Ads @ ACHIQUE


Showing posts with label PSP. Show all posts
Showing posts with label PSP. Show all posts

Sunday, June 09, 2013

Langkawi dan Kursus Part II

Seperti yang dijanjikan.... di entry sebelumnya.

Ni sambungan cerita kursus yang aku kena p as fasilitator.

Kursus ni bermula 18 Mei 2013. Tapi aku kena p 17 Mei 2013.  Segala urusan untuk majlis penutupan perlu diselesaikan sebelum semua peserta datang.  Sebabnya progra nanti akan melibatkan banyak pergerakan (dari satu tempat ke satu tempat). Jadi nanti takder masa dah nak selesaikan majlis penutup tu.

Aku dan ruhil bertolak dari Kuala Perlis jam 3.00 petang.  Pukul 4pm sampai Jeti Langkawi.  Paklong, Encik Majid dan Encik Mohd Noor dah janji nak mai ambil sebab depa dah datang awal dua hari untuk menguruskan kemasukan kenderaan rasmi polteknik ke Langkawi.  Tunggu punya tunggu lebih kurang jam 5.15 pm baru sampai.  Yang tadi dok kata kami dah on the way, aku pasti bukan on the way ke jeti tapi on the way ke tempat lain kot...seb baik ada ruhil. Sementara dok tunggu kami dan lagi lepak sambil makan sambil gosip kat kenny rogers. Selesai...

Ruhil yang selalu ada untuk aktiviti2 outdoor. Kalau takder dia, aku pun tanak p untuk aktiviti2 outdoor lagi. Ruhil ni geng sejak aku join unit sukan tahun 2006. Walaupun dah keluar dari unit sukan tahun 2009, tapi kalau ada aktiviti apa2 yang nak ajak aku, mesti ajak ruhil. Kalau tak, aku tanak ikut. Mati kutu takder geng.

Petang tu, terus p National Sailing Centre.  Bleh rujuk kat sini untuk info lanjut pasal NSC.

Esoknya, 18 Mei 2013, pagi2 lagi dah ready untuk p beli hadiah bagi cabutan bertuah.  Dari jam 9am sampai ke jam 12am kitorang dok kat Idaman Suri. Bleh agak la kan, hadiah apa yang kitorang beli unuk cabutan bertuah.

Den tunggu peserta sampai kat Jeti Kuah.  Petang tu lepas lunch, kitorang disambut dengan hujan yang sangat lebat beserta angin puting beliung.  Tengok video kat bawah:



Malam tu, semua peserta tidur di asrama National Sailing Centre (NSC). Urusetia semua di Simfoni Resort sebab bilik di NSC dah takder yang kosong.  Bangunan NSC dan Simfoni Resort sebelah menyebelah. So bleh jalan kaki ja.
 Simfoni Resort Langkawi
Simfoni Resort ni jenis penginapan apartment. Ada dua bilik so bleh masuk 4 orang.

Hari pertama, semua peserta diberikan latihan water confident dan pengendalian kayak.  50% daripada peserta tidak pernah berkayak langsung.  Satu cabaran buat peserta dan urusetia menanti esok!

Cerita selanjutnya....esok dan hari yang mendatang.

Wednesday, June 05, 2013

Kursus dan Langkawi

18 - 22 Mei 2013
KURSUS PEMBINAAN PASUKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK KPT

Tajuk adalah dirujuk.
Aku adalah salah seorang AJK. Tugas yang didaftarkan:  Bendahari.
Tugas sebenar:  semua kerja yang diarahkan oleh Pengarah Program.


Yang baju hijau adalah pengarah program:  Encik Abdul Aziz bin Ishak

Yang berbaju biru di hadapan:  Pengarah Politeknik Seberang Perai:  Tuan Haji Zulkifli bin Ariffin

Yang berada di belakang:  semuanya orang kuat program yang sama2 menjayakan program ini.

Program ni disertai oleh YDP MPP setiap politeknik semalaysia.  Seorang wakil dari setiap politeknik.  Tanpa mengenali rakan, buddy, perangai, ragam setiap kawan, mereka perlu melalui program yang telah diatur sepanjang 5 hari.

Hari pertama:  18 Mei - Ketibaan di Pulau Legenda Mahsuri. Aku p awal sehari, nak uruskan majlis penutup. Banyak urusan pengurusan yang perlu diselesaikan.

Hari kedua:  Peserta berkayak ke Selat Panchur.  Sangat mencabar, hanya ada air laut, air terjun, pantai dan pokok di Selat Panchur.

Hari ketiga:  Berkayak ke Pulau Tuba.  Xtvt bersama penduduk di Pulau Tuba.  Beach Cleaning.

Hari keempat:  Berkayak pulang ke National Sailing Centre.  Malam majlis penutup bersama YB Nor Saidi bin Nayan.

Hari kelima:  Balik.

Hari keenam:  aku cuti.

Cerita lanjut, tunggu entri seterusnya.

Friday, October 05, 2012

Mari Menulis

Assalamualaikum....

Minggu lepas, kami ada bengkel penulisan ilmiah.  Speaker adalah Dr. Fadzila Azni Ahmad dari USM.
Dr kata nak menulis kita kena mula, bukannya fikir dan fikir. Idea tu selalunya mmg ada tapi nak terjemahkan dalam bentul penulisan belum tentu sat perkara yang mudah.

Hampa ingat senang nak suruh orang menulis. Nak tulis karangan sekolah dulu pun jenuh aku dok kutip duit syiling Pakdaq (baca sebagai aku mengepow!) untuk cukup RM2.50 sebab nak beli Dewan Siswa. Aku suka baca rencana dan cerpen dalam dlm dewan siswa tu. Banyak bagi idea untuk aku menulis karangan. Paling aku suka tulis karangan yang berbentuk pengalaman la. Contoh tajuk karangan "Anda menyertai perkhemahan Pengakap Kelana Peringkat Kebangsaan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ceritakan pengalaman anda ketika menghadiri perkhemahan tersebut." Aku cukup suka tajuk karangan macam ni. Siap aku imagine dok dalam khemah dan cikgu mai panggil untuk buat aktiviti segala. Siap aku buat dialog lagi.
Salmah:  Mari kita pergi makan.
kawan Salmah:  Mari.

Imaginasi ni semua dari Dewan Siswa dan buku cerita yang aku baca. Hehehehe..

Dr. pesan sebelum kita buat penulisan ilmiah kita kena latih diri untuk tulis secara santai.  Ayat2 skema payah la nak sebati dalam diri aku ni.  Tak reti den.  Dr. kata permulaan yang paling santai adalah tulis dalam blog.  Nobody know who you are. So ko boleh tulis apa yang nak ditulis. Kalau nak share pengalaman dan ilmu pengetahuan lagi bagus.

Dan sorang dari kawan aku dah sahut cabaran ni....

Boleh lawat blog dia...

http://ajourneyofsue.blogspot.com

Bila dah selesa menulis, mana tau kita ada rezeki untuk menjadi kolumnis dalam majalah atau suratkhabar.  Dan insyaallah lepas ni boleh tulis tesis untuk sambung belajar Ph.D.

Tahniah buat kawan2 yang dapat sambung study....:
Faizah Sahbuddin
Nazri (suami Faizah.  suami isteri dapat...tahniah)
Kay
Kak Norhatizal


Sebelah Faizah tu Solehah. Dia pun dah sambung belajar kat UKM.  Jeles ahkak.
Tahniah untuk semua dan semoga Allah mempermudahkan semua urusan ketika belajar nanti.
Amiin.....

Wednesday, February 17, 2010

Semoga Allah Merahmati Hambanya

Al-kisahnya, bilik kitorang wat mentor mentee dalam hal2 bday ni. Contohnya ai kena bagi hadiah kat Kak Liza n Kak Liza lak kena bagi kat Oya. Macam tulah konsepnya dan ada nilai par yang ditentukan. Sapa nak bagi lebih dari nilai par yang ditetapkan, adalah sangat dialu-alukan. Dengar tu Kak Imah, leh aplikasikan masa nak kasik hadiah kat ai tau....hehehehe....



Dan Rabu lalu (11 Februari), merupakan bday Kak Imah yang ke___? Sila isikan tempat kosong dengan angka yang digemari. :-). Kak Imah ni merupakan Ketua Program Kursus SPK (tetiba jer ayat ai jadi baku habes...skema jer). Mentornya adalah Kak Mijat aka Puan Rosmizar (merangkap Ketua Program DLS)....so baru kena geng...sama2 ketua dapat mentor menteenya.



Sebelum Kak Imah terkezut ngan kejutan bday dia, Kak Mijat ke hulu ke hilir cari lighter....almaklumlah takder sorang pun smoking kat dalam bilik tu...dah semuanya pompuan. Kak Mijat yang pakai spek bertudung kelabu. Yang comel sebelah Kak Mijat tu, gadis bertudung biru tu Oya atau Su atau Suraya. Boleh pilih nak panggil yang mana satu.



Oya, Is (tudung hijau muda) dan Su (tudung biru gelap) dok membizikan diri untuk susun atur lilin atas kek. Ai tolong ambil gambar jer. Dah selesai semua planning, baru kol Kak Imah n masa Kak Imah turun terkezut dia, siap padam2 lampu gitu.....mmg kalau benda yang tak dijangka, ke'terharuan' dia lebih sket...tacing jer rasa....



Yang bertudung hitam dan berbaju hitam, corak gold2 tulah Kak Imah aka Puan Sarimah. Tiup lilin tu Kak Imah, jangan tak tiup. Yang kat belakang tu, konon2 tepuk tangan tapi sebenarnya tunggu nak makan kek tu...hehehe...ampunnnnnnn........



Jom serbu kek!!!!!!!!



Mentor dan mentee bermesraan, bersuapan gitu.



Jom kita tengok apa hadiah Kak Imah dapat...



Jeng..jeng...jeng....jar isi kueh raya. Happy jer muka masa dapat hadiah ni. Kak Imah, kalau nanti masa raya kalau ada kuih yang best2 Kak Imah isi la penuh2 bawak ke bilik kitorang nih.....kecik tapak tangan nyiru kami tadahkan...kan Kak Imah pandai masak... peace.. (^_^")



Masa ramai2 dok nyanyi bagai tuk Kak Imah, si Has ni menghilang ke mana ntah...ada kelas kot. So dia paksa untuk ai tulis caption, Has yang tertinggal...hehehe.....tapi takper kek ada lagi, so boleh suapkan kat bday girl. Kena panggil bday girl ke bday woman?? Konpius nih!



p/s: Ari tu, Kak Imah masakkan nasi lemak untuk kitorang satu bilik...sedap sangat. Kak Imah kalau masakkan nasi goreng pun sodap, bihun goreng panas2 lagi sodap!!! So pertanyaannya pengakhiran cerita, bila lagi nak masakkan kat kitorang ~lalalalala~

Wednesday, December 30, 2009

GULA-GULA SEMANIS TUAN



Senin, ai masuk opis 7.30 am...saja nak gitau ai masuk awal. Huhu *riak sambil kembang2 hidung*


Tengok Oya (geng masuk 7.30 am), dok agih2kan ole2 yang dia bawak balik dari Indonesia. Last week Oya bercuti seminggu p Bandung dan Jakarta. Seb baik ada ole2, kalo dak takmo kawan. Mesti Oya kata hekeleh.....'gua tarak heran!!!!'.....


Kat bawah ada rupa paras Oya...jom cekidaud.

Oya n Cik Bah bersama Nur Arissa yang comel (pinjam anak Anirah, opismate ai)


Close-up Oya n Nur Arissa. Dalam hati Nur Arissa, 'comelnya makcik ni, sama comel cam aku'.


Salah satu ole2 Oya. Bukan tak pernah tengok sweet tapi suka dgn kreatif dan pemikiran kritis usahawan depa.


Rupa paras sweet dari depan. Takder yang luar biasa.

Bila dialihkan ke belakang, rupanya ada kata2. Ai dapat Teganya dan Jangan Gila Donk. Ai belum gila cuma sasau tidoq tak cukup akibat main game tak sedar diri sampai kol 3 pagi. Sangat membuang masa!!!


Pastu terus, p kutip semua sweet atas meja orang lain nak tengok depa dapat kata2 apa. Setiap satu semuanya kata2 yang berlainan. Senang nak buat kerja sebab orang lain masuk kol 8.00am dan 8.30am. Lagipun ramai yang cuti....hehehe...kalo hilang bukan ai yang curi sweet tu, cuma pinjam amik gambaq jer.


Bestkan ada pembalut sweet macam tu. Bayangkan kat zaman sekolah menengah n ai ada suka seseorang (gila gediks ini pompuan), then beli sweet yang ada tulis "I Like You" ka atau lagi best "Be My Love"...dah bagi kat mamat yang disukai lagi dichentai terus jalan laju2. Takut kena reject, takleh trima kenyataan ai kalo kena reject terang2an.


Atau gaduh ngan bespren, wat2 bg sweet yang ada tulis "I'm Sorry" atau "Sabar"... dengan sweet ja dah boleh menyampaikan maksud. Best tu sbb kadang2 dengan percakapan, orang bleh translate menda lain. Kita marah kat orang lain, dok p nyampai kata kita marah kat orang lain plak. Bukan senang nak kenal orang sebab rambut sekarang dah tak sama hitam....tetiba out of topic...


Atau, ada member nak p interview, kita bagi "Don't Worry" dan "Tingkatkan Prestasi". Oya gitau, ada pembalut gula2 yang dia wat dialog box (cam dalam majalah kartun tu) then kita boleh tulis kat dalam dialog box tu apa yang kita nak. Contoh menyampah giler dengan mamat yang suka tepon ko tengah2 malam, gi letak kat cermin keta dia banyak2 sweet n tulis kat situ "Bleh Blah la Ko" atau "Ko Tepon Lagi" sambung (sbb dialog box dia kecik) "Aku Repot Kat Penghulu"


p/s: Bila ada orang nak bagi sweet kat ai, yang ada tulis "Jom P Makan Sebab dah Kol 12"......lapaqqqqqq weiiiiiiiiii.....

Monday, December 28, 2009

SELAMAT TINGGAL vs GOOD LUCK

Sebelum berlabuhnya tirai 2009, Dept ai wat jamuan akhir tahun.

Ceta sket cemana peel sal jamuan kat Dept ai. Setiap bulan ada wing2 punya giliran utk wat jamuan. Wing Dba patut wat November tapi tak sempat. Wing ai bulan Disember, so kitorang gabung2 dua2 sekali. Orang yg sama gak nak makan pun. Campur bajet dari Kelab Staf rangkum sekali ngan Jamuan Akhir Tahun.



Agenda utama:
1) Mengenyangkan perut yang lapar
2) Menambahkan lemak2 yg sedia ada
3) Beramas mesra dgn ahli-ahli dalam jabatan memandangkan satu jabatan tapi opis tak setempat
4) Meraikan ahli yang makin tua umurnya.
4) Meraikan ahli yang dapat further study.

(sebut ahli...cam ahli sunnah al jamaah ja...)



Lokasi Jamuan: Warung Paksu Bagan Nyior, Kuala Juru. (peta: rujuk GPS anda).
Masa: 2.30 ptg (bertolak) - 5.00 ptg

Menu Utama: Nasi putih, ketam masak berlada, udang goreng kunyit, ikan bakar + air asam

Pelengkap menu: Air oren asli (baca sebagai jus oren) dan buah tembikai

Pelengkap menu tambahan: 2 biji kek yang sangat cantik rupa paras dan sedap dimakan. Disponsor oleh Hajjah Danizah.

Sebiji lagi takdan nak ambik gambaq. Sebab dah 'ter'lepas masuk perut!



Situasi 1) Sebelum Makanan Sampai

Kakyam antara senyum dan tidak. Dah kol 3.00 ptg tak makan lagi weiii. Urat2 senyum pun takder semangat nak wat keje.


Azie dan Su: Pinggan kosong ja??? Isinya mana???



Situasi 2: Semasa Makan

Sambil makan, dengaq2 jugak apa yang orang dok bercakap kat depan. Tapi tangan still kopek ketam kan Kak Liza?


Kakyam dah boleh senyum sampai nampak lesung pipit!



Situasi 3: Selesai Makan

Lekat minyak la plak kat tangan Su. Lap dulu la ngan tisu sebelum basuh tangan.


Hambek ko! Kenyang sampai terlena!! Sedap kan masakan dia Kak Mijat....sehingga menjilat jari wa cakap lu....



Kesimpulan:

Licin liap...lagi mau tanya!!!



Situasi 4: Selepas semua ahli-ahli kenyang

Paparazi 1, datang mengambil repot....hehehe, ampun dba.....kalo nak tgk byk lagi gambar n cerita sal majlis ni, leh terjah kat DBA n NORIS punya blog.


Acara penyampaian hadiah kepada yang sudah ckp usia dan bertambah kerut segaris di dahi!!!


Last but not least, ucapan dari Kak Su Amin yang akan menyambung silaturrahim.....opppsss sambung study (PhD) di UiTM Shah Alam.

Buat Kak Su: Moga dipermudahkan semua urusan dalam pembelajaran dan urusan ketika menempuh alam sebagai pelajar kelak.



p/s: Bagi yang nak kontek Warung Paksu untuk tempahan sila check talian dalam gambaq ni...Nak tanya direction pun bleh.

Wednesday, December 16, 2009

PUNYA LA BANYAK KEJE TAPI........



Rini ai dapat paper lagi untuk marking. Kata cikgukan, harus la ada paper nak kena marking. Dgn bersemangat waja ai bawa balik umah n pasang niat nak marking.



Cubaan pertama: Misi gagal sbb tertidur depan tv. Terjaga kol 9.45pm, layan citer Riang Tirana, pastu citer Suraya plak. Last sekali Simpang Empat. Sila salahkan rancangan tv (xcuse takwat keje). Diri sendiri punya salah tanak ngaku...(^_^")


Cubaan kedua: Dah kol 11.00, mula dgn wat air Coffeemix 3 in 1 . Ambik mood. Berjaya marking soalan 1, then tertengok tv...TER lah sangat kan.


Ter lah sangat tgk tv...walhalnya remote control tu sentiasa ada kat tepi.



Alamak citer hindustan kat TV9. Meh layan sat, take 5 lepas bjaya marking soalan 1. Take 5 menjadi TAKE 60 minutes.


Bukan best sangat pun tapi tunggu sampai abes. Salman Khan berlakon. Tajuk Tumko Naa Bhool Payenge. Dia pegang 2 watak, satu Ali an satu lagi Vir. Byk nak komen sal movie ni terutamanya ttg agama. Tapi malas n ngantuk.


Lagu di leh tahan. Sila layan...kalo opis uols block youtube cam opis ai so nampak kotak putih jelah. Sanggup ai cari lagu2 best. Ni dia






Wednesday, December 02, 2009

KALAU ADA SUMUR DI LADANG....



Ari ni, my Pengarah dah sibuk2 mengemaskan barang2 utk berpindah. Barang2 pun dah diangkut nek lori. Beliau berpindah ke Politeknik Jeli Kelantan. Sedar tak sedar dah empat tahun beliau berkhidmat di PSP. Banyak pengalaman , cerita, suka duka yang dikumpul selama 4 tahun ni.



Selama ai keje di PSP baru 2 pengarah ai berkesempatan utk bekerja bersama. Pengarah yg 1st, Puan Ashah, ai just kenal dia as Pengarah dan jarang sekali nak berjumpa atas urusan rasmi jauh sekali urusan peribadi. Lagipun takder hal penting ai takkan jejak kaki ke situ....pejabat pengarah seram sket nak jejak. Tatau la sal pa, mungkin masa tu baru keje, masih takut2, tak konfiden dan mcm2 perasaan. Cuma yg ai sgt pasti, Pn Ashah sgt bersemangat ttg sukan. Masa ai jd pegawai pengiring di MSP 2004 di Arau, Perlis dan MSP 2005 di Kota Bharu Kelantan, beliau mmg jenis yang turun padang. Setiap venue pertandingan, beliau akan mlawat dan masa tu lah merasa beramas mesra ngan pengarah...awwww gitu.....



Ni Pengarah yang ke-2, Tuan Haji Azahan bin Othman.


Byk perkara yang ai belajar dari Tn Hj. Seingat ai, 1st time ai jumpa Tn Hj, masa tu Wan nak wat projek yg melibatkan Kementerian Pengguna, nak dapatkan approval projek, so bw project paper nak bincang ngan Tn Hj. Wan takut nak p sorang, ai sekadar peneman ja.


Then ai dapat offer utk jd SU Unit Sukan (Julai 2006). Start dr tu, ai byk kena jumpa Tn Hj sbb byk memo utk Tn Hj tandatangan. Tn Hj ni dikenali dgn keterbukaan dia, sng nak communicate. No. tepon pun dipampangkan kat depan gate poli, supaya senang sapa2 nak contact atau nak ngadu masalah ttg students etc. Pastu jenis yang bersemangat waja.....Kalo jumpa Tn Hj petang2 utk dptkan tandatangan memo....ai mmg dah berserabai giler sbb tak larat (konon bz byk keje yg tak larat bagai...), msti dapat ayat ni dari Tn Hj...


Tn Hj : Napa Zah, nampak letih ja.

Ai: Biasa la Tn Hj, dah ptg (nak gitau betapa tak ngelatnya ai wat keje sampai penat ke petang.... :))

Tn Hj: Saya takder masalah ngan petang, semangat lagi nih!!!!


Dalam hati.. Tn Hj keje dlm ekon...saya ni berpanaih tau!!! dah la Unit Sukan tu takder PAR (kerani), saya la kerani, opis boy, tea lady, tukang sapu sampah....macam benar ai wat semua keje tu!!!! hahaha



Masa ni ada kusus SMD. Tn Hj mmg rajin turun padang, rajin ronda sekeliling poli. Kalo ada kusus n berkesempatan msti nampak muka Tn Hj nye.


Bukan senang nak jadi ketua. Masa mula2 dulu, byk gak yg ai tak puas ati tapi bila difikirkan, Tn Hj kena pikiaq utk 1 poli, ai cuma pikiaq ai punya unit ja. Pasti ada kekurangan tapi kekurangan tersebut cuba utk disempurnakan. Kadangkala kita tak nampak apa yg cuba diperbaiki sbb kita tak cuba pun utk berpikir ke arah yang ketua kita sdg fikirkan. Yg kita fikirkan kita berada di 'comfort zone" n kita tanak beralih walau sejengkal pun.



(Kompom, ai makin gemuk...tetiba ja)...


Terima kasih buat tn hj, bagi ai peluang utk belajar di unit sukan sambil menanggung kerja Ketua Kursus selama 2 thn. Perit jerih itu memberikan pengalaman yang tak terhingga dan tak mungkin dapat dikutip di mana-mana pun. Apatah lagi kalau nak beli di kedai Ah Kow kat simpang 4 kampung ai.


Byk kata nasihat serta kisah tauladan yang Tn Hj sampaikan, insyaallah akan dijadikan tauladan. Ai sgt kagum dgn daya ingatan Tn Hj, yg boleh ingat setiap nama staf yg penah berurusan dengannya. Ai setakat boleh ingat muka, nama belum tentu. Kalo nak dikarang setiap masa dan detik yang dilalui dan dipelajari dari Tn Hj sampai thn depan belum tentu abes punya.






Ai n dba, tolong anto hadiah Tn Hj lepas Majlis Program Usahawan. B4 balik sempat lg berterima kasih, bermaaf bagai, tak lupa juga posing sekeping dua.


Khas untuk Tuan Haji Noor Azahan Othman:
Jutaan terima kasih
atas kepercayaan dan
Peluang yang diberikan.
Terima kasih atas segala kata nasihat
Terima kasih atas semua kata semangat
Ampun maaf atas semua prasangka
Sudi ampuni segala keterlanjuran kata
Sudi maafi atas kekhilafan yang ada

Doaku, dari kejauhan
Biar berlalu mendungnya awan
pasti muncul pelangi jaminan
Ku percaya segunung harapan
Pasti muncul di hadapan Tuan....


p/s: Allah Maha Mengetahui setiap gerak laku hambanya yang melata di muka bumi ini.






Saturday, November 14, 2009

TQ MY LALING.....

Semalam, Jumaat dari kol 2-4 pm ada Solat Hajat n Ceramah Motivasi, anjuran Jabatan Perdagangan (JP). Sasaran peserta students JP tapi ada gak students jabatan len yang mai secara sukarela. Tujuan untuk persediaan final exam yang akan datang menjelang awal Disember ni.

Ai p nyibuk gak sbb Dba ajak, tupun dah kol 3 lebih2. Kunun nak p solat hajat sekali, tgk2 jam dah kol 2.30pm. Ralit sgt ngadap komputer, gitulah kekdahnya.


Cikgu Wan yg bz kira duit makan dan minum peserta

Awat jumlah dia asek tak sama setiap kali kira....????

K dah selamat. Duit ni nak bayar kat caterer, makanan dah sampai tapi sebab duit tak cukup tu yang hold tak bayaq lagi. Pastu kira lagi....mujuq cukup.....yuran RM2 ja, tu yang pening nak kira duit RM1 berkeping2. Nasib caterer tu la dpt duit RM1. Tapi depa suka sbb senang buat duit tukaq nanti


Ai n Dba yg tak membantu Cikgu Wan kira duit...tolong temankan ja dia ...... ^_^


Pas semua majlis abes, Dba ajak ai naik p opis dia. Nak tunjuk baju baru beli katanya.

Naik2, dia kuar sepasang jubah (half jubah) ngan kain warna kelabu

Jubah ni labuh melebihi lutut, kain dia sama warna cam baju, kain bentu A shape.

Kerawang kat leher


Corak yang simple kat baju tapi menarik

Design kat tangan


Dari angle yang beza utk design di tangan

Pastu dia soh ai try, mmg ngam2 saiz ai. Dia kata "aku takleh kalo dah beli tak sabaq2 nak bagi!!"

Ropanya hadiah utk besday ai. Speechless waktu tu tatau nak kata apa. Ekceli besday ai lagi 10 hari. Tapi pangai kami sama ja, kalo beli hadiah awai kena bagi awai....ketaq kepala kalo simpan lama2 (istilah menggambarkan ketidaksabaran nak wat sumting).

To my beloved fren, Dba maceh bebanyak. Masa dapat hadiah tu sayu sgt sbb rasa sgt2 terharu lagi tak disangka2. Sebenarnya hang tak kecik ati n bleh terima aku sebagai kawan, aku dah sgt bersyukur sbb aku ni byk kekurangan. Thanx hadir dalam hidup aku sebagai seorang sahabat susah dan senang.

p/s: Di hujung2 usia sekiranya masih ada kawan yang menganggap kita sebagai seorang sahabat baik itu adalah kurniaan Allah yang Maha Hebat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails