Ads @ ACHIQUE


Wednesday, December 02, 2009

KALAU ADA SUMUR DI LADANG....



Ari ni, my Pengarah dah sibuk2 mengemaskan barang2 utk berpindah. Barang2 pun dah diangkut nek lori. Beliau berpindah ke Politeknik Jeli Kelantan. Sedar tak sedar dah empat tahun beliau berkhidmat di PSP. Banyak pengalaman , cerita, suka duka yang dikumpul selama 4 tahun ni.



Selama ai keje di PSP baru 2 pengarah ai berkesempatan utk bekerja bersama. Pengarah yg 1st, Puan Ashah, ai just kenal dia as Pengarah dan jarang sekali nak berjumpa atas urusan rasmi jauh sekali urusan peribadi. Lagipun takder hal penting ai takkan jejak kaki ke situ....pejabat pengarah seram sket nak jejak. Tatau la sal pa, mungkin masa tu baru keje, masih takut2, tak konfiden dan mcm2 perasaan. Cuma yg ai sgt pasti, Pn Ashah sgt bersemangat ttg sukan. Masa ai jd pegawai pengiring di MSP 2004 di Arau, Perlis dan MSP 2005 di Kota Bharu Kelantan, beliau mmg jenis yang turun padang. Setiap venue pertandingan, beliau akan mlawat dan masa tu lah merasa beramas mesra ngan pengarah...awwww gitu.....



Ni Pengarah yang ke-2, Tuan Haji Azahan bin Othman.


Byk perkara yang ai belajar dari Tn Hj. Seingat ai, 1st time ai jumpa Tn Hj, masa tu Wan nak wat projek yg melibatkan Kementerian Pengguna, nak dapatkan approval projek, so bw project paper nak bincang ngan Tn Hj. Wan takut nak p sorang, ai sekadar peneman ja.


Then ai dapat offer utk jd SU Unit Sukan (Julai 2006). Start dr tu, ai byk kena jumpa Tn Hj sbb byk memo utk Tn Hj tandatangan. Tn Hj ni dikenali dgn keterbukaan dia, sng nak communicate. No. tepon pun dipampangkan kat depan gate poli, supaya senang sapa2 nak contact atau nak ngadu masalah ttg students etc. Pastu jenis yang bersemangat waja.....Kalo jumpa Tn Hj petang2 utk dptkan tandatangan memo....ai mmg dah berserabai giler sbb tak larat (konon bz byk keje yg tak larat bagai...), msti dapat ayat ni dari Tn Hj...


Tn Hj : Napa Zah, nampak letih ja.

Ai: Biasa la Tn Hj, dah ptg (nak gitau betapa tak ngelatnya ai wat keje sampai penat ke petang.... :))

Tn Hj: Saya takder masalah ngan petang, semangat lagi nih!!!!


Dalam hati.. Tn Hj keje dlm ekon...saya ni berpanaih tau!!! dah la Unit Sukan tu takder PAR (kerani), saya la kerani, opis boy, tea lady, tukang sapu sampah....macam benar ai wat semua keje tu!!!! hahaha



Masa ni ada kusus SMD. Tn Hj mmg rajin turun padang, rajin ronda sekeliling poli. Kalo ada kusus n berkesempatan msti nampak muka Tn Hj nye.


Bukan senang nak jadi ketua. Masa mula2 dulu, byk gak yg ai tak puas ati tapi bila difikirkan, Tn Hj kena pikiaq utk 1 poli, ai cuma pikiaq ai punya unit ja. Pasti ada kekurangan tapi kekurangan tersebut cuba utk disempurnakan. Kadangkala kita tak nampak apa yg cuba diperbaiki sbb kita tak cuba pun utk berpikir ke arah yang ketua kita sdg fikirkan. Yg kita fikirkan kita berada di 'comfort zone" n kita tanak beralih walau sejengkal pun.



(Kompom, ai makin gemuk...tetiba ja)...


Terima kasih buat tn hj, bagi ai peluang utk belajar di unit sukan sambil menanggung kerja Ketua Kursus selama 2 thn. Perit jerih itu memberikan pengalaman yang tak terhingga dan tak mungkin dapat dikutip di mana-mana pun. Apatah lagi kalau nak beli di kedai Ah Kow kat simpang 4 kampung ai.


Byk kata nasihat serta kisah tauladan yang Tn Hj sampaikan, insyaallah akan dijadikan tauladan. Ai sgt kagum dgn daya ingatan Tn Hj, yg boleh ingat setiap nama staf yg penah berurusan dengannya. Ai setakat boleh ingat muka, nama belum tentu. Kalo nak dikarang setiap masa dan detik yang dilalui dan dipelajari dari Tn Hj sampai thn depan belum tentu abes punya.






Ai n dba, tolong anto hadiah Tn Hj lepas Majlis Program Usahawan. B4 balik sempat lg berterima kasih, bermaaf bagai, tak lupa juga posing sekeping dua.


Khas untuk Tuan Haji Noor Azahan Othman:
Jutaan terima kasih
atas kepercayaan dan
Peluang yang diberikan.
Terima kasih atas segala kata nasihat
Terima kasih atas semua kata semangat
Ampun maaf atas semua prasangka
Sudi ampuni segala keterlanjuran kata
Sudi maafi atas kekhilafan yang ada

Doaku, dari kejauhan
Biar berlalu mendungnya awan
pasti muncul pelangi jaminan
Ku percaya segunung harapan
Pasti muncul di hadapan Tuan....


p/s: Allah Maha Mengetahui setiap gerak laku hambanya yang melata di muka bumi ini.






5 comments:

  1. ni la Tn Hj Azahan yg letak no dia kat depan pintu gate poli tue..ni baru 1st time tgk ghupenyer..sbb saya xsempat pun dgn dia..tukar pengarah baru, saya pun dah habis study kat poli.
    Ape2 pun..Semoga beliau berjaya meneruskan kecermelangan PSP di Politeknik br dia nanti..Aamin..

    ReplyDelete
  2. Fiza, saya rasa kamu sempat la ngan Tn Haji. Shadira sempat nyanyi tuk konvo yg kita wat di USM tu so maksudnya Fiza pun ada sekali la. Smlm saya belek2 gmbr dinner pra graduan, tgk gambaq kelas, saya miss zaman dolu2. Mana pegi semua kawan2 yg len?

    ReplyDelete
  3. Cik azizah...betul tn.haji azahan mmg spoting abis kan...
    x kisah pun klu ader student jumpe dia terus...
    pas tue dia pun sll bg nasihat kan...susah nak jumpe pangarah cam nie kan...sll turun padang klu ader program...
    Mesti pas nie dah lain keadaan poli kan...
    erm...Rindunye nak blk poli....

    ReplyDelete
  4. Sara: Doakan yang terbaik utk semua warga poli bg masa yg akan mendatang. Amin

    ReplyDelete
  5. hehe.. agak2 kita dpt pengarah yg hensem n sporting mcm tuan haji ni tak nanti? aku mmg sgt kagum biler dia boley hapal nama semua staf termasuk la aku yg tak brp glamer ni.. n satu lg kelebihan dia ialah dia boleh memintas semua idea n pandangan kiter spy kiter berpikir semula idea kiter tu.. aku salute sungguh! mudahan dia beroleh lebih keberkatan di tempat baru.. janji Allah kita tak tau.. Amin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails