Sebelum uols scroll ke bawah, ai nak warning dulu...bagi yang geli atau takut tengok luka jangan baca entry ni. Atau bagi yang pregnant skip jelah entry ni.
Untuk saat dan ketika ni, ai sangat2 risau. Meh kita bercerita dari mula.
5 Februari 2010 (Jumaat) - Masa ai balik dari kerja, Makyah gitau Pakdaq jatuh dalam hutan nipah (korang tau ker pokok nipah cemana weiiii). Pakdaq adalah pengusaha rokok daun berjaya sebab rokok daun dia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan (tak tipu wehhh). Masa dia terjatuh tu, badan dia kena duri pokok hutan dan dia sendiri tak dapat pastikan duri apa. See cemana anak dia tak buas (lasak...turun dari mana baka tuhhhh...apa kesss).... Malam tu ai ajak dia untuk p klinik untuk dapatkan injection bagi mematikan bisa atau kuman yang ada dari duri pokok hutan tu tapi dengan eksennya Pakdaq jawab "Alah bukannya ada apa pun...sket pun tak sakit!!!"....k fine.............
8 Februari 2010 (Isnin) - Ai tak sempat nak melabuhkan punggung kat atas lantai lagi sebab baru balik dari kerja, Pakdaq dah panggil nak tunjuk duri yang dia berjaya keluarkan dari tumit kaki dia. Muka sangat bangga masa tu sebab dapat jadi doktor untuk diri sendiri!!! Duri adalah seperti gambar di bawah.
Maap yer, gambar blur...panjang duri lebih kurang 2 cm. Dah dapat kenalpasti, itu duri pokok salak. Info dari tuan punya tanah yang tanam pokok tu di tempat kejadian Pakdaq jatuh.
12 Februari 2010 (Jumaat) - Pakdaq dah mula jalan terhencot2. Atas desakan anak2 dan isteri serta kesakitan yang dok nyut..nyut..nyut...maka Pakdaq relakan diri untuk p klinik. Doktor kata takder apa2 just bagi ubat tahan sakit.
14 Februari 2010 (Ahad) - Kesakitan yang sudah melampau, sampai malam pun tak dapat tidor...anak2 dah tatau nak buat apa, so ambil ais dan rendamkan kaki Pakdaq dalam ais sebab dia kata panas. Masa ni ai suspect kaki Pakdaq bernanah tapi secara zahirnya tak nampak pun....nampak ok jer....
16 Februari 2010 (Isnin) - Bangah ai bawak Pakdaq ke KPJ Specialist Hospital di Bandar Perda. Tapi doktor pakar bercuti dan buat appointment hari Rabu pagi jam 9. Just dapat ubat tahan sakit dan antibiotik.
17 Februari 2010 (Rabu) - Jam 9.00am tepat, Pakdaq dah ada kat KPJ Specialist Hospital. Mmg dia sakit sangat sbb tengok muka pun dah terherot2 tahan sakit. Doktor analyze dan gitau yang tumit kaki Pakdaq dah ada nanah. So kena minor operation untuk buang nanah dan cuci bahagian tersebut. B4 operation kena la check jantung, blood pressure dan kandungan glukos dalam darah. Semua pass so boleh terus wat operation hari tu jugak. Kitorang pilih untuk full bius sebab doktor kata kalo half bius kena bermalam di hospital. Mampuih Pakdaq nak dok kat spital malam2....
Tengah siap2 untuk di tolak ke operation theatre. Nilah pertama kali tengok Pakdaq bercakap pun slow ja, macam takder semangat dan sesekali tengok macam nak nangis. Kalau tidak dialah oang paling bersemangat waja ai pernah jumpa. So masa nilah ai nak ngusik Pakdaq lebih2. Hahahaha.............anak mithali sungguh!!!!!
Lepas operation, doktor datang jumpa Makyah dan dia gitau, sebenarnya masih ada 3 -4 milimeter duri yang tertinggal dalam daging. Disebabkan duri tulah, jadi bernanah. Dan nanah tu dah makan daging sekitarnya (daging dah busuk) dan perlu dibuang kesemuanya. Doktor gitau sket lagi nanah2 tu nak kena tulang, kalau kena tulang ai tak dapat bayangkan apa akan terjadi. Masa doktor cerita ai tak dapat bayangkan cemana operation tu dah buat atau apa dah berlaku sebab kaki Pakdaq dah siap berbalut.
18 Februari 2010 (Khamis) - Cuci kali pertama. Adik ambil gambaq keadaan kaki Pakdaq.......
Doktor cuci guna Povidone iodine di sekitar luka dan memasukkan gauze yang direndam dengan Povidone iodine tadi ke dalam luka yang besar tu. Tujuan dia, sekiranya ada nanah lagi di dalam luka, nanah2 tersebut akan melekat pada gauze yang disumbat dalam luka besar tu. Then doktor akan balut luka tu dengan bandage. Tapi masa doktor nak sumbat gauze ke dalam luka tu, mmg kesian tengok muka Pakdaq berkerut2 sambil menekup mulut dia sendiri. Memang sakit sangat dan sangat pedih, bayangkan kita luka kena pisau sket dan cuci luka ngna iodine. Yang sket tu pun pedih tambah la kalo luka operation macam tu. Masa dressing tu mmg buat hidup2 tanpa sebarang bius kay.
20 Februari 2010 (Sabtu) - Cuci luka kali ke-2. Doktor kata dah takder nanah. Alhmadulillah.
27 Februari 2010 (Sabtu) - Cuci kali ke-4. Doktor dah tukaq dressing dan isi pun dah tumbuh. Nanah dah takder langsung. Progress makin baik. Tapi ada satu benda lak yang membimbangkan, Pakdaq gitau kata telinga dia sakit dan tak baper dengaq. Doktor kata telinga Pakdaq bengkak.
Pada masa dan saat ai tengah menulis ni, Pakdaq bagitau telinga dia dah ok. Tak sakit dah. Cumanya dia tak lalu makan, asyik muntah2. Nak bawa p jumpa doktor tanak. Semalam pesan kata nak makan cucuq udang, bila dah beli, cucuq udang tu sejuk dalam pinggan ja. So kesian kat cucuq udang yang melambai2 tu, anak dia tolong perabih!!!!
p/s: Hari ni Pakdaq ada appoinment ngan doktor lagi. Moga semuanya dipermudahkan.
p/s: Hari ni Pakdaq ada appoinment ngan doktor lagi. Moga semuanya dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment