Zaman Kecik2
Alkisahnya, adik ai melihat dunia masa umur ai 9 tahun, darjah 3. So disebabkan jarak usia yang sangat jauh dan konon2nya ai dah sangat matured serta boleh diharap, secara tak langsungnya ai dapat title 'baby sitter'. Kena mengasuh dia kalau mak ai sibuk wat kerja. Nak p main petang2 pun kena bawak dia. Kalau tak jangan harap boleh keluar rumah, suka2 ati nak p main. Masa dia takbleh jalan, letak dia dalam stroller dan bawa pusing satu kampung. Kalau ai nak main, ai letak ja kat umah mak sdara ai, pastu p main. Seb baik depan umah mak sedara ai tu lapang, so kat situ la padang permainan kami. Jadi ai pun telah 'sub' kan keje jaga adik ai kat mak sedara ai....hehehehe......adik ai mana boleh protes, ai tinggalkan dia daalam stroller dan ai p main sebab 'dia kan adik' lagi pulak tatau cakap lagi!
Bila adik ai dah besaq sket, dah bleh jalan lagi la dia mengekor ke mana ai nak p. Paling leceh masa main 'aci sembunyi', tengah kita sembunyi kat port yang bagus punya, dia bleh panggil....kakcik...kakcik...habes semua orang tau ai sembunyi kat mana. Tapi mana bleh marah sebab dia kan adik lagi pulak kecik lagi tak paham apa2 pun!.
Tapi yang bestnya kalo balik lambat dari main petang2, ai bleh gunakan alasan adik. Tadi kan abah, adik tertidoq kat rumah Maklang. Lambat ni sebab tunggu adik jaga la. Pakdaq, orangnya sgt strict, before maghrib dah wajib ada kat rumah dan siap mandi. Sebab malam nanti kena p mengaji agama. Kalo balik lewat kena sebat ngan pelepah nyioq (kelapa)....so sangat la bernasib baik bila bawa adik dan adik perlu bersubahat dengan kakak untuk semua penipuan. Dia tak boleh mengadu kat abah sebab dia kan adik. Adik kena dgr cakap kakak.
Zaman Remaja
Bila adik meningkat remaja, dan buat hal kat sekolah menengah, ai perlu untuk menyiasat. Masa tu terus jadi CSI. Ikut senyap2 masa dia balik sekolah sbb naktau apa kegiatan dia selepas keluar dari pintu pagar sekolah. P jumpa ngan cikgu sekolah untuk tgk prestasi pelajaran sekolah dia. Dan kalau ada apa yang tak kena balik report kat abah. Semua itu perlu sebab dia kan adik, takkan seorang kakak nak tengok adik dia terjerumus ke jalan yang salah.
Bila adik apply untk sekolah berasrama, ai lah yang bersusah payah belek borang permohonan, isi apa yang patut. Dan bagitau apa yang patut dibuat dan dibeli sebelum masuk ke sekolah asrama. Sama jugak bila nak sambung diploma. Bila dah habes diploma, bising nak kerja dan nak bertunang. Chewwahhhhh ...engkau dah habis pikir ke dik...dah puas enjoy zaman muda???? Masa ni si adik sangat ketegaq dan tekad pendirian taknak sambung degree dah!!! Atas perbincangan Pakdaq dan ai, maka satu hukuman kepada si adik, PERLU SAMBUNG DEGREE JUGAK......titik....takder alasan lain. So terpaksa la mohon ke universiti. Bila nak p mendaftar ke universiti, ai jugak yang hantar sampai ke asrama. Kalau suruh p sendiri, ada pulak kang yang menangis melolong, kena bawak beg, baldi, bantal dan semua barang keperluan sendiri. Manalah adik yang bongsu pernah rasa susah. Takpalah...dia kan adik....
Atas keprihatinan kakak (ai la tuhhhhh... hahaha), maka adik dah berjaya sambung belajar ke peringkat diploma dan degree. Masa tu adik asek2 tak ada duit, so kakak yang tak berapa baik hati kena hulur jugak. Mengingatkan adik yang nak belajar, berkorbanlah sedikit....sebab dia kan adik.
Zaman Dah Habes Blajaq dan Menganggur
Sekarang adik dah habes belajar, dan tengah menyandang gelaran penganggur terhormat. So, asek2 takder duit jugak. Nak pergi berlibur walaupun takder duit, tabung terdekat ai la yang jadi mangsa. Ko ingat, aku ni bank engkau, bila takder duit, jolok kad dan keluar amaun yang diminta. Sapa kata tanak bagi....tapi hidup ni kan penuh syarat.
Adik: Kakcik, nak RM50.00
Kakcik: Boleh, tapi tolong basuh kereta, lepas tu bawa comforter pergi dobi. ***selalgi keje tak siap jangan harap la ko nak dapat duit.
Sekarang pagi2 sebelum pergi kerja, ai akan basuh baju. Bukan susah pun, tekan jer butang2nya dan siap. I liiiikkkkeeee....ala tak sempat la nak sidai, takper adik kan takder keje. So "adik, nanti hang sidai semua baju dalam mesin tu tau!!!". Adik mana boleh langgar arahan kakak....sebab dia kan adik.
Bila Pakdaq suruh ai belikan ubat dan pos kepada anak dia di KL. Alamak, cemana nih??? Aikan la ni takbleh nak kluar suka ati masa opis hour, so sapakah yang boleh diharap???? Hehe...maka adik la kena tolong kakak...sapa lagi lah yang kakak ada kan..kan..kan....
Bila ai tetiba sakit, dan tekak sangat teringin nak makan kuew teow goreng.......nak angkat jari pun tak larat, takkan mampu nak drive p beli sendiri kan...nak masak lak, kuew teow pun takder kat rumah. So adik kan ada....hahhahahahaha.......
Ko kena ingat dik, hidup ni ibarat roda. Kalo dulu ada orang selalu tolong kita sekarang ni kita kena tolong orang tu balik...kan orang tua pernah pesan.....buat baik dibalas baik. Dik, ingat lagi tak, dulu hang kata, lepas hang dapat keje hang nak bagi sebulan RM200 kat aku, takper dik, kalau hang tak cukup duit RM150.00 pun aku terima dah!!!!!!
No comments:
Post a Comment