Hidup ini bagaikan putaran roda. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Ada tak di antara kita, yang apabila kita mendapat sebuah kejayan, kita berkata "KEJAYAAN INI ADALAH ATAS USAHA AKU SENDIRI"??? Tapi apabila kita gagal, kita sibuk nak mengaitkan kegagalan kita dengan orang lain. Maksudnya orang lain itu yang bertanggungjawab atas kegagalan kita.
Senario ini boleh dilihat dan diamati di sekitar kita. Ada seorang pelajar ai, yang dah tak datang kelas hampir dua minggu. Seminggu dia tak datang dan saya ada bertanya dalam kelas apa dah jadi ngan kawan diorang ni. Tapi seorang pun tak memberikan feedback dan mereka menggelengkan kepala tanda tidak tahu.
Minggu depannya ai dapat sms dari pelajar yang 'ponteng' tadi mengatakan dia balik ke kampung disebabkan 'masalah keluarga'. Saya sedikit fobia dengan alasan 'masalah keluarga' kerana ada di antara para pelajar yang menggunakan istilah 'masalah keluarga' ini yang merujuk kepada masalah perhubungan dalam pakwe dan makwe.
Jadi ai merisik lagi maklumat lanjut dari kawan2nya. Dan dikatakan dia hanya duduk di rumah sewa dan tak balik kampung pun! Jadi 'masalah keluarga' tadi merujuk kepada apa. Kemudian kawan mereka bertanya, "cik tak telefon dia ke"?
Siapa yang perlu menelefon siapa? Sampai bila para pelajar perlu dimanjakan sebegitu rupa? Mereka sudah berumur 22 tahun tetapi masih belum boleh bertanggungjawab dengan tindakan diri sendiri. Disalahkan para pensyarah kerana tidak mengambil tahu masalah mereka. Kenapa kita perlu menyalahkan pensyarah, ibu bapa dan kawan2 sekeliling apabila kita dilanda masalah. Jadi liar sebab ibu bapa bercerai......kata bekas pengarah saya, tidak perlu disalahkan orang lain atas tindakan kita sendiri kerana saya juga datang dari broken family tetapi saya berjaya kerana saya mempunyai hala tuju yang perlu saya kecapi.
Bila kita makan lebih, kita kata...tulah si polan tu asyik ajak aku makan jer...aku kesian kat dia so terpaksa la aku temankan.....if ko tanak makan ko temankan dia p makan so ko minum jelah!!!! Pehal plak bila ko temankan orang makan, ko makan sampai bertambah dua pinggan......
Sebelum menuding jari kat orang lain, ko telek dulu diri ko...ko tu dah LURUS sangat???
**** Student yang 'ponteng' tadi tu dia pesan kat kawan2 dia, dia tanak datang kelas sebab takut pensyarah marah sebab dah seminggu tak datang kelas tapi bila kawan2 tolong consult dia kata "SAYA DAH TAK BERMINAT UNTUK BELAJAR"......ooooooooo itu rupanya MASALAH KELUARGA dia!!!!
ishhh mcm mcm masalah la budak budak la ni. dapat sambung belajar pun tak tahu nak mensyukuri lagi nikmat tu. saya kalo boleh nak jugak dapat buat dip kat penang tu balik :)
ReplyDeleteSebenarnya tak terasa kesusahan mak bapak diorang carik duit buat belanja 'sekolah'.. Mmm.. kalau la dpt further ke master degree lagi..
ReplyDeleteJom join AdiaLuvLuze GA.. kita dh tag Ai.. first time wat keje2 cam nih..