1st ai nak pesan, buat kawan2 yang suka serkap jarang....tajuk kat atas tu saja kasik panazzz je. Jangan nak propa lebih2 yer!
Orang kat Malaysia ni, selalu ramah tamah, if jumpa sekali sekala or senang kata tak pernah jumpa den kita berjumpa di rumah kenduri kendara, depa nie suka jer nak tanya kita, mai dengan sapa? Suami? Anak mana? Bleh dak kita ubah situasi tu dengan soalan: - dah lama sampai? Mai dengan sapa (soalan tu tak salah tapi jangan kita bagi dia option jawapan cthnya suami, mak, anak, ayah)? Dok tang mana? Senang dak nak cari jalan kat umah kenduri ni? Tetap ramah dan soalan pun tak menyinggung mana2 pihak sebab kita taktau orang yang kita tanya tu dah kawen ka belum, kot2 dah kawen n takder anak...sian plak...kot2 dah janda n duda...pun kesian jugak..So option terbaek ko ambik makanan, duduk, senyum, makan den basuh tangan pastu p balik la. Dok lama2 kat umah kenduri menyebabkan keadaan jadi sesak, orang lain nak duduk makan takder tempat lak.
Bukan isu tu yang ai nak cerita...hehehe...
Ai nak tanya, ada ke yang tanak kahwin? Rasanya semua ada impian nak berkahwin dan mempunyai pasangan hidup bagi menghadapi susah senang dengan oarng yangkita chenta dan sayang. Ada yang rasa pilihan hatinya sangat terbaiklah (cinta memang membutakan orang) dan walaupun diberikan pandangan oleh kawan2 sekeliling pun tetap tak dihiraukan sebab merasakan bopren or gopren dia la yang paling terbaik untuk dijadikan pasangan. Pendapat ai la, if masa hangat berkapel pun kita dah kena maki dengan perkataan BODOH, BANGANG, HANG RASA HANG TU BIJAK?? (memang la aku bijak sebab SPM aku 8A, ko 1A pun tarak!!!!) dan bermacam makian, ai rasa better lupakan sahaja pilihan hati yang terbaeeeeeeekkkkkkkkk tu! Memang manusia layak diberi pilihan kedua tapi better ko yang buat pilihan kedua, tak payah la nak bagi muka kat orang yang dok keji hina kita tuh!
Tapi hati nie kadang2 sukar dimengerti. Ai chenta sama dia.....walau kawan dah berbakul nasihat tapi ai chenta sama you, pekakkan telinga kerana di mata ai dialah permata dan penawar hati. Uols taktaw, hanya ai jer yang taw dan faham makna chenta antara kami (kununlah kan...)....
Maka berbekalkan chenta yang teramat, jodoh itu tiba jua. 4 hari sah menjadi suami isteri, telinga sudah menangkap kata keji lagi!!! Dah habis keji maki, tangan pula naik ke muka, tarik rambut...ko ingat ko tu suami, lelaki maka ko tu perlu disanjung dan dicium tapak kaki ker....Allah merahmati dan menyayangi engko maka diberikan ko isteri yang jauh lebih baik dari ko. Gaji 5x ganda dari ko! Bersyukurlah sket tapi ko tu bodoh tak bleh diajaq, cerdik takbleh ditumpang! Manusia ni kalau dah bodoh tapi tanak dengaq nasihat orang, hiduplah dia dalam KEBANGANGAN!!!
Isteri dan suami merupakan anugerah dan rasa cinta yang terbit dari hati pasangan yang sah nikahnya adalah rahmat yang tak terhingga dari YANG MAHA ESA. Ramai yang mencarinya tapi ramai yang tak ketemu rasa cinta abadi.....apakata mohonlah dari DIA kerana rasa cinta, kasih dan sayang itu milikNYA. Insyaallah sekiranya tidak mendapat kasih sayang daripada pasangan hidup, Allah menggantikan kasih sayang dari orang2 sekeliling. Kasih sayang melebihi kebenciannya....BERDOA dan BERMOHON, Insyaallah tiba masanya makbul jua.....yakinlah pada YANG SATU!
As Salam cikgu :)
ReplyDeletepedulikan kata org lain cikgu..kalo nak ikutkan kata org ni hidup kita yang nak menanggung semuanya. asalkan kita tak menyusahkan sesiapa dan mampu berdiri atas kaki sendiri, xdda timbul masalah bukan? org hanya pandai berkata kata tapi tak pikir kalo depa kat tempat kita. :)