Sekiranya kita diberi peluang untuk membuat pertaruhan, adakah kita akan bertaruh kepada sesuatu yang kita jangka akan merugikan?
Pertaruhan di sini merujuk kepada apa jua perbuatan atas keputusan yang telah diambil. Contohnya perkahwinan. Untuk berkahwin pastinya kita telah tekad untuk sehidup semati dengan pasangan yang dipilih setelah mengkaji dari pelbagai aspek. Namun pertaruhan perkahwinan kadang2 kecundang. Mahukah kita membuat pertaruhan tersebut sekiranya kita tahu kita akan kalah dalam pertaruhan tersebut? Tidak?
Biasanya sesuatu pertaruhan itu dibuat atas dasar kepercayaan. Tapi kerap juga kepercayaan itu dicurangi. Mudahkah kepercayaan yang ranap dicurangi itu, dibangunkan semula? Pastinya mengambil masa yang lama. Pasti akan ada syak wasangka selepas ini. Pastinya kepercayaan sudah tidak 100% lagi. Dan pastinya amanah itu tidak akan diberikan lagi selepas ini.
Maaf kerana hati ini sudah tidak berdaya untuk percaya lagi walau bibir masih mampu tersenyum dan berbicara tanpa meninggikan suara.
Aku hanya insan biasa yang masih mempunyai rasa amarah!
Allah tempat kita mengadu. InsyaAllah. Jiwa tenang dan masalah selesai. Aku doakan yang sgt terbaik buat ko kawanku!. InsyaAllah. Moga Allah lindungi dan limpahi dengan kebahagiaan yang berlipat ganda.
ReplyDelete