Ads @ ACHIQUE


Monday, January 31, 2011

Hati Pt I

Assalamualaikum...


Mai kita crita pasal hati. Hati berkait rapat dengan ikhlas. Mampu ke kita nie ikhlas dalam setiap perkataan dan perbuatan kita? Ikhlas tu adalah milik Allah, hanya Allah ja yang berkuasa menilai keikhlasan setiap hambaNYA. Tak semestinya kawan kita yang cakap baik, dok puji kita melangit tu ikhlas dengan kita.


Penah jumpa tak dengan manusia yang dia malas nak buat keje tapi HATI dia suka dia dipuji melambung2. So dia akan tetiba rajin gila bila 'kerajinan' dia ditonton oleh pihak atasan. Kemudian, pihak atasan akan memuji dia dengan mengatakan dia sangat rajin dan berdedikasi maka orang bawahan dia akan berasa SAKIT HATI.


Lagi satu bila uols kena keje dengan seseorang, kita kena brainstorming idea untuk memastikan kita punya projek memang kebabboom..deboommm.....bila kita utarakan idea tapi kita lambat bertindak maka tetiba jer idea tu dah jadi idea asli seseorang tersebut. Kalau ai senang je, dah ko bawak idea tu ke pihak atasan so ko buatlah keje tu sendiri. Ai nak dok dendiam je supaya HATI ai puas. Tak baik kan......tapi ai selalu jer buat...buat2 bodoh dalam bijak! Sebab ai memang bijak...hehehehe



Ada juga yang mempunyai HATI untuk berjaya tetapi sedikit malas untuk bekerja keras maka dia memilih jalan pintas. Oleh itu HATI2 dengan siapa kita berkawan dan dengan siapa kita selalu memberikan maklumat. Berkemungkinan maklumat itu digunapakai untuk tujuan peribadi dan menjadikan dia sebagai pemilik maklumat tersebut. Orang macam ni sebenarnya dia selalu merasakan dia tidak bersalah atas tindak tanduknya maka dia akan buat SUKA HATI. Menggunakan maklumat orang lain tapi kita claim maklumat itu kita yang punya, dalam istilah akademik dia dipanggil sebagai plagiarism. Tapi kalau bahasa seharian nie, kita panggil TAK SEDAQ DIRI....dah la malaih ada HATI nak buat macam harta sendiri!!!! Huh!!! Orang macam ni, dia tak akan rasa pun apa yang dia buat salah. Nanti dia kata alah, memanglah maklumat tu dia punya tapi aku dah olah balik semua maklumat2 tu! Memang KEJI HATI lah!!!


Susah untuk kita menelah sejauh mana BAIK HATI atau BUSUK HATI seseorang maka kepada YANG MAHA ESA lah kita mengadu dan memohon agar dilindungi dari orang yang KHIANAT DAN BUSUK HATI di dalam kehidupan kita.



Selalulah mohon rahmat dari ALLAH kerana hanya DIA yang mengetahui hijab yang ada di antara hambaNYA.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails