Ads @ ACHIQUE

Thursday, November 10, 2011

Yang Mana Satu

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidiladha walaupun hari berkorban dan bertakbir dah pun tamat.

Cemana raya korang? Ai merentas arah kali ni. Selalunya masa raya orang balik kampung dan ai yang dok kat kampung ni menunggu sanak saudara balik. Sambil dok mengemas rumah sambil dok mengharap jangan adik badik sampai sebelum ai habis mengemas rumah. If tak kena siapkan jawapan dalam kepala kenapa tak kemaskan rumah. Janji ada jawapan. hehehe

Tapi tahun ni tak der situasi macam tu. Ai dan Makyah pulak ke bandar sambut raya bersama anak menantu kat sana. If tanya Makyah, dia akan kata, "anak2 sibuk dok ajak p ke sana (KL) tu yang nak p ni"...

If tanya anak2, jawapannya, "Mak tengen nak raya kat KL"

Uols pikir sendiri mana jawapan yang betul.

Sabtu tengahari ai dan Makyah dah sampai ke umah Bangah kat Bangi. Petang tu dok sibuk buat ketupat daun palas. Semuanya pakai santan kotak (dah nama dok kat bandar). If kat kampung, kena la kupas buah nyioq (kelapa) sendiri pastu kena kukuq or mesinkan nyioq tu. Kat sana senang punya pasal guna santan kotak la. Hasilnya, ketupat Makyah tak lemak dan melekat2 di tangan. Sebab guna santan kotak less cholestrol. Mana sedap less2 ni, lemak berkrim yang diminati ramai.

Kak Mazidah wat nasi dagang. Kuah gulai nasi dagang pun tak jadi sangat sebab santan yang less kolestrol. Yang berkilo2 kolestrol jugak yang sedap. Pengajaran: If nak makan yang berlemak jangan pandai2 p beli santan yang tulis less or low kolestrol lagi teruk if No kolestrol maka no sedap jugaklah.

p/s: Yang asli itu lebih baik. Dulu ai gemuk, den kurus den gemuk balik la sebab itu yang asli kan...kan ke asli tu lagi baik??? :-))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails