Ads @ ACHIQUE


Tuesday, October 27, 2009

Mana Tanggungjawab Itu???

Apa pendapat korang dengan kawen muda? Muda, ai refer sebagai 20 - 24 tahun. Dulu masa ai belajar kat UUM mmg ada kawan2 yang kenal masa matrikulasi dan kawen masa wat degree. Umuq memasing dalam 20 taun. Bagi ai takder masalah pasangan yang nak kawen muda kalo dah bersedia dari segi mental dan tahu tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Masing2 bijak bertolak ansur dlm mengharungi kehidupan rumah tangga.

Yg ai perhatikan selama ini, bila ada yang kawen muda, salah seorang darinya kena bijak merancang terutamanya dari segi kewangan. Ada orang kata "ulat dalam batu pun boleh hidup". Itu ulat yang tak memerlukan duit ringgit nak beli barang. Manusia ni nak masuk toilet pun kena bayar paling kurang 2 kupang (20 sen). Bagi yang mmg harta mak bapak tu tak abes kalo makan 7 keturunan takpa la. Bleh mintak ja elaun bulan2 dari FAMA. Yg mak bapak pun bersengkang mata cari rezeki kena la bijak merancang masa depan. Contohnya member kepada member ai ni, dia beli keta kancil n wat sewa keta dari mula depa kawen. Dari 1 keta tambah ke satu keta so ada la nampak macamana dia jana pendapatan. Ada yg mohon booth kat universiti n wat kedai fotostat. So ada effort nak jana pendapatan family di samping dua2 belajaq. Lagipun tak baper riso nanti kuar leh cari keja utk stabilkan kehidupan.

Tapi ada yg ai jumpa, muda belia da kawen n sekarang bini kat umah dah tunggu masa nak bersalin. Keje pun tak tentu hala sbb belajaq lepaih SPM ja. Zaman sekarang kalo belajaq takat SPM n tadak inisiatif nak tambahkan kemahiran boleh lah nak hidup takat lepaskan diri sendiri. Nak membela anak isteri ai tatau la. Bukan nak menghina atau mengata yang ngaji tak tinggi tak berjaya dalam hidup. Tak kesah keja kat bengkel atau kedai makan tapi kena tahu cemana nak uruskan perbelanjaan kuarga. Dari makan sorang, ditambah untuk makan berdua kemudian tambah lagi bertiga dan tambah lagi dan lagi.......So banyak nak kena pikiaq!!

Ini dah la keje tak menentu, ada hati nak tekel awek2 len lak. Sadis n sedih sgt bila pikir apa nasib bini n anak dia ke depan hari. Seharian pikir, tak pasal2 lak pikir yg takder kene mengena pun ngan hidup ai!!! Cuma kalo harapkan muka jer hensem, tapi tatau erti tanggungjawab sebenar seorang suami takyah la gatal2 nak kawen muda. Kalo rasa tak puas nak berseronok, berseronoklah dulu. Jgn nak kawen tapi nak menyiksakan hati isteri ja.

Bila dah pegang tangan tok kadi tu dan terima akadnya fahamlah erti tanggungjawab. Kenapa walinya adalah bapa kepada pengantin perempuan....sebab nak turunkan amanah yang si bapa jaga selama ini kepada seorang lelaki yang bakal bergelar suami kepada anaknya. So kalo selama ni bapa dia menjaga anak perempuannya dgn elok maka begitu juga yang diharapkan dari si menantu. Jgn disakiti anaknya waima sdikit pun...........

Fikir dan renungkanlah.

p/s: untuk adik yang tak ku sangka sudah beristeri dan menunggu masa utk bergelar bapa, cubalah berubah ke arah yang lebih baik dlm mengerti tanggungjawab seorang suami dan bapa bukannya makin bagus menjadi buaya!!!!

Sunday, October 25, 2009

KU PERCAYA ADA CINTA


Kupercaya Ada Cinta - Siti Nurhaliza


Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

*
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Korus
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

(Ulang *)
(Ulang Korus)
(Ulang *)

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

Soalan itu Lagi

Sesungguhnya hidup kita tak akan sepi dari masalah. Dan mulut manusia tidak akan berhenti bercakap selagi diberi peluang untuk berbicara. Cuma bicaranya adalah demi kebaikan atau omongan kosong atau sekadar melukakan hati seseorang.

Aku sedar hidup bersendirian tanpa membawa status isteri adalah sesuatu yang agak memusykilkan@menghairankan di usia 30-an. Maka keluarlah pelbagai teori dan mengapa aku masih bersendirian sehingga ke hari ini. Teori2 yang selalu diperkatakan:-

1) Terlalu memilih calon suami.
Pendapat seorang pakcik: "Yalah dia belajar tinggi, kerja bagus takkan nak kalo ada kerani cabuk yang masuk meminang"

2) Tak laku maksudnya tiada orang nak jadikan menantu atau isteri atas sbb tertentu

3) Terlalu garang sehinggakan tiada lelaki yang berani nak dekat.

4) Lebih mementingkan kerjaya

5) Takut kepada alam perkahwinan berdasarkan pengalaman kawan2 yg gagal di alam rumahtangga

6) Sombong sangat....

7) Asyik tolak pinangan orang...ntah2 ada orang pagarkan. Maksudnya ada orang bomohkan supaya tak kawen sampai mati...

8) Mak ayah terlalu mengongkong kot atau memilih calon menantu.

Ironiknya mulut manusia itu tidak boleh ditutup jadi biarkan mereka berbicara. Jika masih boleh tersenyum, aku akan cuba senyum takpun aku menjawab sepatah dua. Kerana jika diperjelaskan sebagaimana rupa sekalipun mereka akan tetap dengan pendirian dan jawapan yg ada di fikiran mereka. Memang sukar utk mengubah tanggapan orang lain.

Kadang-kadang manusia itu lupa, untuk apa tujuan kita dijadikan oleh ALLAH swt. Sudah tentu penciptaan manusia ada tujuan tertentu. Allah menjadikan kita bukan untuk sia-sia sahaja. Sudah tentu juga tujuan hidup manusia itu sendiri mengarah manusia kepada kehidupan akhirat yang lebih kekal dan bukannya untuk kehidupan di dunia yang tidak kekal ini. Sebahagian Ulama' telah menggariskan empat tujuan kehidupan manusia di dunia ini.

1. UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH SAHAJA
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka BERIBADAH kepada Ku. (Az Zariyat 51:56)

2. UNTUK MENJADI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang KHALIFAH di muka bumi... (Al Baqarah 2:30)

3. UNTUK IQAMATUDDIN (MENEGAKKAN DIEN)
Dia telah mensyariatkan kepada kamu tentang Dien apa yang telah diwasiatkan Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: TEGAKKANLAH DIEN dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya... (Asy Syura 42:13)

4. UNTUK DIUJI OLEH ALLAH
Maha suci Allah yang ditangan Nya lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia MENGUJI kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Al Mulk 67:1-2)

(dipetik dari


Setiap wanita ingin disayangi dan dicintai. Juga mengimpikan rumahtangga yang bahagia di samping suami dan anak2 sebagai pelengkap kepada kehidupannya. Namun rahsia ketetapan hidup adalah milik Allah swt. Ada seorang pakcik ni pernah cakap kat aku yang aku ni ada sket perangai pelik:

"Lelaki selalunya akan dapat tahu sekiranya ada perempuan minat atau suka kat dia. Tapi dia ni (merujuk pada aku) lain sket, kalo dia suka pun lelaki tu tak kan tahu". Maksudnya aku sgt pandai cover line la kan.

Aku percaya apa pun sebabnya Allah merancang sesuatu yang lebih baik utk aku. Bukan tak pernah mengalami perasaan mencintainya atau dicintai tetapi hakikat cinta yanng hakiki adalah milikNYA yang MAHA KUASA. Sekiranya dia mengkehendaki ada hijab di antara kasih sayang antara aku dengan si dia maka aku redha. Sekiranya yang didamba hati tak mengerti perasaan ini maka itu juga ketentuanNYA. Kita boleh menulis 10 mukasurat sebab dan alasan mengapa itu dan ini terjadi namun tahukah kita bahawa ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA.

Pernah terfikirkah apakah hikmah Allah meletakkan sesuatu kegagalan dan kejayaan dalam hidup kita. Jika kita bermuhasabah tentang perjalanan hidup ini pasti kita bersyukur atas setiap nikmatNYA. Kenapa aku dapat mengajar di negeri kelahiranku sedangkan kalau boleh aku nak posting tempat yang jauh sbb nak adventure. Tetapi sekarang baru aku faham, bahawa itu yang terbaik kerana kerjaya aku menyinar disini. Lagi pula ketika dan saat ini hanya aku anak yang tinggal bersama kedua orang tuaku. Disamping mereka ada untuk aku, aku juga ada untuk sakit dan pening mereka. Bukankah itu ketetapan yang indah tanpa kita ketahui perancanganNYA pada mula.

Maka bersabar atas setiap kata dan nista yang dilemparkan...sama ada istilah tak laku, memilih atau andartu...sabarlah sbb ada ganjaran yang manis di atas setiap kesabaran. Walaupun kadangkala hatiku pedih dan terhiris dan sedikit mengamuk namun apalah daya kerana aku manusia biasa. Jalan pintas yang tak berapa bijak apabila berhadapan dengan sekumpulan lelaki atau orang tua, aku mengaku jer yang aku dah berkahwin. Mudah untuk bekerja sbbnya kalau tidak tak habis2 ditanya mengapa dan kenapa. Lagi satu bila? Sesungguhnya manusia itu hanya merancang namun Allah jua menetukan.

Mak kawan aku penah bertanya, tak pergi berubat ker? Dan sekiranya benar kejadian bomoh atau ilmu hitam seperti yang dikatakan, itu juga atas kehendak dan izinNYA. Rasanya tidak perlu diceritakan secara terperinci apa jua usaha dan ikhtiar yang telah dilakukan. Rukun iman yang keenam...BERIMAN DENGAN QADA' & QADAR. Maka aku bersyukur kerana menjadi hamba yang diuji. Dengan ujianNYA aku sedar kasih sayang ALLAH itu adalah melebihi kebencianNYA.

Walaupun aku diduga dengan lewatnya bertemu jodoh, namun Allah melengkapkan yang lain untukku. Tidak terkurang sedikit pun. Aku dilimpahi kasih sayang dari keluarga sekeliling, aku kaya dgn sahabat handai yang sentiasa bersama dalam susah mahupun senang. Walaupun aku garang, moody, tidak pandai mengambil hati tetapi sahabat dan kawan2 menerima aku tanpa syarat. Terima kasih buat semua sahabatku dari zaman belajar sehingga zaman kerja. Sesungguhnya aku bersyukur untuk setiap sahabat yang dikurniakan Allah kepadaku. Setiap orang nilainya tak terhingga. Aku dikelilingi pelajar dan bekas pelajar yang masih mengambil berat tentang aku sehingga ke hari ini. Aku dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam pelbagai urusan. Hanya satu dilewatkan iaitu jodoh. Masih perlu merungutkah???

Masih ada yang lebih menderita dari aku. Justeru itu aku patut bersyukur dan dengan ujian ini kerana dengan ini aku mula memahami tentang kehidupan.

  • Tak semua orang yang nampak baik itu baik
  • Apa jua yang mahu dilakukan mohonlah petunjuk dariNYA
  • Berbuat baiklah kepada kedua orang tua kita kerana restu mereka sangat membantu dalam kita menghadapi hidup ini
  • Biar je kalau orang nak kata apa. Mereka tidak tahu apa sebenarnya yang dilalui oleh kita dan sedarlah bahawa hidup ini adalah satu putaran roda. Satu jari ditudingkan kepada orang lain, empat jari akan ditudingkan balik kepada anda. Sama ada balasannya lambat atau cepat Allah ada jawapannya. Dan ingatlah doa orang yang teraniaya dimakbulkan oleh Allah
  • Hidup ini sangat singkat untuk dibebani dengan pelbagai masalah jadi nikmatilah hidup sebelum terlewat
  • Positiflah atas sesuatu perkara. Jgn byk fikir yang negatif.

Aku sangat yakin Allah meletakkan aku begini pada saat dan waktu ini kerana ini yang terbaik untukku. Aku percaya atas qada dan qadar hidupku dan aku sentiasa berdoa Allah kuatkan semangatku serta tetapkan imanku dalam agamaNYA dalam menghadapi dugaan hidup ini. Sebenarnya tiada apa yang mudah bagiku kecuali ALLAH permudahkannya. Juga aku berdoa yang terbaik untuk setiap sahabatku. Rezeki kita berbeza2, ada yang kurang dari satu segi namun dilebihkan bahagian yang lain kerana DIA bersifat MAHA ADIL........


Penah tak menda ni terjadi??

Situasi 1
Bila pegi kedai n nak order kopi 'o' tapi tersebut teh 'o' so bila order sampai rasa nak marah kat tukang wat air tu?? Then kawan ko gitau betul la tadi hang kan oder teh 'o'................

Situasi 2
Ada orang asek perhatikan engko dan engko dicaj prasan tahap gaban. So setiap kali lalu depan orang tu, mula la engko menten 'hensem @ ayu' je. Bila nak batuk pun tertahan2, supaya tak le orang kata tak senonoh. Orang tu pulak setiap kali engko lalu, asek kaco2 jer. Dan engko bertambah prasan. Satu hari dia datang kat engko dan gitau nak berkenalan ngan kawan ngko yang selalu jalan sebelah engko!!!!

Situasi 3
Perbualan 2 sahabat

Dieba: Jom p JUSCO
Achique: Ok, aku sampai sana nanti aku kol. (gerak ngan keta masing2)

30 minit kemudian
Achique: Aku dah sampai, hang dok mana?
Dieba: Tunggu sat, jap g aku sampai
Achique: Ok, aku ada kat Kedai Buku tau..(kawan2 yg sgt ilmiah kan, tunggu kat kedai buku jer....)
Dieba: OK

15 minit kemudian
Dieba: Kedai buku yang mana 1, berdepan JUSCO atau MPH?
Achique: Hang sebut JUSCO ka TESCO?????


p/s: Korang penah alami situasi di atas?????

Wednesday, October 21, 2009

MARI MELANCONG KE PULAU PINANG

Tengahari tadi, lebih kurang kol 11am, ai n faizah ada appoinment ngan staf MASkargo utk p opis di town (georgetown). Opis kat sana handle akaun so nak p godek maklumat serba sket.

Kitorang p 3 orang jer, nek keta staf MASkargo, En Jamal. Masa odw tu,En Jamal ni pasang kaset...kuar la lagu ni....

"my love...my love...."...ingatkan lagu English lama...rupanya lagu hindustan yang hits zaman 60an. Beliau siap nyanyi sambil ketuk2 stereng keta maksudnya feeling abes la kan. Apa pun layan jerlah...

Dah siap dptkan maklumat, En Jamal ajak lunch. Mmg best kuar ngan En Jamal ni, dia slalu banjer kitorang...Best woooo...k teka kami lunch kat mana....hep, bukan makan kat mulut tapi tempat mana????
Kalo dah dengaq lagu hindustan tak menarik la kalo makan Kay Ep Cee.
Restoran ni dah lama kat Penang, sebelah dia ada Dawwood Restaurant tapi Dawwood yg asal tu dah takder. Ni kat Little India, Penang.

Boleh pilih nak menu apa. Tgk senarai menu beserta harga then pilih ikut selera. Kitorang punya menu En Jamal tolong pilihkan.

Menu Hari Ini
Kari Ayam Piru. Faizah pilih yang ni, rasanya best, daging dia manis.

Kari angsa. Ni ai punya..nyum..nyum..sedap gak. Kari dia mmg ummphhh

Nampak tak ada benda secotet tepi nasi tu, bukan kari tau. Nama dia toyal (betui ka ai eja nih). Wat dari nyioq, lada hitam, air asam dan seterusnya wa tarak tau. Wa makan je

Sayur bayam. Kalo masak macam tu kat umah mampuih kena ketuk tangan sbb over cook tapi kalo kat kedai mamak mmg sayur dia masak mcm tu, sesuai utk orang tadak gigi.

Air rasam. Nak tau rasa cemana tanya faizah sbb dia ngan En Jamal yg minum. Ai tak lepas tekak tapi rasanya baguih utk badan sbb ingredient dia byk herba. Ada mcm2 jenis jintan, lada hitam dan nampak cam daun sup. Boleh makan ngan nasi, wat cam sup atau minum je. Rasam ni dia siap bubuh dalam jag atas setiap meja n kalo nak minum mintak je cawan kosong. Kena caj atau idak, idak la ai tau sbb makan ni En Jamal yg banjer....TQ bebanyak to En Jamal n Mr Chong yg selalu bawak kami ber2 p lunch. Sbb tu badan dah nek 2kg...huhu

Dah siap makan p jln2 kat sekitar Little India
En Jamal yg pakai baju biru kat depan Faizah tu, nak amik gambaq dia, ai segan...ai kan pemalu!!!

Bawah sign board Syarikat Sayang tu ada jual maruku, kekacang n manisan
Kalo nak kaset atau cd lagu yang kami dengaq lam keta tadi, leh cari kat sini. Kompom ada
Baju pun adoo. Nak masuk tapi sbb mai ngan En Jamal tokleh la...len kali mai sendiri baru best nak soping2.

Pastu terus balik n sambung wat keje.

P/s: Teka teki hari ni: Apa akan berlaku selepas anda makan kenyang di waktu tengahari dan kondisi bekerja adalah dalam aircond. Jawab jangan tak jawab!!!

Tuesday, October 20, 2009

Allah Itu Maha Pelindung

Setiap kali menaiki kenderaan janganlah lupa membaca doa


Insyaallah Allah akan melindungi hambanya.

Pagi tadi, ai hampir terlibat dalam satu kemalangan. Macam biasa pagi2 akan menuju p poli dulu then parking kat situ dan car pool ngan faizah utk mai ke MASkargo. Masa menyusur masuk k Jalan Baru, Permatang Pauh tu ai follow keta Savvy. Driver dia agak hati2 sbb bawa tak laju sgt n kerap break walaupun keta kat depan ada 1 km lagi.

Ai follow jelah malas nak mencelah....tetiba ada satu MYVI kaler Silver ni U-turn dari jalan menuju ke Prai. U-turn tak agak2....budak kampung ai sebut sebagai lep rapat dgn kadar yg laju sampai berasap tayar dia.....sket lagi nak kena keta Savvy tu. Uih mmg terkejut masa tu, driver Savvy break mengejut. Ai pun terkejut dan mujur takder keta belakang ai.

Ai nak tgk driver mana yang sangat samseng itu. Driver dia boleh tersenyum2 kambing dalam keta, minah mana ntah pakai tudung n baju warna biru turqoise. Muka mmg lawa la, make up pun cun sbb pagi nak p keje kan. Dok terpikir kalo eksiden sapa nak jawab. Muka yg lawa tu kalo berparut lekat seumur hidup tau!!!! Kalo dah mmg lambat nanti ngadap jelah boss eksplen asal lambat. Tapi kalo dok kat spital muka pun dah berparut susah nak gediks ngan boss pasni. Kalo dulu bagi ekskius satu pun dia terima....kot2 pasni bagi karangan 10 muka surat pun kena reject!!!! Kan ai dah melalut.

Alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan kat ai, driver n penumpang savvy dan keta myvi putih tu utk hidup ngan sihat sejahtera. Kasih syg Allh tu mengatasi segalanya.


p/s: Jom men go kart kalo nak berlumba. Tengen nak bawak keta laju2 di litar...katner ada go kart sebelah Butterworth ni????

Sunday, October 18, 2009

JOM MASAK2

Bila weekend ja, mesti Makyah macam dengki tgk ai dok terbaring dpn tv. So ai kena masak....hek eleh baru masak 2 hari dah bising...yang Makyah msk tiap2 ari n anak dia balik keje ngap jer tak ceta laks....kuang..kuang...kuang...

SABTU (17/10/09)
Member lama ai, yanti n family (parents dia dok kelantan) mai umah. Mak dia tamau lunch kat umah ai sbb ada kenduri kat umah member ayah dia. So ai prepare lite2 jer. Kuih pulut sekaya @ seri muka n bihun goreng. Tgk tetamu makan cam best jer tapi tatau la depa dok jaga air muka ai ka apa ka sbb yanti tu siap bertambah. Bila depa balik, ai makan bihun yg ai goreng ...alamak.....ter> garam la!!!!! Sowi la ai ni jarang sgt masaknya.

AHAD (18/10/09)
Pakdaq p beli ikan kat tempat nelayan bawa naik ikan....amik ko kat 10kg bawa balik. Ngan ikan (macam2 jenih) + udang. Every weekend mcm tu so bila dah beli byk, pelawa kat mak n pak penakan ai yang dok tepi umah. Jual kat depa ngan hg yg murah la...sekilo RM3 jer. Sbb kalo byk tak berhabis kami 3 beranak nak makan.

So tugas ai, jom men masak2. Sonang jo tugas ai

Bakaq ikan....ikan ni dekat2 nampak la kuning kunyit tapi dlm gambaq pucat lesi lak.

Ayaq asam gu ngan ikan bakaq (baru sediakan bahan2, tak gaul lagi yer)...

Kacang buncis goreng...

Main menu, tunggu Makyah wat...kari udang. kalo ai wat kang tak kena byk lak kompelin. Dah la rempah tu hand made, giling sendiri.

Jom makan!!!!!

p/s: nak p c4 lak, byk tol brg dah abis!!! Maleh ni, ada sapa nak teman?


Friday, October 16, 2009

LAWAK ANTARABANGSA

Cerita 1

Semalam masa ai balik dari keje, sambil bawa kete, ai verangan dapat naik merz cam kete depan...kat depan tu ada tol. Kalo yang dok kat area Prai, tau kot Tol kat Giant Prima Prai yang bleh terus p Butterworth tu. Ai menonong ikut keta depan. Dia lalu kat lorong SMART TAG....ai pun ikut la. Tiba turn ai, ai pun dok tonyoh kad TNG kat scanner tu...dalam hati dok nyumpah....awat la palang ni tak berangkat...ai nak lalu ni...ingat kad aku takder duit???????????Banyak lagi nih, kalo setakat RM1.30 tu...60kali lalu pun tak abis lagi.

Dalam menyumpah2 dalam hati tu, ai tertoleh sebelah kiri, pastu ada Mamat Cina ni naik Merz jugak, dia goyang2kan smart tag dia sambil dok tergelak2 ngan awek dia. Baru la ai perasan ai takder SMART TAG...takat ada Kad TNG ja.....patut la palang tu tak berangkat. Dia tulih kat situ, cant read SMART TAG...dah takder SMART TAG nyer nak read apa...

Malu Jijah di situ, seb baik tak kenal pun mamat Cina tu n ai dah bertekad tak akan lalu di situ selama 40 hari!!!!

Cerita 2
Ingat lagi pakcik teka-teki tu....hari ni dia mai dengan maksud-maksud perkataan yang dipendekkan:
  • ISA - Ikut Suka Aku
  • MAS - Mana Ada Sistem
  • KASTAM - Kasi Aku Sapu, Takdak Aku Mintak
Pakcik ni tak penah kering idea..kalo dok ngan dia asek terkekeh gelak. Dia takder ni, syif malam kot so takder ler tukang lawa kami.

Cerita 3
Ni terjadi masa ai kecik2 dulu. Abah ai ada bela lembu, dan masa tu tengah dok bagi makan ayam. Ada sekoq anak lembu ni, dia pantang tengok orang bagi makan ayam nanti dia mai makan makanan ayam tu. Dah la rumput dia makan, makanan ayam pun dia sapu. So masa setiap kali bagi makan ayam, ai kena tunggu sampai ayam abis makan, takut ayam tak kenyang sbb lembu dok balun makanan depa.

Tengah dok tunggu2 tu, anak lembu tu mai, ai pun amik buah nyioq kering baling ke arah dia untuk kejutkan dia supaya dia takmai dekat ngan ayam2 yang tengah dok makan tu. Tetiba2 kakak ai menjerit:
"Woi sapa yang baling buah nyioq ni kat aku"

Alamak...nak lari mana nih....ai dah silap sasaran!!!!!!!!!!!

BACK TO NORMAL

Lega rasanya, bila dah boleh hidup ngan normal.....ciri hidup normal ai:
1) Makan bila lapar
2) Tidur bila ngantuk.......slalunya tido kol 10mln n bangun 6pg
3) Boleh ketawa bersuka ria
4) Petang masa balik keje, dok pikir malam ni tv ada rancangan apa?
5) Bila ada orang ajak p open house....jaaaaaaaarrrrrrrrrrraaaaaaaaaannnnnnnnnnngggggggggg sangat nak tolak....makan pree bebbb (baca sebagai buruk lantak!!!!)
6) B4 nak tggu rancangan tv malam2, men game dulu seround dua....

Bila tak normal, ai akan jadi:
1) Makan walaupun tak lapaq...maksudnya asek melantak ja dan badan pun memmbesar dengan sihat (baca dgn nada nyanyian dalam iklan MILO!)
2) Kol 3 pagi dah terjaga.....pastu takleh nak tido....
3) Lebih byk pikir masalah n muka mula berkerut2...tapi takper sbb menten kiut...kahkahakah
4) ODW balik keje, dah terpikir malam ni nak kena buat apa? Ngdp laptop tapi takleh main game...kena cari bahan n kena baca then paham isi kandungan...pastu tulis balik n olah ngan ayat sendiri...baca lak karangan yang ditulis tu...macam tak sedap n macam lari tajuk....cari bahan lagi kat internet....baca lagi...paham lagi....tulis lagi....salah lagi......uihhhhhhsss seksanya.....
5) Takleh p open house!!!!!!!!!!uwwwaaaaaaaaaa.....keje tak siap!!!!!!!!!!!
6) Rasa sangat membuang masa bila men game....ohhhh adakah azizah dah insap????


Haahahaahaaa...insap bila ada masalah n ada keje urgent yang perlu disiapkan sbb kalo tak siap disaster bakal melanda!!!!!!!!!!

Dan sekarang ni taraaaaa ai dah kembali normal...dah boleh senyum...dah boleh p makan pree bila orang ajak...dah boleh tidoq (pantang letak kepala atas bantal...tetiba ja hanyut dibuai mimpi).....baru rasa sangat indah kan hidup ni!!!!

Jom nikmati hidup ini sbb masalah seterusnya tatau bila plak nak menyerang.....kalo nak tau sal pa ai berserabut b4 ni leh baca blog member ai DBA sbb ai malaih nak ceta....

babai!!!!!!!!!!

Saturday, October 10, 2009

LEPAS 14 OKTOBER AI AKAN KEMBALI HAPDET BLOG. BUAT SEMENTARA WAKTU BLOG INI AKAN BEREHAT.......PASAN MCM RAMAI BENO BACA BLOG GUE...... :))

ADA TUGASAN PENTING YANG MEMERLUKAN DEDIKASI, PENGURANGAN TIDUR DAN PEMERAHAN OTAK SEHINGGA TAHAP MAKSIMUM.......TIPU...TIPU.......ORANG YANG BUAT KEJE LAST MENET CAM AI JER YANG AKAN ALAMI KEKEJANGAN OTAK, ORANG LAIN DAH SIAP PUN....SIAP LEH P BERPOYA2 LAGI.....

NANTI KITA BERCERITA PANJANG LEBAQ....CAU.....

Monday, October 05, 2009

MAMPUKAH AKU?????

JANTUNG AI BERDEGUP2 SEKARANG NI...BUAT APA SERBA TAK KENA....SGT KETAQ TAK TERKIRA...............HARAP SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR...

"YA ALLAH, YANG MAHA PENYAYANG LAGI MAHA MENGASIHANI, BANTULAH HAMBAMU YANG KERDIL LAGI LEMAH INI...PERMUDAHKAN URUSANNYA KERANA TIADA APA YANG MUDAH BAGIKU KECUALI KAU PERMUDAHKANNYA...AMIN AMIN YA ROBBAL 'ALAMIN"

Saturday, October 03, 2009

CUBAAN MERAGUT

Semalam balilk keje, ai singgah kat poli sbb bak siapkan keje2 tergendala. Dieba pun nak balik lambat so ada teman. Lepas maghrib baru we ols gerak balik n ai singgah kat Caltex Permatang Pasir sbb fuel tank kete ai dah berkelip2 kaler kuning.

Masa nak isi petrol, ai ada terbaca kat pump tu "JGN TINGGALKAN HANDBAG, KOMPUTER DAN BARANGAN BERHARGA LAIN DI DALAM KERETA SEMASA ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN DI KAUNTER". Dalam hati terdetik msti tmpt ni sasaran peragut nih.

Ai pun teruskan niat isi petrol smbl mata melilau2 tgk keliling, pgg handbag kemas2 dan awasi persekitaran sbb terdetik rasa tak sedap hati. Siap jer isi petrol tuh, terus masuk dlm keta dan lock.

Tetiba dtg 1 motor, 2 budak muda pakai helmet ada wiser (konon nak tutup muka bila buat jahat).....pembonceng cuba bukak pintu kete ai. Bila x berjaya sbb ai dah lock diorang terus blah cepat2. Sapa pun x perasan kejadian tu selain ai n budak yang jaga pump kat sebelah. Dieba yg tunggu ai dalam kete dia (dia parking kat tepi stesen myk, blkg kete ai) pun xpasan. Betapa cptnya tindakan depa tuh....thanx la utk kawan aku si DBA tu, selalu ingatkan aku kunci kete, kalo dia naik kete ngan aku, ayat pertama soh aku kunci kete dulu..."KUNCI KETE NANTI ADA ORANG KIDNAP AKU!!!!).....larat ker orang nak heret kita dba??? tapi depa larat heret hbag kita w/pun lebih banyak kad dari isi.....kad JUSCO, kad TESCO, MEDICARD, REALREWARD, kad MESRA, BONUSLINK berlambak2 ko....

Tergamam ai n terus cancel plan nak p makan c.k.teow ngan dieba. Gila terkujat ai sampai bila bw kete n benti kat traffic light pun dok tgk kot2 ada moto follow. Alhamdulillah sampai umah dgn selamat.

Moral of the story:
1) Masuk kete jer trs kunci. Pastu baru la wat apa2 yg patut....
2) Hbag jgn letak kat seat co-pilot sbb kalo depa terdesak mybe peragut boleh pecahkan cermin kete
3) Spare sbtg besi @ buluh @ apa2 yg boleh dibuat senjata kat bawah driver's seat. Kot2 berguna ketika kecemasan
4) Kalo p tmpt crowded sorang2 elakkan bw hbag.
5) Baik zikir masa dok sorang2 dari kita dok nyanyi lagu ntah hape2.....boleh amalkan zikir ni

لا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْحانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰‏ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمينَ

“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Peringatan utk semua n ai jugak sbb kita selalu alpa bila kita tak lalui semua tu....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails