Ads @ ACHIQUE


Showing posts with label Karya Ai. Show all posts
Showing posts with label Karya Ai. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Hasil Karya

1) Percubaan ambil gambar dalam air


Test kamera dalam air.....percubaan ambil gambar dalam air yang pertama


Rasanya kena adjust flash....


2) Menggunakan Fuction S-Macro Led

Percubaan pertama


Percubaan kedua

Percubaan ketiga

Percubaan keempat (gambar lalat pun jadik!!)



p/s: Semua gambar diambil dengan menggunakan OLYMPUS Tough-6000, saya budak baru blajar so guna digital dulu. Dah terer kekdah2 ambil gambar baru nak simpan duit beli DLSR punya.

Friday, June 11, 2010

Kita Tahu tapi....

Kita tahu berdosa bila kata kat orang
Tapi kita kata jugak
Kita tahu orang kecik hati bila kita kutuk depa
Tapi kita kutuk jugak
Kita tahu tak elok kita marah2 sangat
Tapi kita marah jugak
Kita tahu lebih baik kita tegur orang secara berdepan
Tapi kita pilih untuk kata kat belakang
Kita tahu kawan kita banyak kekurangan
So kita kena tegur untuk dia baiki kelemahan dan kekurangannya
Tapi kita pilih untuk kutuk dan mengata dia
Kita tau kawan kita banyak buat baik kat kita
Tapi bila dia buat 1 atau 2 salah
Kita pilih untuk lupa semua kebaikan dia


Kita tahu bila kita lambat orang marah
Tapi kita lambat jugak
Kita tahu apa akibat kalau bertangguh kerja
Tapi kita bertangguh jugak
Bila orang marah sebab kita lambat
Kita pulak kecik hati.......


Cita2 kita nak kurus
Kita tau berhenti makan sebelum kenyang
Tapi kita berhenti selepas kenyang betul2
Kita tau kita kena xcercise untuk sihat
Tapi kita pilih untuk rehat dari xcercise


KITA TAU APA YANG BAIK DAN APA YANG TAK BAIK
TAPI KITA SUKA PILIH YANG TAK BAIK
KENAPA AARRRRRR???????????

Sunday, April 04, 2010

Apa Komen Anda Sekiranya.....

Apa komen atau perasaan anda sekiranya ada satu sajak ditujukan khas buat anda semua.....


Tajuk: Tentukan Sendiri Selepas Baca .....

Jika sebegini, engkau kasihankan keadaanku
Aku menghargainya
Jika sebegini, engkau mengambil berat tentangku
Aku ucapkan jutaan terima kasih
Jika sebegini, pemberian dan pertolonganmu
Aku akan mengasihimu
Jika sebegini, kasih dan sayangmu padaku
Aku adalah milikmu

Walaupun tiada ikatan, Walau bersempadan,
Walau beribu halangan, Walaupun jauh di dalam,
Dan walau bermacam-macam dugaan,
Engkau,
Telah aku letakkan dan kusematkan
Kemas dalam hati ini.

Sesungguhnya aku tak berharta
Untuk membangga diri,
Hanya perasaan tulus suci sebagai pengganti,

Kulitku tidak sawo matang seperti impianmu,
Hanya perasaanku untukmu
dapat melapik warna kulit diri

Aku tidak mempunyai ketegasan
yang akan membuatkan kau hormat padaku
Tapi aku cuba untuk meringankan bebanmu
dengan berkongsi ketawa bersamaku

Aku tidak mempunyai ilmu yang tinggi
Untuk menjawab segala persoalanmu
Tapi aku hanya ada pandangan,
untuk kita fikirkan setiap persoalan bersama

Aku tak pasti adakah imanku kukuh
untuk membimbing dan mengimamkan solatmu
Tapi aku mempunyai segugus doa
Untukmu terus berjaya dan mencapai segala tujuanmu

Aku tidak mempunyai kelebihan luarbiasa
Apatah lagi kesenangan berbanding yang lain
Tapi aku hanya ada CINTA yang
akan kupertahankan sampai bila-bila


p/s: apa komen anda

Sunday, January 31, 2010

Kalau Dah Salah Memang Kena Mengaku Salah

Mari semua, ai ingin bercerita.......


Ada seorang budak (rasanya dah tak layak nak panggil budak, tapi dia selalu prasan macam awet muda so kita layankan jelah)....


Di suatu hari ketika dingin subuh masih lagi menyelimuti tubuh, terasa kesejukan hingga ke tulang sumsum yang hitam (bukan hati jer hitam, tulang sumsum pun hitam...sah busuk hati...wakaka..) Ketika budak tersebut sedang bersiap untuk menunaikan kewajipan sebagai pekerja yang hanya makan gaji, dia terperasan bahawa dia dah terlambat. Jam dalam kereta telah menunjukkan dia sudah lambat 10 minit dari waktu sepatutnya dia bertolak pergi ke kerja setiap hari. Dari rumahnya nak ke tempat kerja perlu melalui 5 buah sekolah. Inilah yang paling merisaukan kerana apabila lewat bertolak dari rumah, pasti tersangkut dalam jammed yang agak menggila di depan sekolah. Dia pernah tersangkut dengan jammed selama 10 minit depan sekolah akibat keluar 5 minit lewat dari kebiasaan. Dan mengakibatkan dia telah lewat untuk punch card! Oh no!!!! Ni bukan lagi 5 minit tapi dah seploh menet!!!!!!!


Sambil memandu kereta, dia terkumat kamit membaca doa agar dipermudahkan semua jalan. Kalau boleh nak berdoa agar takder orang keluar pergi kerja agar dia sahaja yang boleh guna jalan pagi tu. Akibat memecut tanpa batasan di jalan kampung dia sendiri, dia hampir terlanggar kon yang diletakkan di depan sekolah. "Ait selalu takder kon, bila lak ada kon nih!", bisiknya di dalam hati. Diperhatikan JAGA yang dok di antara dua kon, terlampau pucat macam mayat, rasanya kalau ditoreh muka JAGA tu nescaya tiada setitik darah pun akan keluar.


Disebabkan dia memang bersalah, lalu dia pun menurunkan cermin kereta lalu mengangkat tangan kepada JAGA tersebut dan berkata, "Bang, sorry yer, saya betul2 tak perasan ada kon tadi". Percayalah wahai semua, dia memang tak perasan, walaupun dia memandu dalam keadaan sedar dan bukannya mabuk sebab dia bukan kaki tonggang pun! Cumanya dia memandu sambil mencari kunci pejabat kerana dia pemegang kunci bagi sesi pertama bekerja di pejabatnya. Ceh macam sangat menjobokan diri, jadi pemegang kunci pun perlu dihebohkan ke seluruh dunia. Berbalik kepada abang JAGA yang pucat macam mayat tadi, selepas budak itu meminta maaf maka abang JAGA dengan lantangnya membalas "Hoi, BUTA KA?????!!!!". "Ya abang JAGA saya rela dimarahi kerana itu salah saya", desis budak tersebut dalam hati. Lagipun kalaulah budak itu tidak menekan pedal 'break' secara mengejut dengan pantas dan kuat, maka abang JAGA tu sudah pasti bersimen di hospital dan budak itu mungkin tengah terkumat kamit sedang menyambung membaca doa di dalam lokap akibat memandu secara berbahaya.



Abang JAGA, kalo kena kawad cam, tolong kenalpasti bukan muka budak ini yang nak langgar abang JAGA tau. Mungkin kembar dia kot....tetiba ada adik kembar....kuangkuangkuang



Seb baik dan punch card....7.29 am. Ada seminit lagi sebelom merah! Alhamdulillah.


Jom tido. Besok nak bangun awal, sebab nak bungkus nasi lemak!!! Mau beli????

Tuesday, January 05, 2010

Pelangi

Kau dan aku
Meniti hari bersama
Merempuh panasnya terik mentari
Meredah hujan membasahi bumi
Pertemuan demi pertemuan
Mulanya atas nama persahabatan
Namun hati tiada pagar dan sempadan

Dalam kedewasaan
Hati kau dan aku mula berbicara
Tanpa keizinan jasad
Tuan yang empunya
Hati mula merangka
Pelangi yang indah

Pelangi
Hadirnya seketika
Hadirnya cukup bahagia
Hilangnya tinggalkan duka
Di mana hilangnya
Tanpa bayang
Tanpa jejak
Tanpa kesan

Setelah hujan turun
Menyapu jejak2 tinggalan pelangi
Mentari hadir memberikan kehangatan
kepada hati yang kedinginan

Tika langkahku penuh ketenangan
Pelangi muncul
Tanpa diundang
Tetap indah dipandang
Namun tinggi di awanan
Tak terjangkau dek anganan

Hilanglah kau wahai pelangi
Pergilah dari khayalan
Lenyaplah dari pandangan
Tanpamu, mentari dan hujan
Tetap setia
Menemankan bumi
Dan aku masih di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails