Assalamualaikum...
Apa cito orang kampung....lama cikgu tak menulis. huhuhuhu...
Rindu! Kadang2 ia boleh jadi satu memori yang indah tapi adakalanya ia menjadi memori yang sangat pedih untuk diingat kerana memori itu sukar untuk diulangi semula. Ia hadir tanpa dipinta. Walaupun disimpan kemas dalam kotak ingatan namun ia bocor juga tanpa dijangka!
Lately, ai rindukan arwah abah @ PakDaq. Seringkali air mata tumpah dalam perjalanan ke tempat kerja atau ketika pulang dari kerja. Dikala pelbagai masalah yang menyesakkan fikiran dan ai perlukan seseorang untuk berbincang, ai sangat rindukan kehadiran abah. Walaupun abah supergarang tapi ai masih boleh bergantung harap bila ai ada masalah. Cadangan penyelesaiannya sering signifikan dan abah adalah orang yang boleh menyimpan rahsia. Pernah ai ceritakan tentang lecturer yang merisik ai untuk anak dia pada abah dan rahsia itu kekal dengannya.....even MakYah pun tak tahu. Sangat menakjubkan! Sebab bila ai ceta kat Makyah, kejap jer citer tu sampai kat abah. Huhu....
Rindu itu datang lagi malam ini. Namun tangisan hanya berlagu sendu dalam hati. Jika dizahirkan, Makyah akan turut bersedih.
Abah (paling kiri) bersama Pakteh, Paknjang, BangDin dan Paksu. Gambar diambil sebulan sebelum Abah dijemput untuk menghadap MAHA PENCIPTA.
"Ya Allah, ampunkanlah abahku. Sayangi dan rahmatilah dia seperti mana dia menyayangi dan mengasihani aku sewaktu aku masih kecil dahulu Ya Allah. Terangkanlah kuburnya, luaskanlah kuburnya dan jadikan kuburnya sebagai tempat istirehat dari taman2 syurga Ya Allah".
saya juga selalu rindukan arwah abah..walaupun hanya abah tiri tapi kasih sayang tetap sama seperti ayah kandung. seringkali saya mimpikan arwah kalo saya teringatkan arwah..Al-Fatihah utk arwah abah dan jugak arwah pak daq :)
ReplyDelete