Ads @ ACHIQUE


Monday, August 31, 2009

Dating Dengan Dr. Fatimah

27/8/2009 - Khamis, 8.30am. Makyah ada date ngan Dr Fatimah (Dr pakar kat Klinik Kesihatan Penaga).

B/P - 156/90 : Dr kata dah makin ok, sbb dah turun byk, previously bacaan BP Makyah dalam 2++/10+.

Glucose - 8.9 mmol/l, pun dah turun dari previous punya bacaan. Ni hasil kerajinan Makyah makan ubat dengan gigihnya.

Pasal pening Makyah tu, doktor bagi ubat angin dan paracetamol utk dimakan pd waktu sahur. Ni pun bleh menyebabkan Makyah ngamok...."banyak sangat ubat nak kena telan, bila masa nak makan???? Dah la bulan posa!!!!"

Tapi yg bestnya dpn doktor baik jer tak menjawab, ai jer yang banyak tanya mcm ai plak yang jadi patient! Depa tatau balik nanti ai kena memberikan jwpn rasional n logik lagi saintifik sebab musabab kena makan ubat2 tertentu. Bukan kat Makyah ja kat PakDaq sekali. Tu yang heran bila soh p sekali klinik bawa Makyah jumpa doktor refuse tanak...Xpaham ai.

23/11/2009 - Makyah punya appoinment Fundus Check-Up. Yg pasti ai perlu jd dreba n tukang tanya lagi sekali.

Ubat tambahan utk Makyah.....

Alhamdulillah pening Makyah dah makin berkurangan n ai makin gumbira sbb Makyah dah bleh masak juadah berbuka...ngehngehngeh...tadi tgh hari check BP Makyah 139/95

p/s: Utk saat ni, live ni uols Makyah tgh gigih nak check paras glucose dia. Ai buat donno jer kalo idak ai kena buatkan sbb dia ngadu xpandai. Kita tgk cemana resultnya...k layan

Any comment???? Ni selepas minum air kacang soya, dan makan 1 karipap + 1 lepat pisang

Update Tentang Alif

29/8/2009 - Plan bersama family makteh nak p melawat Alif di Hospital Pulau Pinang. Nak p 2 biji keta tapi sorang dreba pun tatau jalan.

30/8/2009 - 9.00 am dapat kol dari Makteh plan cancel sbb tak dapat tukang tunjuk arah. Jgn gelakkan ai yer, walaupun dah 30+ bernafas di bumi Pulau Pinang ni, ai masih tak master ttg jalan kat sini (bukan ker itu membuktikan yg ai ni mmg sorang anak dara sunti baguih punya sbb dok kat rumah tak kuar merewang. Thats why tatau jalan maaaa.........huhuhu)....

Tetiba tingat kat azam (mai x-skulmet n dia terer jln Penang) so dia stuju p skali utk tunjuk jalan. Tq my dear fren.

Sampai Hospital, baru ai ingat lupa nak bawa mask utk 3 warga emas ni.
My mum and my cousin, Kak Sodah

Ni pakteh ai...jenuh nak suruh pakai mask ni. Kata kami pekena depa lak.

Sampai kat depan pintu lif kena screening suhu badan, seb bek pakteh xngamok sbb terkejut tetiba staf hospital datang n hala alat pengesan haba tu kat dahi dia sbb dia ingat pistol...hehe

Dah pusing satu Blok C, baru tau rupanya alif dok kat Blok A. Keadaan Alif nampak lemah tapi mak dia kata dah stabil dari hari2 sebelumnya. Kronologi perawatan utk Alif:-

1) Hari Rabu transfer ke Hospital Pulau Pinang
2) Dimasukkan ke dalam ICU
3) Operation untuk buang darah beku (ditebuk lubang kecil di bahagian kepala)
4) Otak mengembang dan terkena tempurung kepala
5) Operation ke-2 utk buang tempurung kepala sementara (akan dilekatkan tempurung kepala tersebut selepas 2 bulan)

Ai tak pandai nak ceta lanjut (informasi di atas ai dapat dari Alif's mom, Kak Fauziah). So boleh tengok gambar di bawah (thanx utk Abang Rani, my cousin yang ambil gambar ni)




Masa ni, Alif demam (doktor kata situasi biasa slps operation).

Rombongan melawat semua ada 7 (Pakteh, Abang Rani, Noor, My mum, Kak Sodah, Ai n Azam) orang, tapi dibenarkan 3 pelawat dalam satu masa so amik masa jugak la. Wad Alif tu bersebelahan ngan wad cancer. Melihat mereka yang menerima dugaan lagi berat dari Allah, maka ai dgn insafnya bersyukur masih bernafas di bumi Allah dengan sihat dan menerima kenikmatan hidup yang diberikan olehNYA selama ini. Alhamdulillah

Kebetulan masa melawat Alif, belakang katil dia, ada sorang student Politeknik Seberang Perai (sem 1 program SIT) pun baru lepas operation n dibuang tempurung kepala sementara bagi mengeluarkan darah beku. Student ni xcdent hari Sabtu lepas (tak pasti 29/8 atau awal posa). Dia pun tgh tido, nak tanya lebih2 mak dia pun nampak sedih jer.

Balik, bawa warga emas naik feri....

Ai, azam n abang Rani ja kuar keta, warga emas yang jarang2 jumpa tgh sibuk melepaskan rindu (baca sebagai bergosip)......xbek tau gosip di bulan Ramadhan, apatah lagi xbg anak join sekali...
Thanx azam, jadi penunjuk arah...saja amik gmbr blur sbb azam pemalu....hiks...

Last but not least, sila layan gmbr ai yg makin hari makin tembam...
p/s: Walaupun azam dah tunjuk jalan tapi ai tatap tak ingat jalan yang berbengkang bengkok tu, apatah lagi sat lagi nak ke kanan, ke kiri, amik bawah, jgn nek fly over....huih mana nak larat ingat sbb bz dok focus utk drive...azam lepas ni teman lagi bleh....hehehehe

Selamat Menyambut Hari Merdeka

Hari ni tanggal 31 Ogos 2009, rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke-52.

Tahniah buat semua..............

Sudah merdekakah kita dengan erti kata kemerdekaan yang sebenar?

Sudah merdekakah kita apabila anak muda mentafsirkan erti kemerdekaan sebagai "merdeka dari penjajahan Jepun dan British?"

Sudah merdekakah kita apabila belia menyambut kemerdekaan dengan lumba haram dan parti liar?

Sudah merdekakah kita apabila kita masih bercakaran walaupun kita mengatakan "bangga hidup di bumi Malaysia yang aman"?

Tepuk dada tanya selera.........

p/s: Marilah setiap individu yang bernama Warga Malaysia berkhidmat dan memainkan peranan dalam memerdekakan Malaysia

Tuesday, August 25, 2009

Xcident!!!

Ya anak kazen ai xciden tgh hari tadi. Makyah kata bertembung ngan teksi tapi PakDaq yang pergi ke tempat kejadian, bagitau moto ngan moto. What actually happened ai donno coz time PakDaq sampai anak kazen ai tu dah dibawa menaiki ambulans. Sapa salah pun tatau sbb anak kazen ai la ni admit kat Hospital Seberang Jaya. How teruk his condition pun tatau. Lupa nak gitau nama, ai panggil anak kazen ai tu Mohd Alif (cucu Lang ai). Kalo free sok boleh p mlawat but it depends on my boss babe. Boss kasi balik awal sok bleh...ai n my fren sekali ya sbb we all gunakan konsep car pool sekarang ni. Bleh??? Apa la agaknya boss ai nak jawab.

Keadaan Makyah agak tidak memberangsangkan sekarang ni. Tadi PakDaq kol n told me that Makyah had dizziness and vomit twice after perform Zuhur prayer. Ai takut blood pressure Makyah naik lagi ja. So b4 balik rumah, singgah farmasi n beli Automatic Blood Pressure Monitor (jenama Omron). Lepas isya' tadi test, takder la tinggi sgt 142/83. The best part mintak check kat PakDaq sekali, ai rasa Makyah nak test kot mesin tu rosak ke hapa....tak pueh ati la tu. PakDaq punya result 132/82 (PakDaq ada penat sket).

Waktu ai tengah taip ni, Makyah tengah nyenyak tido atas tilam magnet zhulian yang dipinjamkan oleh menantu dia...TQ Kak. Mula2 Makyah tak caya so ai jd bahan kajian. Lepas seminggu ai tido atas tilam tu (2 jam sehari), kebas2 tangan masa bangun dah ok. Lepas tu baru Makyah berani try. Actually ai makin bimbang tengok keadaan kesihatan Makyah yang tak berapa konsisten.

p/s: Mak, semoga cepat sihat dan boleh berjemaah solat tarawikh di masjid. Insyaallah.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa

Alhamdulillah dah berjaya puasa sehari. Makan apa berbuka rini? Amacam u ols punya puasa? Allah itu Maha Kaya, syukran, puasa tahun ni start hari Sabtu. Alasan untuk lebih berehat.....mana la Darwish tak kata 'makcik ni gemuk la'.....

Kalo tak terpaksa la meredah jambatan Pulau Pinang pagi2 dan meredah jammed waktu pulang. Dulu masa orang kata, nak beli keta beli la auto. Ceh dulu gila tanak keta auto, bila dah jammed baru rasa cekang otot segala. Tangan pun dah naik muscle sbb dok tukaq gear.

K nak siap p tarawikh ni, selamat berpuasa buat semua. Mohon maaf kepada semua yang mengenali di atas segala kesalahan dan kesilapan dalam pertuturan serta perbuatan sama ada yang sengaja atau tidak. Halalkan juga makan minum selama ini. Sama2 kita menjalani ibadah puasa dan semoga mendapat lebih keberkatan dan kerahmatan dari Yang Maha Esa pada Ramadhan tahun ini.

p/s: Makyah kena marah ngan PakDaq sebab pantang makan. Susah jugak yer kalo sorang sihat sorang lagi sakit. Alkisahnya Makyah tak makan kurma ja sbb ai dah masukkan kurma dalam air buah yang ai buat utk Makyah (Makyah kan diabetes). Kadang2 senyum sorang2 tgk telatah mereka berdua.

Thursday, August 20, 2009

Jangan Pandang Belakang

Bayangkan anda sedang berjalan di shopping complex sorang2. Kawan2 anda tidak dapat join xtvt menyimpan duit di gedung membeli belah tersebut (baca sebagai memperabih duit yang ada). Jadi anda bersendirian melakukan aktiviti yang menyeronokkan tetapi kekadang menjadi sangat tensi slps itu (dah abis duit tension la!!!). Adakah anda kan berjalan berlenggang kangkung sambil meneliti semua barang di situ atau menuju ke arah tujuan, beli dan kemudian belah dari shopping complex tersebut??

Ada sorang mahkluk Allah tu, dah la p shopping complex kul 7 malam...maghrib tu wei!!! Dah abis pusing tmpt tujuan, maka melihatlah jam di tangan. Sudah pukul 7.45pm!!

Bergegas mencari surau, seb baik penah p solat di situ (makhluk Allah ni kalo pasal direction sangat fail ok!!). Jadi takder la gabra walaupun pusing di tengah2 gedung membeli belah tu 2 kali. Sampai depan surau terus masuk dalam bilik wudhu' (masa tu takder orang)dan berwudhu' dengan penuh tawaduk. Sekali masa tengan basahkan ubun2 terasa ada orang pandang.....toleh belakang ada 2 remaja lelaki berpandangan sesama sendiri, kemudian ada pakcik sorang ni plak berkata " takpa ambik la wudhu' perabih dulu"....

Apa nak dikata....malu weiiiiii. Ai rasa makhluk Allah tu mesti nak berlakon pengsan takpun buat2 macam orang yang sangat fail penglihatannya (^_^).

Bayangkan rupa paras makhluk Allah tu masa amik wudhu'. Of course tanggal tudung, sluar disentengkan, tangan baju pun disentengkan, dan keadaan sangat bergaya ketika mengambil wudhu'

Rupanya bilik wudhu' dan surau lelaki dan wanita di situ telah diubah kedudukannya. Dulu hakmilik wanita telah diubah kepada lelaki dan begitulah sebaliknya. Notis juga telah ditampal di hadapan bilik wudhu' memasing dengan tulisan yang kelabu lagi kabur. Dahla makhluk Allah tu rabun n tak pakai spec atau contact lens so tak ble la nak salahkan dia kan....huhu

Kalo sign toilet leh letak macam ni,


awat sign surau tak bleh letak yang gambar yang jelas menunjukkan perbezaan jantina supaya tadak la orang tersilap masuk lagi...bukan makhluk Allah tu jer yang tersilap, ada lagi orang lain lepas dia tau tapi sebab dia dah kena tegur dan ada lelaki kat situ maka yang lain pun baca betul2 apa yang tertulis di depan bilik wudhu'. Maka selain menjadi mangsa, makhluk Allah tadi jugak menjadi penyelamat kepada wanita lain agar tak tersilap masuk ke bilik wudhu' lelaki.

p/s: Teka teki: siapakah makhluk Allah dalam ceta di atas dan dimanakah kejadian ini berlaku. Sapa dapat jawab dgn tepat nanti ai kasik hadiah yer.

Mahu lebih Tutorial untuk Blog Anda??

Ai sangat baru dalam bidang blogging ni. So ilmu blogging tersangatlah cetek. Dalam usaha nak mendalami ilmu2 dan menambahkan pengetahuan tentang nak mencantikkan blog dan menokok nambah apa yang patut, ai banyak refer pada blog Ceera. Just klik kat senarai Blog yang ai selalu terjah (side bar sebelah kiri), blog nama ceeramoon (atau korang klik je kat sini, ai dah tolong linkkan)

p/s: selamat menimba ilmu ya.....

Tutorial Jam di Side Bar

Kehadapan sahabatku yang diingati lagi dikasihi. Moga berada dalam situasi sihat sejahtera dan mendapat kerahmatan dan keredhaan Yang Maha Esa.....kak dba...(kakakkah????)...mau kena pelempang sedass ni....huhuhu

Tanya ai pasal jam kat blog tu ye. K meh ai terang step by step:-

1) Sila layari laman web di alamat sesawang http://www.clocklink.com/gallery.php

2) Dan akan melihat paparan seperti di bawah, (ai siap print screen utk u...baik tak ai???)

3) Sila klik di gallery. Di situ ada bermacam2 jenih jam. Pilih la yang mana satu suka dan berkenan di hati.

4) Kemudian klik pada View HTML tag (ada kotak kecik di bawah setiap layout contoh jam)

5) Kemudian ada kuar agreement, sila tekan accept

6) Pastu kuar lak paparan seperti di bawah:-

7) Klik kat no. 1(yg ai label tu) pilih Malaysia, city - KL (masa kat Malaysia seragam seluruh negara)

8) Copy semua kod HTML yang ai label sebagai no. 2 and p kat ur blog pilih layout dan kemudian klik kat Add a Gadget dan pilih pada gajet ni:

HTML/JavaScript Add

Add third-party functionality or other code to your blog.
By Blogger

9) Kemudian pastekan semua kod HTML di situ dan masukkan jugak tajuk apa yang nak dilabel kat jam tu.

10) Pastu jgn lupa save. Then try to view ur blog. Tengok jadi ke tak.

K done, faham dak???

p/s: if tak paham, kena bayaq pengeras lebih tau....kuih raya satu balang.....muahahahaha

Monday, August 17, 2009

Tahniah Buat Azizah....

Ucapan di atas bukan untuk Azizah Abdul Razak ya tapi untuk sepupu dia, Azizah Ahmad @ Hamad (maap ai xpasti ejaan yg mana satu). Beliau yg juga dikenali sebagai Kak Jah, anak maklang ai dah selamat melahirkan bay gurl, Nur Raudhah 15 hari yg lepas. Bayi sgt montel, lahir aje dah 3.6 kg. Masa ai p melawat semalam (16 aug, ahad) dia dah naik jadi 4.00 kg. Gambarnya lupa nak diketik sebab bz bergossip dgn ibu bayi (okay2 ai mengaku ai dah tua so lupa).....

Melawat bayi setengah jam jer sebab perlu meneruskan tugas jadi driver Makyah. Gitau kat Pak Daq ai ajak jalan2. Walhalnya dia yang mencadangkan.....apa2 jelah.....

Alasan Makyah utk p jalan2 - kalo dok umah asek tidoq tu yang pening tu. So dalam keta ai tanya pening ka? Jawapan best dari Makyah - kalo keluaq jalan2 tak pening plak, pelik jugak noooo.....hahaha.....

Kat supermarket aku jumpa benda ni.....isu panas waktu ni.


Siap tulis kat situ 4 pack/customer. So ai rasa tuan punya troli ni, bawa anak 4 orang. 4 anak + parents tak jadi 6 orang so bleh la beli 24 pack gula. Kejap jer licin gula ni. Nak plak bulan dpn raya, brebut orang pakat beli, takut kang wat kuih raya rasa tepung ja....

p/s: Ada orang gitau sapa nak kuruih diet gula ja, no sugar at all means that no teh tarik, no kuih sweet2 n amat elok diamalkan utk situasi genting gula macam la ni. Tapi ai baru minum kopi susu tadi....susu kan bukannya gula....huahuahua....

Sunday, August 16, 2009

Sampai Sekarang Aku Tak Paham.....



Slam - Mentari Muncul Lagi


Aku fikirkan mendung berterusan
Tapi kini mentari muncul lagi
Ku rasa kembali kehangatannya
Maafkan aku meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau terseksa

1
Tuhan saja yang tahu perasaanku
Berperang dengan suasana
Hinggakan terpaksa meninggalkanmu
Kerana tak sanggup melihat kau menderita
Menyesalnya ku kerana menyangkal

Nasib tak menyebelahi
Cinta dan hidup kita
Syukur tuhan masih sayang pada kita
Masih sayang, masih ada cinta

(ulang dari 1)

Maafkan aku meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa

p/s: Kalo dah tahu akan terseksa kenapa cuba untuk berbahagia????Bahagiakah melihat aku terseksa????

Sudah Dirujuk Kepada Pakar

Rabu, 12 Ogos 2009. Makyah ada appointment ngan doktor lagi. Ni merupakan kali ke-3 appointment di Klinik Kesihatan. Peringkat-peringkat appointment:

  • 29 Julai 2009 - 1st time p Klinik Kesihatan. Check BP (203/110), Paras Gula (17.3), BMI (29.48). Disebabkan result tidak memuaskan (kalo amik peksa tentu dah fail) so ada sedikit soal selidik mengenai latar belakang Makyah. Kebetulan jumpa kawan sekolah Makyah sebagai staf nurse kat situ. Byk la nak disembangkan....anak Makyah hanya tgk dari jauh. Dan Makyah diberi penghargaan sebagai pemegang kad ini...
  • 2/8/2009 - Review result selepas ambil darah. B4 jumpa doktor, kena wat routine check-up dulu. BP (219/98), Paras Gula (10.3). Bila BP tinggi, kena makan sejenis ubat (kecil ja, doktor akan patahkan ubat tu so makan 1/2 je). Slps 1/2 jam, check BP lagi sekali (190/99). Kalo tak turun Makyah kena berehat di hospital. Yoyo ooo jer ckp "aku tak kisah kalo kena p hospital pun"....tapi bila doktor sebut kata kena tahan terus muka pucat lesi!
Sory noo...gmbr sgt blurr tapi nmpk kan figure2 tu....disebabkan figure itulah Makyah dirujuk terus kepada pakar kat situ. So lepas ni appointment terus ngan pakar (sorry ai tak ingat nama doktor tu tapi sangat manis orangnya)

Result dari ujian darah:-
  • Buah pinggang - ok
  • Penapis urin - ok
  • Jantung - ok cuma sedikit laju (alasan Makyah: ketaq masa depa nak check tu)
  • Mata - ok
  • LDL Kolestrol - lebih sbyk 1.7mmol/L (jgn tanya aku apa benda alah ni...aku pun tatau
Alhamdulillah atas result tersebut. Lepas ni kena check urat belakang mata. Pemeriksaan ni wajib ke atas pesakit diabetes (setahun sekali). Siapa kata hospital kerajaan tak bagus....ai dah bawa Makyah selama 4 tahun ke klinik swasta tetapi tidak ada pemeriksaan yang lengkap sebegini. Yang ada kalo tak datang sebulan sekali kena marah. Orang tua once kena marah, depa amik hati...ingat senang nak pujuk orang tua p hospital????

p/s: Sekarang Makyah tgh menjalani diet yang terkawal, ai rasa Makyah akan bertambah slim tapi anak dia akan bertambah montel sebab terpaksa makan bahagian makanan yang Makyah takbleh makan.....adilkah begitu?

Tuesday, August 11, 2009

Kisah Saya......

Cak...Cuba teka siapa saya??? Mari semua, kita berkenalan yea...
  • Umur saya 4 tahun
  • Saya ada kakak. Saya sangat sayangkan kakak saya (gambar di bawah sebagai bukti)

  • Saya suka bersenam dan aktif orangnyaMari sama2 ikut saya yer.....angkat kaki kanan, kiri.....8 lagi....
  • Definisi hensem bagi saya ialah 'GEMUK ITU HENSEM'. Saya gemuk, maka saya hensem! Makcik saya juga gemuk tapi dia tidak hensem kerana hensem hanya untuk lelaki yea. jadi makcik saya tolong jgn perasan!!!
  • Pandangan saya tentang gemuk atau kurus adalah subjektif. Saya nampak makcik saya kurus bila saya nak minta tolong makcik saya buat sesuatu untuk saya.......dan makcik saya sangat gemuk lagi tak lawa bila gaduh ngan saya
  • Saya sangat pembersih ya, jadi kalo nak peluk atau pegang saya pastikan anda semua basuh tangan dan lap bersih2....jika tidak anda tidak dibenarkan pegang saya...TAPI kalo saya terkencing dalam sluar itu tandanya saya tak sedar bukan PENGOTOR yea...sila paham!
  • Gambar di bawah adalah adik saya. Saya sayangkan dia tapi dia selalu nangis dan selalu kaco bila saya nak main...jadi kalo atok n tokwan nak amik adik, ya silakan. Jangan amik saya sudahla. Saya tak suka dok kampung sbb takder Astro, nanti saya rindu pulak kat hagemaru (crita kartun peberet saya)....

Sekian crita saya...len kali kita jumpa lagi ....babai....

p/s: Makcik, kalo rindu sama saya boleh datang rumah rumah saya dgn syarat, "makcik kena ada duit banyak nanti kena bayar tol tau!"


Monday, August 10, 2009

Kisah Suami Isteri

Kisah Makyah bersambung ke episod ke-2.

Kisah bermula dengan seorang isteri yang ada appoinment ngan doktor untuk diambil darah. Al-kisah nya appoinment tu pagi kol 9.0 kat sebuah klinik kesihatan. Jadi malam sebelumnya, si husben, PakDaq dan isteri, Makyah discuss malam tu cemana nak p pagi besok. Kata sepakat dicapai, sok kol 7.30am bertolak.....macam jauh nau klinik kesihatan tu...walhalnya 10 menet jer dari umah diorang.

Es
oknya, bertolaklah keduanya ke klinik dengan romantiknya menaiki motosikal kapcai. Sampai di klinik 7.45am....disebabkan appointment Makyah kol 9am, jadi berjanjilah lagi keduanya yang PakDaq akan amik Makyah ni kol 10.00 - 10.30 am. (PakDaq tinggalkan Makyah kat klinik dan gitau kata nak balik umah)....
PakDaq taknaik moto ni yea...

Dah Makyah p awal, so dia dpt giliran no 1 seawal kol 8.05am. Kol 8.30am semua prosedur utk MakYah dah complete. So sebagai isteri yang amat mendengar kata, tunggu tercongoklah MakYah kat depan pintu klinik tue. 5 menet berlalu....'bosan lak'...detik hati MakYah.... 'tunggu dpn gate la, kot kalo husben terchenta ai datang sng nampak'.....tunggu lagi 5 menet dpn gate klinik tue...tapi bayang PakDaq pun xnmpk...

Perut MakYah dah berdondang sayang...almaklumlah kena pose dr kol 10 mlm smlmnya (nak amik darah mmg kena pose dari mlmnya ya)...atte dah kata pose, xmkn la....sbb bosan tggu husben terchenta yg xkunjung tiba dan masa berjanji pun ada sejam lagi...'p umah anak penakan ai kat dpn klinik ni pun bagus jugak!'....

Jumpa anak penakan sambil pekena peknga (lempeng) cicah kari smlm + karipap pns2 + teh 'o'. Sambil sulam seli ngan gosip2, cerita itu ini....dah kol 9.50am. Perut dah kenyang, MakYah pun suka ati. Anak penakan pula offer nak anto, kira orait la sbb janji ngan PakDaq ada sploh menet lg. 'Mesti husben ai tak kuar umah lagi nih....dan aku sampai dulu...'Makyah berkira2 dalam ati...

Sampai umah.....PakDaq tadak.....zassssss..............
Darah tersirap nek ke muka Makyah...takut nih!!!!!!!!
Tepon PakDaq .....n kena marah la dalam tepon...hahahaha

'SOK ADA APPOINTMENT NGAN DOKTOR LAGI P JALAN KAKI SENDIRI!!!'

Sangat hangin ropanya PakDaq ...mana idaknya, dia bimbang dok mencari Makyah disegenap ceruk klinik dan kwsn sekitarnya. Dah la si isterinya dok pening2 tadi (darah tinggi).. takut la terjatuh kat mana ke apa ke....ropanya dah sampai umah....Hangin la kawan!

Hangin dalam tepon jer.....balik umah tengok Makyah yg dok wat muka kesian + muka sakit....tak jadi nak sambung marah...baik la dah....surut dah hangin yang nak marah tadi.....

p/s: Makyah tak sabar2 tunggu anak balik keja nak ceta kejadian siang tadi....huhu...sabar yer Makyah...anak tu p servis telinga jap....

RUMAH YANG DAH BERSAWANG

Start create blog ni....Dis 2008 (menulis kali pertama)
Update kali ke -2, Ogos 2009.

Kalo rumah yang ditinggalkan lelama mcm ni mau dah naik berhantu kan..:-)). Nipun dah naik bersawang dan berhabuk sbb tu gagahkan diri untuk menghapdet jugak!! Harap2 semangat berkekalanlah hendaknya...

Cabaran nak menghapdet:-
1) On PC jer, main game....
2) Layan chatting
3) Baca blog orang
4) Layan youtube
5) Layan tv3.com.my

Ada cdgn nak menangani cabaran di atas?

Sunday, August 02, 2009

Kisah Makyah Episod 1

Cerita tentang isteri Abdul Razak, Makyah.....

Jumaat (17 Julai), aku balik dari Shah Alam tgk jari Makyah dah macam kat bawah. Terus ajak p klinik tp
tatap tamau p klinik...

'takpa sok baik la, aku dah titik ngan ubat yg beli kat farmasi'...almaklumlah dulu cita2 nak jadi doktor...alasan cukup best. Sbnrnya tkt nak p klinik tkt doktor wat minor operation.

Aku biar ja, kita tgk bleh thn sampai bila. Ahad pagi, nk bgn pun dah bergagah. Baru nk p klinik n redha ja klinik mana aku nak bawa. No demand! sakit sangat la tu!!

Zass aku bawa p Metro Specialist Hospital. Kena minor operate...hehe...jari masa berbungkus takder gambo yer sbb aku pun cuak tgk. Keje aku cuci 2 hari sekali, cuci ngan saline (pencuci luka..best sgt sbb rasa sejuk jer) n letakkan cream luka utk cepat baik. Mujur dalam 5 hari dah baik....aku riso gak sbb Makyah ni ada diabetes. Makyah sgt pantang makan orangnya ...pantang tengok!!!!!
:-))

jari makyah yang dah baik...alhamdulillah....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails