Mana best jadi cikgu atau pensyarah? Kalau jadi cikgu, sampai tua orang akan panggil cikgu kan. Tapi kalau pensyarah ada title lak Cik, Puan, Encik, Dr., Prof dan beberapa panggilan yang sesuai dengan pangkat dan kelayakan masing. Tapi tugas hakikinya sama sahaja, iaitu atas dasar mengajar dan mendidik.
Setiap semester, ai akan berhadapan dengan pelajar yang baru atau pelajar yang pernah ai ajar masa sem satu tapi la ni dah sem 6, sem akhir. Atau pelajar sijil yang sambung wat diploma. Dan bila sem yang baru bertukar maksudnya masa akan berginjak, maka kata mudahnya ai makin tua!!!
Ada satu bukti yang paling jelas menandakan usia ai makin tua....ooooooohhhhh duniaa......
Masa tu ai tengah berjalan nak ke kelas dan depan ai ada seorang lecturer yang muda banyak tahun dari ai. Then ada students pass by that lecturer dan bagi salam "Assalamualaikum Cik"...and bila students yang sama pass by ai, depa bagi salam "Assalamualaikum Puan". Oleh kerana yang demikian, ai perlu trima hakikat bahawasanya kat muka ai dah tertulis ai ni dah tua dan selayaknya ada anak dua tiga orang...huhuhu......
Jadinya bila masuk kelas, ramai students yang akan panggil ai PUAN. Ai no hal lagipun panggilan rasmi adalah Madam kan, yang mana membawa maksud Puan. Dan bila dah ajar masuk satu, dua bulan, ada yang find out ai masih belum berkahwin dan dan tu nak tukaq panggil cik. Masa mula2 nak panggil mesti la tersasul kan? Sat sat panggil puan, sat sat panggil cik. Ada yang lagi best takut ai potong markah kalau panggil Puan!!!
Waklu betol....helloooooo...ai takdernya ada masalah meroyan pun kalo kena panggil Puan. Anggap jer satu doa bila ada students panggil Puan. Asalkan students tu hormat ngan lecturer, tahu mana batasan antara lecturer dan students its ok with me. Setakat panggilan Puan atau Cik, ai tak berkira. Jangan panggil makcik or kakak dah ler, tu mau kena lempang!!! Nak2 kalau panggil makcik...hahahahaha
Bila students panggil puan, maksudnya muka ai ni dah seiring dengan usia. Semua teman sepermainan dah kawen dan dah pegang title ibu. Jadinya students punya judgement untuk umur ai tu betul la. Tu yang best kalau jadi cikgu, tak payah konflik nak panggil apa....tua muda pangkat atas bawah semua sekali harung panggil cikgu jer.
No comments:
Post a Comment