Ads @ ACHIQUE


Showing posts with label Am. Show all posts
Showing posts with label Am. Show all posts

Saturday, June 01, 2013

Orang Bujang Senang?

Assalamualaikum....

Pesanan penaja:  Ini bukan entri berkenaan ketidakpuasan hati cuma ingin mengupas dari perspektif yang sedikit berbeza.

Bujang vs Berumahtangga.

Kebanyakan orang yang aku jumpa mempunyai satu pandangan yang sama berkenaan orang bujang.  Bujang tiada tanggungan. Duit mereka berkepuk. Sebut apa saja, semua boleh jadi kenyataan.  Namun tak semua kenyataan sedemikian rupa.  Mungkin sekiranya si bujang yang bekerja masih ditanggung oleh ibu bapa atau ibu bapa mempunyai pencen yang banyak. Jadi si bujang tersebut memang duit berkepuk.

Tapi dalam sekelompok orang bujang dia perlu berusaha untuk diri dia sendiri.  Dia juga perlukan kereta, rumah, makan, bil perubatan, insurans, supplement, pakaian dll. So perbelanjaan dia lebih kurang sama cuma tidak melibatkan anak. Tapi si bujang menanggung perbelanjaan seorang diri manakala yang dah berkahwin, pendapatan adalah gabungan berdua. Dan bagi si bujang, hari tua juga perlu difikirkan. Sememangnya Qada' dan Qadar adalah ketentuan namun Doa dan usaha adalah penting.  Bagi si bujang, hari tua adalah satu perkara yang mungkin menjadi satu igauan buruk.  Bagaimana menghadapi hari tua keseorangankah? Ditemani adik beradikkah? Sememangnya ada jodoh menunggu di usia lanjutkah? Siapa pun tidak tahu.

Jadi perlu ada sedikit simpanan menjelang hari tua. Buat belanja selepas tidak bekerja.  Umur kita sampai bila, itu adalah rahsia Allah.  Namun bagi aku sedikit ingatan adalah perlu.  Doaku, matiku tidak menyusahkan sesiapa. Sama ada dari tanggungan hutang atau segala.

Aku pohon kesudahan yang baik dariNYA.

Wednesday, May 29, 2013

Masa Yang Berlalu

Assalamualaikum,

Benar kata orang, menulis memerlukan kekuatan.  Bukan kekuatan fizikal tapi semangat yang kental.  Banyak cerita yang terpendam, banyak kisah yang tidak mahu dikongsikan, banyak sangat fikir menyebabkan aku menjadi semakin tak tahu hala tuju blog ni. Nak menulis tentang apa. Sakit hati sekiranya ditulis di sini mungkin akan membuka pekung di dada. Jadi bila dibiarkan begitu lama, semangat untuk menulis semakin merudum.

Jadi mari sama-sama kita 'polish' kembali akan semangat itu menyinar. Huhu.

Lama-lama tak lama aku tak menulis, nilah buktinya.


Dari budak ni hanya tau tidoq terlentang dan menangis ja sampailah dah pandai  macam2.....

La ni dah pandai marah makcik.
Pandai minum air dalam cawan.
Pandai punggahkan baju yang dilipat.
N dah pandai jalan bertapak2....


Tuesday, February 28, 2012

Berita itu

Assalamualaikum....

Dah lama nak berblog pasal hal ni. Tapi asek tertangguh dan tak berapa ada mood nak berblog pasal hal yang tak berapa best nih. Cumanya bila Shima bagitau lagi pagi tadi pasal hal yang hampir serupa, tak bleh tidak kena post jugak isu nih.

Aku tau ada beberapa orang pelajar dan bekas pelajar yang baca blog aku. Cumanya sebabkan aku ni malas nak update selalu maka depa pun mungkin tertanya2 dan rasa andaian depa tu kalau tak 100% betul mungking 80% betul.

Dalam awal Februari tahun ni, rasanya siapa yang mengajar kat politeknik heboh perkara ni. Ada seorang pensyarah yang namanya sama dengan aku meninggal. Banyak spekulasi tentang kematian beliau. Al-fatihah untuk almarhumah. Aku berdoa sekiranya beliau dianiaya, Allah akan membalas kejahatan orang yang melakukan tersebut di dunia lagi. Boleh baca berita kat sini.

Dan berita ni heboh di kalangan pelajar, fesbuk tentunya. Taktau la macamana pemberitahuan dalam fesbuk tu tapi berita tu dah sebabkan havoc di kalangan kawan2 aku. Aku ingat lagi, hari Sabtu, aku ada kelas dengan students part time. Sampai rumah dah hampir pukul 7 petanng. Sampai je kat rumah tengok dah ada tetamu. So sibuk dok layan tetamu sampai la fon aku bunyi berdering2 aku tak dengaq. Dah pukul 10 lebih baru aku belek fon. Tengok Shima dan Oya kol dah berpuluh kali. Shima dapat kol dari sorang student sem ni tanya betul ke aku dah 'takde' (meninggal). Shima tanya Oya, depa dah terpikir yang bukan2 sebab petang tu aku ada kelas so mana la tau on the way nak balik tu accident ka apa ka? Sian depa dok bimbang. Dah la aku pun tak angkat kol, lagi la depa pikiaq yang bukan2.

Bila aku dah kol Oya balik, baru la semuanya lega. Oya kol bagitau Shima kata aku selamat, berita kematian tu adalah Azizah Sapawi bukannya aku. Dan Shima pun gitau kat student yang aku selamat, so jangan lupa siapkan tugasan sebab nak kena hantaq hari Isnin...:-)

Pagi tadi Shima kata ada x-student msg dia tanya pasal aku jugak, depa dengaq khabar kata aku sakit. Kanak2 sekalian ..hehehe....Cik Azizah insyaallah masih sihat dan masih boleh berdiri di hadapan kelas. Dan semangat dia sentiasa membara, apatah lagi bila nak marah students, insyaallah sihat kalau masa nak marah tu....huhu....

Mungkin ni petunjuk yang Allah nak bagi kat aku supaya selalu ingat tentang kematian. Memang kebelakangan ni aku rajin terpikir kalau aku pergi dulu, berapa banyak hutang aku nak kena settle sebab hutang antara penyebab kita tak dapat nak jejak syurga. Macam2 sebenarnya terpikir tapi bila mai nak kata kat orang aku tak ingat pasal mati.

Bila aku cakap kat Makyah pasal hal student ingat aku yang meninggal tu, aku tengok dia berlinang air mata. Memang kita datang ke dunia ni sorang, dan pulang ke pangkuan Allah pun sorang tapi sementara nak habiskan usia di dunia ni perlukan teman. Mak mesti sayang semua anak dia tapi aku ni kan belum bekeluarga jadi tidur pun dengan Makyah. Aktiviti lain lagi la together2. Kalau salah sorang takder pasti sunyi amat.

Aku mohon Allah tabahkan hati untuk aku dan Makyah tempuh semua dugaan dan cabaran dunia yang mendatang. Ya Allah janganlah aku diuji dengan perkara yang tak sanggup aku hadapi. Amin.

To my students: Setiap yang hidup pasti akan mati. Kalau dengar saya dah takder di muka bumi ni, maafkanlah atas segala salah silap saya. Halalkan masa saya bersama kalian. Dan sekiranya ada janji yang tidak tertunai juga mohon dihalalkan. Kalau ada masa terluang sedekahkanlah bacaan Yasin, paling tidak Al-Fatihah secara berterusan. Thanx.

Monday, October 31, 2011

Maruah

Assalamualaikum....

Watpe uols? Jom marking paper......masa bagi kuiz kemain lagiks. Nak marking tetiba jer rasa malas gilak! Tapi kena awat jugak la sebab da jadi tanggungjawab la kan. Wat keje macam ni tensen kan....semua bertapuk di hujung tanduk...huh huh!

Bukan itu yang ai nak cerita. Lately ai bz dengan melawat sedara mara (ada misi rahsia.....sangatttt.....). Masa ai p melawat sorang sedara ni, dah lama sangat weols tak jumpa. Ai pun makcik nih dah tak kenal sebab dah gebu sangat. Gemuk la tu. Makcik ni bole kata orang kaya. Masa muda2 dulu selalu p oversea melancung. Umrah pun takyah cakap la tapi very humble. Hasben dia baru meninggal (setahun lebih kot). So masa jumpa dgn Makyah banyak la depa borak. Sebab Pakdaq rapat dengan hasben dia.

Dia cerita kadang2 pagi, dia breakfast kat luaq ja. Tapi if sorang2 mesti dia takpi makan kat kedau. Ada kawan dalam dua tiga orang baru jadi.

Dia pesan, kita orang perempuan perlu jaga maruah diri. Gelak jangan kuat. Melawak dengan lelaki jangan pompang2....ada cara dan etika dalam gurau senda. Jangan biar orang senang buat lawak dengan kita (maybe memperlekehkan kita). Biar orang pandang kita sebagai orang perempuan yang bermaruah, yang ada adab. Bila depa jumpa depa ada rasa hormat. Tegur pun ada adab tidak sembarangan. Kata dia, kita yang menentukan diri kita. Harga kita, kita yang letak. Kalau tengah jalan orang boleh dok phewwiittt kita maksudnya orang takder rasa hormat dengan kita.

Apa yang orang pandang kita mungkin itulad kita yang sebenarnya. Muhasabah.......Jangan terlalu mendongak ke langit, lihat juga bumi hijau yang dipijak!


Sunday, October 02, 2011

Mampukah Kita sebagai Umat Islam???

Question:

Was Islam's "perfect man" sexually restrained?

Summary Answer:

Muhammad had sex with just about anyone he pleased, thanks to Allah's extraordinary interest in his personal sex life, as immortalized in the Qur'an.

Although the Qur'an didn't appear to have enough space for topics like universal love and brotherhood (which Muslims sometimes insist are there, but aren't), the list of sexual partners that Muhammad was entitled to is detailed more than once, sometimes in categories and sometimes in reference to specific persons (Zaynab & Mary).

Muhammad was married to thirteen women, including eleven at one time. He relegated them to either consecutive days or (according to some accounts) all in one night. He married a 9-year-old girl and even his adopted son's wife. On top of that, Muhammad had a multitude of slave girls and concubines with whom he had sex - sometimes on the very days in which they had watched their husbands and fathers die at the hands of his army.

So, by any realistic measure, the creator of the world's most sexually restrictive religion was also one of the most sexually indulgent characters in history.


Korang baca dengan teliti apa yang ditulis di atas. Dan banyak lagi kat sini. Ai tengah cari tentang a way of life of our prophet, Muhammad s.a.w. Buka webpage ni baca dan teliti den ai pikir, Adakah ai mempunyai ilmu yang cukup untuk mematahkan setiap ayat bicara dalam webpage ni. Kita umat Islam tahu perkara ini tidak benar dan mereka telah memanipulasi setiap ayat dalam hadith dan sirah. Tapi ai tengah pikir sama ada kita mampu untuk berdebat dengan mereka yang mengkaji dan menjadikan ia sebagai satu realiti berdasarkan hujah yang diwujudkan sebegitu kukuh.

Kita perlu menjawab berdasarkan hadis dan sirah dan perlu menjelaskan mengikut kacamata dan pengertian Islam yang sebenarnya. Mampukah kita sekiranya ilmu di dada hanya setakat cukup untuk berkata "aku beriman kepada mu Ya Allah dan aku juga beriman dengna Rasulmu Ya Allah". Tiada kajian yang lebih lanjut tentang itu.

Ampunilah aku Ya Allah atas kedaifan dan kefakiran ilmu di dada ini. Membaca itu sangat dituntut bagi memenuhkan ilmu di dada. Jom baca buku........




Saturday, October 01, 2011

SAYANG vs MARAH

Assalamualaikum....

Orang cakap marah tu tandanya sayang. Best kan if dapat jadi orang kesayangan. Pasti berbeza dari segi layanan dan perhatian berbanding orang yang biasa2.

Waktu seronok mesti best, apa yang kita buat semua terasa best. Tapi korang perasan dak, kita ni cepat jauh hati or terasa hati dengan insan yang paling kita sayang. Contohnya bila kawan2 kata kita ni banyak cakap kita tak kisah pun. Siap boleh balas lagi ayat2 yang kawan bagi....nak menang jer...darah pahlawan katakan. Tapi if insan tersayang kata kita ni banyak cakap, rasa macam jauh hati sgt.....yelah paham, kita ni banyak jer kekurangan.

Contoh ke2, if orang biasa2 di hati kata, takyah la ikut nanti tak muat nak letak barang dalam keta sebab nak beli banyak barang. Lagipun nanti penat sebab banyak tempat nak singgah. Kita pun iyakan ja...dalam hati best jugak tak ikut, boleh aku lipat baju or mop umah segala... Tapi bila orang tu kita sayang lebih sket, n dia tak bagi ikut mula la nak terasa sampai satu hari. Terus tarik muka n tanak cakap seharian. Bila orang biasa2 di hati keluar tak bagitau kita buat tak kisah ja...dalam hati, ada la kot keje dia, satlagi dia balik la. Tapi kalau orang yang kita sayang keluar tak bagitau, kita terus tambah merajuk sehari lagi...

Letih kan.....kita rasa snagat letih, tapi bila kita yang buat perangai macam tu, orang lain pulak rasa letih. Kesian kat orang lain.... :-D

Friday, September 30, 2011

Demi Keselesaan itu

Assalamualaikum...

Sometimes aku taktau nak tulis apa dalam blog ni. Bila aku merempan or menulis tentang ketidakpuasan hati, banyak pulak yang terasa. Aku ingat takder orang nak intai blog ni tapi ada jer yang nak baca. Kadang2 mmg aku nak meratus segala kat sini tapi entahlah...... Sebab tu aku da jarang2 menulis sebab ada yang tegoq kata bagus sangat ker dok citer aib orang.

Walaupun tak cakap nama secara direct tapi yang rapat dengan aku mesti boleh teka sapa nama yang aku dok kata kagt dalam ni. Bila mai mood nak marah tak best la nak guna 'ai' segala....'aku' jugak yang best.

Nak cakap pasal selesa. Kita bila dah keje mesti nak rasa kehidupan yang selesa. Rumah yang selesa, kerja yang selesa, pengangkutan yang selesa. Tapi untuk orang macam aku, aku kena menyimpan duit berdikit2 untuk keselesaan itu. Mungkin 7 hingga 8 tahun baru boleh nampak keselesaan yang aku nak. Sebab baru cukup duit dan keupayaan untuk menzahirkan apa yang aku rasa selesa. Tapi yang aku heran ada yang dia tak kisah pun nak meyimpan, yang dia tau dia nak. Macam mana nak buat untuk dapatkan benda yang dia nak, orang lain kena pikir bagi pihak dia. Aci ker? Ko ingat aku ni apa! Tukang siapkan kehendak ngko ker!!!!

Memang la aku ikhlas jer selama apa yang aku buat. Lagi satu sekarang ni aku rasa apa yang aku boleh bagi untuk makyah selesa, yang tu yang jadi keutamaan aku. Walaupun aku perit nak sediakan, insyaallah itu akan jadi first priority. Biar makyah nampak macam aku berkeupayaan untuk tunaikan hajat dia. Walaupun aku jenuh pikir cara, dia tak payah tau. Aku tau cukup. Yang makyah tau, apa yang dia nak (if reasonable) dia akan dapat. Tapi kalau nak beskal mmg aku tak beli la sebab ada hati nak bawa beskal p pekan Penaga.....kete banyak tu. Dah la ada darah tinggi, tak pasal2 je...ngeri nak pikir.

Aku tak paham orang yang tak bleh pikir bila dia nak sesuatu. N dia tak boleh nak bajet apa yang dia ada dengan kehendak yang dia nak penuhi. Maksud aku duit atau gaji yang dia ada dengan kehendak dia yang very the class one. Mungkin aku terlalu konservatif. Mungkin jugak kedekut sebab bila aku belanja banyak je dalam satu hari, aku jadi angin n tanak cakap dengan orang. Konon2 menyesal ke apa ke....tapi lepas tu aku belanja tak ingat dunia balik.

If ko nak rumah ko tu fully aircond, ko kena pikir lepas ni ko cukup tak duit nak bayaq bil elektrik n nak maintenance aircond tu. If ko nak keta Merc, ko mampu ke nak isi minyak dia. Jangan sampai dapat gaji hari ni, lusa gaji lincin. Lepas tu nak makan, takkan nak makan pucuk ubi belakang rumah ja tiap2 hari. Aku nak jugak kailan n carrot organik. Pastu bila mak ko sebut dia nak mintak belikan barang, ko balik jer rumah, ko claim. Kan ke dah keje, malu la nak claim2.....kan...kan...kannn..........

:-((


Sunday, September 25, 2011

"**MELAYU or ME...LAYU**"

Ntah nak tulis tajuk apa sebab macam2 bermain di kepala.

1st sekali nak ulas pasal Perniagaan orang Melayu. Ai tak berniaga tapi abah ai berniaga. Daripada arwah abah macam2 kita boleh tengok.

1) Peniaga - dalam subjek perdagangan dia pernah kata, peniaga mesti jujur dan amanah. Tapi kat mana istilah jujur dan amanahnya bila kita nak ikan sekilo tapi depa timbang 950gm? Ai membesar dalam situasi timbang menimbang (sekarang timbang berat ai jer...makin naik so maksudnya makin maju!). Ai selalu tgk orang yang timbang manual n timbang tak cukup so bila nak beli brg sekarang ai selalu tak percaya bila tokeh kedai timbang. Mesti belek sekali. Sampai pakcik2 jual ikan kat pasar meluat dgn ai....huhuhu.....Abah kata if timbang tak cukup sok kat akhirat kita kena siat isi untuk dicukupkan timbangan yang kita buat tak cukup tu. Cukup la kot nak bagitau kat budak2 if kita tak jujur maksudnya kita kena balasan yang dahsyat kat akhirat dan ada yang Maha Berkuasa tengah tengok kita buat kerja. Sekurang2nya ia membantu untuk didik ai.

2) Customer - if peniaga melayu deal dengan customer yang mainly pun melayu, depa suka berhutang. Tahun pertama sebab anak baru sorang so bulan2 hutang mesti akan siap langsai. Tahun kedua anak bertambah jadi dua dan gaji hanya bertambah seratus saja so hutang dah bayar kadang2 langsai kadang2 separuh. Tahun ketiga, anak jadi 3 orang terus bayar tak pernah hanis tiap2 bulan. Perbelanjaan makin tinggi tapi pendapatan di takuk lama.

3) Modal - Abah pesan modal mesti cukup. Tahun pertama sampai tahun ketiga adalah tahun untng rugi dan balik modal. Maksudnya 3 thn pertama ni kita kena cukup struggle dan pastikan modal mencukupi sebab kadang2 tempoh 3 tahun pertama hanya cukup2 balik modal je. So kena bersedia untuk setiap kemungkinan. Tapi if tahun pertama tu dah untung riban2 jangan gelap mata dengan duit keuntungan. Jangan belanja tak tentu hala lagi, Fikirkan sampai bisnes betul2 stabil. Den baru boleh ambil portion keuntungan sebagai upah bagi diri sendiri. Kena tetapkan gaji untuk diri sendiri...Jangan biasakan diri ambil lebih. Disiplin dan yang lainnya buat modal tambahan untuk besarkan perniagaan.

4) Jangan sampai orang hilang kepercayaan. Jangan berjanji if tak bleh nak laksanakan. If dah janji buat betul2. Jangan ambil kerja den buat sambil lewa. Walaupun ko dah bertapak 5 tahun n bisnes ko sangat kencang, belum tentu ko bertahan lagi 5 tahun lepas ko buat semua keje sambil lewa. Kerja itu amanah!

5) Percaya hanya pada diri sendiri - orang lain percaya2 harap tidak! Dan sebab itu ada orang kata ai ni tak bleh jadi orang atasan satu hari nanti sebab sifat delegate kerja ai tu sangat kurang. If kita dah delegate kita nak orang tu buat kerja tapi if kita suruh orang buat kerja, kerja tu di bawah par expextation kita yang merana! Kat sini ai belajar something. Maybe boss yang kuarkan arahan tak lengkap or assignment yang diberi tu tak sesuai dengan orang yang disuruh. Bos kena belek diri sendiri dulu den baru boleh hukum anak buah!...If keje kita dah sehabis baik n anak buah yang silap so boleh lah disalahkan anak buah tu!

Ikutlah cara Islam if nak maju dalam perniagaa. Semua telah digariskan dengan lengkap dan terperinci. Jujur dan amanah. Insyaallah sedikit pun kepercayaan customer tidak akan dimainkan. Aku dah tak larat nak jadi kastemer yang kaki komplen.... :(

Monday, August 15, 2011

ANak ...

Hari Sabtu lepas ai singgah kedai buku. Masa tgh pilih buku tu ai ternampak ada 2 orang anak lelaki tengah temankan mak dia nak cari tafsir quran. Anak tu sempat ambil buku dan membaca sepintas lalu. Topik yang dia baca kuat2.....adalah bagaimana mahu memilih calon suami untuk anak perempuan.


Adik : Mak dengaq ni. Dia kata if nak kahwinkan anak perempuan, janganlah kau kahwinkan dengan lelaki yang jelek mukanya. (dia ulang 3 - 4 kali).

Abang: Bukan mak pak yang nak kasi kahwin dah anak perempuan dia yang tergedik2 nak kat lelaki muka macam tu, dia nak buat cemana......hang ingat dia suka anak dia kahwin muka stok pecah rumah ja?

Pilihan di tangan sendiri kan tapi Allah maha menentukan. Yang muka tak baper nak hensem tu mungkin hatinya superb BAIK!


Tuesday, June 14, 2011

Beremba bukan Berlumba

Assalamualaikum...

Sapa kat sini orang utara? Angkat tangan cepat! Cover2 jangan angkat tinggi sangat nanti boss korang tau korang mengular buat kerja sebab dok layan tenet.

Orang2 utara tau ka apa maksud beremba? Or orang kampung ai je guna istilah tu...

Beremba bukan maksudnya berlumba. Berlumba membawa maksud berlawan untuk sampai dahulu...contohnya Lumba basikal, sapa sampai dulu maka dia dapat no. satu. Paham kan? Banyak jenis lumba, LUMBA KAKI, LUMBA BASIKAL, LUMBA MOTORSIKAL, LUMBA MOTOKAR (tok ai suka sebut motokar instead of kereta), semua bertujuan nak tengok sapa jadi pemenang.

Beremba takder kaitan langsung dengan berlumba.



Gambar orang berbasikal kat atas tu adalah contoh yang boleh menggambarkan perkataan beremba.

Contoh ayat baku: Mereka berbasikal secara beriringan dalam kumpulan, perbuatan itu boleh membahayakan nyawa mereka.

Contoh ayat ai: Depa tu naik basikal beghemba-ghemba (bunyi r dalam bahasa utara ghe), sat lagi kalau kena langgaq sapa la yang susah.

Beghemba juga boleh digunakan sekiranya dalam situasi berjalan kaki. Selalunya dalam kumpulan tu melebihi dari 2 orang la baru orang guna perkataan beremba.

K, sekian pelajaran untuk hari ini.

Monday, June 13, 2011

Fesbuk or tempat menyibuk?

Assalamualaikum...

Dulu ada friendster, ingat dah canggih abes bila ada friendster tu. Add la segalanya.

La ni ada fesbuk....best jugak. Member yang tak pernah jumpa dekat 20 tahun (member sekolah rendah k), ai tak tua sangat noks...kang nanti ada pulak yang p tambah umur ai lepas SPM dengan 20 tahun, tua la mokcik!

So kita pun dok add la, tanya khabar bagai. Ada member yang dulu dia meluat giler kat kita and rasa meluat tu boleh dia bagitau kat kita melalui message FB (baca meluat = suka). Kuang...kuang...kuang....

Tapi bila ko sangat femes, maka ramai plak yang dok bagi msg kat msg box kata sombong tak approve. Nak approve cemana beb, nama letak Naruto Dewa. Gambaq langsung takbleh view konon private habes, so cemana ai nak kenal. Orang yang ai kenal mungkin nama dia Maisarah binti Mustamam or Ahmad Zulfikar bin Aziz...so if dah letak nama Naruto Dewa, ingat ai nak approve....Kang tetiba dok jual direct selling lak.

Lagipun ai tak baper rajin bukak FB. Kadang2 jo. So if ai tak approve jangan la sedih. Tetambah untuk x student. Kadang2 ai ada announcement yang tak baper best nak buat dalam FB so if uols baca macam tak best. Apa kata if cikgu achique bukak satu lagi FB khas untuk xstudents. Bole la uols pun nak announce apa2 guna platform tu. Tunggu bila ada keRAJINan Naruto tahap Dewa dulu.

Buat entry macam ai femes satu dunia. Just nak menjelaskan kekeruhan yang dok kata cikgu achique ni sombong tak approve students dia. Dah banyak students yang ai approve, yang tak approve jangan kecik ati noooo.....

Sunday, June 12, 2011

Keadilan...

Assalamualaikum.............cakkkkkkkkk.......


Lama bebeno tak menulis. Takder apa yang sibuk pun. Cuti sekolah pun dah berakhir. Kita p sekolah semula esok.

Kenduri pun dah selesai. Macam2 majlis di cuti sekolah ni, ada yang nikah, kawen bertunang, berkenalan, merancang nak kawen....ehhhh...

Adil...cemana kita nak ukur keadilan?

Situasi 1: Sepasang suami isteri yang berasal dari negeri yang sama. Bila sekali balik kampung, boleh balik kedua2 belah. Dah cuba bahagikan seadil mungkin, 2 hari umah mak isteri, dua hari sebelah mak suami. Tapi jumlah cuti 5 hari. Hari ke5 nak p umah sapa....so cemana nak tentukan? Baling duit syiling? One two som?

Situasi 2: Seorang ayah belikan sebungkus air kelapa. Tapi ada anak dua orang dan suruh kongsi sama rata. Nak judge sama rata cemana? Bilangan sedutan atau balik kena sukat dalam cawan matrik?

Situasi 3: Soal tanah pusaka. Seorang ayah telah tinggalkan 5 bidang tanah kepada 5 orang anak lelaki. Bagaimana nak bahagi sama rata dan adil? Bahagi seorang sebidang? Tapi ada tanah yang kedudukannya di tepi jalan besar, ada tanah yang berpaya dalam hutan, ada yang tanahnya sempit tetapi memanjang, ada yang setengah hektar, ada yang satu hektar....bagaimana mahu adil dan sama rata?


Di sinilah perlunya bertolak ansur...lagipun itu tanah usaha bapa bukan anak2. Anak2 hanya menerima, tetapi jika diungkit dulu dialah yang mengerjakan tanah tersebut, sekiranya bapa takder tanah nak kerjakan apa? Kerjakan tanah orang dan claim itu tanah kita?


Surah Al-Kahfi: 46 yang bermaksud, “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan”, bahwa harta kekayaan dan anak wajar menjadi perhiasan dunia yang mententeramkan pemiliknya karena pada harta ada keindahan dan manfaat, sedangkan pada anak ada kekuatan dan dukungan. Namun demikian kedudukan keduanya sebagai perhiasan dunia hanyalah bersifat sementara dan bisa menggiurkan serta menjerumuskan.

Maka sangat tepat jika ayat “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu adalah fitnah (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar. (At-Taghabun: 15)

dan ayat “Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi”.(Al-Munafiqun: 9) menjadi pengingat jika kemudian terjadi harta dan anak justru menjauhkan pemiliknya dari Allah swt.


Tepuk dada tanya selera..."Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau dari fitnah yang menyesatkan"

Sunday, April 03, 2011

Yang dan Bi....

Tadi ai terdengar satu perbualan...

*** Apa yang pompuan cakap, ai agak je sbb ai dengaq yang lelaki jawab ja....

Pompuan: Watpe??? P mana??? Bape kali dah kol tapi tak angkat.

Lelaki: P mandi yang den solat.

Pompuan: KoL baper nak kuar umah? (depa nak p kenduri umah member depa).

Lelaki: Bi nak kuar la ni yang....jap lagi bi sampai.


Pestaim ai dengaq Bi and ayang. Dulu kami and sayang, pastu abang and sayang sekarang sudah naik tarapppp........Bi and Sayang....


Apapun asalkan bahagia dan tahu batas2 pergaulan.

Thursday, March 31, 2011

Jom Mengundi


Assalamualaikum...

Lamanya ai tak bersiaran. Bukanlah sibuk bebenor, cuma tak baper rajin nak menghapdet. Siang kat opis. Balik malam, ai terus jer masuk opis kedua tuk tido....huhuhu....

Ai nak pomot and mintak tolong sket. Ada sorang rakan blogger masuk peraduan Duta Kecil C4. Akak ni tak mintak tolong pun tapi ai soka tengok anak dia. Uols tolong la vote si Ahmad Lutfi Ikram niyh.

Cepat tau. Sok da last nak vote....sampai 2 April jer. Mokcik lambat pomot...Sowi na Lutfi. Harap dapat tolong akak wife navy.

Ceta lanjut uols klik kat sini

Sunday, February 27, 2011

JODOH SUDAH TIBA

Assalamualaikum...

1st ai nak pesan, buat kawan2 yang suka serkap jarang....tajuk kat atas tu saja kasik panazzz je. Jangan nak propa lebih2 yer!


Orang kat Malaysia ni, selalu ramah tamah, if jumpa sekali sekala or senang kata tak pernah jumpa den kita berjumpa di rumah kenduri kendara, depa nie suka jer nak tanya kita, mai dengan sapa? Suami? Anak mana? Bleh dak kita ubah situasi tu dengan soalan: - dah lama sampai? Mai dengan sapa (soalan tu tak salah tapi jangan kita bagi dia option jawapan cthnya suami, mak, anak, ayah)? Dok tang mana? Senang dak nak cari jalan kat umah kenduri ni? Tetap ramah dan soalan pun tak menyinggung mana2 pihak sebab kita taktau orang yang kita tanya tu dah kawen ka belum, kot2 dah kawen n takder anak...sian plak...kot2 dah janda n duda...pun kesian jugak..So option terbaek ko ambik makanan, duduk, senyum, makan den basuh tangan pastu p balik la. Dok lama2 kat umah kenduri menyebabkan keadaan jadi sesak, orang lain nak duduk makan takder tempat lak.


Bukan isu tu yang ai nak cerita...hehehe...


Ai nak tanya, ada ke yang tanak kahwin? Rasanya semua ada impian nak berkahwin dan mempunyai pasangan hidup bagi menghadapi susah senang dengan oarng yangkita chenta dan sayang. Ada yang rasa pilihan hatinya sangat terbaiklah (cinta memang membutakan orang) dan walaupun diberikan pandangan oleh kawan2 sekeliling pun tetap tak dihiraukan sebab merasakan bopren or gopren dia la yang paling terbaik untuk dijadikan pasangan. Pendapat ai la, if masa hangat berkapel pun kita dah kena maki dengan perkataan BODOH, BANGANG, HANG RASA HANG TU BIJAK?? (memang la aku bijak sebab SPM aku 8A, ko 1A pun tarak!!!!) dan bermacam makian, ai rasa better lupakan sahaja pilihan hati yang terbaeeeeeeekkkkkkkkk tu! Memang manusia layak diberi pilihan kedua tapi better ko yang buat pilihan kedua, tak payah la nak bagi muka kat orang yang dok keji hina kita tuh!


Tapi hati nie kadang2 sukar dimengerti. Ai chenta sama dia.....walau kawan dah berbakul nasihat tapi ai chenta sama you, pekakkan telinga kerana di mata ai dialah permata dan penawar hati. Uols taktaw, hanya ai jer yang taw dan faham makna chenta antara kami (kununlah kan...)....


Maka berbekalkan chenta yang teramat, jodoh itu tiba jua. 4 hari sah menjadi suami isteri, telinga sudah menangkap kata keji lagi!!! Dah habis keji maki, tangan pula naik ke muka, tarik rambut...ko ingat ko tu suami, lelaki maka ko tu perlu disanjung dan dicium tapak kaki ker....Allah merahmati dan menyayangi engko maka diberikan ko isteri yang jauh lebih baik dari ko. Gaji 5x ganda dari ko! Bersyukurlah sket tapi ko tu bodoh tak bleh diajaq, cerdik takbleh ditumpang! Manusia ni kalau dah bodoh tapi tanak dengaq nasihat orang, hiduplah dia dalam KEBANGANGAN!!!


Isteri dan suami merupakan anugerah dan rasa cinta yang terbit dari hati pasangan yang sah nikahnya adalah rahmat yang tak terhingga dari YANG MAHA ESA. Ramai yang mencarinya tapi ramai yang tak ketemu rasa cinta abadi.....apakata mohonlah dari DIA kerana rasa cinta, kasih dan sayang itu milikNYA. Insyaallah sekiranya tidak mendapat kasih sayang daripada pasangan hidup, Allah menggantikan kasih sayang dari orang2 sekeliling. Kasih sayang melebihi kebenciannya....BERDOA dan BERMOHON, Insyaallah tiba masanya makbul jua.....yakinlah pada YANG SATU!

Monday, January 31, 2011

Hati Pt I

Assalamualaikum...


Mai kita crita pasal hati. Hati berkait rapat dengan ikhlas. Mampu ke kita nie ikhlas dalam setiap perkataan dan perbuatan kita? Ikhlas tu adalah milik Allah, hanya Allah ja yang berkuasa menilai keikhlasan setiap hambaNYA. Tak semestinya kawan kita yang cakap baik, dok puji kita melangit tu ikhlas dengan kita.


Penah jumpa tak dengan manusia yang dia malas nak buat keje tapi HATI dia suka dia dipuji melambung2. So dia akan tetiba rajin gila bila 'kerajinan' dia ditonton oleh pihak atasan. Kemudian, pihak atasan akan memuji dia dengan mengatakan dia sangat rajin dan berdedikasi maka orang bawahan dia akan berasa SAKIT HATI.


Lagi satu bila uols kena keje dengan seseorang, kita kena brainstorming idea untuk memastikan kita punya projek memang kebabboom..deboommm.....bila kita utarakan idea tapi kita lambat bertindak maka tetiba jer idea tu dah jadi idea asli seseorang tersebut. Kalau ai senang je, dah ko bawak idea tu ke pihak atasan so ko buatlah keje tu sendiri. Ai nak dok dendiam je supaya HATI ai puas. Tak baik kan......tapi ai selalu jer buat...buat2 bodoh dalam bijak! Sebab ai memang bijak...hehehehe



Ada juga yang mempunyai HATI untuk berjaya tetapi sedikit malas untuk bekerja keras maka dia memilih jalan pintas. Oleh itu HATI2 dengan siapa kita berkawan dan dengan siapa kita selalu memberikan maklumat. Berkemungkinan maklumat itu digunapakai untuk tujuan peribadi dan menjadikan dia sebagai pemilik maklumat tersebut. Orang macam ni sebenarnya dia selalu merasakan dia tidak bersalah atas tindak tanduknya maka dia akan buat SUKA HATI. Menggunakan maklumat orang lain tapi kita claim maklumat itu kita yang punya, dalam istilah akademik dia dipanggil sebagai plagiarism. Tapi kalau bahasa seharian nie, kita panggil TAK SEDAQ DIRI....dah la malaih ada HATI nak buat macam harta sendiri!!!! Huh!!! Orang macam ni, dia tak akan rasa pun apa yang dia buat salah. Nanti dia kata alah, memanglah maklumat tu dia punya tapi aku dah olah balik semua maklumat2 tu! Memang KEJI HATI lah!!!


Susah untuk kita menelah sejauh mana BAIK HATI atau BUSUK HATI seseorang maka kepada YANG MAHA ESA lah kita mengadu dan memohon agar dilindungi dari orang yang KHIANAT DAN BUSUK HATI di dalam kehidupan kita.



Selalulah mohon rahmat dari ALLAH kerana hanya DIA yang mengetahui hijab yang ada di antara hambaNYA.

Monday, October 18, 2010

Blog

Assalamualaikum semua yang membaca...


Nak tanya sket niyh... uols suka baca blog yang cemana????


Ai ada beberapa blog feberet. Antaranya:-

Sebenaqnya dah lama baca blog ni tapi terhenti untuk seketika. Tapi bila teringatkan yang Prof Muhd Kamil ni pernah tulis buku tentang Travelog Haji: Sempadan Iman, ai baca balik blog dia. Rupanya dah berpindah domain pun.

Dulu:---- http://muhdkamil.net/ (address ni dah tak bleh nak guna pung!!)... punya lama tak jenguk sampai tak perasan blog dia dah ubah domain....

sekarang : ----- http://muhdkamil.org/

If korang berkelapangan bacalah catatan dia. Ini plak blog his wife

http://rozaroslan.blogspot.com/


Cerita mereka ringkas, bahasa yang digunakan mudah...tapi apa yang dibaca terkesan di hati...


Lagi satu yang ai suka baca tentang sorang blogger ni.....blog dia jarang ada gambar tapi banyak penceritaan. Cerita bagaimana dia mendidik hatinya supaya menerima apa yang ada dan sentiasa melihat sesuatu dari sudut yang positif.

http://ectopy.blogspot.com/


Selamat membaca dan merayau di alam maya.....

Saturday, October 16, 2010

Ngko marah ke?????

Sapa suka marah???? Angkat tangan cepat??? Jangan nak sorok tangan tu....angkat2 tinggi...

Ai ngaku dengan sejujur2nya ai sangat kuat marah, pantang dicuit terus meletup!!! Simptom hati tidak mendapat didikan yang sempurna.

So apa nak buat if tanak marah????

1) Ko tenung orang yang buat ko marah lama2. Ko belek2 or telek2 muka dia....den ko nampak, muka dia dah berkedut ke ada jerawat ke, liang2 pori besar ke...boleh la ko kata kat dalam hati sian kat dia, kang kalo aku marah kat dia, aku pun nampak cam dia....ok??? Keji?? Ok kalo cara ni keji kita cuba no. 2

2) G ambil wuduk......bilik air jauh???

3) Ko zikir banyak2 dalam hati.....pastu ko senyum banyak2....ai tengah blajaq tips yang ke3 niyh. Kadang2 berjaya, kadang2 meletup jugak!!!!!


Ceta pasal marah ni, ai ada satu situasi. Masa tu ai nak beli kuih, kuih tu perlu uli tepung taw. Selama ni anak dia yang buat, mmg tgk bersih la. Dia selalu ja basuh tangan if pegang menda lain b4 dia nak uli tepung tu balik. Alih2 hari tu dia mintak mak dia ganti sat. Dan kuih yang ai oder tu mungkin mak dia yang nak uli. Mak dia pakai apron dan menonong ja dia nak pgg tepung tu so ai sound la

"kak, nak pegang tepung tu basuh la tangan tu dulu"

Yelah maybe ai nak kena makan kuih yang dia uli dengan tangan yang penuh dengan perisa tambahan tu.....lepas ai teguq, dia terus tarik muka. Den kuih ai dah siap, anak dia yang buat. B4 ai balik ai mintak maaf la kot2 dia trasa, den dia kata

"taw la dik oi, kak dah 15 tahun dah dok buat kerja ni".....pastu baru dia p basuh tangan.

Ok la kak, adik yang bersalah....adik mintak maaf ye kak.


p/s: Ai rasa ai percaya la yang yis tu ubat untuk awet muda sebab muka kakak tu macam sebaya jer ngan anak dia. Sebab dah 15 tahun kan dia dok buat kuih ngan yis niyh....sungguh ni muka dia mmg awet muda gilossss...............

Monday, October 11, 2010

Puasnya..........

Korang penah terfikir tak, yang korang rasa tak cukup dengan apa yang korang ada.

Bila tengok muka kat cermin, rasa nak p buat facial tiap2 hari sebab nak buang jeragat.

Bila tengok badan rasa nak p buat lipo supaya badan jadi ramping so boleh pakai kebaya macam pinggang kerengga...awwwwww.......

Bila tengok orang pakai henbeg baru korang pun rasa nak jugak henbeg coach satu

Bila korang tengok orang main ngan anak, korang pun rasa nak anak satu (boleh beli tak....ai nak satu......ok..ok...tak lawak... :(

Bila tengok orang pakai kete, dalam hati terus verangan nak pakai kete wolkswagen (ai sorang je kot...huhu...)

Tapi bila sampai satu saat, ai akan rasa syukurnya Allah bagi nikmat ni pada ai....nikmatnya.......
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Boleh kentut, berak dan kencing......bunyi macam hampes kan.....

tapi cuba fikir kalau satu hari takleh nak kentut................ai sangat tak rela!!!

kalau tak kencing pun...mesti perut ai macam belon...............

bila ai ada jer yang tak puas hati dalam hidup ni, perasaan tu akan lenyap setiap kali ai dapat lunaskan panggilan alam nieeeeeee.

LEGEEEEEEEEEEEEEE....................

Monday, August 30, 2010

JEANS LEVIS 501 & KHAKIS DOCKERS..SALES

UNTUK ENTRY BARU SILA SCROLL KE BAWAH. INI ADALAH STICKY MODE YANG AKAN KEKAL SBG ENTRY DI ATAS SEHINGGA 30 OGOS 2010.


Petang tadi Bangah ada YM gitaw yang dia p Levis Boutique kat GUAM, US. Tgh ada sales kat sana...okehh cekidaud.





Levis 501

Button

Original from Levis Boutique, made in US



LEVIS 501, BUTTON, SIZE 28 & 29 (Clearance Stock) RM100

Size lain dalam RM170 sebab takder sale (rujuk warna dalam rak dekat gambar atas)


DOCKERS KHAKIS (warna hitam material kebalduan)
RM50 untuk semua size (sekiranya ada)


DOCKERS KHAKIS (warna grey)
RM70


Sapa nak tolong gitaw cepat, kang sales habes terlopong la korang....ai dah konfem2 tak muat!!!!!!



Anything email me:
azizahabdulrazak@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails