Gambar diambil dari http://melayuboleh.8forum.net/gambar-melayu-boleh-f11/gambar-pemandangan-yang-menarik-t31.htm
Rentetan dari video di bawah.
Adakah uols telah bersedia sekiranya ditanya tentang agama uols.
Tgh sembang, then member u (bukan muslim) tanya,
"why uols muslim kena sembahyang 5 kali sehari. Penat ooo, byk kali kena smbhyang."
Pastu soklan ke-2, "puasa cemana. Tak rasa nak mati ka, makan tak bleh, minum pun tak bleh".
Soklan ke-3, "Muhammad tu sapa? Bagus sgt ka dia bleh jadi Nabi. Cemana jadi Nabi, boleh mohon melalui borang ka?".
Soklan2 di atas bukan rekaan semata2. Ai pernah ditanya masa wat facial. Nak jawab pun takleh sembrono. Jenuh berpikir supaya jawapan yg diberi tidak mencerminkan yang kita hanya Islam pada nama tetapi tidak tahu tentang erti Islam yang sebenarnya.
Apakah maksud Islam dalam kehidupan? Mereka mahu tahu kenapa muslimah perlu memakai tudung. Kalo dijawab menutup aurat dan mengelakkan dari niat jahat orang, ada lagi soklan power, " Kalo camtu kenapa yang pakai tudung pun kena rape?".
Sebaik-baiknya kajilah tentang Islam dan kaitkan dengan sains. Sebab secara saintifik lebih mudah untuk diterangkan. Contohnya tentang amalan solat dan puasa. Banyak benefit tentang solat dan puasa yang dapat dibuktikan dari segi saintifik. Allah itu Maha Berkuasa dan manusia diturunkan ke bumi Allah untuk menjadi khalifah. Sama ada khalifah bagi kelompok yang besar atau khalifah kepada dirinya sendiri kerana diri sendiri merupakan insan yang paling sukar untuk dipimpin.
Setiap individu Islam perlu bersedia dengan sebarang soklan yang bakal ditanya mengenai agama iaitu Nur Islam. Dan sekiranya uols dapat jawab dengan baik dan berjaya meyakinkan orang yang bertanya, mungkin Allah buka pintu hatinya untuk memeluk Islam dan Insyallah ulos juga akan mendapat pahala apabila dia memeluk Islam. Berdakwah bukan semestinya dengan duduk di Masjid dan Surau serta berpakaian jubah dan serban. Jadikanlah ibadah dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Oleh itu kefahaman dan amalan uols sebagai muslim sangat penting. Yang menjadi guru atau pendidik, lagi perlu bersedia kerana pelajar2 terutamanya yang beragama Kristian suka memerhatikan perilaku dan cara hidup muslim serta suka berdebat tentang agama.
Sekiranya kita tak dapat menjawab, kita dan agama kita akan diperlekehkan. Kita sama-sama memegang amanah sebagai seorang muslim maka peganglah amanah tersebut dengan baik dan laksanakan tugas dengan cemerlang. Semoga Nur Islam sentiasa menerangi kehidupan kita dan dirahmati serta diberkati oleh Yang Maha Esa dalam setiap perbuatan. Amin......

No comments:
Post a Comment