Ads @ ACHIQUE


Tuesday, January 11, 2011

Duit Untuk Hidup atau....

Duit atau ada yang mengenalinya sebagai wang. Apapun yang pasti, duit atau wang perlu untuk dijadikan perantaraan bagi mendapatkan barangan keperluan serta kehendak manusia.




Tapi kita perlu tahu dan tetapkan prinsip sama ada kita perlukan duit untuk hidup atau hidup untuk duit. Tersilap langkah kerana duit buruk padahnya.




Arwah abah pernah berpesan, " jangan jadi hamba duit". Maksudnya apa yang kita ada berbelanjalah secara berhemah. Elakkan berhutang. Tapi untuk membeli rumah dan kereta, kita takder pilihan, maka berhutanglah yang paling minima. Abah kata, hutang akan menyebabkan hidup kita tidak akan tenteram. Maka ukurlah baju di badan sendiri. Sekiranya saiz L, janganlah dipakai baju saiz S. Tak muat! Atau jangan mencuba saiz XXXL, terlallu besar!




Cikgu ai pesan, bayarlah 20% daripada jumlah pendapatan kepada diri sendiri. Bayar kat sini bukan p berbelanja tapi bayar dengan cara menyimpan. Sekiranya gaji kita RM1500 maka simpanlah RM300 sebulan. Jangan diusik sekiranya tiada keperluan yang betul2 mendesak.




Sekiranya kita jadi hamba duit, bekerja keras macam mana pun tak akan cukup sebab ada jer barang atau sebab untuk kita berbelanja. Rancanglah perbelanjaan, insyaallah tidak akan wujud istilah 'over bajet'. Sekiranya kita mampu makan nasi beriani kambing hari2, better kita makan nasi putih berlauk ja. Duit yang lebih tu kita simpan, sehinggalah mencukupi untuk membeli barang yang kita nak. Walaupun lambat tapi yang pentingnya tiada hutang yang perlu ditanggung.




Pilihan di tangan kita, jangan sampai duit yang sepatutnya boleh menyenangkan kita menyebabkan kita jatuh susah. Fikirkanlah.






Jangan lupa bersedekah dan keluarkan zakat apabila mampu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails