Ads @ ACHIQUE


Showing posts with label Makyah. Show all posts
Showing posts with label Makyah. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

Doa Ibu

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sekiranya kita masih mempunyai mak @ ibu @ mama @ ummi @ ma atau macam2 panggilan lagi yang ada untuk mak di dunia ini.  Kalau mereka dah pergi menemui Maha Pencipta sedekahkan Al-Fatihah dan banyakkanlah berdoa untuk Allahyarhamah kerana apabila kita meninggal dunia hanya 3 perkara yang akan menolong kita:
1)  Doa anak yang soleh
2)  Harta yang disedekahkan
3)  Ilmu yang bermanfaat

Untuk yang masih hidup juga, kita boleh bersedekah Al-Fatihah setiap kali selepas solat fardhu dan doakan kesihatan dan keselamatannya.

Korang percaya doa ibu itu makbul?  Aku sangat percaya.  Sebab setiap pagi, sebelum aku p kerja masa aku salam dengan Makyah, aku mesti minta dia doakan aku selamat sampai ke tempat kerja.  Setiap kali kalau aku mintak dia doa (dia akan cakap "Ya Allah, selamatkanlah anak aku dalam perjalanannya ke tempat kerja".  Dan ada beberapa kali aku benar2 hampir accident tapi selalunya selamat.  Isnin lepas, seawal pagi cuacanya adalah hujan ja.  So pagi tu aku keluar rumah dalam 6.50 pagi, cuaca mmg gelap.  Bila tiba di satu persimpangan (simpang tiga), penglihatan mmg agak kabur, nak pasti ada kereta atau kenderaan mmg tengok lampu kenderaan tu jer. So aku rasa dah clear, aku pun keluar simpang, tiba2 datang kancil yang tak pasang lampu kereta dan sangat hampir dengan kenderaan aku tapi Allah selamatkan aku, kereta tu sempat brek.  Dah 2, 3 kali berlaku tapi Alhamdulillah selamat dan aku yakin itu berkat doa Mak.

Lagi satu kalau aku dah lewat nak p kerja sebab aku tak boleh keluar rumah lewat dari jam 6.52 pagi. Kalau lewat mmg aku akan sampai lewat, traffic dia giler jammed dengan budak sekolah, mak ayah menghantar budak sekolah, bas, kereta etc.  Kadang2 kalau aku lewat, aku soh Makyah doakan perjalanan aku lancar.  Mmg Alhamdulillah lancar jer.  Traffic hijau ja, RELA tak tahan untuk pelajar sekolah melintas dan kalaupun kereta banyak tapi perjalanan dia lancar. Takder nak sangkut jammed segala.

Masa kecik2 dulu aku rajin lawan cakap. Makyah kata jangan p, aku tetap akan p sebab Makyah tak garang so aku tak berapa takut kat Makyah. Jadi lawan cakap adalah kemestian.  Sekali tu, aku nak p jogging dengan kawan2. Makyah tak bagi, aku p jugak. Last sekali aku balik dalam keadaan kaki terhencot. Kaki aku terseliuh.  Haa padan muka aku.

Mak mmg tiada ganti.  Kita hidup senang, aman, murah rezeki mungkin doa mak atau doa orang yang sayangkan kita di sekeliling kita.

2 mak yang disayangi oleh anak2, Makyah (kanan) dan Makjah (kiri)

Friday, October 05, 2012

Happy Birthday Makyah


Assalamualaikum...

5 Oktober 2012, Makyah dah 59 tahun Masihi. Kalau tahun hijrah dah berapa ye? Cuba hampa semua kira dan bagitau kat aku ya.




Ambil gambar tangan ja, Makyah tamau pakai tudung.

Happy birthday Mak!


Semoga dipanjangkan umur dalam kerahmatan dan keberkatan dariNYA.
Diberikan kesihatan yang baik supaya dapat menjalani ibadah dengan sempurna dan menjalani kehidupan seharian dengan selesa.  Sentiasa ditemani dengan orang2 yang kasih dan sayang dengan mak.

Esok Makyah nak ajak p zoo sebab teringin nak tgk binatang2. Jom...........

Semoga Allah terus memberikan aku kesempatan dan kekuatan untuk menjadi anak yang solehah.

amin....

Thursday, April 12, 2012

Macamana Nak Jaga????

Assalamualaikum...

Petang tadi lepas kelas dalam 3 petang, aku kol Makyah. Dia kata dia dok baring sambil dok selimut.....wehhhh pehal pulak...

Sampai je rumah, lepas selesaikan apa yang patut, aku tanya Makyah kenapa dok baring tadi (dia hanya akan baring + selimut kalau dia tak sihat). Dia kata dia makan ubat kencing manis dan dia asyik nak p toilet dan pening2 macam nak jatuh.

Aku suspect paras glukos dia tinggi. Lepas dia makan nasi, aku check bacaan gula dia 20.6 (unit pengiraan kencing manis aku tak tau, so jgn tanya!)

Dia kata, lepas makan mmg la tinggi. Tadi aku kebulur tengok dia makan nasi, aku pun join...... (lari tau ai punya diet...sekarang aku tengah menyesal sebab makan nasi dan tengah minum teh hijau....kot2 teh tu boleh menyahkan lemak dalam badan aku...hahaha...makan tak agak! lepas makan mau menyesal!) Opss terbabas dari cerita asal. So untuk membuatkan dia puas hati, aku pun check paras glukos aku yang baru lepas makan nasi dua senduk (bukan 2 sudu ye!). Bacaan gula aku baru 6.2.

Makyah tak puas hati kata aku takder diabetes sbb tulah aku punya paras glukos rendah. Patutnya Makyah punya bacaan kalau lepas makan pun setakat 11-13 sudahla...boleh terima dek akal.

Ni tak lain la, dah dekat nak check up baru la dia sibuk nak makan segala ubat! Routine check up dia 24 April nih....patut la rajin menelan ubat!

Nak solat maghrib, aku tanya lagi " mak makan apa tadi?"

Makyah, "tak makan apa pun. Nasi pun petang ni baru makan".

Aku, "Ok, kalau lagu tu, nanti saya buat menu makanan mak. Pagi kena makan apa, tengahari makan apa, petang makan apa".

Makyah, "tapi tadi aku perabih buah kismis dalam balang (lebih kurang 2 sudu besar) dan aku makan buah kurma".

Aku, "berapa banyak mak makan kurma? 3 biji?"

Makyah, "lebih. dekat 10 biji kot, ntah ka lebih lagi!"

Nak tercabut cuping telinga aku! Dah pesan nabi makan kurma 7 biji sehari dan hanya minum air zam2 tapi dia tak makan makanan lain dah. Maksudnya 7 biji kurma cukup untuk tampung segala zat yg diperlukan untuk sehari. Ini makan kurma, makan nasi, makan buah epal, makan kismis, makan roti...wah....wah...wah....

Bila orang tanya...taktau la pasal apa kencing manis ni takmau lega2, walhal tak makan apa pun. Tak makanlahhhh sangattttttttt.....nanti aku nak p mengadu kat doktor Fatimah (mesti dia tak bagi aku ikut, soh aku p jemput ja bila dah habis check up!)

Macam nak angkut Makyah p pejabat sekali...senang nak pantau apa yang dia makan!

p/s: Makyah mmg bahasakan diri dia sebagai "aku" dengan anak dia yang comel lote nih. Sbb dah biasa dari kecik, bahasa itu terasa mesra bagi kami tapi mungkin kasar pada pendengaran orang lain. Tapi ai bahasakan diri "saya" dengan Makyah....hahahahaa (betul tak tipu!).


Monday, February 27, 2012

Bila Hati Berkata Part 2

Assalamualaikum...


Alkisahnya...seorang anak dan ibu pergi ke kompleks membeli belah. Si anak yang comel lagi debom berasa sangat lapar sementelah perutnya yang tak pernah kenyang. Maka mengajaklah dia akan ibunya agar pergi makan dulu sebelum meneruskan agenda membeli belah.

Ibunya berkata, " aku dah kenyang, tapi hang lapaq pulak. Jomlah makan aku temankan."
Si anak berasa sangat gembira di atas keprihatinan si ibu.
Maka pergilah ke satu restoran arab untuk makan set nasi ayam mandhi.
Sangat terujalah si anak sebab itulah pestaim dia makan kat situ.
Terbayang kelazatannya.

Setelah sampai set yang dipesan maka diambil pinggan kosong dan dibahagikan 1/3 kepada si ibu (ibunya kan dah kenyang so tak bleh la nak bahagi 1/2... :-) )
Makanlah si anak dengan lahapnya walaupun makanan yang dipesan tidak seperti yang dibayangkan. Kelazatannya tak berapa tapi bolehlah untuk kenyang. Alhamdulillah setakat itu sahaja rezekinya.

Bila melihat muka si ibu, si anaknya mula tak lalu makan. Dia buat dahhhhhhhhhhh....

Keluar dari restoran makanan arab......
si ibu berkata, " tu lah lain kali orang makan lepas shopping. Barulah selera, ni dok kenyang lagi nak makan pun tak lalu"...

Sabarlah wahai si anak....insyaallah banyak pahala di situ.

Sigh.........

p/s: Ada petua macam mana tak nak menjawab dengan mak masing2?

Sunday, January 29, 2012

Bila Hati Berkata2...

Assalamualaikum semua...

Dah makan? Dah solat?

Mulut ai asek la bersebut nak makan, kepala otak teringat2 ayam masak kicap dan asam pedas dalam periuk. Wuiiii sodapnya. Tapi bila tengok keadaan perut aku tensen...nak makan atau tak dalam dilema ja.

Eh berbalik pada tujuan asal.
Korang ada pengalaman tak dengan seseorang yang suka bercakap dalam hati tapi dia rasa macamkan dah cakap live dengan kita.

Contohnya:

Situasi 1:
Korang bawa keta (dalam keta ada lagi seorang penumpang...co pilot la tu). Den sampai kat simpang, ko tak confident nak ambil simpang kiri atau kanan. Ko tanya orang dalam keta tu, nak ambil simpang mana ni. Jawabnya,"suka hati hang la". Dan korang pun ambil simpang kiri. Tup2 sesat, bukan itu jalan yang ko cari. Alih2 orang sebelah ko dalam keta tu kata, tu la tadi kan aku dah kata ambil simpang kanan. Ko macam ???????????

Situasi 2:
Ko balik keje, sampai umah tengahari. Den letih n ko pun tido (kata nak rehat jap). Pastu petang dalam kol 6.00 petang bila ko teringat ada keje tak buat lagi, like kena p beli barang kat pekan (15 minit je dari rumah). Ko pun ajak orang rumah g pekan sekali. Den dia jawab, "tadi masa aku ajak tengahari ko tanak keluaq, ko hentam tidoq, la ni dah petang takmau la p". Bila tanya masa bila ajak p? Sebab yang aku ingat masa masuk dalam bilik, dia solat zuhur. Aku terus baring atas katil n terlelap. Bila ntah dia cakap.........tensen!!!!!!!!!


p/s: aku rasa aku kena baca telahan hati. Semuanya bila dah jadi salah aku benda tu mesti dia akan cakap "Aku kata taknak dengaq!". Tapi seriusli bila ntah dia cakap. ????


Aku nak masukkan gambar orang yang suka bercakap dalam hati tapi aku taktau kenapa dua tiga hari ni aku punya template dah takder nak addkan gamabr. Blogger.com buat perubahan ke????

Tuesday, January 10, 2012

9 Jan 2012.
10.51 am - aku dapat kol dari no yang tak dikenali. Bertanyakan "ni sapa?". Hangin tak korang kalau dapat kol macam tu. Tapi bila dia tanya kenal tak Shahar? Aku cool jap. Bila dia bagitau Shahar "dah takder" aku rasa macam jantung berhenti berdegup.

Shahar tu adalah anak kepada sepupu ak, Kaknab. Kaknab merupakan cucu sulung tokwan dan tok di sebelah abah. Shahar orangnya aktif. Main bola salah satu aktiviti dia. Dia cuma mengadu sakit dada hari Ahad lepas main bola. Katanya nak pegi klinik hari Isnin tapi nak pegi ofis dulu. Tak sempat pegi klinik, dia dah pergi menemui Maha PENCIPTA.

Masa menguruskan mayat sampailah pengebumiannya, mmg ai sebak habis. Shahar pergi dalam usia 38 tahun (baru tadi perasan bila tengok sijil mati dia). Sebelum ni dok ingat dia tu tua setahun ja dari aku rupanya dia sama baya ngan Bangah. Pemergian dia mengingatkan aku dengan pemergian abah. Sama ja, sebab pergi mereka mengejut. Kata orang dia ada sangkut paut keturunan. Aku juga perlu bersiap siaga. Lagipun mati tak mengenal usia.

Wife dia menangis kat aku dan tanya, "kenapa dia pergi cepat sangat?"
Apa yang ak boleh jawab selain "Allah lebih sayangkan dia".
Pergi Shahar meninggalkan seorang balu, anak sulung 7 tahun dan anak kedua 5 tahun. Wife dia baru ja kehilangan ibu tahun lepas. Sebak, simpati bercampur baur.

KakNab peluk ak dan kata, "Allah duga kaknab, anak bongsu mati dulu masa kaknab hidup. Dahla Kaknab ni miskin anak". Sendu aku.
Tapi dan lagi nak melawak....kalau kaknab ni miskin anak, saya lagi la miskin segala. Suami + anak pun takder. Terus senyum Kaknab.

Malam tadi balik dan berfikir satu persatu. Aku ni selalu tak puas hati dengan orang, tapi aku tak pula pikiaq yang orang tak puas hati kat aku. Walhalnya aku ni terlalu banyak kelemahan. Bila malaikat maut menjemput, dosa aku dengan semua orang hanya terampun bila depa ikhlas ampunkan aku. Tekad: mesti maafkan semua orang yang aku rasa depa salah dengan aku. Dan mesti ikhlas dengan apa ja yang aku buat sebab Allah saja yang perlu tahu.

Kita selalu lupa yang sebenarnya apa yang ada di dunia ini pinjaman sahaja. Bila kita mati tinggallah semuanya di dunia ini. Bila kita ada suami, isteri dan anak2 itu semua pinjaman sahaja. Bukan apa, ada orang pernah cakap kat aku, "rugi tau tak kahwin". Tengok aku dah ada anak 3. Yang sulung dah sekolah darjah 4 (contoh). Tapi kita memang selalu lupa itu semua pinjaman. Sekiranya Allah ambil balik maka tinggallah kebahagiaan yang kita kecapi selama ni dan yang dicanangkan kepada orang. Dan sekarang Allah angkat kedukaan kita plak. Note: Isteri Shahar tak pernah cakap macam tu kay. Jangan dibuat andaian bukan2 plak.

Apapun kita ni milik Allah s.w.t. Cukup itu. Aku sangat bersyukur walaupun aku takder suami dan anak2 tapi Allah bagi aku kebahagiaan melalui jaga mak aku. Aku tak baik mana pun, selalu jugak bertengkaq ngan Makyah tapi aku rasa Makyah sayang aku (hahaha: perasan). Kebahagiaan itu pun sementara, aku pernah cakap kalau Allah nak jemput, biarlah jemput aku dulu sebab nanti Makyah boleh tolong bacakan yasin untuk aku sebab Makyah ada banyak anak dan cucu untuk bacakan yasin untuk dia tapi aku ada dia ja. Dan of course kata2 itu dia tak suka dengaq tapi aku rasa terkesan di hati. Sebab dia kata kalau malaikat maut mai jemput dia, dia kata dia nak habaq kat malaikat maut ambik aku sekali (bergurau kasar anak beranak). Aku pun tak ingat macamana scene ni boleh terjadi tapi aku tau aku la punca sebab aku kan suka snagat provoke dia.


Ok, nak berehat sebab mata dah pedih terlampau. Aku MC sebab sakit mata....tatattaa

Saturday, October 01, 2011

SAYANG vs MARAH

Assalamualaikum....

Orang cakap marah tu tandanya sayang. Best kan if dapat jadi orang kesayangan. Pasti berbeza dari segi layanan dan perhatian berbanding orang yang biasa2.

Waktu seronok mesti best, apa yang kita buat semua terasa best. Tapi korang perasan dak, kita ni cepat jauh hati or terasa hati dengan insan yang paling kita sayang. Contohnya bila kawan2 kata kita ni banyak cakap kita tak kisah pun. Siap boleh balas lagi ayat2 yang kawan bagi....nak menang jer...darah pahlawan katakan. Tapi if insan tersayang kata kita ni banyak cakap, rasa macam jauh hati sgt.....yelah paham, kita ni banyak jer kekurangan.

Contoh ke2, if orang biasa2 di hati kata, takyah la ikut nanti tak muat nak letak barang dalam keta sebab nak beli banyak barang. Lagipun nanti penat sebab banyak tempat nak singgah. Kita pun iyakan ja...dalam hati best jugak tak ikut, boleh aku lipat baju or mop umah segala... Tapi bila orang tu kita sayang lebih sket, n dia tak bagi ikut mula la nak terasa sampai satu hari. Terus tarik muka n tanak cakap seharian. Bila orang biasa2 di hati keluar tak bagitau kita buat tak kisah ja...dalam hati, ada la kot keje dia, satlagi dia balik la. Tapi kalau orang yang kita sayang keluar tak bagitau, kita terus tambah merajuk sehari lagi...

Letih kan.....kita rasa snagat letih, tapi bila kita yang buat perangai macam tu, orang lain pulak rasa letih. Kesian kat orang lain.... :-D

Friday, September 09, 2011

Duit Raya

Ada orang bagi sampul duit raya tertera RM7,000. Ai tanya tiga kali untuk sahkan amaun. Banyak tu! Orang tu mengangguk untuk mengiakan pertanyaan ai.

Tak puas hati ai kira. Jumlah dalam sampul RM700.00

Pengsan!......

Moral of the story: Better kira depan orang yang bagi ko duit. Mana tau cara dia tulis amaun tak sama dengan cara ko....

Monday, January 31, 2011

Nasi Goreng Air Mata Ibu

Assalamualaikum semua,


Korang dah makan? Jom kita makan nasi goreng special...tapi sebelum tu ada sket cerita untuk tatapan semua.


Kata orang 'GURAU' membawa bahagia tapi secara tak sedar usik mengusik dan gurau senda kadang2 membawa padah dan kecil hati. Petang tadi ai balik umah, ai dok usik Makyah,

"alahhhhh....mak tak masak pun....nak makan apa ni??? lapaqqqqqqq........."

dalam dok usik2 Makyah, ai terlelap kat depan tv. Dalam 15 minit kemudian, terjaga, so p jenguk kat dapoq, Makyah dok goreng nasi n goreng ikan. Ai tanya dia tak cakap sepatah pun. Menyahut pun tidak. Tenung2 muka, tengok muka Makyah dah ada riak sedih. Ooooppppppssssssssss.....rupanya Makyah dah kecik ati kat ai....cenggana niyh!


Selalu dok bergurau senda gitu jugak tapi masing2 paham je...sebab malam kitorang makan yang ringkas2 je. Kadang2 ai masak, kadang2 ai beli, kadang2 ai dan Makyah makan roti cicah air susu jer...lapik perut sebelum tidoq.


Tapi hari ni Makyah dah kecik hati dengan ai...cemana niyh...
dan sampai ke saat nie...dia tanak cakap lagi dengan ai. Cuma bila ai dok p tenung muka dia dekat2, Makyah dah mula nak senyum tapi dok kontrol. Makyah ni very d mery sensitif. Jarang nak luahkan apa yang terbuku di hati. Ai paham sangat, bila dia kecik hati, dia akan diam. Pandang orang tu pun tanak. parahhhhhhhhh............


Nasi goreng yang ai dah makan, 2 pinggan lagi walaupun Makyah tanak cakap dengan ai n walaupun ai tengah dok susah hati cemana nak pujuk Makyah, ai tetap boleh habiskan 2 pinggan nasi dan 1 setengah ekor ikan goreng. If ai tak makan lagi la Makyah kecik hati, baik ai makan dan kena makan dengan banyak.


p/s: Masa ai tulis perenggan yang terakhir sambil dok jeling2 kat Makyah, Makyah respon "apa tengok2?".....dak ok la tuhhhhh...lega.....

Sunday, October 17, 2010

Review Untuk Sunglass

Product brand: BONIA UV prolite

Review dari pengguna (Makyah) : Gelap la masa pakai spec ni...lepaih buka spec, baru rasa terang balik. Wokey2.....2 thumb up ...peace no war...


Punya la ai nak vouge kan Makyah, tak berjaya............huhu!!!!

Friday, September 03, 2010

MAKYAH YANG DEMAM


Hi uols.

Semalam, masa ai nak p keje n salam ngan Makyah, badan dia panas betul. Riso plak nak tinggalkan sorang2 sebab ai dan adik p keje. B4 p keje, tempek cool fever dulu kat dahi Makyah. Riso mmg riso tapi keje nak kene p jugak sebab dah janji ngan students nak buat Test 1 kat depa.


Selang 2 jam, kol Makyah sbb nak tau cemana keadaan dia. Makin lemah suara Makyah makin bimbang ai. Tapi after tengahari suara Makyah dan makin ok, so lega sket.


Balik dari opis, terus bersilat kat dapoq sebab Makyah tak sihat so no masak2 la. Takpa mak, ini chef dah balik...huhu....Yang paling senang, cucur badak segera (balik goreng ja, sonang kojo makcik eh..). Pastu wat macaroni sup. Gambaq yilek..tak sempat maa... Malam tu kasi Makyah minum air barli. Jenuh la nak rebus barli tu, makan jam. Dari ai pukul 6pm sampai ke pukul 8 malam, baru kembang.


Sahur: Nasi paprik untuh kosem dan bubur nasi untuk Makyah.

Kosem yang makan nasi paprik tapi makan daging dan udang ja. Sayoq tinggal, buat penat makcik potong sayoq ja...huh!!!

Wednesday, February 17, 2010

Kadang2 Kita Perlukan Yang Palsu (^_^")



Bila yang ori dah tak mampu nak jalankan tugasnya maka yang tidak ori bleh tolong replacekan tugas walaupun tak sebaik yang ori...wehhhhh apa lah dibebelkan ni!!!!


Stret 2 de point, Makyah dok membebel kata gigi pelesu dia dah tak duduk kat tempat asal. Ai sendiri tak paham apa maksud Makyah cuma rasanya sakit kot kalau dok guna gigi pelesu tu. Dah lama Makyah dok berzikir kat telinga ai tapi kalau ai cuti dan ajak p klinik gigi, macam2 alasan lak yang diberi. Nak rehat la...rasa tak sedap badan la....minggu depan la....


Last2 dah berbulan2 baru terlaksana hajat. Tupun ai temankan Makyah p belajar agama (motip cerita???) so lepas habes jer mengaji, terus berdesup bawa p klinik gigi. Doktor kata, gusi Makyah dah kecut sebab tu ukuran gigi pelesu yang dipakai tu longgar dan sakit la bila nak mengunyah makanan. Nak nak lagi hok makanan yang keras.


Ai dok perati doktor tu, bancuh macam tepung tapi tekstur macam simen. Bila tepung tu dibancuh ngan air, bancuhan tu jadi warna pepel, dan doktor tu letak dalam acuan gigi pelesu. Pastu Makyah kena gigit menda alah tu lima menet. Yang magicnya warna bancuhan pepel tadi dah bertukar jadi warna biru muda. Sangat2 magic. Tu yang mintak kebenaran doktor tu untuk ambil gambar menda alah ni. Doktor pun heran, apa la jakun benar budak nih...buang tebiat ko????



Dah selesai Makyah gigit, doktor tu tuang lak bancuhan warna cekelat oren tuh...yang tu nanti akan jadi ukuran untuk gigi pelesu Makyah. Doktor kata kena mai lagi 2 kali sbb nak ukur, pastu nak try, kalo tak elok kena canai lagi.



Hok ni plak untuk gigi sebelah bawah.


Doktor ni cakap sbenanya gigi pelesu ni tahan lama. Boleh sampai 20 tahun. Makyah punya gigi pelesu yang lama pun elok lagi wpun dah pakai 10 tahun cumanya sebab gusi dah kecut sebab tu kena wat len. Kalo dak masih leh guna yang lama tu.


p/s: Sementara ada gigi yang ori apa kata kita makan puas2 sebab Makyah kata yang pelesu ni susah sket nak makan, nanti makanan terlekat lah macam2....so ai nak wat palsampah yang baru, makan selagi boleh nanti dah kena sekat makan baru nak nyesal!!!

Tuesday, January 19, 2010

Kalau Buat Sekali Tak Berjaya, Kita Buat Lagi Sekali

6 Januari, Makyah ada appoinment ambil darah dekat Klinik Kesihatan kat kampung ai. Sebab adik ai ada kat rumah, keje jadi dreba ai sub kat dia sekarang ni....kata 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing' so merasa la sorang sket.


Bagi pengidap diabetes, ujian darah perlu dilakukan 6 bulan sekali. Tujuan, bagi memastikan sebarang komplikasi dapat dikesan dengan awal. Dengan ujian darah yang diambil, result nanti akan merangkumi tahap kolestrol dalam darah, jantung dan buah pinggang. Bagi sesiapa yang menghidap diabetes dalam tempoh masa yang lama (10 tahun ke atas) risiko kegagalan fungsi buah pinggang adalah tinggi. Jika ada darah tinggi, dikhuatiri tahap kolestrol jahat (bad cholestrol) dalam darah adalah tinggi dan ini boleh menyebabkan masalah pada jantung. Jadi ujian darah ni memang tak boleh skip.....macamana sekali pun mesti buat.


Berbalik kepada kisah Makyah, kalau nak ambil darah tu kejap jer...15 minit dah siap. So dengan confident level yang sangat tinggi, Makyah n anak bongsu dia ni p lewat la sket dari selalu. Kol 8 baru nak p, sekali kau beratur jenuh menunggu. Makyah kata ada yang nak pengsan sebab kan kena puasa dari kol 10 malam. Seb baik dlm kol 9, Makyah dah siap semua.


Ai balik dari opis, Makyah tunjuk tangan dia. Hok aloh sian tengok, apalagi ngadu tangan kebas2 la, ngilu la. Makyah gitau nurse yang nak ambil darah tu, dia cucuk then dia kata 'ala tak keluar darah la pulak, kita cucuk lain ya makcik'. Nak kata urat Makyah tak timbul ke apa ka, tak logik la plak sebab yg dulu ok jer....sekali cucuk settle. Ni 3 kali tau, tupun kali ke-3 dia panggil orang lain. Kalo takleh buat, tengok la yang pakar buat dulu, belajar nak kenal pasti tang mana yang perlu dicucuk untuk meniminakan kesakitan patient dan dengan sekali cucuk darah dah kuar.



Gambar diambil seminggu lepas kejadian cucuk tu (12 Januari).


Makyah bertekad nak ngadu kat doktor pakar masa appoinment esok (21 Januari) tapi semalam check tangan dia, bekas lebam tu dah hilang. Maka Makyah pun frust dengan sangat hebatnya sebab takleh nak ngadu domba......heheheheheh

Wednesday, January 13, 2010

Air Dicincang Tak Akan Putus Tapi Jangan Cincang Jari Kang Jenuh Nak Sambung

Ini kisah Makyah dan abangnya. Makyah ada 7 orang adik beradik dan Makyah anak yang ke-5 a.k.a anak perempuan bongsu dalam keluarga. Hanya ada dua beradik perempuan dalam keluarga Makyah, yang lain semua lelaki. Selama yang ai peratikan dalam banyak2 adik beradik, abang Makyah, ai panggil PakNjang sangat rapat ngan Makyah. Kalo PakNjang balik kampung mesti nak jumpa ngan Makyah atau nama panggilan Makyah adalah adik @ DikYah


Ada sekali tu, ai dan Makyah ada kat Bangi, PakNjang ai ada kat rumah anak dia di Gombak. Dan dapat tau PakNjang ai baru lepas jatuh dalam bilik air, kebetulan pulak sepupu ai si Rina (anak PakNjang ai) baru bersalin. So melawat sekali harung la. Pagi2 lagi berdesup tiga biji keta p Gombak, Ai dan Makyah, Bangah and family dan Kaklong and family.


Keluar jer dari kereta, Makyah disambut oleh abangnya dengan pelukan mesra. Sorang kat Utara, sorang kat Selatan (PakNjang ai dok JB). Kadang2 setahun sekali pun susah nak jumpa. PakNjang ai (abang Makyah) dah sihat sket, dia jatuh dalam bilik air sebab darah tinggi. So bila jumpa bersembang sakan dua beradik ni. Bila dengaq PakNjang ai tanya, "adik hang macamana la ni, sihat ka? Ada lenguh2 kaki dak?" Ai canggung dengaq orang panggil Makyah adik sebab dengan adik beradik yang lain depa address Makyah dengan ganti nama diri 'hang' je.


Abang dan adik. Dulu Makyah kata masa hari raya, lepas dapat duit banyak2, PakNjang ai dan adik badik yang lain akan bawa dia p tengok wayang.......dasattttt wa cakap lu!!!



Nur Aqilah (anak Bangah), selamba jer dia ok bila TokNjang ambil dukung dia. Kalau ngan makcik dia, tanak la plak, siap nangis beria macam kena dera. Dah la jarang2 sekali jumpa TokNjang tapi okay jer bila TokNjang dukung....ni yang makcik jeles nih!



Budak2 walaupun baru jumpa tapi boleh main sekali tanpa prasangka. Kiri dari depan: Kak Nana, Syafiq, Hannah. Belakang dari kiri: Wan (anak sulung Rina), Idah, Kakak Nabila (anak ke2 Rina), Darwish. Gambar anak Rina yang new born lupa nak ambil.



Qilah yang eksen ngan makcik dia......

Tuesday, November 17, 2009

MAKYAH'S STORY

Ai baru balik dari Klinik nih temankan Makyah p wat regular check-up.

Hasilnya:
  • Berat: Naik 0.5 kg
  • Glukos Dalam Darah: 7.5
  • BP : 203/91
Diabetes Makyah dah under control, alhamdulillah. Dia dah pandai jaga pemakanan sbb selalu dok ceta apa kesan kalo diabetes dia tinggi.

Cuma sal darah tinggi jelah. Ai ada beli alat check BP kat umah, dan kalo check kat umah BP dia dalam 143/85 paling tingi. Tapi kalo p klinik melampau2 mencanak naik. Bila ceta kat doktor, doktor minta ai bawakan alat check BP tuh. Nak tgk betui ka dak mesin tu punya bacaan.

So ari ni, ai bawa p utk pastikan mesin yg ai beli tepat atau dak bacaan dia. Kalo tak betul ai nak p claim yg baru kat farmasi yg ai beli. Check punya check, betul sbb guna mesin kat klinik 203/91, guna mesin ai 200/93.

Dah dalam keta ai tanya kat Makyah awat jadi lagu tu BP dia. Tau apa Makyah cakap....

"aku takleh tgk misi yang pakai baju putih2 ni terus rasa dup dup dup jantung aku. Telinga pun nek jadi panaih ja. Rasa terus macam nak demam"

Kalo dah macam tu punya alasan, takkan nak soh misi2 tu pakai baju warna warni mak oiiiiii........


p/s: Agak2 kalo nurse tu macam gambaq kat atas, BP Makyah turun mendadak ka atau lagi nek mencanak? Gambar diambil dari http://adianiez.blogspot.com

Thursday, November 12, 2009

CERITA2 KEHIDUPAN

10/11/2009
Makyah gitau ai kata dia ada appointment ngan doktor pakar on 11/11/2009 pukul 2.30pm. So ai decide, pegi biar Pakdaq yg hantaq balik ai tolong amikkan. Sbb ni 1st week ai masuk keje kat Poli lps p attachment 3 bln kat MASkargo, dan dgn sebab itu rasanya sgt tak best nak amik cuti. Dalam tengahari tu Makyah kol gitau appointment sebena2nya hari isnin 9/11/2009. Dia silap tgk kad ka apa tatau la. Satu masalah lak nak kena settle.

So ai kol klinik tu utk wat appointment len. Nak dijadikan cerita nurse yg membantu doktor pakar tu adalah kawan Makyah masa sekolah2 dulu. Mmg senang nak dapatkan tarikh utk appointment sekali lagi tapi ai kena dengar nasihat (baca sebagai leteran) selama 15 minit. Then ai xplain kata kat rumah, ai pun wat pemantauan gak ngan blood pressure n tahap glukos Makyah. Tapi dia kata mesin kecil tak sama ngan mesin besaq so bacaan tak berapa tepat bla..bla...bla...bla....ai takder peluang nak mencelah langsung....tapi ai paham itu tandanya dia amik berat ttg kawan dia sbb ai mmg selalu kena tegur ngan dia, soh jaga pemakanan, rehat etc....ya saya tahu makcik kawan ngan mak saya. TQ makcik.

12/11/2009
Apa pendapat anda dgn kesabaran dan hidup ini? Adakah kesabaran diperlukan atau kita tidak perlu bersabar dgn orang dan biarkan semua orang mengalah utk kita sahaja. Itu menunjukkan yg kita sememangnya kuat tanpa tandingan. Begitukah?????

Monday, August 31, 2009

Dating Dengan Dr. Fatimah

27/8/2009 - Khamis, 8.30am. Makyah ada date ngan Dr Fatimah (Dr pakar kat Klinik Kesihatan Penaga).

B/P - 156/90 : Dr kata dah makin ok, sbb dah turun byk, previously bacaan BP Makyah dalam 2++/10+.

Glucose - 8.9 mmol/l, pun dah turun dari previous punya bacaan. Ni hasil kerajinan Makyah makan ubat dengan gigihnya.

Pasal pening Makyah tu, doktor bagi ubat angin dan paracetamol utk dimakan pd waktu sahur. Ni pun bleh menyebabkan Makyah ngamok...."banyak sangat ubat nak kena telan, bila masa nak makan???? Dah la bulan posa!!!!"

Tapi yg bestnya dpn doktor baik jer tak menjawab, ai jer yang banyak tanya mcm ai plak yang jadi patient! Depa tatau balik nanti ai kena memberikan jwpn rasional n logik lagi saintifik sebab musabab kena makan ubat2 tertentu. Bukan kat Makyah ja kat PakDaq sekali. Tu yang heran bila soh p sekali klinik bawa Makyah jumpa doktor refuse tanak...Xpaham ai.

23/11/2009 - Makyah punya appoinment Fundus Check-Up. Yg pasti ai perlu jd dreba n tukang tanya lagi sekali.

Ubat tambahan utk Makyah.....

Alhamdulillah pening Makyah dah makin berkurangan n ai makin gumbira sbb Makyah dah bleh masak juadah berbuka...ngehngehngeh...tadi tgh hari check BP Makyah 139/95

p/s: Utk saat ni, live ni uols Makyah tgh gigih nak check paras glucose dia. Ai buat donno jer kalo idak ai kena buatkan sbb dia ngadu xpandai. Kita tgk cemana resultnya...k layan

Any comment???? Ni selepas minum air kacang soya, dan makan 1 karipap + 1 lepat pisang

Tuesday, August 25, 2009

Xcident!!!

Ya anak kazen ai xciden tgh hari tadi. Makyah kata bertembung ngan teksi tapi PakDaq yang pergi ke tempat kejadian, bagitau moto ngan moto. What actually happened ai donno coz time PakDaq sampai anak kazen ai tu dah dibawa menaiki ambulans. Sapa salah pun tatau sbb anak kazen ai la ni admit kat Hospital Seberang Jaya. How teruk his condition pun tatau. Lupa nak gitau nama, ai panggil anak kazen ai tu Mohd Alif (cucu Lang ai). Kalo free sok boleh p mlawat but it depends on my boss babe. Boss kasi balik awal sok bleh...ai n my fren sekali ya sbb we all gunakan konsep car pool sekarang ni. Bleh??? Apa la agaknya boss ai nak jawab.

Keadaan Makyah agak tidak memberangsangkan sekarang ni. Tadi PakDaq kol n told me that Makyah had dizziness and vomit twice after perform Zuhur prayer. Ai takut blood pressure Makyah naik lagi ja. So b4 balik rumah, singgah farmasi n beli Automatic Blood Pressure Monitor (jenama Omron). Lepas isya' tadi test, takder la tinggi sgt 142/83. The best part mintak check kat PakDaq sekali, ai rasa Makyah nak test kot mesin tu rosak ke hapa....tak pueh ati la tu. PakDaq punya result 132/82 (PakDaq ada penat sket).

Waktu ai tengah taip ni, Makyah tengah nyenyak tido atas tilam magnet zhulian yang dipinjamkan oleh menantu dia...TQ Kak. Mula2 Makyah tak caya so ai jd bahan kajian. Lepas seminggu ai tido atas tilam tu (2 jam sehari), kebas2 tangan masa bangun dah ok. Lepas tu baru Makyah berani try. Actually ai makin bimbang tengok keadaan kesihatan Makyah yang tak berapa konsisten.

p/s: Mak, semoga cepat sihat dan boleh berjemaah solat tarawikh di masjid. Insyaallah.

Sunday, August 16, 2009

Sudah Dirujuk Kepada Pakar

Rabu, 12 Ogos 2009. Makyah ada appointment ngan doktor lagi. Ni merupakan kali ke-3 appointment di Klinik Kesihatan. Peringkat-peringkat appointment:

  • 29 Julai 2009 - 1st time p Klinik Kesihatan. Check BP (203/110), Paras Gula (17.3), BMI (29.48). Disebabkan result tidak memuaskan (kalo amik peksa tentu dah fail) so ada sedikit soal selidik mengenai latar belakang Makyah. Kebetulan jumpa kawan sekolah Makyah sebagai staf nurse kat situ. Byk la nak disembangkan....anak Makyah hanya tgk dari jauh. Dan Makyah diberi penghargaan sebagai pemegang kad ini...
  • 2/8/2009 - Review result selepas ambil darah. B4 jumpa doktor, kena wat routine check-up dulu. BP (219/98), Paras Gula (10.3). Bila BP tinggi, kena makan sejenis ubat (kecil ja, doktor akan patahkan ubat tu so makan 1/2 je). Slps 1/2 jam, check BP lagi sekali (190/99). Kalo tak turun Makyah kena berehat di hospital. Yoyo ooo jer ckp "aku tak kisah kalo kena p hospital pun"....tapi bila doktor sebut kata kena tahan terus muka pucat lesi!
Sory noo...gmbr sgt blurr tapi nmpk kan figure2 tu....disebabkan figure itulah Makyah dirujuk terus kepada pakar kat situ. So lepas ni appointment terus ngan pakar (sorry ai tak ingat nama doktor tu tapi sangat manis orangnya)

Result dari ujian darah:-
  • Buah pinggang - ok
  • Penapis urin - ok
  • Jantung - ok cuma sedikit laju (alasan Makyah: ketaq masa depa nak check tu)
  • Mata - ok
  • LDL Kolestrol - lebih sbyk 1.7mmol/L (jgn tanya aku apa benda alah ni...aku pun tatau
Alhamdulillah atas result tersebut. Lepas ni kena check urat belakang mata. Pemeriksaan ni wajib ke atas pesakit diabetes (setahun sekali). Siapa kata hospital kerajaan tak bagus....ai dah bawa Makyah selama 4 tahun ke klinik swasta tetapi tidak ada pemeriksaan yang lengkap sebegini. Yang ada kalo tak datang sebulan sekali kena marah. Orang tua once kena marah, depa amik hati...ingat senang nak pujuk orang tua p hospital????

p/s: Sekarang Makyah tgh menjalani diet yang terkawal, ai rasa Makyah akan bertambah slim tapi anak dia akan bertambah montel sebab terpaksa makan bahagian makanan yang Makyah takbleh makan.....adilkah begitu?

Monday, August 10, 2009

Kisah Suami Isteri

Kisah Makyah bersambung ke episod ke-2.

Kisah bermula dengan seorang isteri yang ada appoinment ngan doktor untuk diambil darah. Al-kisah nya appoinment tu pagi kol 9.0 kat sebuah klinik kesihatan. Jadi malam sebelumnya, si husben, PakDaq dan isteri, Makyah discuss malam tu cemana nak p pagi besok. Kata sepakat dicapai, sok kol 7.30am bertolak.....macam jauh nau klinik kesihatan tu...walhalnya 10 menet jer dari umah diorang.

Es
oknya, bertolaklah keduanya ke klinik dengan romantiknya menaiki motosikal kapcai. Sampai di klinik 7.45am....disebabkan appointment Makyah kol 9am, jadi berjanjilah lagi keduanya yang PakDaq akan amik Makyah ni kol 10.00 - 10.30 am. (PakDaq tinggalkan Makyah kat klinik dan gitau kata nak balik umah)....
PakDaq taknaik moto ni yea...

Dah Makyah p awal, so dia dpt giliran no 1 seawal kol 8.05am. Kol 8.30am semua prosedur utk MakYah dah complete. So sebagai isteri yang amat mendengar kata, tunggu tercongoklah MakYah kat depan pintu klinik tue. 5 menet berlalu....'bosan lak'...detik hati MakYah.... 'tunggu dpn gate la, kot kalo husben terchenta ai datang sng nampak'.....tunggu lagi 5 menet dpn gate klinik tue...tapi bayang PakDaq pun xnmpk...

Perut MakYah dah berdondang sayang...almaklumlah kena pose dr kol 10 mlm smlmnya (nak amik darah mmg kena pose dari mlmnya ya)...atte dah kata pose, xmkn la....sbb bosan tggu husben terchenta yg xkunjung tiba dan masa berjanji pun ada sejam lagi...'p umah anak penakan ai kat dpn klinik ni pun bagus jugak!'....

Jumpa anak penakan sambil pekena peknga (lempeng) cicah kari smlm + karipap pns2 + teh 'o'. Sambil sulam seli ngan gosip2, cerita itu ini....dah kol 9.50am. Perut dah kenyang, MakYah pun suka ati. Anak penakan pula offer nak anto, kira orait la sbb janji ngan PakDaq ada sploh menet lg. 'Mesti husben ai tak kuar umah lagi nih....dan aku sampai dulu...'Makyah berkira2 dalam ati...

Sampai umah.....PakDaq tadak.....zassssss..............
Darah tersirap nek ke muka Makyah...takut nih!!!!!!!!
Tepon PakDaq .....n kena marah la dalam tepon...hahahaha

'SOK ADA APPOINTMENT NGAN DOKTOR LAGI P JALAN KAKI SENDIRI!!!'

Sangat hangin ropanya PakDaq ...mana idaknya, dia bimbang dok mencari Makyah disegenap ceruk klinik dan kwsn sekitarnya. Dah la si isterinya dok pening2 tadi (darah tinggi).. takut la terjatuh kat mana ke apa ke....ropanya dah sampai umah....Hangin la kawan!

Hangin dalam tepon jer.....balik umah tengok Makyah yg dok wat muka kesian + muka sakit....tak jadi nak sambung marah...baik la dah....surut dah hangin yang nak marah tadi.....

p/s: Makyah tak sabar2 tunggu anak balik keja nak ceta kejadian siang tadi....huhu...sabar yer Makyah...anak tu p servis telinga jap....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails