni dalam blog, setahun merajuk nyih!!!


Bila Dba dan Sha sampai, kitorang p bertawaq harga balik dan hasilnya sekeping RM25.00. Berbaloikan tunggu Dba dan Sha..Muahhhh, tq so much my dear frenz...


Dari kiri: Dba, Sha dan Ida (IR)



SEHARI SEBELUM RAYA (KHAMIS -9/9/2010)

Takder pape yang best untuk dikongsi dan gambar untuk ditatap. Sekadar seorang anak yang mengajak ibunya membalut ketupat (thanx kaklong), makcik yang mengajak anak-anak menakannya mengemas rumah dan anak lelaki yang bz membahagikan zakat kepada yang berhak bagi pihak arwah abahnya.

Mood...ntahla.................

Tuesday, September 29, 2009

RAYA DATANG LAGI

Setelah penat berayau di alam maya, dari 1 blog ke blog yang len....semuanya hapdet sal raya. Ai pun tamau ketinggalan...macam lawan perabot masa nak raya ngan umah jiran lak...hehehe

Raya pertama kali ni kami tinggal 4 beranak ja. Abah, mak, ai n khasim. Yang len beraya umah mentua memasing.

jenuh nak paksa PakDaq bergambar ni....dah la tahun ni dapat plak baju sama tema kaler

Khasim yang banyak dosa ngan mak n abah..tu yang cium tangan lama sangat :))

khasim yg tgh bajet ensem di samping makyah yg selalu kool macam aiskrim mat kool

ai n makyah yang sememangnya jelita (jgn muntah ya)


Waktu pagi2 tu jelah yang bleh bergambar. Start kol 11 am sampai ke malam, ai menjadi bibik. Bancuh air, hidang ketupat, tambah kuih yang dah abes dalam balang, basuh pingan & cawan, tukang bagi duit raya kat budak2 yang mai beraya. Walaupun berpeluh ketiak tapi ai ttp kontrol jelita lagi ayu. kehekehekehe...

Cuma gambar ni jer yang smpt disnap....yg len sibuk layan tetamu, n menjalankan tugas rasmi as bibik.

Hafiz, anak kazen ai. Baru pandai jalan2 jatuh...sangat comel tapi tanak kat duit raya...bagus hafiz, jimat duit makcik

bukan senang nak amik gambar budak pemalu ni, aiman. dia pakai baju sekaler ngan makcik...masa ni da petang so minyak kat muka makcik dah ble wat goreng ikan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails