Ads @ ACHIQUE

Friday, September 30, 2011

Demi Keselesaan itu

Assalamualaikum...

Sometimes aku taktau nak tulis apa dalam blog ni. Bila aku merempan or menulis tentang ketidakpuasan hati, banyak pulak yang terasa. Aku ingat takder orang nak intai blog ni tapi ada jer yang nak baca. Kadang2 mmg aku nak meratus segala kat sini tapi entahlah...... Sebab tu aku da jarang2 menulis sebab ada yang tegoq kata bagus sangat ker dok citer aib orang.

Walaupun tak cakap nama secara direct tapi yang rapat dengan aku mesti boleh teka sapa nama yang aku dok kata kagt dalam ni. Bila mai mood nak marah tak best la nak guna 'ai' segala....'aku' jugak yang best.

Nak cakap pasal selesa. Kita bila dah keje mesti nak rasa kehidupan yang selesa. Rumah yang selesa, kerja yang selesa, pengangkutan yang selesa. Tapi untuk orang macam aku, aku kena menyimpan duit berdikit2 untuk keselesaan itu. Mungkin 7 hingga 8 tahun baru boleh nampak keselesaan yang aku nak. Sebab baru cukup duit dan keupayaan untuk menzahirkan apa yang aku rasa selesa. Tapi yang aku heran ada yang dia tak kisah pun nak meyimpan, yang dia tau dia nak. Macam mana nak buat untuk dapatkan benda yang dia nak, orang lain kena pikir bagi pihak dia. Aci ker? Ko ingat aku ni apa! Tukang siapkan kehendak ngko ker!!!!

Memang la aku ikhlas jer selama apa yang aku buat. Lagi satu sekarang ni aku rasa apa yang aku boleh bagi untuk makyah selesa, yang tu yang jadi keutamaan aku. Walaupun aku perit nak sediakan, insyaallah itu akan jadi first priority. Biar makyah nampak macam aku berkeupayaan untuk tunaikan hajat dia. Walaupun aku jenuh pikir cara, dia tak payah tau. Aku tau cukup. Yang makyah tau, apa yang dia nak (if reasonable) dia akan dapat. Tapi kalau nak beskal mmg aku tak beli la sebab ada hati nak bawa beskal p pekan Penaga.....kete banyak tu. Dah la ada darah tinggi, tak pasal2 je...ngeri nak pikir.

Aku tak paham orang yang tak bleh pikir bila dia nak sesuatu. N dia tak boleh nak bajet apa yang dia ada dengan kehendak yang dia nak penuhi. Maksud aku duit atau gaji yang dia ada dengan kehendak dia yang very the class one. Mungkin aku terlalu konservatif. Mungkin jugak kedekut sebab bila aku belanja banyak je dalam satu hari, aku jadi angin n tanak cakap dengan orang. Konon2 menyesal ke apa ke....tapi lepas tu aku belanja tak ingat dunia balik.

If ko nak rumah ko tu fully aircond, ko kena pikir lepas ni ko cukup tak duit nak bayaq bil elektrik n nak maintenance aircond tu. If ko nak keta Merc, ko mampu ke nak isi minyak dia. Jangan sampai dapat gaji hari ni, lusa gaji lincin. Lepas tu nak makan, takkan nak makan pucuk ubi belakang rumah ja tiap2 hari. Aku nak jugak kailan n carrot organik. Pastu bila mak ko sebut dia nak mintak belikan barang, ko balik jer rumah, ko claim. Kan ke dah keje, malu la nak claim2.....kan...kan...kannn..........

:-((


Sunday, September 25, 2011

"**MELAYU or ME...LAYU**"

Ntah nak tulis tajuk apa sebab macam2 bermain di kepala.

1st sekali nak ulas pasal Perniagaan orang Melayu. Ai tak berniaga tapi abah ai berniaga. Daripada arwah abah macam2 kita boleh tengok.

1) Peniaga - dalam subjek perdagangan dia pernah kata, peniaga mesti jujur dan amanah. Tapi kat mana istilah jujur dan amanahnya bila kita nak ikan sekilo tapi depa timbang 950gm? Ai membesar dalam situasi timbang menimbang (sekarang timbang berat ai jer...makin naik so maksudnya makin maju!). Ai selalu tgk orang yang timbang manual n timbang tak cukup so bila nak beli brg sekarang ai selalu tak percaya bila tokeh kedai timbang. Mesti belek sekali. Sampai pakcik2 jual ikan kat pasar meluat dgn ai....huhuhu.....Abah kata if timbang tak cukup sok kat akhirat kita kena siat isi untuk dicukupkan timbangan yang kita buat tak cukup tu. Cukup la kot nak bagitau kat budak2 if kita tak jujur maksudnya kita kena balasan yang dahsyat kat akhirat dan ada yang Maha Berkuasa tengah tengok kita buat kerja. Sekurang2nya ia membantu untuk didik ai.

2) Customer - if peniaga melayu deal dengan customer yang mainly pun melayu, depa suka berhutang. Tahun pertama sebab anak baru sorang so bulan2 hutang mesti akan siap langsai. Tahun kedua anak bertambah jadi dua dan gaji hanya bertambah seratus saja so hutang dah bayar kadang2 langsai kadang2 separuh. Tahun ketiga, anak jadi 3 orang terus bayar tak pernah hanis tiap2 bulan. Perbelanjaan makin tinggi tapi pendapatan di takuk lama.

3) Modal - Abah pesan modal mesti cukup. Tahun pertama sampai tahun ketiga adalah tahun untng rugi dan balik modal. Maksudnya 3 thn pertama ni kita kena cukup struggle dan pastikan modal mencukupi sebab kadang2 tempoh 3 tahun pertama hanya cukup2 balik modal je. So kena bersedia untuk setiap kemungkinan. Tapi if tahun pertama tu dah untung riban2 jangan gelap mata dengan duit keuntungan. Jangan belanja tak tentu hala lagi, Fikirkan sampai bisnes betul2 stabil. Den baru boleh ambil portion keuntungan sebagai upah bagi diri sendiri. Kena tetapkan gaji untuk diri sendiri...Jangan biasakan diri ambil lebih. Disiplin dan yang lainnya buat modal tambahan untuk besarkan perniagaan.

4) Jangan sampai orang hilang kepercayaan. Jangan berjanji if tak bleh nak laksanakan. If dah janji buat betul2. Jangan ambil kerja den buat sambil lewa. Walaupun ko dah bertapak 5 tahun n bisnes ko sangat kencang, belum tentu ko bertahan lagi 5 tahun lepas ko buat semua keje sambil lewa. Kerja itu amanah!

5) Percaya hanya pada diri sendiri - orang lain percaya2 harap tidak! Dan sebab itu ada orang kata ai ni tak bleh jadi orang atasan satu hari nanti sebab sifat delegate kerja ai tu sangat kurang. If kita dah delegate kita nak orang tu buat kerja tapi if kita suruh orang buat kerja, kerja tu di bawah par expextation kita yang merana! Kat sini ai belajar something. Maybe boss yang kuarkan arahan tak lengkap or assignment yang diberi tu tak sesuai dengan orang yang disuruh. Bos kena belek diri sendiri dulu den baru boleh hukum anak buah!...If keje kita dah sehabis baik n anak buah yang silap so boleh lah disalahkan anak buah tu!

Ikutlah cara Islam if nak maju dalam perniagaa. Semua telah digariskan dengan lengkap dan terperinci. Jujur dan amanah. Insyaallah sedikit pun kepercayaan customer tidak akan dimainkan. Aku dah tak larat nak jadi kastemer yang kaki komplen.... :(

Friday, September 09, 2011

Duit Raya

Ada orang bagi sampul duit raya tertera RM7,000. Ai tanya tiga kali untuk sahkan amaun. Banyak tu! Orang tu mengangguk untuk mengiakan pertanyaan ai.

Tak puas hati ai kira. Jumlah dalam sampul RM700.00

Pengsan!......

Moral of the story: Better kira depan orang yang bagi ko duit. Mana tau cara dia tulis amaun tak sama dengan cara ko....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails