Ads @ ACHIQUE


Showing posts with label My Students. Show all posts
Showing posts with label My Students. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Telefon: Saya atau Dia???

Hidup ini bagaikan putaran roda. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Ada tak di antara kita, yang apabila kita mendapat sebuah kejayan, kita berkata "KEJAYAAN INI ADALAH ATAS USAHA AKU SENDIRI"??? Tapi apabila kita gagal, kita sibuk nak mengaitkan kegagalan kita dengan orang lain. Maksudnya orang lain itu yang bertanggungjawab atas kegagalan kita.


Senario ini boleh dilihat dan diamati di sekitar kita. Ada seorang pelajar ai, yang dah tak datang kelas hampir dua minggu. Seminggu dia tak datang dan saya ada bertanya dalam kelas apa dah jadi ngan kawan diorang ni. Tapi seorang pun tak memberikan feedback dan mereka menggelengkan kepala tanda tidak tahu.


Minggu depannya ai dapat sms dari pelajar yang 'ponteng' tadi mengatakan dia balik ke kampung disebabkan 'masalah keluarga'. Saya sedikit fobia dengan alasan 'masalah keluarga' kerana ada di antara para pelajar yang menggunakan istilah 'masalah keluarga' ini yang merujuk kepada masalah perhubungan dalam pakwe dan makwe.


Jadi ai merisik lagi maklumat lanjut dari kawan2nya. Dan dikatakan dia hanya duduk di rumah sewa dan tak balik kampung pun! Jadi 'masalah keluarga' tadi merujuk kepada apa. Kemudian kawan mereka bertanya, "cik tak telefon dia ke"?


Siapa yang perlu menelefon siapa? Sampai bila para pelajar perlu dimanjakan sebegitu rupa? Mereka sudah berumur 22 tahun tetapi masih belum boleh bertanggungjawab dengan tindakan diri sendiri. Disalahkan para pensyarah kerana tidak mengambil tahu masalah mereka. Kenapa kita perlu menyalahkan pensyarah, ibu bapa dan kawan2 sekeliling apabila kita dilanda masalah. Jadi liar sebab ibu bapa bercerai......kata bekas pengarah saya, tidak perlu disalahkan orang lain atas tindakan kita sendiri kerana saya juga datang dari broken family tetapi saya berjaya kerana saya mempunyai hala tuju yang perlu saya kecapi.


Bila kita makan lebih, kita kata...tulah si polan tu asyik ajak aku makan jer...aku kesian kat dia so terpaksa la aku temankan.....if ko tanak makan ko temankan dia p makan so ko minum jelah!!!! Pehal plak bila ko temankan orang makan, ko makan sampai bertambah dua pinggan......


Sebelum menuding jari kat orang lain, ko telek dulu diri ko...ko tu dah LURUS sangat???



**** Student yang 'ponteng' tadi tu dia pesan kat kawan2 dia, dia tanak datang kelas sebab takut pensyarah marah sebab dah seminggu tak datang kelas tapi bila kawan2 tolong consult dia kata "SAYA DAH TAK BERMINAT UNTUK BELAJAR"......ooooooooo itu rupanya MASALAH KELUARGA dia!!!!

Monday, January 10, 2011

Meniru............

Bila dibelek2 dalam entry untuk posting, tetiba ada entry ni yang masih berstatus draft. Cerita ni ditulis dalam bulan November 2010...masa Politeknik tengah sibuk nak final exam. Tataw nape ai tak publish post. Maybe bz prepare nak g haji kot. K uols layan la ceta kat bawah ni.....


Salam uols...

Ai sibuk mengalahkan PM, sampai nak hapdet blog pun takder masa.


Ni ai nak ceta pasal meniru. Uols dolu2 masa remaja2 penah meniru masa exam???? Penah keeee???????????

Sekarang ni kat tempat ai ngajar, bz ngan minggu peksa. Semalam ada budak kena tangkap meniru. Bila tanya kenapa meniru, dia jawab "PUAN, DAH TAKDIR MENENTUKAN YANG SAYA AKAN MENIRU HARI NI!!!"

Mau ai lempang p balik je! Huh itu bukan takdir! Itu jawapan ko yang nak tunjuk bijak walhal dah mmg tak bijak! Kalau bijak mesti la tak meniru.

Petang tadi exam Bisnes Law...kan kekdahnya paper ni banyak akta. Apa lagi mencicit budak2 nak meniru! Depa ingat pengawas peperiksaan tu buto kot...tak nampak! Sekilas ikan di air, dah tau jantan btinonya! Sekali ko melangkah nak masuk dewan peperiksaan sudah ku tahu nota itu ko bawa masuk sekali...huh!!!!



Sunday, January 09, 2011

Saya Tidak Tahu

Sekiranya uols diminta untuk membuat sesuatu perkara yang baru dan perkara tersebut di luar kebiasaan tugas uols.....so uols nak jawab kat ketua uols bila dah sampai due datenya?

Bleh ke kita jawab, saya tak menyediakan laporan tersebut sebab saya tak tahu nak buat macamana.

Kalau boss kita suruh kita pergi shopping complex, cthnya JUSCO, adakah jawapan kita, SAYA TAK TAHU JALAN NAK P JUSCO! Pasti tak ramai yang jawab macam ni.....paling tidak kita akan kata, k saya try cari jalan dulu, if tak dapat nanti saya kol boss.

Tapi kenapa kita tak gunakan pendekatan SAYA CUBA dulu dalam bidang ilmiah? Pilihan di tangan masing2. Takder sapa nak tentukan lulus atau gagal dalam pengajian memajukan diri melainkan diri sendiri. Tapi selalunya bila gagal, pensyarah atau gurulah yang tidak dituding terlebih dahulu kerana mereka dikatakan tidak berdedikasi.

Tepuk dada tanya selera...Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut berusaha mengubah nasibnya.

P/S: Untuk students ai, ai nak ingatkan kalau dah TAK TAHU tu, tanya!

Tuesday, March 02, 2010

Terharu Siot!!!

Hari ni, balik dari p tengok Pakdaq kat KPJ Specialist Centre, member ai gitau kata Ketua Jabatan cari. Ai ada wat salah apa plak....pemikiran kita kan, kalo boss panggil mesti ada benda yang tak kena. Walhal ada perbincangan yang takder kena mengena ngan salah kita pun!


Bila balik ke meja ai, ada student datang jumpa. Ingatkan nak tanya sal soalan tugasan, rupanya nak bagi cekodok pisang. Katanya tadi saya masak lebih, so saya bawak sket untuk cik. Wehhhh, terharu siot.... ai tahan jer bagi tak nampak ai rasa terharu tue....tapi sebenarnya terharu dan sangat berbesar hati. Thanx Husniyah, my students for January 2010.



Satu bekas container 4 segi tepat tu, ai dapat. Jom kita makan reramai.

Tuesday, February 23, 2010

Surprise!!!! Toche...toche....



Baru2 ni ai ada 2 kejutan. Tapi dua2 kejutan yang best.


1st dapat posto......ting..tong...

Ni x-students ai anto kad kawen, Razima Damun @ Ima. Rasanya ima ni 2nd batch yang ai ajaq untuk Business Law dalam tahun 2003 @ 2004. Dah sekian lama tau sbb la ni dah tak ajaq subjek tu. Walaupun sangat close, dan bila tau ai turun KL atau Bangi tak gitau dia, memang ai kena marah la. Pernah dia bersusah payah dtg nak jumpa ai kat Alamanda (dia kerja kat Pejabat Mara KL) bila tau ai ada kat sana. Memang tacing sangat2. Walaupun dah lama grad tapi tetap ingat. Tau hormat ai as dia punya lecturer, tetap bergurau senda tapi masih ada batasnya. Bahasa ketika berbicara pun dijaga. Masa konvo sepatutnya ai bagi bunga kat dia, tapi dia yang bagi bunga kat ai. Siap cari ai masa konvo sebab nak kenalkan mak dia. Terharu sometimes dengan gelagat2 yang tak disangka. Kisahnya dia dah nak kawin 14 Mac ni, majlis sebelah Ima akan dibuat kat Masjid Wilayah Persekutuan. Sowi tak dapat nak p ke sana. Ada kelas PJJ yang perlu dihandle kat sini. Tapi insyaallah ai akan turn up di Majlis sebelah lelaki sebab bakal hasben Ima orang Penang. Thanx Ima masih ingat saya di sini. Insyaallah kita jumpa masa majlis nanti...Tahniah dan selamat pengantin baru ya.






Gambar dengan flash




Gambar without flash.



Ada orang baru balik dari langkawi. Masa ai p ambik barang yang ai pesan (pistachio+biji gajus) tetiba orang tu soh pilih beg. Ada dua warna, biru dan oren....mesti la ai pilih warna oren sbb warna dia striking so kalau ai letak merata pun senang nak nampak. :-).



Orang ni la yang bagi


Toche...toche....

p/s: Tak sabaq nak tunggu cuti hujung minggu ni...~lalalalalala~.....

Tuesday, February 09, 2010

Antara Kau dan Aku


Semalam ada hal berlaku menyebabkan ai terfikir panjang. Sampai balik pun termimpi-mimpi. Ada students pernah kata ai ni jahat, garang, strict dan ada juga yang students yang dapat melihat the other side of me.



Walaupun ai selalu bersyukur dengan apa yang ai ada sekarang tapi manusia yang ada sifat tamak ni tak pernah puas. Walaupun ai dah ada kereta, pernah jugak terpikir nak tukar kereta kepada yang lebih best, lebih jenama.....dan kereta yang menjadi idaman sejak dulu.....

Masa ai mengeluh bila nak dapat kereta idaman ni, ada insan yang sedang pening memikirkan macamana nak bayar yuran sekolah adik dan nak membayar tuisyen untuk adik yang bakal ambil SPM tahun ni.

Di ketika ai sedang berkira2 nak beli perfume bagi menggantikan perfume Isse Miyaki yang dah habis, ada insan tengah berkira-kira sempat tak dia habiskan diplomanya kerana kedudukan kewangan keluarga yang makin meruncing.

Di kala ai sedang merungut makanan tengah hari yang tak sedap disebabkan tak kena dengan selera tekak ai, ada yang hanya makan nasi penuh pinggan berlaukkan telur mata kerbau denagn kuah sambal tumis sahaja.

Di kala ai sedang mengeluarkan duit untuk menambahkan set skincare, ada yang sedang menangis dalam hati sebab tak mampu tolong mak dia untuk membiayai kos perawatan ayah yang sedang sakit.

Di kala ai tengah frust sebab tak dapat scholarship untuk sambung Phd, ada yang terpaksa memendam cita2 untuk sambung degree dan berkorban untuk keluarga terutama mak yang sangat memerlukan. Di kala ai tengah mengkritik kenapa bonus dari setahun ke setahun makin kurang, ada yang hanya terpaksa berpuas hati dengan gaji RM600.00 sebulan dan ada 5 orang anak yang perlu untuk ditanggung.

Apakah ini tanda2 ai tidak bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah bagi kepada ai????

"Ya Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, jadikanlah hambamu ini seorang yang bersyukur dengan setiap rezeki dan nikmat pemberianmu Ya Allah, serta berkati dan rahmatilah setiap nikmatmu itu. Dan Ya Allah, Ya Razzaq, kau bantulah pelajarku yang dalam kesusahan itu, bantulah dia dan ibunya keluar dari kesempitan hidup ini. Kau lapang dan murahkanlah rezeki mereka sekeluarga Ya Allah. Kau rahmati dan berkatilah dia Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amin ya rabbalalamin."

Sunday, December 13, 2009

FROM BOTTOM OF MY HEART

Ekceli cite ni dah basi tapi tak busuk lagiks. Tak sampai sebulan pun lagiks..


On 23rd Nov, umuq ai makin bertambah setahun lagi. Bukan makin tua cuma dah tak muda....hahaha


Balik dari kelas, tengok ada hotdog atas meja. Bila masa lak, ai oder hotdog nih??? Tgk ada kad lekat kat bungkusan hotdog tuh.....ooo hotdog sempena besday ai. Tapi ai tak makan hotdog! Cemana nih? Kasik kat Isratun la (opismate ai).


Dah balik baru teringat nak amik gambaq!!! Sbb best dapat adiah, lupa terus!



Then Isratun tanya, betoi ka hang nak bagi hotdog ni kat aku!!!

Awat lak. Betoi la aku bagi!!

Tak menyesal???

Cam len beno bunyi.



Isratun mai bawak hotdog tuh, bukan isi sosej tapi .................. teng...teng...teng...

Speechless...Toche...toche...



Dapat pen. Tq to Akbar, Mat, Jabbar n Encik Coach depa.



Basir, Degawan, Jabbar n Mat Khairi masa Kejohanan Sofbol Kebangsaan ke-35 2009 di UTM.


Best jadi kakak depa nih.....walaupun kuat melawan tapi bek hati (si kakak la bukan adik2...hahahaha)


Tq from deep of my heart. Thn ni dpt dua hadiah. Satu dr depa berempat, satu lagi dari my lovely fren.


Syukur alhamdulillah masih ada yang sayang sama ai walaupun ai tak sebaik mana. Syukur kepada MAHA PENCIPTA ai masih diberikan kesempatan bernafas di muka bumi ini.


p/s: Ada sambungankah ceta ini????


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails