Ads @ ACHIQUE

Friday, February 21, 2014

Sekular @ Sekularisme?

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini.

Last entry 13 Jun 2014...sekarang dah 21 Februari 2014. Dah melangkah tahun lain baru nak update. (betapa rajinnya tuan tanah ni kan)...

Status pun dah berbeza masa menulis sekarang dengan last entry. Dulu keje...sekarang belajar.

Apa2 pun mendoakan yang terbaik untuk setiap saat bernafas di muka bumi ini....alhamdulillah. Sebenarnya banyak sangat nak share tapi malas sangat nak tulis.  Belajar kat tempat baru, aku dikategorikan geng kakak2. Adik2 yang lain umurnya dalam 24-26. Comel-comel je. Lepas habis kelas, diorang lepak sekali, gi jalan cari barang kat shopping complex or fast food restauarant.  Geng kakak2 dah sibuk nak balik, nak baring atas katil.  Allah dah mula ambil sedikit nikmat yang diberikan kepada kita dulu. Muda lawannya tua.

Nak citer sikit pasal sekularisme. Dah 30 tahun lebih aku hidup atas muka bumi ni dan belajar kat sekolah rendah, menengah, matrik, universiti aku disogokkan dengan pelbagai ilmu tapi kita gagal untuk kaitkan ilmu dengan agama. Contohnya belajar subjek statistik....belajar pasal mod, median dan min tapi apa kegunaannya untuk kita hidup sebagai orang yang betul2 menggunakan ilmu yang selaras dengan kehendak agama Islam.  Pengertian Islam adalah sangat luas iaitu merangkumi Akhlak, Aqidah dan Syariah (Muamalat dan Ibadah). Lengkap dari segala sudut dan untuk menyatukan agama dalam setiap pembelajaran yang ada adalah satu perjuangan yang sukar.  Namun sukar itu bukan mustahil. Sama2 gembelingkan tenaga, doa kerana Allah yang memberi segala kemudahan.

Dan kerana terlalu lama berada dalam pendidikan sekular (agama dan urusan kehidupan dipisahkan) maka kadang2 aku sendiri pun terbabas.  Contohnya kita selalu dengar dalam ceramah agama tentang amanah. Amanah bukan bererti masa kita pegang jadi ketua atau jadi bendahari. Hari ni kawan aku kata aku ada melakukan kesilapan masa pendaftaran pelajar. Maaf atas kekhilafan dan terima kasih untk sahabat yang membantu membetulkan keadaan. Ini pun boleh dikira amanah....mungkin pada masa tu aku tak teliti (dah jadi kurang amanah).

Amanah bila jadi seorang yang makan gaji dan pendidik adalah sangat besar. Kita dikehendaki datang kerja jam 8 - 5. Maksudnya kena ada kat office time tu..kehadiran secara fizikal diperlukan kecuali time rehat. Dan bila telah ditetapkan dalam jadualwaktu kita perlu masuk kelas 3, 4 atau 5 jam seminggu, kita perlu untuk laksanakan. Gaji dibayar atas tugas yang telah ditetapkan. Semoga gaji itu adalah halal dari segi masa dan amanah yang diberikan. Insyaallah. Sebelum ini, aku juga lupa dan alpa....ampunkan aku ya Allah. Apa kita nak jawab kalau Allah tanya bagaimana pengisian kita kepada pelajar kita. Bukan setakat Solat, puasa kita sahaja yang akan disoal. Lecturer kat tempat aku belajar...aku sangat kagum dengan cara diorang. Kalau cuti yang dijadualkan, penggantian kelas mestilah sebelum bercuti bukannya selepas bercuti. Kalau kelas jam 9 pagi, jam 8.50am diorang dah tunggu dalam kelas. Dan ambil masa untuk belek2 apa yang penting untuk tujuan pengajaran. Maksudnya MASA itu juga AMANAH yang perlu kita pikul. Semoga Allah sentiasa membimbing kita menjadi INSAN yang lebih baik dan sentiasa merahmati kita dgn HIDAYAHNYA.


iklan tak berbayar....


Bangun pagi dengan sesudu besar Qaseh Gold Adinda (gabungan pemakan sunnah(....insyaallah bertenaga sepanjang hari. Sekiranya anda ada masalah sembelit, pemakanan sunnah ini boleh dipertimbangkan. Whatsapp atau wechat ke 013-4412324. Cepat sebab esok saya nak restock barang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails