Lepas balik dari Langkawi 2 minggu lepas, ai rasa ai macam dah angau. Betulkah sudah mabuk angau nih!!!!
Dulu hanya temankan orang ja, sekarang betul2 experience sendiri. Manyak susah mau lupa maaa....
Haiiyyya munyi macam saspen ooooo...pehal lak ai tetiba slang cam apek jual sayur nih....Betul ni, ai dah jatuh cinta ngan satu aktiviti rekreasi....MENCANDAT SOTONG. Kitorang p mencandat sotong di Port Harbour di Langkawi. Kalau uols nak p, boleh jer redah ke Port Harbour tu, ada no contact tertulis di white board kat situ. Boleh contact dan deal cemana korang nak. Port Harbour ni tempat Dato' Azhar Mansor portkan dia punya perahu layar mengelilingi dunia tu.
On the way nak mencari port untuk mencandat sotong. Kesemua peserta dibahagikan kepada 4 bot yang berasingan. Kalau ramai2 dalam satu bot takut nanti ada yang menangis tak dapat hasil mencandat sotong. Bot yang ai naik jadi runner, tengok cukup tak peralatan, p hantaq makanan dan p tengok kot2 ada peserta yang mabuk laut kat bot2 yang lain. Ruhil, Nani (ibu mengandung), Abang Shah, Paklong, En. Majid dan ai satu bot. Dan tokei bot, Kak Ani tu ada sekali dalam bot kami. Encik Nawi, kenalan Nani dalam Pengakap Malaysia pun satu bot ngan kitorang. Encik Nawi ni sangat2 baik, rajin melayan kerenah kami bertiga. Nanti ai story mory sal En Nawi, la ni kita citer sal candat sotong dulu...
Sempat layan sunset....sangat cantik dan indah ciptaan Allah Yang Maha Esa....pastu semua sibuk nak bergambar dengan sunset tu, tapi nak sunset jer cantik, muka orang yang nak bergambar tu nampak gelap jer....redha jelah yer Nani dan Ruhil.
Bila dah malam, mesti la gelap kan...sotong suka dengan cahaya. Dekat tempat yang banyak cahaya, dia akan bermain2 kat situ. Bila dah gelap, lampu2 akan dinyalakan di sebelah kiri dan kanan bot. So kedudukan satu bot dengan bot memang perlu berjarak, kalau tak tempat main sotong tu tak banyak pilihan. Biar kita jarakkan bot dan pasang lampu, maka sotong akan angkat geng main kat tempat yang bercahaya tu. Ada dua lampu dalam gambar kat bawah, bila kita nak mencandat sotong, kita gunakan lampu yang putih tu sebab lampu tu terang. Bila dah tak larat nak mencandat, kita nak menjala sotong pulak, kita padamkan lampu putih dan pasangkan lampu merah plak. Bila pasang lampu merah tu, kita akan nampak jelas sekumpulan sotong berenang di permukaan air dan apa lagi, terus jala.....bukan setakat 10 ekor, berpuluh2 ekor sekali jala... tak tipu nih.... Bila kita pasang lampu merah tu, sotong akan nampak bercahaya fluoresen...(betul tak ai eja nih....belasah jerrrr....)
Macam ni la rupanya bot yang nak mencandat sotong tu. Malam tu memang nampak macam pasar malam kat tempat ai mencandat sotong tu.....penuh dengan bot2 yang pasang lampu bertebaran di Port Harbour tu. Kalau ai ada kamera DLSR Nikon tuh...mesti bleh ambil gambar dengan terbaek dan kebabom tapi kamera ai hanya kamera digital yang melukut di tepi gantang..... :((
Ni lah orang pertama dapat sotong dalam bot ai sebelum kami berpisah naik bot runner, Fiza budak yang aktif dalam team Sofbol.
Di sekitar mencandat sotong.
Percaya tak kalau ai cakap, tak semua orang akan berjaya bila mencandat sotong atau memancing ikan. Sebenarnya memang ada orang yang sangat luck bila memancing tapi ada yang akan balik ngan tangan kosong. Tak percaya boleh try, pasti orang yang sama akan dapat ikan di kala orang lain dok termenung tengok mata kail dia tak bergerak2 di sambar apa pun kecuali ikan belukang...hehehe...Ai pun sepanjang dari pukul 6.00 petang sampai pukul 11.00 malam hanya berjaya dapat 2 ekoq ja. Memang dah bagitau kat tokei bot tu, selagi ai tak dapat sotong, jangan balik lagi.....seb baik dapat tapi ada gak yang tak dapat....
Yang kat bawah ni juara menyauk sotong katak.....bila candat tak dapat2.....abes sauk jelah. Dan memang ini yang dinamakan rezeki setiap kali sauk, dapat sotong katak...Redha jelah ye Abang Shah....
Gambar ngan sotong yang empat ekoq tu, eksen ja....ampun Abang Shah....hehehehe...masa tengah candat tu, sempat masak sotong atas bot. Sotong tu tak disiang pun, just basuh ja dan terus rebus dalam air. Tak payah letak apa2 perisa, manis wa cakap luuuuuu......memang kebabom terbaek punya rasa sotong yang fresh. Sedap, manis, lembut dan seribu satu rasa yang bestttt...yummy.....
Ni la hasil tangkapan yang dibawa balik untuk dibahagi kepada semua pencandat sotong.....
Masa tengah mencandat sotong tu, ai teringatkan zaman camping kat U dulu., masa tu kami bercamping di Pulau Besar, Mersing. Itulah 1st time ai tengok cemana mencandat sotong...masa tu ai cuma temankan orang mencandat sotong jer....memori akan tetap kekal sebagai memori.....dan tetiba ai teringatkan seseorang yang pernah hadir dan bermukim di hati....Terima kasih kerana pernah hadir dan pergimu tak pernah kusedari cuma pemergianmu perlu dilepaskan supaya aku dapat terus bernafas di muka bumi ini....
Thanx. Biasa2 ja sbb kamera pun kokak jer..hehehe
ReplyDelete