Ads @ ACHIQUE

Wednesday, July 28, 2010

Sekejapnya masa berlalu...

Ai selalu rasa macam ai muda lagi. Tapi ...............


bila budak sebesar ini



sudah membesar sebesar ini


maka perlulah ai faham dan sangat sedaq diri bahawa ai sudah semakin tua! Macam tak dapat nak terima hakikat la pulak makcik niyh...


Kisahnya si kakak Nur Hannah (anak Bangah) dah cukup 9 tahun 24 Julai 2010 ari tu. Kebetulan masa hari tu, dia balik kampung so Abang Ai (Bangah) dah sound awal2 untuk ai beli kek untuk Hannah.. Yang mudah dan terdekat ai ode kat tokey kek Isratun. Sapa nak ode klik jer kat laman web Isratun tuh....


Kek Coklat kukus 1kg = RM25.00



Besday gurl yang sebelah kanan pakai baju merah tu. Yang sebelah kiri tu Syahidah (sama umur ngan Hannah tapi tua Idah 2 bulan).



Dengan sepupu dan adiknya. Dari kiri Darwish a.k.a. Bangah, Idah, Syafiq, Hannah dan Kak Nana.



Besday kakak tapi adik sibuk dok tanya bila nak potong kek, bila boleh makan kek.....kakak cepat la Bangah nak makan kek ni....tu yang tak sabaq2 dok tepi kakak masa kakak nak potong kek.


p/s: Ya Allah jadikanlah kehidupan kami ini dipenuhi dengan kebaikan dan memperolehi keredhaan dariMU....

Tuesday, July 27, 2010

Berkumpul lagi untuk selesaikan yang perlu diselesaikan

Weeken ritu (24-25 Julai 2010), Kaklong dan Bangah balik kampung. Meriah la sat rumah ni.


Pagi2 sabtu tu, ai dah p market (pasar) untuk beli barang dapur. Ikan, ayam, udang, sayuq, rempah, bawang, mee basah, semua ai angkut. Stok untuk seminggu. Siap buat list b4 p market takut ada benda yang lupa nak dibeli. Mula2 p Market Kepala Batas (kat Permatang Manggis). Kat sini sayuq dia murah, if kol 10.30 am ke atas toke2 dah start lelong, 1 pinggan sayuq or 1 ikat sayuq2 terpilih RM1 ja. 1st time p market lepas abah takder, mmg memeritkan. Tapi ni dah 2nd time, ai dah pandai sket. Ai tanya beberapa pakcik dan makcik (yang jugak customer) macam mana nak tengok udang laut or udang bela, nak tengok sotong ada teloq, sayur petola yang macam mana muda, labu jenis apa yang sedap. Habes semua orang ai tegoq den tanya, siap ada pakcik tu tunjuk kat meja no berapa untuk beli sekian2 barang...ngeh..ngeh..ngeh....


Sabtu petang, Kaklong anak beranak, Bangah, Hannah dan Darwish, Kosem dan Ai p kubur abah untuk tanam batu nisan. Ceta pasal batu nisan meh ai ceta sket, tips untuk beli batu nisan:

1) Dapatkan info jenis tanah di tanah perkuburan sebab if tanah berpasir ambil batu nisan yang tinggi sket. Bleh tanam batu tu ke dalam untuk elakkan batu tu tumbang.
2) Tanya tokeh kedai tu, ada berapa jenis batu nisan sebab nak tengok berapa bajet yang kita mampu. Yang ai survey ada RM150, RM350 dan RM450
3) Dapatkan info campuran untuk buat jenis2 batu nisan ikut harga yang telah ditetapkan. Sebab ada yang menggunakan alkohol semasa nak hasilkan batu nisan.
4) Kalau boleh gunakan batu hidup, atau batu asli yang tidak dicampur dengan bahan2 lain sebab batu hidup ini boleh berzikir untuk si mati
5) Jangan lupa bawa sijil kematian orang yang meninggal sebab ada maklumat yang diperlukan untuk ditulis di atas batu nisan
6) Batu nisan yang ai tempah memerlukan lebih kurang 10 hari untuk siap. So boleh bajet la bila nak tempah dan bila nak ambil.


Bila dah siap dan nak tanam batu nisan better minta tolong orang yang arif tentang hal2 perkuburan. Hari tu kitorang minta tolong Tokwan (nama panggilan kat kampung, walhal orangnya muda lagi late 30s) sebab batu nisan yang bertulis maklumat tentang si mati perlu diletakkan di bahagian kepala dan satu lagi diletakkan di bahagian kaki. Dan perlu tahu kedalaman yang sesuai untuk dikorek sebab takut terkena keranda. Tokwan ni jugaklah yang gali kubur abah masa hari pengebumian tu. Dan lagi satu mesti mengadap kiblat, so bagi elakkan tersalah letak better minta tolong dari yang arif.


p/s: maklumat di atas setakat penemuan semasa ai menguruskan batu nisan abah, sekiranya ada khilaf atas maklumat di atas, mohon maaf yer. Tapi semua maklumat tu diperolehi dari orang2 tua dan yang arif tentang batu2 nisan nih.

Monday, July 26, 2010

Al-fatihah.......

Isnin, 28 Jun 2010.

6.50 am - Salam ngan Makyah n Pakdaq den bergegas nek keta untuk p keje. Ai masuk keje kol 7.30am so pagi2 mmg rushing. Makyah dan Pakdaq meneruskan rutin harian iaitu berniaga di kedai makan (Pakdaq buka kedai makan sejak ai lahir lagi). Semuanya berlaku seperti rutin harian yang biasa.


Sampai opis, wat keje cam besa. Dok ngadap komputer dan selesaikan senarai nama untuk pelajar DAT 1A. Ai kena jadi penasihat akademik DAT1A sesi Julai 2010 (lebih kurang cam cikgu kelas la). Sok selasa (29 Jun 2010) depa ada daftar kusus.


9.30am, MakYah kol aku di ofis.

Makyah: Bz dak?

Ai: Ok jer mak, naper?

Makyah: Balik rumah sat bleh dak? (suara macam nak nangis)

Ai: Bleh tapi sebab apa? Cuba habaq terus terang (dalam hati, Makyah demam ka pening ka apa ka? Sebab Makyah ada diabetes n hgh blood pressure)..

Makyah: Abah tak sedarkan diri dan ambulans on de way dah.


Reaksi pertama ai, kol Kosem dan kabarkan berita tersebut, dia terus pohon EL.

Dalam perjalanan, kol Dba (my bespren)...

Ai: Dba, nak mintak tolong sket. tolong dapatkan GL (guarantee letter) kat aku bleh....mana tau nak bawa abah ai ke hospital ka...

Dba: GL dah bleh dapatkan thru sistem HRMIS dah....tak payah gunakan surat.

Ai: K, tq.


Odw, tepon Makyah sekali lagi.

Ai: Mak, abah cemana? Dah sedaq ka? Ambulans dah sampai?

Makyah: Balik tgk sendiri naaa.....

Ai: Perasaan sudah tidak menentu


Den dekat nak sampai rumah, kazen n abang ipaq ai kol tanya sal Pakdaq @ abah ai. Apakah berita yang kalian tahu tetapi daku belum tahu?? Masa ni emosi dah tak keruan, so ai kol Dba untuk meluahkan perasaan. Namun hati mengatakan ada sesuatu yang berlaku yang perlu untuk ai hadapi dan menuntut keredhaan serta kesabaran yang sangat tinggi.


Sampai jer rumah, ai tgk rumah dah dipenuhi orang terutama kat depan rumah. Yang lelaki semuanya bersongkok putih. Seolah2nya ada sesuatu yang berlaku dan perlu ai fahami. Den, slow2 naik atas rumah, dan tgk ada jasad yang sedang baring di suatu sudut rumah (di tempat solat kami sekeluarga). Jasadnya telah ditutup dengan kain pelikat sehingga menutup muka. Perlahan2 kain itu ku selak dan wajah abah tenang seperti sedang tidur, tidak terkutik sedikit pun. Janji Allah dengan abah telah tiba, tidak seminit pun terlewat, tidak ditunggu urusan kita di muka bumi ini selesai. Sebak di dada hanya Tuhan yang tahu, air mata kutahan agar tidak tertumpah ke jasad abah, dahinya kucium sebagai ciuman terakhir anak untuk abahnya. Jika pagi tadi sebelum pergi kerja tangan abah yang masih panas bernyawa kucium pada jam 6.45 pagi sebagai rutin memohon kemaafan pada setiap pagi tapi kini pada jam 10.30 pagi dahinya menjadi ganti dalam situasi yang amat2 berbeza.


Orang kampung n adik badik dah penuh atas rumah. Masa tu perlu kol semua orang yang dikenali untuk memaklumkan tentang 'ketiadaan' abah. Seb baik ada adik beradik, orang kampung yang prihatin, jadi urusan menghebahkan tu mereka dah tolong bagi pihak ai. Ai cuma gitaw kat sesapa yang nombornya ai simpan dalam henfon ai ja. Henfon Pakdaq pun dah hilang pagi tu. Cari tak jumpa...ntah mana perginya.


Perginya terlalu mengejut, tanpa disangka tanpa dipinta. Namun itulah ketentuan Allah Yang Maha Esa. Allah lebih menyayanginya, kita dipinjamkan di muka bumi untuk beribadat kepadaNYA, untuk menjadi KhalifahNYA. Sampai masa kita dijemput sama ada urusan kita di dunia telah selesai atau tidak itu bukan lagi penentunya. Janji yang dimerterai di Luh Mahfuz takkan menungu walaupun sesat pun!


Kosem belum lagi sampai dari tempat kerja, jadi kesemua pertanyaan tentang urusan mandikan abah, pengebumian, sembahyang jenazah semuanya diasakkan kepadaku. Ketika itu, otak perlu ligat berfikir dan memberikan keputusan. Mujur ibu dan bapa saudaraku, Pakteh, Paknjang, Makteh, Maknjang, Maklang semuanya banyak menghulurkan bantuan. Orang2 kampung tak ketinggalan. Masa aku sampai kat rumah, report kematian telah diselesaikan dan permit pengebumian juga telah diperolehi. Terima kasih pakcik Abu Seman (dpt tau pakcik report sebab ada tinggal salinan ic kat rumah). Memang orang kampung banyak membantu, kalau nak diharapkan kudrat aku, Makyah dan Kosem apa sangatlah yang terdaya kami anak-beranak, apatah lagi semuanya sangat mengejutkan.


Setibanya kosem di rumah, bila tengok sekujur jasad abah di atas katil, air mata lelakinya juga tak tertahan untuk tumpah. B4 dia pergi kerja, dia ada tanya abah, sama ada abah sihat atau tak sebab pagi tu abah suruh orang kampung untuk ambil nasi lemak dari Makyah sebab dia kata dia pening dan berpeluh dengan banyak. Tapi abah kata dia ok dan soh kosem pergi kerja sebab dah lambat. Memang itulah peel abah, menyusahkan anak sama sekali cuba dielakkan terutama di waktu pagi semasa anak2 kelam kelibut nak pergi keje. Tak tersangka dan tak diduga oleh si anak, itulah khabar yang terakhir ditanya kepada si abah.


Urusan mandikan jenazah, pengebumian sedara mara dan orang kampunglah yang banyak membantu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kaklong dan bangah sekeluarga juga sempat tiba untuk memandikan abah. Sebelum asar jasadnya di bawa ke masjid untuk disolatkan selepas solat asar dan abah selamat disemadikan dis sebelah kubur ibunya Hajjah Halijah binti Abd. Razak. Alhamdulillah semuanya urusan untuk abah telah selamat diuruskan dengan lancar.


Terima kasih kepada semua yang membantu dari awal pengendalian jenazah abah, yang memanggil doktor untuk mengesahkan kematian, yang mereport kematian dan mendapatkan permit menguburkan, yang menyelesaikan hal2 berkaitan mandi dan solat jenazah serta talkin untuk dibaca di kubur. Terima kasih kepad yang sudi menziarah, yang sudi meminjamkan tawa dalam kepiluan, yang sudi membacakan Al-Fatihah, Yasin dan juzuk2 Al-Quran, yang sudi meminjamkan bahu bagi menumpahkan air mata, yang sudi menyuntik sedikit semangat bagi terus bertahan untuk tabah, yang sudi meminjamkan kudrat dan jasa kalian dalam menguruskan urusan mandi abah dan mengangkat abah dari rumah ke masjid dan dari masjid ke kubur dan terima kasih tak terhingga kepada semua yang membantu sehingga selesainya urusan abah di dunia ini. Orang2 kampung permatang keriang dan adik beradik serta saudara abah dan emak terima kasih yang tak terhingga dari kami sekeluarga. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan dari kami sekeluarga. Ku doakan Allah melimpahkan kurniaNYA yang tak terhingga buat kalian, hanya ALLAh yang mampu membalas jasa kalian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails