Ads @ ACHIQUE


Showing posts with label SIP. Show all posts
Showing posts with label SIP. Show all posts

Tuesday, January 26, 2010

Ai Tak Mampu Nak Buat Sorang

Hai uols....


Assalamualaikum,


Hidup ni mesti tak meriah kalau kita hidup sorang2. Buat apa pun, semua sorang2. Tak cukup kaki tangan nak kejar kalau semua benda nak kena buat sendiri. Sebab tu la Allah syorkan kita hidup bermasyarakat. Orang tua2 pun pesan, 'jangan jadi kera sumbang'.


K sebelum merapek panjang, ai nak ucapkan TQ bebanyak kat kawan seperjuangan, sejawatan yang ambil alih tugas2 ai mengajar selama 3 bulan hari tu. Dari end of July, ai p attachment sampai Oct 2009. So tak masuk keje la selama tu. Dan tugas2 ngaja, member2 ai dah ambil alih. Dari A to Z diorang wat. Ngajar, marking assignment, kuiz n ujian. Disebabkan rasa terharu dan tergaru maka ai pun berniat nak banjer semua yang terlibat dalam pembikinan filem ini.....oppppsss, yang terlibat membantu 'assist' ai punya kelas. Thanx from deep of my heart to Su, Isratun, Dba, Mas (takder dalam gambar) dan yang banyak membantu di belakang tabir, Paksu, Paklong dan Oya).


Tapi ai ni jenis yang suka bertangguh. Jadinya walaupun dah habes attachment bulan Oct 2009, Januari 2010 baru tertunai hajat. Bila la nak ubah tebiat buat keje bertangguh ni. Ok, jadikan dia sebagai salah satu azam tahun baru....dengan ini saya berjanji untuk buat kerja semi bertangguh sahaja. Sebab orang tua2 kata kita kena berubah perlahan2, tak bleh drastik so tahun ni semi bertangguh, tahun depan baru tak bertangguh langsung.....~lalalalalalalala~.....



Jom order....bleh amik course by course atau ambil main course jer.


Sementera nak tunggu makanan sampai, mari kita berposing dulu. Senyum tau walaupun perut dah nyanyi lagu keroncong untuk ana......kalau tak senyum nanti orang kata kita garang + jahat!!!!



Menu course by course:
Starter : Salad
Main menu: Chicken deep fry (apa ntah nama penuh dia..dah tak ingat)
Desert: Eskrem
Drink: Sedap tau, hat ni pun tak ingat nama (chocolate + cappuccino ice kot)


Bila makanan dah sampai, semua orang terus diam dan layan makanan jer. Masa ni sapa cakap pun, tak dapat respon...huhu...


Dah habes makan, dah boleh senyum manis. Muka orang jahat pun dah tak kelihatan, kan Su kan........Su, aku ingat sampai mati soalan untuk lecturer jahat tu!!!!!


Sebenarnya bantuan dan pertolongan depa semua takdak nilai untuk dibalas. Tak terbalas dengan makan tengahari jer. Ai doakan semua sahabat2 di sekeliling ai semuanya dalam keadaan dirahmati dan diberkati oleh Yang Maha Esa. Setiap malam ai berjanji untuk menjadi seorang yang lebih ikhlas tapi percayalah ikhlas tu sangat jauh untuk dicapai dan sangat sukar untuk dilaksanakan. Tanpa tekad yang sangat padu, impian mungkin berciciran di tengah jalan.



p/s: Lebih baik diam dari berkata2. Apa yang keluar dari mulut kita, mungkin tak sama dengan yang didengari di telinga orang lain. Rambut dah tak sama hitam maka hati pun lain2.

Sunday, November 08, 2009

HARI-HARI TERAKHIR....

Tajuk mesti gempak.....

26 - 30 Okt merupakan minggu terakhir ai n faizah di MASkargo. En Jamal tegoq kata tak baik bila sebut ni yang terakhir......mesti sambung ngan apa2 ayat lepas tu jangan biaq tergantung gitu jer.

Thanx to all staffs and our practical students at MASkargo. Kalian banyak membantu menambahkan ilmu pengetahuan ai n faizah yang cetek dalam bidang logistik ni. Banyak benda baru yg dapat dipelajari kat sini.

Mula2 masuk akhir Julai ritu...kitorang (ai n faizah) kontrol ayu jer. Sembang pun 2 orang tak campur ngan orang len. Terkejut sebb workplace environment sgt2 berbeza. Kat poli di jabatan ai, hanya ada 4 orang lelaki dari 66 wanita. Kat sini keadaan terbalik. Tak sampai 10 orang pekerja wanita, yang len semua lelaki. Depa pun takut nak tegoq...yang tak bleh blah depa teka umuq ai 36 ke atas...hello...............tak pueh ati sampai rini. Depa kata bila carry title pensyarah tu buat rasa ngeri orang nak tegoq. Dan bg depa pensyarah tu semuanya tua2. Pakai spek, itu old school dulu...sekarang pesyarah hebat!!!! Umur 32 dah carry Dr. kat depan nama.
belakang ai tu, nazri (staf MASkargo), dia la yang kata ai ni umuq 36..masa ni kami p MASkargo waktu tengah malam, sbb nak tgk operasi waktu puncak kat warehouse.

Geng2 admin. Dari kiri duduk: En Saipul (bos maintenace), En Shamsul (admin), Kak Jam (import). Dari kiri berdiri: Cikgu Faizah, Miza, En Basir, Liza, Kak Wani an Cikgu Azizah @ Ai.

Makaceh byk2 kat Kakwani banjer kami makan masa last day. Kak Jam sgt rajin trgkan sal operasi kat import. Miza n liza byk bantu dalam wat surat. Liza nanti bersalin gitau ya...mesti comel@hensem baby yang kuar nanti sbb mak dia mmg cun.

Encik Kapten (yg pakai t-shirt biru), selamat terima menantu noooo...Insyaallah kalo berkelapangan kami p nanti

Dari kiri : En Jamal, Mr Bruce (Boss besaq)

Staf bagian sales: Wan, Kak Rina n Kak Ros. Depa ni best sgt. Asek gelak ja dok dalam 'bilik akuarium'.

Staf di eksport. Yg pompuan tu nama dia Kak Aya, dia sorang ja staf pompuan kat xport. Byk lagi yg tadak dalam gambaq ni. Depa semua sporting. Tanya la apa saja berkaitan yg ngan keje depa yg kami nak tau, semua depa leh terang. Tak kira masa kalo kami tanya, mmg depa layan jawabnye. Pakcik teka teki tadak dalam gambaq...bukan pakcik sebenanya...lom tua lagi pun. Byk yg tadak lam gambaq sbb depa keje ikut syif lagipun ptg jumaat sgt sibuk bg Xport Dept...barang2 yg nak dixport bercambah2 dtg ke warehouse start ptg sampai ke malam.

Lg dua tiga minggu nak abes, baru depa brani beramah mesra ngan kami. Siap offer 3 in 1 waktu petang2, air panaih, gelas semua bleh pinjam kat Acceptance Area...3 in 1 tu amik terus tak pinjam2 dah. hehe. Pendek kata kebykan staf mmg bagi kerjasama kat kami bila kami memerlukan. Kalo story yg tak besh tu biaq ai n faizah jer yg simpan...sbb ada gak kenangan kat sana. Apapun ai n faizah bukan setakat belajaq akaun dan logistik....ilmu pasal kemanusiaan pun ada. Sebab tu orang tua2 buat pepatah "Banyak berjalan luas pandangan". Tapi sekarang kita tak berjalan dah naik keta...loyar buruk noooo.....

Shu n Ojai. Bersungguh2 bantu kami key in data utk projek SIP.

Ni plak Yazid. Betul ke ko wat keje tu Faiz???

Thanx En. Dzaher bawa kami naik Electronic Transfer Vehicle (ETV). Ai admire kat kamera En Dzaher ni. Lens dia saja dah beribu...tengen sangat nak beli tapi apo kan dayo......pitih belum cukup lagi. Gambaq dari kamera dia mmg mcm langit ngan bumi kalo kita nak bezakan ngan kamera digital biasa.

Lokasi gambar, dalam ETV

Zam tgh welding dolly yg digunakan utk menarik kargo dari satu tempat ke satu tempat) (kredit utk En. Dzaher)

Walaupun dah 3 bulan dok kat MASkargo, ai n faizah tetap tak pandai nak bawa kapal terbang lagi...ahaks...

Ada macam umuq 36 ka 45???? (tanya sambil ketap2 gigi...)

Thanx dari kami ber2 kepada smua warga MASkargo Penang yang banyak membantu dalam secara langsung dan tak langsung (ingat siaran tv kooo????) menjayakan program Sangkutan Industri Pensyarah. Segala jasa baik dan kerjasama yg pernah dihulurkan akan tetap dikenang selagi hayat dikandung badan.

p/s: Segulung ijazah tak bermaksud kita pandai dalam segala segi. Hidup ini saling bergantungan antara satu sama lain. Kepandaian juga berbeza, ada yang pandai masak dan ada yang pandai makan. Yang msk boleh berjasa kepada yg suka mkn, yg suka mkn boleh memberi komen membina bagi memantapkan masakan yang sorang lagi....apalah contoh pun amik pasal makanan.

JOM RACE!!!!

Amacam ganazz tak title ai...

Minggu2 terakhir di MASkargo Penang, ai ngan faizah sempat belajaq ber'race' di warehouse dia. Ayat tanak jatuh...ber'race' kunun sebenanya blajaq naik forklift.

ni la rupa paras forklift bagi yg tatau. Tapi yg ni bukan yg ada kat MASkargo. Ni ai cilok dr laman web http://www.hupchingfl.com.my/catalog/popup_image.php/pID/30

Stereng forklit: - yang bulat dekat stereng tu kita pegang dgn tangan kiri dan tangan kanan pegang dua tombol macam tombol gear tu. Sebenarnya yg rupa paras mcm gear tu untuk control arm (ai tak ingat nama penuh dia) dan tmpt mengangkat barang tu.

oyota Used Forklift 5FD Series
Faizah dah siap sedia nak bawak forklift. Jenuh merayu tau nak naik ni, seb baik dapat kalo dak rasa tak lengkap wat SIP...hahahaha

tengok cemana faizah demo angkat barang..^_^

ready nak race!!!

layan video ni sebagai bukti mmg kami bawa bukan setakat posing...cheh nak jugak tunjuk bukti....



jom!!!!

pastu kami naik ni plak....bukan setakat naik tau...bawak dalam warehouse tu, siap ada kon lagi tuk belajaq. Thanx la kat Encik Anuar dari Maintenance Dept sbb sudi ajaq kami ber2 cemana nak bawa forklift, towing truck n caterpillar


student praktikal kat MASkargo:shuhada, zam,auzal dan ina. Depa pun sibuk nak bergambaq...siap naik dok sebelah lagi masa ai n faizah bawa towing truck. Sebenarnya kitorang soh depa amek gambaq...so kalo gambaq blur depa punya keje...dasar tatau kenang budi kan...thanx utk budak2 ni. Sgt best having them around

yg pakai baju biru tu Encik Anuar. Bersungguh2 dia dok terang kat kami. Yg ni caterpillar. Gambar penuh tak sempat ambil, bateri kamera faizah dah kong.

Faizah tgh kusyuk dgq penerangan.

dari kiri: Cikgu Faizah, Shu, Ina, Auzal, Cikgu Azizah@Ai , En. Anuar dan Hafnizam


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails