Ads @ ACHIQUE


Tuesday, February 09, 2010

Antara Kau dan Aku


Semalam ada hal berlaku menyebabkan ai terfikir panjang. Sampai balik pun termimpi-mimpi. Ada students pernah kata ai ni jahat, garang, strict dan ada juga yang students yang dapat melihat the other side of me.



Walaupun ai selalu bersyukur dengan apa yang ai ada sekarang tapi manusia yang ada sifat tamak ni tak pernah puas. Walaupun ai dah ada kereta, pernah jugak terpikir nak tukar kereta kepada yang lebih best, lebih jenama.....dan kereta yang menjadi idaman sejak dulu.....

Masa ai mengeluh bila nak dapat kereta idaman ni, ada insan yang sedang pening memikirkan macamana nak bayar yuran sekolah adik dan nak membayar tuisyen untuk adik yang bakal ambil SPM tahun ni.

Di ketika ai sedang berkira2 nak beli perfume bagi menggantikan perfume Isse Miyaki yang dah habis, ada insan tengah berkira-kira sempat tak dia habiskan diplomanya kerana kedudukan kewangan keluarga yang makin meruncing.

Di kala ai sedang merungut makanan tengah hari yang tak sedap disebabkan tak kena dengan selera tekak ai, ada yang hanya makan nasi penuh pinggan berlaukkan telur mata kerbau denagn kuah sambal tumis sahaja.

Di kala ai sedang mengeluarkan duit untuk menambahkan set skincare, ada yang sedang menangis dalam hati sebab tak mampu tolong mak dia untuk membiayai kos perawatan ayah yang sedang sakit.

Di kala ai tengah frust sebab tak dapat scholarship untuk sambung Phd, ada yang terpaksa memendam cita2 untuk sambung degree dan berkorban untuk keluarga terutama mak yang sangat memerlukan. Di kala ai tengah mengkritik kenapa bonus dari setahun ke setahun makin kurang, ada yang hanya terpaksa berpuas hati dengan gaji RM600.00 sebulan dan ada 5 orang anak yang perlu untuk ditanggung.

Apakah ini tanda2 ai tidak bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah bagi kepada ai????

"Ya Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, jadikanlah hambamu ini seorang yang bersyukur dengan setiap rezeki dan nikmat pemberianmu Ya Allah, serta berkati dan rahmatilah setiap nikmatmu itu. Dan Ya Allah, Ya Razzaq, kau bantulah pelajarku yang dalam kesusahan itu, bantulah dia dan ibunya keluar dari kesempitan hidup ini. Kau lapang dan murahkanlah rezeki mereka sekeluarga Ya Allah. Kau rahmati dan berkatilah dia Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Amin ya rabbalalamin."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails